Assalamualaikum dan Hi...
Hari ini saya kongsikan serba sedikit pengalaman sepanjang menjalani Internship IPG di sekolah pada semester 8. Jadi, kepada yang masih belum tahu apa itu Internship... meh sini nak cerita.
Apa itu Internship?
Internship ni kita perlu ke lapangan untuk jalani program latihan. Tujuan Internship ni nak kita kaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Internship ni lebih kurang macam praktikum tu, cuma penilaiannya akan lihat projek yang kita jalankan dan bukan menilai cara kita mengajar.
Jadi... bila nak Internship ni, kalian perlu merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Waktu kami Internship haritu... semua kena hasilkan inovasi PdP (tak kisah inovasi untuk subjek major atau minor) atau inovasi untuk memudahkan pengurusan sekolah.
Penempatan Internship?
Penempatan
pelajar ditempatkan di sekolah yang sama semasa menjalani Praktikum fasa kedua. Pertukaran tempat menjalani Internship hanya dengan kelulusan
Jawatankuasa Induk Praktikum IPG kampus pusat latihan.
Tempoh dan bilangan waktu mengajar semasa Internship?
Tempoh Internship selama empat (4) minggu. Semasa Internship, kita juga perlu mengajar murid. Cuma, PdP kita tidak akan dinilai sebagaimana waktu praktikum dulu. Jumlah bilangan waktu mengajar
pula, minimum 2 waktu dan maksimum 4 waktu seminggu. Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major sahaja.
Tapi..... realitinya.... ada juga kena mengajar subjek minor dan kadang-kadang subjek di luar bidang kita. Apapun bergantung dengan pihak sekolah. Tapi at least 2 waktu seminggu tu mesti subjek major la. Baki lagi 2 waktu tu yang mungkin akan diberi subjek lain.
Apa kita perlu buat semasa Internship IPG?
a) Sediakan kertas cadangan projek/aktiviti yang akan dilaksanakan sebelum
menjalani Internship.
Penulisan kertas kerja ni berbeza juga mengikut projek yang ingin dijalankan. Kalau melibatkan projek inovasi maka perlu tulis kertas kerja macam nak masuk pertandingan inovasi tu.
Boleh rujuk sini contoh kertas kerja projek inovasi,
Boleh rujuk sini contoh kertas kerja projek biasa (program, pertandingan dan lain-lain)
b) Hadir taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.
c) Bincang dengan pengurus sekolah dan mentor untuk mencapai
persefahaman dan persetujuan tentang projek/aktiviti yang akan
dilaksanakan.
d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
e) Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan IPG,
dan peraturan sekolah.
f) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang
tempoh Internship.
g) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.
h) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran untuk mengajar murid bagi kelas yang diamanahkan.
i) Menulis persediaan mengajar mengikut format yang digunakan oleh guru
di sekolah mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. (Format RPH ni dah tak buat macam RPH semasa praktikum. RPH Internship ni simple macam cikgu sekolah punya. So, nanti boleh belajar dengan guru mentor kita ya.)
k) Melaksanakan projek atau aktiviti yang dicadangkan secara individu atau
berkumpulan.
- Projek atau aktiviti hendaklah praktikal, boleh
disempurnakan dalam masa empat minggu, tidak mengganggu
pentadbiran sekolah dan proses PdP serta tidak
melibatkan kos yang tinggi. Kos buat projek ni bergantung juga... ada sekolah yang memang bagi duit. Tapi... sepatutnya memang projek Internship ni tanggungan persendirian oleh pelatih. So... jalankanlah aktiviti program yang menggunakan kos rendah.
l) Projek/aktiviti yang melibatkan bilik darjah atau kumpulan kecil murid-murid
hendaklah dilaksanakan secara individu. Projek/aktiviti yang melibatkan
semua murid atau warga sekolah boleh dilaksanakan secara kumpulan. - Waktu kami haritu... Internship punya projek tu mesti ada unsur inovasi. Boleh sahaja buat secara berkumpulan tapiiii outcome tu penulisan laporan tu secara individu yaa.
m) Menyediakan kertas cadangan yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
- Pastikan kertas kerja kalian tu mendapatkan tandatangan G.B, P.K, guru mentor. Pastikan juga urusan pengesahan projek tu selesai pada minggu pertama Internship.
n) Membuat laporan bertulis antara 8-10 muka surat mengenai projek/aktiviti
yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan dan serahkan
kepada pihak pengurusan sekolah. (Penulisan laporan ikut kehendak Unit Praktikum, rujuk lampiran yang diberi oleh Unit Praktikum)
- Waktu kami haritu... di samping siapkan laporan, kami kena hasilkan juga satu video montaj pelaksanaan sepanjang Internship. Tempoh durasi video selama 10-20 minit. Kalian boleh lihat contoh video Internship yang saya jalankan semasa internship di SK Desa Setapak tempoh hari.
Saya buat 2 video dan hantar kepada penyarah mentor untuk tujuan penilaian.
o) Mengamalkan penulisan refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan
sepanjang tempoh Internship. Sila rujuk Lampiran 2 dan catatan refleksi
hendaklah ditulis berpandukan format yang ditetapkan Unit Praktikum.
p) Melengkap dan mengemaskini portfolio Internship (Yang ini, saya buat fail maujud dan juga fail maya menggunakan padlet.)
q) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship ke Unit
Praktikum IPG
r) Menyerahkan portfolio Internship yang telah dilengkapkan kepada pensyarah/guru mentor
pada minggu akhir selepas tamat Internship untuk dinilai.
Contoh-Contoh Projek Internship IPG?
Antara contoh-contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan:
Menghasilkan inovasi PdP atau Pengurusan. Mengurus perhimpunan mingguan/khas
Menganjurkan Bengkel Sajak/Pengacaraan
Menganjurkan Kem Membaca Pantas.
Merancang dan mengelola pertandingan peringkat sekolah
Merancang dan mengurus program motivasi peringkat sekolah
Merancang dan mengelola projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti
sekolah
Merancang dan mengurus pertandingan sukan
Merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform
Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus dalaman untuk warga
sekolah
Tapi.... ingattt mesti ada elemen inovasi dalam setiap projek yang kita anjurkan.
TIPS INTERNSHIP IPG
1. Tonjolkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Mentor tu selalunya guru pembimbing kita semasa praktikum fasa 2. Apapun mentor tu terdiri daripada guru kat sekolah tu yang akan bimbing n bagi idea untuk kita selesaikan projek internship.
2. Bekerjasama dalam pasukan. Pastikan kalian saling membantu rakan-rakan Internship menyiapkan projek. Guru besar dan mentor akan sentiasa memerhatikan kesungguhan kita dalam menyelesaikan projek dan pergaulan kita dengan komuniti sekolah.
3. Melengkapkan laporan dokumentasi yang terperinci dan memberi impak positif kepada pembangunan pelajar dan sekolah. Guru besar, mentor (guru pembimbing) dan pensyarah penilai akan melihat laporan dokumentasi projek Internship kita sebagai kayu ukur untuk memberi markah. So, siapkan la awal-awal. Selalunya, dah tamat Internship baru kalut nak buat laporan. Sekolah pun tak dapat nak sahkan laporan dokumentasi kita tu. Jadi atur masa anda sebaiknya untuk siapkan semua perancangan projek anda dalam tempoh 4 minggu di sekolah tu.
Selamat menjalani Internship. Sedikit peringatan... selalunya Internship ni... kita akan sibuk juga dengan persediaan untuk Viva Kajian Penyelidikan. Jadi, kalian akan sedikit sibuk. So... siapkan awal-awal kertas cadangan projek inovasi untuk Internship ni. Pi sekolah nanti dah boleh jalankan.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat ya.