Followers

Friday, January 20, 2017

I-FEST: Festival Siswa Terulung (IPG Kampus Bahasa Melayu)

Setiap tahun IPG KBM akan menganjurkan I-FEST a.k.a Hari Keusahawanan. Matlamatnya untuk memberi galakan kepada siswa guru membudayakan semangat keusahawanan. Dalam festival ini, hampir semua pelajar IPG KBM akan berniaga. Selalunya kami disuruh berniaga mengikut kelas masing-masing. Jadi adalah sesi cabutan undian untuk menentukan barang yang akan dijual. Ada yang kena jual makanan berat, minuman, anjurkan permainan dan lain-lain. Buat pertama kalinya, saya meraikan festival ini ternyata sungguh menyeronokkan. Kita saling membeli di gerai rakan kelas lain.

Tarikh IFEST: 3/11/2016 
Masa: 8 pagi - 4.30 petang.


Pelbagai jualan di gerai-gerai, aktiviti yang menarik seperti badminton, bola tampar, Dart, Football, Rumah hantu. Boleh dikatakan, sambutan ini memang meriah. Ini pengalaman pertamaku menyertai hari keusahawanan di sini. Seperti biasa setiap kelas perlu membuka gerai semasa sambutan itu dijalankan. Saya dari kelas PPISMP C2.  Kami diarahkan untuk membuka gerai dan menjual makanan sahaja. 

Apa lagi, semua perancangan diratur rapi. Macam-macam juga kami jual.  Menu yang paling dinantikan adalah ROTI CANAI!!!! Siapa sangka kami pandai buat roti canai. Wuuuu... Semuanya hasil tunjuk ajar mentor tersayang Dr. Roslina . Dalam kalangan sahabat sekelas kami, Kak Wanie yang paling handal dalam menebar roti canai ni. Hilman pula sangat pakar untuk tepuk roti canai tu selepas siap dimasak. Akmal, Seng fa, Syukri pula rajin betul menguli doh roti canai berkilo-kilo. Dr Fadilah juga tidak jemu membawa kami ke Tesco pergi membeli barang-barang keperluan untuk berniaga. Semua ini kami selesaikan dalam masa sehari sebelum berlangsungnya festival. Pengalaman ini memang sangat gembira. Kami saling bekerjasama antara satu sama lain.


Semasa hari jualan, gerai kami mendapat sambutan ramai! Tak putus-putus pelanggan mengunjungi gerai kami untuk mendapatkan roti canai daripada kami. Roti canai kami sememangnya sedap kerna dibuat dengan penuh kasih sayang. Hihi . Sebenarnya dengan pembikinan roti canai inilah yang merapatkan lagi ukhuwah kami sekelas. Mana tidaknya, inilah sahabat yang akan kami bersama sepanjang 5 tahun di IPGKBM. Selain itu, kami jual makanan kering seperti kerepek KABIRAS daripada Gurun, Kedah (Izzy punya bisnes kukuikui), Blueberi Cheese Tart dari Terengganu pon ada… sedap... Kak Mimi buat. Makanan panas-panas seperti Sosej goreng, Karipap Ikan dan Cheesy Wedges pun ada, sekejap je habis dijual. Semua murah-murah. Kak Yusra orang kuat untuk mengendalikan gorengan sosej. Saya sibuk menguruskan permintaan pelanggan yang mahukan Cheesy Wedges. Amir tukang kumpul duit! Pui pula seharian menyiapkan iklan untuk menarik pelanggan ke gerai kami. Akmal dan Kak Wanie menguruskan roti canai… Dr Roslina pun turut sama menebar roti canai di gerai kami.

Memang meriah! . Satu lagi, Seng fa dan Srigannth juga orang kuat kami, tanpa dia takdalah kerusi meja untuk gerai kami. Dialah yang mengusung semua meja tambahan untuk gerai kami. Ting pula membantu kami menjual buah-buahan jambu batu dan mangga. Semua berjalan lancar. Hari itu semua barangan jualan kami habis semua. Ini satu pengalaman buat kami bahawa bekerjasama pasti akan membuahkan hasil bermakna. 



Alhamdulillah dapatlah juga kami merasa keuntungan RM150.00 walaupun sedikit namun, silaturrahim yang terjalin diantara kami sekelas sangat berharga. Terima kasih sahabat C2. Tanpa kalian kita tak mampu menjayakan perancangan kita. 


Haha masa ni semua belajar nak tebar roti canai

Mereka sedang rajin menguli doh

Dr Roslina ajar kami tebar roti canao hehe

Akmal yang kurus sedang membakar roti canai hehe

Dr Fadilah tengah turunkan ilmu memasak tu dekat Izzy... ehehe

Haaa nii paling hebat haha Hilman si penepuk Roti Canai. hehe



Okay itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. I-FEST ni akan berlangsung lagi pada setiap tahun kiranya ni aktiviti tahunan la yang JPP anjurkan di IPGKBM. 


Jangan lupa baca entri di bawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...