Followers

Monday, April 11, 2016

UKCG 2016: Pengalaman Saya di IPG KBM

Assalamualaikum..
Hai... Bertemu kita sekali lagi ...okayy
Pagi hari yang dinanti sudah tiba. Saya dapat sesi 1. Jadi, pukul 7.30 pagi dah kena ada di IPG Kampus Bahasa Melayu tu. Pagi-pagi tu hujan sangat lebat. Ohhh dugaannn!! Saya pergi menaiki motosikal bersama ayah.

Selepas solat subuh, aku berdoa dan alhamdulillah akhirnya hujan berhenti. Kami memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi. Setibanya di IPG KBM, saya terus membuat semakan nama di kawasan Lobi Utama Kampus IPGKBM. Alhamdulilah nama saya ada dalam sesi 1. Kemudian, taklimat mengenai UKCG ujian bertulis diberi oleh pensyarah yang menguruskan UKCG ni.

Tepat jam 8.30pagi, kami terus ke aras 4 bangunan menara IPG KBM dan memasuki bilik kuliah. Waktu ni.... kalian pastikan Slip Kehadiran dan Kad Pengenalan dibawa bersama. Pensel 2B dan Pemadam pun pastikan bawa ye.

Ujian bertulis mengambil masa selama 45minit. Ada 195 soalan dengan pembahagian Bahagian A:135 soalan (jawab dlm masa 30 minit) . Bahagian B :60 soalan (jawab dalam masa 15minit). Alhamdulillah, saya dapat jawab semua dengan masa yang diberi. Pastikan kalian hadir ke UKCG tu awal, kalau lewat mmg takda masa tambahan utk kalian. Masa yang diberi amatlah singkat. Soalan Bahagian A agak mencabar berbanding Bahagian B. Apapun, kalian buat yang terbaik dan fokus!

Selesai ujian bertulis, barulah kami mendengar taklimat Ujian Kecergasan Fizikal(UKF) pula. OKAY... saya punya UKF pada jam 12.15 tapiii diawalkan kepada 11.30am. Jadi, kepada kawan-kawan tolonglah jangan dok merayap selepas ujian bertulis tu nanti nak mencariii haihh susah tau. UKF tahun nie ada perubahan sikit.
Dalam UKF ada 5 Stesen.
Stesen pertama , BMI . stesen akan  diambil berat dan ukur ketinggian . saya : tinggi 157cm , berat 40kg . so normall yaayy dapat markh penuh iaitu 15 markah.

Stesen Kedua ,kump saya menjalani tekan tubi . stesen ni uji kekuatan otot seseorang calon saya dapat buat 22 kali hihihi sbb langsung tak training kan huhu so markah saya 12/15.

Stesen Ketiga , Jangkauan melunjur . yang ni nak uji kelenturan ni kiranya macam ujian SEGAK kita dulu dulu tuuu hahaha. Alhamdulillah sya dapat 36 so markah saya 12/15 .Kalian nak markah penuh pastikan buat 41 keatas okayy.

Stesen Keempat , Bangkit tubi Bervariasi . 5 variasi akan diuji . setiap varisi diberi 2 kali percubaan . so tak lepas cubaan pertama, boleh buat cubaan kedua. kalau tak lepas juga kalian dikira gagal utk melakukan variasi seterusnya. saya dapat melepasi kelima-lima variasi tu syukurr sangat so dapatlah 15/15 markah.

Stesen kelima , Bleep Test .yang sering menjadi keresahan dalam ukcg niii hahaha , Stamina anda perlu banyak ye...! bleep test ni ada 21 level haaaaaaa banyakkkknyaaaa . jarak  20 meter antara dua garisan . kalian kena lari sampai garisan sebelum bunyi "bleep". Alhamdulillah, sya yg termampu level 5.3 sebabnya nak masuk level 5.4  dah tak sempat ualng balik sebab bunyian "bleeeeppp"tuuuuu haih saborr jelahhh. untuk perempuan nak dapat markah penuh kena sampai level 6.1 tapi saya dapat buat smpai 5.3 alhmdulillah syukurr sgt . markah penuh utk bleep test niii 40 markah tau so tolongla buat bebetul ok.kalau saya sampai level 5.3 kiranya saya lari sebanyak 640meter .setiap level ada pembahagian dia contoh level 1 kena buat 7 larian level 2,3 pon sama level 4/5 kena buat 8-9 . Pastikan kelajuan stamina jaga...memula tu masa dia lama tetapi semakin lama bunyi bleep tu semakin lajuuuuu jd kena pecuuttttt hahaha tu yang nak ke level 5.4 tak lepas.


Kalian pastikan makan pagi dulu sebelum UKF ni tauu nnt lappaarrrrr!!!  Selesai kedua-dua ujian, calon boleh pulang ke rumah . Alhamdulillah .sekarang tinggal tunggu keputusan lulus ke tidak ujian tu , kalau lepas barulah ada panggilan temuduga  In Shaa Allah, doakan la ye saya  dapat temuduga pulak.Ramai kenalan kat situ anataranya kak miera...liana...tarchiani...dan byk lagi jadi jangan takut ye.kalian buat terbaik saya yakin anda pasti berjaya.

                                                 
 IPG KBM Lembah Pantai. BESTTT sangat IPG niii!!! cantik dan besar..


                                     
semoga cita-cita menjadi insan bergelar guru dapat dicapai!!
Ok bye wasalam sekiannn

Jangan lupa baca entri di bawah:

4 comments:

  1. Hai,saya nak tanya kalau kita dah disenaraikan untuk menjalani ukcg dan ditempatkan di tempat yang kita tak berkenan, boleh tukar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xboleh sbb dlm surat kehadiran dah dnyatakan xboleh

      Delete
  2. Hai sis nak tanya skrg ni sis bljr di ipg la yer??ada harapan x utk ke temuduga kalo bleep test lvl 3.5 jaa.sy mmpu buat byk tu ja..huhu..

    ReplyDelete
  3. Trima kasih atas perkongsian yang sangat membantu....

    ReplyDelete

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...