Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, October 7, 2021

INTERNSHIP IPG - TIPS DAN PENGALAMAN

 Assalamualaikum dan Hi...

Hari ini saya kongsikan serba sedikit pengalaman sepanjang menjalani Internship IPG di sekolah pada semester 8. Jadi, kepada yang masih belum tahu apa itu Internship... meh sini nak cerita.

Apa itu Internship?

Internship ni kita perlu ke lapangan untuk jalani program latihan. Tujuan Internship ni nak kita kaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Internship ni lebih kurang macam praktikum tu, cuma penilaiannya akan lihat projek yang kita jalankan dan bukan menilai cara kita mengajar. 

Jadi... bila nak Internship ni, kalian perlu merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. 

Waktu kami Internship haritu... semua kena hasilkan inovasi PdP (tak kisah inovasi untuk subjek major atau minor) atau inovasi untuk memudahkan pengurusan sekolah.

Penempatan Internship?

Penempatan pelajar ditempatkan di sekolah yang sama semasa menjalani Praktikum fasa kedua. Pertukaran tempat menjalani Internship hanya dengan kelulusan Jawatankuasa Induk Praktikum IPG kampus pusat latihan. 

Tempoh dan bilangan waktu mengajar semasa Internship?

Tempoh Internship selama empat (4) minggu.  Semasa Internship, kita juga perlu mengajar murid. Cuma, PdP kita tidak akan dinilai sebagaimana waktu praktikum dulu. Jumlah bilangan waktu mengajar pula, minimum 2 waktu dan maksimum 4 waktu seminggu. Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major sahaja. Tapi..... realitinya.... ada juga kena mengajar subjek minor dan kadang-kadang subjek di luar bidang kita. Apapun bergantung dengan pihak sekolah. Tapi at least 2 waktu seminggu tu mesti subjek major la. Baki lagi 2 waktu tu yang mungkin akan diberi subjek lain.

Apa kita perlu buat semasa Internship IPG?

a) Sediakan kertas cadangan projek/aktiviti yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship. 
Penulisan kertas kerja ni berbeza juga mengikut projek yang ingin dijalankan. Kalau melibatkan projek inovasi maka perlu tulis kertas kerja macam nak masuk pertandingan inovasi tu. 

Boleh rujuk sini contoh kertas kerja projek inovasi, 

Boleh rujuk sini contoh kertas kerja projek biasa (program, pertandingan dan lain-lain)


b) Hadir taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.

c) Bincang dengan pengurus sekolah dan mentor untuk mencapai persefahaman dan persetujuan tentang projek/aktiviti yang akan dilaksanakan. 

d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sokongan di sekolah.

e) Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan IPG, dan peraturan sekolah. 

f) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang tempoh Internship. 

g) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.

h) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran untuk mengajar murid bagi kelas yang diamanahkan.

i) Menulis persediaan mengajar mengikut format yang digunakan oleh guru di sekolah mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. (Format RPH ni dah tak buat macam RPH semasa praktikum. RPH Internship ni simple macam cikgu sekolah punya. So, nanti boleh belajar dengan guru mentor kita ya.)

k) Melaksanakan projek atau aktiviti yang dicadangkan secara individu atau berkumpulan. 
  • Projek atau aktiviti hendaklah praktikal, boleh disempurnakan dalam masa empat minggu, tidak mengganggu pentadbiran sekolah dan proses PdP serta tidak melibatkan kos yang tinggi. Kos buat projek ni bergantung juga... ada sekolah yang memang bagi duit. Tapi... sepatutnya memang projek Internship ni tanggungan persendirian oleh pelatih. So... jalankanlah aktiviti program yang menggunakan kos rendah.
l) Projek/aktiviti yang melibatkan bilik darjah atau kumpulan kecil murid-murid hendaklah dilaksanakan secara individu. Projek/aktiviti yang melibatkan semua murid atau warga sekolah boleh dilaksanakan secara kumpulan. 
  • Waktu kami haritu... Internship punya projek tu mesti ada unsur inovasi. Boleh sahaja buat secara berkumpulan tapiiii outcome tu penulisan laporan tu secara individu yaa.
m) Menyediakan kertas cadangan yang dipersetujui oleh pihak sekolah. 
  • Pastikan kertas kerja kalian tu mendapatkan tandatangan G.B, P.K, guru mentor. Pastikan juga urusan pengesahan projek tu selesai pada minggu pertama Internship. 



n) Membuat laporan bertulis antara 8-10 muka surat mengenai projek/aktiviti yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan dan serahkan kepada pihak pengurusan sekolah. (Penulisan laporan ikut kehendak Unit Praktikum, rujuk lampiran yang diberi oleh Unit Praktikum)
  • Waktu kami haritu... di samping siapkan laporan, kami kena hasilkan juga satu video montaj pelaksanaan sepanjang Internship. Tempoh durasi video selama 10-20 minit. Kalian boleh lihat contoh video Internship yang saya jalankan semasa internship di SK Desa Setapak tempoh hari.
Saya buat 2 video dan hantar kepada penyarah mentor untuk tujuan penilaian.

 
       

         
o) Mengamalkan penulisan refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh Internship. Sila rujuk Lampiran 2 dan catatan refleksi hendaklah ditulis berpandukan format yang ditetapkan Unit Praktikum.

p) Melengkap dan mengemaskini portfolio Internship (Yang ini, saya buat fail maujud dan juga fail maya menggunakan padlet.)


q) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship ke Unit Praktikum IPG 

r) Menyerahkan portfolio Internship yang telah dilengkapkan kepada pensyarah/guru mentor pada minggu akhir selepas tamat Internship untuk dinilai. 


Contoh-Contoh Projek Internship IPG?

Antara contoh-contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan: 
 
Menghasilkan inovasi PdP atau Pengurusan.
 Mengurus perhimpunan mingguan/khas 
 Menganjurkan Bengkel Sajak/Pengacaraan
 Menganjurkan Kem Membaca Pantas.
 Merancang dan mengelola pertandingan peringkat sekolah 
 Merancang dan mengurus program motivasi peringkat sekolah 
 Merancang dan mengelola projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah 
 Merancang dan mengurus pertandingan sukan 
 Merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform 
 Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah 

Tapi.... ingattt mesti ada elemen inovasi dalam setiap projek yang kita anjurkan.

TIPS INTERNSHIP IPG

1. Tonjolkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Mentor tu selalunya guru pembimbing kita semasa praktikum fasa 2. Apapun mentor tu terdiri daripada guru kat sekolah tu yang akan bimbing n bagi idea untuk kita selesaikan projek internship.

2. Bekerjasama dalam pasukan. Pastikan kalian saling membantu rakan-rakan Internship menyiapkan projek. Guru besar dan mentor akan sentiasa memerhatikan kesungguhan kita dalam menyelesaikan projek dan pergaulan kita dengan komuniti sekolah.

3. Melengkapkan laporan dokumentasi yang terperinci dan memberi impak positif kepada pembangunan pelajar dan sekolah. Guru besar, mentor (guru pembimbing) dan pensyarah penilai akan melihat laporan dokumentasi projek Internship kita sebagai kayu ukur untuk memberi markah. So, siapkan la awal-awal. Selalunya, dah tamat Internship baru kalut nak buat laporan. Sekolah pun tak dapat nak sahkan laporan dokumentasi kita tu. Jadi atur masa anda sebaiknya untuk siapkan semua perancangan projek anda dalam tempoh 4 minggu di sekolah tu.

Selamat menjalani Internship. Sedikit peringatan... selalunya Internship ni... kita akan sibuk juga dengan persediaan untuk Viva Kajian Penyelidikan. Jadi, kalian akan sedikit sibuk. So... siapkan awal-awal kertas cadangan projek inovasi untuk Internship ni. Pi sekolah nanti dah boleh jalankan.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat ya.

Friday, November 6, 2020

TIPS JADUAL BELAJAR DI IPG

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan

Ada rakan IPG yang tanya soalan, bagaimana nak buat jadual belajar di IPG? Bagi saya, belajar di IPG ni perlu pengurusan masa yang sistematik. Bukannya apa, IPG ni banyak program dan aktiviti yang perlu kita ikuti. Semuanya untuk melahirkan guru yang holistik. Sebenarnya, anda tak perlu buat jadual profesional dan pasti memang anda tak kan ikut. Oleh itu, buatlah jadual belajar yang berkesan sebagai panduan untuk anda rasa selesa dan mudah untuk ikuti.

Berikut dikongsikan adalah Jadual Semester, Bulanan, Mingguan dan Harian yang saya gunakan sepanjang di IPG:

Apapun:

1. Lihat kemampuan anda sekarang, maksud saya pencapaian yang anda target untuk capai pada akhir bulan atau semester.

2. Semangat untuk baca atau sertai mana-mana bengkel input pengetahuan baharu pada setiap bulan.

3. Kursus yang ada kredit besar perlu diberi fokus lebih.

4. Pastikan ada juga masa rehat untuk menenangkan diri kita daripada segala tugasan.



Dapatkan  template jadual menerusi pautan berikut: TEMPLATE JADUAL IPG

JADUAL SEMESTER

JADUAL BULANAN 


JADUAL MINGGUAN DAN HARIAN




Thursday, August 20, 2020

Apa itu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ?

 

Baru-baru Ini saya ada sertai Kem Pemacu Negara anjuran Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia. 

Kem ini banyak memberi pendedahan mendalam mengenai aspirasi nasional: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Jadi, setelah mengikuti kem tersebut selama 2 hari bermula 18 hingga 19 Ogos 2020 di Premiera Hotel, Menara MARA Kuala Lumpur, saya ingin berkongsi sedikit pemahaman dan ilmu yang telah saya terina sepanjang kem itu berlangsung.

Sepanjang kem berlangsung, kami telah mendalami 6 modul mengenai WKB 2030 dan melengkapkan beberapa aktiviti ‘brain storming’ bersama belia yang terlibat.

Antara 6 modul yang dipelajari adalah:

MODUL 1: PENGENALAN WKB2030

MODUL 2: PRINSIP PANDUAN KEMAKMURAN BERSAMA

• Kami menyelami Prinsip Panduan WKB2030 dengan mendalam

MODUL 3: ANALISIS SITUASI WKB2030

• Kami menganalisis keadaan ekonomi Malaysia berdasarkan konteks makro dan mikro yang membawa kepada WKB2030.

MODUL 4: TERAS STRATEGIK DAN PEMBOLEH UBAH

• Kami memahami mengenai teras & penggerak WKB2030 dan Mencadangkan strategi untuk masalah yang dikenal pasti

MODUL 5: KEBERHASILAN BUMIPUTERA WKB 2030

• Pemahaman yang lebih baik mengenai keberhasilan Bumiputera WKB2030

MODUL 6: SOSIAL DAN NEGARA BANGSA

• Selami prinsip asas Negara Bangsa.

 

·        Pertama sekali, saya terangkan dahulu LATAR BELAKANG WKB 2030.

WKB 2030 adalah singkatan bagi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. WKB 2030 ini adalah kelangsungan kepada Wawasan 2020, yang mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang. Perkara ini menjadi sebuah aspirasi nasional yang telah dilancarkan secara rasminya pada 5 Oktober 2019 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Kemudian, setelah berlaku peralihan kerajaan, Perdana Menteri Malaysia Ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan untuk meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dirangka bagi melonjakkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan rakyat.

 

Haaa, seterusnya, saya nak kongsikan pula APA ITU WKB2030?

Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) adalah sebuah aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil., saksama, inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalanWKB2030 akan dilaksana sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 kelak kearah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan bangsa.

Matlamat utama WKB 2030 ini adalah untuk sediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030.

Jom dengarkan maksud WKB 2030 kepada saya:

Maksud WKB2030 kepada saya.


 Jadi anda rasa perlukah WKB 2030 dirangka? 

WKB 2030 amatlah penting sebab kita perlu letakkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara supaya kita dapat mencapai matlamat yang kita mahukan mengikut struktur atau pelan perancangan yang telah dirangka. Hal ini akan memastikan aspirasi nasional tercapai.

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan pula Kerangka Kerja WKB 2030 yang merangkumi

1)   OBJEKTIF  (Ada 3 objektif)

2)   PRINSIP PANDUAN (Ada 15 Prinsip)

3)   TERAS STRATEGIK (Ada 7 Teras)

4)   PEMBOLEH DAYA  (Ada 8 pemboleh daya)

 Empat perkara penting di atas dapat ditafsirkan menerusi carta berikut:


1) OBJEKTIF:

1. Pembangunan untuk semua bagi mewujudkan ekonomi yang distruktur semula, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.

2. Menangani jurang kekayaan dan pendapatan supaya rakyat yang ketinggalan dapat dibawa bersama dalam arus kemajuan negara, nasib mereka terbela dan keupayaan ekonomi mereka diperkasakan.

3. Negara bersatu, makmur dan bermaruah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

 

2) PRINSIP PANDUAN

Ada 15 prinsip seperti dalam gambar dibawah:

Haa nampak dak gambar diatas tu. Ada 15 prinsip dalam WKB 2030. Penggubalan 15 prinsip ni telah mengambil kira pelbagai kerangka pemikiran, falsafah, pandangan yg terangkum dlm konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia yg unik sebagai panduan kepada penyediaan 7 teras strategik dan 8 pemboleh daya serta pencapaian sasaran.

Baiklah sekarang kita lihat pula: 

3) TERAS STRATEGIK

Ada 7 teras strategik iaitu:

1. EKOSISTEM PERNIAGAAN DAN INDUSTRI


2. AKTIVITI PERTUMBUHAN EKONOMI UTAMA


3. MODAL INSAN


4. PASARAN BURUH DAN PAMPASAN PEKERJA


5. KESEJAHTERAAN SOSIAL


6. KETERANGKUMAN WILAYAH


7. MODAL SOSIAL

Seterusnya, kita lihat pula: 

4) PEMBOLEH DAYA

Ada 8 Pemboleh Daya yg menjadi keupayaan atau sumber dan pemangkin yg menyumbang kepada kejayaan WKB 2030:

1. PENDIDIKAN & TVET

2. DATA RAYA

3. KELESTARIAN

4. MASYARAKAT BERPENCERAHAN

5. TADBIR URUS DAN INTEGRITI

6. MODAL KEWANGAN

7. KEBERKESANAN PENYAMPAIAN INSTITUSI

8. KEMAMPANAN FIZIKAL



Jadi, itulah beberapa perkara penting yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia fahami dan bersama meningkatkan keupayaan masing2 utk meningkatkan kebolehan diri untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik dan seterusnya membangunkan ekonomi negara yang mampan. 

Itu sahaja perkongsian kali ini.

Terima kasih.


Jangan lupa baca entri di bawah:

Thursday, August 6, 2020

Jom Sertai Program dan Pertandingan di Musim PKP

 Assalamualaikum dan Hi..

Hampir sebulan juga saya tak update blog.

Cuti semester pada musim-musim PKP ada banyak pula anjuran pertandingan untuk pelajar-pelajar IPT. 

Jadi, kali ini saya sekadar ingin berkongsi tentang cara kita nak dapatkan info-info terkini berkaitan pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung. Perkara ni penting juga untuk kita tahu sebab boleh la nak sertai satu dua pertandingan yang mampu dan sesuai dengan kemampuan kita kan. Lagi pula, sepanjang tahun 2020 ini... perlu juga untuk kita kumpul beberapa sijil penyertaan untuk koleksi dalam fail kita nanti. 

Maka.. untuk mereka yang bertanya di mana info nak tahu pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung tu... boleh tengok di bawah ni.

Saya akan kongsikan platform yang anjurkan pertandingan berkaitan bahasa. Hehe sebab saya cikgu bahasa jadi kebanyakannya mahu sertai pertandingan-pertandingan berkaitan itu.

PLATFORM HEBAHAN PERTANDINGAN 

1) Facebook

2) Telegram

Itulah platform untuk saya dapatkan info-info berkaitan pertandingan yang akan berlangsung. 

Sekadar ingin berkongsi beberapa pertandingan yang telah saya sertai semasa tahun 2020 secara maya musim2 pkp .


   

   

   

  
Alhamdulillah Kajian inovasi KAKP telah berjaya dibentangkan dan diterbitkan dalam e-prosiding  International Conference On Communication Management  and Humanities 2020


  
Alhamdulillah Kajian inovasi SBAK telah berjaya  diterbitkan dalam e-prosiding  International INNOVATION COMPETITION 2020

itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini.

Apapun, rebutlah peluang untuk sertai pertandingan semasa kita bergelar mahasiswa.

 Nanti dah tamat pengajian….  Tiada dah lagi peluang untuk sertai pertandingan yang khusus untuk pelajar-pelajar IPTA ni. 

Bukannya apa, kita sertai mana-mana penyertaan bengkel atau pertandingan ni dapat memotivasikan diri kita juga untuk sentiasa semangat dan percaya pada kebolehan diri masing-masing. 

Lagi-lagi musim pkp di rumah sahaja boleh downgrade kita punya semangat juga tu sebab kita kurang bersemuka dan bergaul dengan masyarakat macam sebelum-sebelum ini.

 Jadi, mungkin dengan menyertai program-program anjuran kerajaan dan NGO ini dapat memberikan peluang buat kita mengasah bakat dan kemahiran yang ada. 

Selamat mencuba. 

Semoga Berjaya.



BENGKEL MODUL RAKAR TAHUN 3

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 BAHAN BENGKEL MODUL RAKAR  ENERGIZER: https://www.youtube.com/watch?v=JCS-znxl7dU&list=RDJCS-znx...