Followers

Wednesday, January 1, 2020

TIPS PRAKTIKUM IPG

Pengalaman selama 3 bulan di sekolah semasa praktikum fasa satu, ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki untuk memastikan kualiti PdP saya lebih baik untuk praktikum akan datang. 

Jadi, hari ini saya nak kongsikan beberapa tip atau keperluan semasa Praktikum berlangsung:


1. PENGURUSAN FAIL PRAKTIKUM
Fail untuk praktikum ni bergntung kepada pensyarah pembimbing masing-masing. Macam saya, ada 4 fail praktikum.





* FAIL PORTFOLIO
Fail ni sebaiknya siapkan awal-awal sebelum praktikum sebab kalau dah mula praktikum memang x sempat nak sentuh pun, nanti last2 sebelum tamat praktikum barulah sempat nak buat pulun bagi siap


* FAIL RPH MAJOR
Fail ni perlu buatkan pembahagian siap2 bagi setiap minggu iaitu minggu 1-12. 

Pentaksiran juga saya letakkan di dalam fail ni supaya mudah untuk membuat rujukan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Pentaksiran juga saya buatkan pembahagian mengikut mingguan, supaya mudah untuk tally dengan RPH yang dihasilkan tu.


* FAIL RPH MINOR
Fail ni pun sama konsep macam fail RPH Major.

Pada asalnya, Fail ni x da pun, sebab saya gabungkan dengan fail RPH Major. 

Tapi, bila masuk minggu ke-6 mengajar tu, RPH dah mula banyak. Jadi sebab tu diasingkan bagi memudahkan.


* FAIL BBM MAJOR/MINOR
Okay, fail ni adalah fail yang paling serabut dan x cntik haha. Sebab semua BBM kertas saya akan letak dlm ni sebagai rujukan dan simpanan utk rekod apa2.

BBM tu ofkos la bkn yang maujud, kalau maujud mcm mana nk masuk fail kan.  Jadi, kalau bbm maujud tu saya akan tangkap gmbr dan tampal dlm fail ni. 

Jadi, akan dtg bila dah jadi guru kita boleh lihat semula BBM yang boleh kita buat untuk mengajar tu.

Kesimpulannya, nak buat fail ni, amatlah rumit. Tapi, kepayahan tu memberi kemudahan pada masa akan datang. Pensyarah pembimbing sentiasa beri motivasi suruh lengkapkan fail ni, kadang2 sampai tak tidur malam siapkan fail. Duit pun habis banyak asyik beli plastik jernih fail ni ahhahaha. Tapi, bila dah siap tu rasalah kepuasan tu.


     2.  PENYEDIAAN RPH 

Haih... benda ni lah paling sukarrrr sekali. 

Meskipun RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) dah ada perancangan untuk kita rangka apa nak ajar setiap minggu. Tapi itulah, bila praktikum ni benda yang dirancang awal tu selalu x menjadi. 

Yang last minute tu la yang menjadi kan. 

Tapi itu hanyalah mind set kita je. 

Kalau perancangan awal tu dibuat dengan rapi, takda masalah untuk benda tu dijalankan dengan lancar semasa PdP. 

Masalah masa saya x cukup sebab setiap hari saya kena buat 2-3 RPH. 
(1 RPH BM, 2 RPH PJ untuk tahun 5 dan tahun 3) 

Jadi, seminggu tu ada 9 RPH kena buat. Kalau nak rancang 9 RPH untuk sabtu dan ahad memang tak mampu nak siapkan pun. Sebab, sabtu ahad tu kita sibuk nak urus fail, siapkan BBM, dan nak rehat setelah seminggu mengajar kan.

Maka, saya rasa cara terbaik adalah kita siapkan template rph untuk seminggu tu. Siapkan terus dengan objektif pdp dan rancangan aktiviti yg mudah dulu. Mungkin tak perlu tulis secara perinci lagi sebab takut tak sempat kan. 

Apabila dah siap 9 RPH asas tu pada hari sabtu dan ahad, kemudian setiap hari sehari sebelum mengajar tu barulah kita buka rph tu dan edit semula dengan ayat penerangan penuh dan lampirkan lembaran kerja dan bbm semua tu. Mungkin cara ni lebih efisien untuk siapkan dan idea aktiviti tu tak hilang.


      3. PENGHASILAN BBM
Bagi penghasilan bbm ni ada pelbagai jenis. Kita pun dah belajar dalam subjek sebelum-sebelum ni. Jadi berikut adalah senarai jenis BBM yang sering digunakan semasa praktikum:

*BAHAN MAUJUD
Penyediaan bahan maujud ni kena rancang awal sebab bahan tu perlu dicari nak buat bahan tu guna apa. Nak membina bahan tu pun makan masa nak siapkan. 

Penghasilan BBM maujud ni juga perlu difikirkan nak buat besar mana ikut kesesuaian jumlah murid. 

Selalunya saya buat ikut jumlah kumpulan murid. Contohnya, bbm bumi alam sekitar, saya hasilkan 6 bumi untuk 5 kumpulan murid saya dan 1 sebagai contoh di hadapan. Apabila BBM ni dekat dengan murid, mereka lebih tertarik dengan pembelajaran tu. Sebelum ni bila saya buat 1 je paparkan dekat depan murid macam blur nak faham. 

Jadi, bila buat BBM untuk setiap kumpulan pdp lebih aktif. Tapi kita penat sikit la nak siapkan bbm yg banyak tu. Sepanjang 3 bulan ni saya buat BBM maujud ni dalam 6 kali la.


*BAHAN AUTENTIK
Okay, bahan autentik ni macam bahan sebenar yang ada di persekitaran. Bahan autentik ni selalunya guna untuk perancangan PdP yang dah takda idea nak buat BBM. 

Selalunya saya jadi pelakon watak apa2 ataupun murid yang saya pilih untuk menjadi watak ataupun saya bawa bahan semulajadi seperti pokok untuk dijadikan sebagai bahan autentik.


*BAHAN MULTIMEDIA
Bahan multimedia ni adalah bahan visual dan audio seperti tayangan video atau audio Mp3 yang hampir setiap kali PdP saya gunakannya untuk menarik perhatian murid abad 21 ni. 

Bahan ni pun mudah sahaja untuk disediakan. Cuma perlukan pembesar suara untuk pasang audio Mp3 tu. 

Kalau tayangan video tu, perlukan LCD. Saya yang takda LCD ni, memang saya pinjam makmal komputer sekolah sahaja. Selalunya untuk observe je saya pinjam untuk dibawa keluar dari makmal. Sebab kalau pinjam setiap hari takut menganggu penggunaan guru RBT pula kan. 

Jadi mana sempat tu saya pinjam la. Kalau taknak serabut kepala, belilah satu LCD bagi memudahkan. Saya takdak bajet pula nk beli LCD masa ni sebab duit dah banyak habis untuk benda-benda lain.


*BAHAN INTERAKTIF
Haaa.... bahan interaktif ni saya buat  dua kali sahaja sepanjang praktikum. Hal ini disebabkan kekangan komputer di sekolah. Sekolah ni menyediakan Chrome Book sahaja, takda komputer. 

Jadi, bahan interaktif untuk murid yang menggunakan Microsoft Powerpoint tak boleh guna dalam Chrome Book murid. Jadi, saya buat Google Slide, Pear deck, Kahoot, Edmodo, Google Docs yang digunakan selama seminggu PdP. 

Kesannya, PdP tak menjadi sangat ahahaha. 

Sebbab kekangan internet untuk murid akses. Jadi, masa banyak dihabiskan untuk loading web tu ja. Haih.... sedih betul.

Sebab kekangan tu lah, saya jarang gunakan bahan ini. Tapi, sebab dalam PdP memerlukan juga TMK tu pada setiap kali PdP, maka saya gunakan Plickers sebab Plickers tak memerlukan akses komputer setiap murid. Hanya menggunakan kad plickers yang dicetak setiap serang dan sebuah peranti pintar untuk guru megimbas kod jawapan murid.


*BAHAN BERCETAK
Bagi bahan bercetak ni ,ceritanya semua orang akan guna.

 Ni pilihan wajib pada setiap pdp.

 Lembaran kerja murid selalunya guna bahan bercetak. 

Di sini juga, duit habis banyak untuk fotostat kepada setiap murid. Namun, sekolah saya praktikum tempoh hari memang ada menyediakan perkhidmatan fotostat percuma kepada guru. Tapi.... mesti hantar sehari awal supaya tak berebut. Maklumlah.... kita ni last minute baru nak buat lembaran kerja. Akhirnya.... print sendiri di printer canon tu. Memang Ink Catridge habislah kalau difotostat untuk budak satu kelas. 

So, buatlah lembaran kerja awal2 supaya boleh fotostat utk seminggu terus. Lagipun, kalau kita nak fotostat banyak-banyak di kedai nanti dapat murah.

     4. REKOD PRESTASI MURID DALAM PDP
Bagi setiap PdP yang dijalankan, pasti mahu melihat hasil pencapaian murid sama ada objektif PdP tercapai ataupun tidak. Maka, penilaian perlu dibuat secara berkala. 

Oleh itu, rekod prestasi murid perlu dinilai berpandukan standard prestasi mengikut kemahiran bahasa dalam DSKP. 

Setiap pencapaian murid, saya lampirkan bersama bukti pencapaian murid yang paling cemerlang, sederhana dan lemah. 

Bukti itu adalah sebagai rujukan kepada kesahan markah prestasi yang saya berikan berdasarkan tahap pencapaian murid.


     5. WAKTU GANTI KELAS
Haa.... guru praktikal dengan kelas ganti ni memang biasa lah kan.

Jadi, dalam kepala ni perlu rancang pelbagai aktiviti untuk kelas ganti tu. 

Cikgu yang tidak hadir jarang sediakan aktivti untuk murid mereka buat, jadi kita perlu ada perancangan aktiviti menarik bila relief kelas tu.

Sebab, kalau setakat seminggu je relief takda masalah nak main-main. Ni, hampir 3 bulan kita di sekolah dan perlu relief. Kadang-kala, murid pun dah mula bosan dengan aktiviti yang sama. 

Pastikan kelas yang kita relief tu setiasa terkawal dan konten PdP tu mereka dapat. Pendek kata, sediakanlah aktiviti berkumpulan atau permainan bahasa, teka-teki atau kuiz yang sesuai dengan mata pelajaran yang kita relief tu.

     6. REFLEKSI RPH
Refleksi RPH ni sentiasa menjadi kelemahan saya nak siapkan on time. Jadi, cara terbaik untuk pastikan maklumat kita tulis refleksi tu tak menggoreng atau 'copy' je ayatnya… maka, setiap kali PdP bawalah RPH kita tu sekali kemudian catatkan siap2 dengan pensel berapa jumlah murid yang hadir. Siapa tak hadir tu catat namanya di bahagian RPH tu utk rujukan kita. 

Kemudian, murid yang kita rasa lemah tu catatkan juga namanya dan juga murid paling cemerlang kita catatkan namanya. Ini sebagai rujukan untuk tulis rekod prestasi murid nanti. 

Kelemahan sepanjang PdP dan kekuatan PdP yang dijalankan itu perlu diperhatikan secara keseluruhan supaya penulisan refleksi lebih pelbagai dan wujud cadangan penambahbaikan. 

Ingat! Refleksi ni memang wajib ditulis pada ruangan muka surat akhir RPH tu. Disinilah pensyarah akan semak dengan teliti.

     7. KAWALAN KELAS
Untuk kawalan kelas ni, semua boleh tengok balik subjek Pengurusan Bilik Darjah yang kita belajar dulu. 

Satu lagi, di Youtube juga ada banyak yang ajar tentang cara grab attention student in classroom

Banyakkan ambil idea daripada cara guru luar negara mengajar kemudian kita asimilasikan ikut kesesuaian PdP BM supaya PdP kita lebih menarik.

    8. PENGURUSAN BUKU/LATIHAN MURID
Bagi melancarkan pengurusan latihan murid, 

Saya sediakan fail kepada setiap murid dengan label nama mereka pada hari pertama saya mengajar.

Tapi, bila dah lama-lama guna fail ni saya lihat ianya menyukarkan proses rujukan dibuat sebab tiada susunan yang betul mengikut kemahiran bahasa (tatabahasa/ karangan/ ulasan) ataupun mengikut tarikh PdP tersebut. 

Jadi, pada bulan ketiga mengajar, saya mula mengumpul semua buku murid dan menyediakan tag nama pada setiap buku mereka dan sediakan indeks bagi setiap buku tersebut. 

Indeks itu saya seragamkan untuk memastikan mereka semua telah menghadapi PdP sepanjang saya mengajar. 

Bagi murid yang tidak hadir, mereka juga perlu memastikan lembaran kerja itu dibuat. Apabila setiap lembaran kerja ditampal dalam buku dan tally dengan indeks, maka sistem kerja murid lebih efisien. 

Apabila menjelang peperiksaan, murid juga lebih mudah merujuk buku untuk belajar karangan, tatabahasa ataupun ulasan. Jadi, tak perlu lagi sediakan fail. Cukuplah sekadar buku yang guru sebelum ini sediakan. Kita hanya sambung tugas tu dan pastikan mereka lengkapkan tugasan dan tampal dalam buku tu. 

Kita kena rajin tanda buku murid supaya mereka tak mengelat untuk siapkan tugasan yang kita beri tu.



Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat.



4 comments:

  1. Assalamualaikum dan maaf bertanya akak. Pengurusan latihan murid tu maksudnya akak suruh murid beli buku baru dan hantar lembaran kerja kat akak kemudian dikumpulkan ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam awak. Ouh, buku itu gunakan buku sedia ada yang digunakan cikgu sebelum tu. Lembaran kerja terus ditampal ke dalam buku latihan mereka. Barulah takda kes yang tercicir lembaran kerja. Pengalaman akak, sebelum murid tampal, akak tanda dahulu, kemudian kelas berikutnya baru minta mereka tampalkan dalam buku.

      Delete
  2. ya allah tiba2 rasa serabut tengok semua ni.. huhu doakan saya praktikum sem depan :) :) :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cikgu Nurlyana diatas perkongsian.

    ReplyDelete

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...