Followers

Thursday, October 16, 2025

BBM LATIH TUBI ASAS MENGARANG (MURID TAHAP 1)

Assalamualaikum dan hi!
Hari ini saya ingin kongsikan bahan yang boleh dijadikan latih tubi menarik untuk membantu murid-murid kita mahir membina ayat dan menghasilkan karangan yang mantap.

Kemahiran menulis bukan datang secara tiba-tiba tetapi lahir daripada latihan yang konsisten dan panduan yang tersusun. Ramai murid tahu dan idea ada dalam kepala, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menulisnya dengan baik di atas kertas. Di sinilah pentingnya teknik SBAKSiapa, Buat Apa, Keterangan (di mana, pada waktu bila, dengan menggunakan apa).

Melalui teknik ini, murid akan lebih mudah membentuk ayat lengkap dan bermakna. Dari satu gambar, mereka boleh menghasilkan pelbagai ayat yang menarik. Lama-kelamaan, mereka akan lebih yakin menulis karangan dengan gaya sendiri.

Jadi, jom kita sama-sama latih murid kita dengan bahan bergambar yang boleh dijadikan aktiviti penulisan kreatif dan menyeronokkan!

boleh muat turun daripada pautan google drive ini:

https://drive.google.com/file/d/1NULqX9FAhJpNl8RS9wCG8Ts-Njhtawa4/view?usp=sharing





No comments:

Post a Comment

BBM LATIH TUBI ASAS MENGARANG (MURID TAHAP 1)

Assalamualaikum dan hi! Hari ini saya ingin kongsikan bahan yang boleh dijadikan latih tubi menarik untuk membantu murid-murid kita mahir ...