Assalamualaikum dan Hai…
Entri
kali ini saya kongsikan pula beberapa barang keperluan yang perlu ada semasa
praktikum. Diharapkan, perkongsian ini dapat dijadikan gambaran awal kepada
adik-adik junior yang bakal menempuh praktikum.
Sebenarnya,
saya ada kongsikan beberapa perkara untuk praktikum IPG ni. Boleh baca entri
saya tentang kandungan yang perlu ada dalam fail praktikum di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2020/07/kandungan-fail-portfolio-praktikum.html
Korang
juga boleh baca tips praktikum fasa satu di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2019/11/praktikum-tips-praktikum-ipg.html
Satu
lagi… hehe ada juga saya kongsikan pengalaman berpraktikum fasa 1 di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2019/11/pengalaman-praktikum-fasa-1.html
Dan pengalaman
berpraktikum fasa kedua di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2020/12/praktikum-fasa-kedua.html
Okay
jom kita mulakan;
Perkara pertama yang perlu kalian
tahu, praktikum ni perlukan perancangan dan pembahagian masa yang sangat
sistematik. Kalau takda perancangan…. Itulah punca kita mudah stress.
Pengalaman saya sendiri sepanjang praktikum fasa satu dan dua, memang tak lari
dari stress ni… sebab banyak perkara-perkara adhock yang berlaku. Jadi,
kerja-kerja yang bertangguh sebelum ni ditambah pula kerja-kerja baharu hmm…
jadilah stress tu. Untuk yang bertanya:
------------------------------------------------------------------------------------
“ Apa je yang kena buat untuk
praktikum ni? Kita mengajar je kan?”
------------------------------------------------------------------------------------
Meh dengar sini, inilah benda-benda
yang kena ada dalam senarai perancangan kita sebelum bermulanya praktikum
1. Bajet kewangan untuk praktikum perlu ada. Tapi ingat, jangan terlalu berkira, kalau kita banyak memberi insyaallah banyak juga rezeki yang datang. Memberi tu tak semestinya wang ringgit, mungkin juga dalam bentuk kudrat dan lain-lain.
2. Barang keperluan praktikum
Kat sini, saya cuba senaraikan barang-barang yang diperlukan semasa praktikum, tapi bukanlah semua perlu kita miliki. Mungkin kita boleh cari jalan lain sama ada pinjam dan kongsi duit dengan kawan untuk beli barang-barang yang diperlukan tu. Kalau memang ada duit lebih, belilah siap-siap barang keperluan ni sebab berguna untuk digunakan semasa praktikum fasa satu dan dua. Kemudian, barang-barang tu juga boleh guna masa jadi cikgu nanti. Kalau tak pun... maybe boleh jual semula kepada junior yang nak berpraktikum akan datang. Pelaburan untuk awal praktikum ni tak rugi pun, sebab bila ada barang mencukupi tu kita pun rasa mudah, selesa. Tapi saya, praktikum fasa dua baru beli barang-barang ni. Fasa satu takdak duit hahaha...
WAJIB ADA
· File saiz 50mm/ Cover File/ Tagging File/ Plastik file (100-150pcs)
·
Borang-borang praktikum
·
Name tag
·
Set baju kurung yang mencukupi haha/ Baju Sukan yang
mencukupi hehe sbb saya PJ
KEPERLUAN PRAKTIKUM
·
Laminate/ Kertas Laminate ( Beli dekat kedai popular
sebab masa tu ada promo jadi RM100, laminate saya beli masa prakt fasa satu
terus.)
·
Printer/ Ink ( Saya guna Canon E410 masa prak. Fasa 1
huhu memang menangis ink printer mahal... habis duit gitu ja. Pastu sebab
printer dh rosak, fasa dua pi la beli printer yang guna ink tank. Saya beli
canon G2010 dalam RM500 tp berbaloi sebab ink printer amatlah murah. Kalau
print sehelai kertas hitam putih tu.. bajet kita dalam 4 sen ja.)
·
Speaker (speaker pun penting untuk digunakan semasa pdp
dalam kelas. Kalau budak PJ macam saya... speaker kena beli yang besar sikit
supaya bunyinya pun kuat sesuai guna di padang. Saya beli di Shopee aja)
·
Mikrofon (Mikrofon ni penting untuk guna dalam kelas masa aktiviti lakonan ka, nyanyian ka, wawancara ka, jadi murid rasa happy. Satu lagi, suara murid ni perlahann yakmat.... jadi mikrofon ni boleh bantu kuatkan suara mereka yang segan silu tu hehe)
·
LCD (LCD ni boleh kalau nak beli, jika ada duit lebih la.
Kalau x... takpa, di sekolah pun ada LCD untuk dipinjam)
·
Stiker bintang/ Cop Disemak/ Token untuk murid (Penting okayy untuk tarik perhatian murid. Ni beli ja kat mr diy, eco ada banyak. Kalu cop disemak oleh tu boleh cari dkt shopee ada jual.)
·
Manila kad/ kerta sebak/ Mounting Board
·
Kertas A4 Putih/ Kertas Warna
·
Alat Tulis (pen Merah/ Marker White Board/ Magnet)
·
Gunting / pensel/ permanent marker/ colour magic/ gam/ seletep/ kertas lukisan ( yang ni saya beli
banyak sebab nanti senang untuk aktiviti kumpulan. Selalunya saya akan beli 6-8
set senang untuk aktiviti kumpulan)
·
Mini White Board
(ini juga penting
untuk digunakan bila aplikasikan teknik think-pair-share) ada sekolah memang
sudah sediakan mini whiteboard untuk setiap muridnya.
Tapi, macam sekolah saya haritu takda. Kemudian, disebabkan COVID, barang tak boleh berkongsi. Jadi saya laminate kertas A4 buat 30 pcs untuk setiap murid saya.
Marker whiteboard untuk murid tulis tu suruh ja murid bawa sendiri dari rumah. Kalau bajet kita ada lebih, beli ja kat kedai eco tu. Ada juga cara lebih jimat, kita bagi ja kertas A4 kononnya sebagai pengganti mini whiteboard dan mereka tulis guna pensel. Cuma, kelemahan ni... tulisan kurang jelas dan susah nak share bahan/tunjuk bahan kepada rakan kelas lain.
Tapi okay ja, saya pernah cuba cara ni. Bahan murid tulis tu juga boleh simpan nanti berbanding kita guna mini whiteboard. Kot mana pun ada kelebihan dan kekurangan. Jadi gunalah yang mana memudahkan.
·
Bekas/ Belon/ Kotak/ Bola Ping Pong/ dll ( ni preparation
untuk BBM)
3. Jadual mengajar, Jadual Observe
Jadual mengajar ni kena hafal siap-siap lepas dapat tu. Supaya takda kes cikgu lupa masuk kelas, cikgu lambat masuk kelas. Jadual mengajar ni juga penting supaya kita dapat atur masa sebaiknya. Pernah pengalaman saya, kelas berderet dari padang kelas PJ berlari masuk kelas BM. Sebab aturan waktunya sebelah-sebelah. Jadi, ni memang sakit juga la sekiranya ada observe masa tu. Walau bagaimanapun kena hadap okay, pandai-pandailah bahagikan masa sebaiknya.
Jadual Observe ni juga penting. Observe oleh pensyarah penyelia ada masanya. Unit praktikum ada beri jadual yang menetapkan minggu-minggu tertentu untuk pensyarah datang menyelia. Jadinya, kita kena bersedia pada minggu yang akan diselia oleh pensyarah.
------------------------------------------------------------------------------------
Ada orang kata begini “ Pensyarah aku main terjah je ke sekolah tanpa beritahu apa-apa info. Sebab tula... aku susah nak buat PdP yang gempak-gempak. Kau untunglah sebab pensyarah beritahu bila nak datang.”
------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya, jadual yang ditetapkan unit praktikum untuk pensyarah datang pantau kita sudah ada. Cuma ada pensyarah yang tak beritahu hari apa dia nak datang. Tidak menjadi masalah. Kita kena pastikan dulu minggu mana pensyarah sepatutnya datang observe. Kemudian, kita target siap-siap RPH mana nak guna untuk observe pada minggu itu. Simpan ja dulu RPH observe tu. Ready siap-siap satu RPH dan BBM gempak untuk minggu observe tu. Sekiranya tiba-tiba pensyarah datang mana-mana hari kita boleh guna. Tapi kalau minggu tu pensyarah tak datang juga... maka ajar sahajalah murid dengan RPH n BBM tu. Sebab RPH/BBM yang dirancang untuk minggu tu kita tak boleh bawa ke minggu berikutnya. Sebab... kita kan kena ikut RPT yang ditetapkan. Haa gitula...
Sebab tu, saya kata... kita kena hafal siap-siap bila kita mengajar, bila minggu observe supaya kita lebih bersedia dengan PdP yang paling baik.
Okay, itu sahaja
perkongsian hari ini. Nanti saya sambung cerita lagi.
Jangan lupa baca entri di bawah:
No comments:
Post a Comment