Assalamualaikum dan Hi,
Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, saya janji akan kongsikan contoh RPH versi BDR sempena pelaksanaan praktikum online kan... Mesti ada yang tertanya apa itu BDR? BDR merupakan singkatan yang merujuk kepada Bekerja Dari Rumah. Sekiranya pelaksanaan praktikum secara atas talian, kita akan buat RPH BDR ni mengikut kesesuaian bahan yang kita gunakan semasa mengajar online tu. Apa-apapun kena ikut format IPG juga seperti yang asal, cuma ubah suai sedikit mengikut kesesuaian PdPR. Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah:
Ini sekadar contoh perkongsian daripada saya, setiap pensyarah lain-lain permintaannya. Jadi pastikan anda jadikan RPH ni sebagai panduan sekiranya praktikum anda dijalankan secara atas talian dan jangan lupa tanya juga pensyarah anda yang dia mahukan format bagaimana kay...
Ini contoh RPH PdPR yang dijalankan secara tidak segerak (bukan melalui Google Meet). Punca tak dapat buat Google Meet sebab kekangan peranti dan internet dalam kalangan murid saya. Jadi, terpaksa jalankan secara tidak segerak di Google Classroom sahaja.
Ini pula, contoh RPH PdPR yang dijalankan secara segerak di Google Meet. Yang ni saya sempat buat masa nak dekat akhir-akhir praktikum. Itu pun selepas pensyarah penyelia wajibkan juga jalankan PdP di Google Meet. Maka, kami mintalah izin sekolah untuk jalankan PdP di Google Meet n berjaya juga berjalan lancar. Ini contoh RPH sekiranya PdP dijalankan di Google Meet.
Sekadar Contoh, LAIN PENSYARAH, LAIN PERMINTAAN,
Rujuklah pensyarah masing-masing kay:
Jangan lupa baca entri di bawah:
Salam. Rasanya tertinggal muka surat dua. Tq ya. Saya rujuk untuk praktikum
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. sangat2 membantu saya untuk praktikum online bulan 6 nanti
ReplyDelete