Followers

Showing posts with label Nota PPISMP. Show all posts
Showing posts with label Nota PPISMP. Show all posts

Sunday, September 12, 2021

NOTA PPISMP: PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan Hi...

Kepada adik-adik junior yang baru saja melanjutkan pelajaran ke IPG, Tahniahhhhhh!!!

Semoga kalian belajar bersungguh-sungguh dan rebut peluang belajar di IPG ini sebaik mungkin. 

Hari ini saya akan kongsikan nota untuk kursus major pendidikan bahasa Melayu khususnya kursus "PSP"=Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.

Nota ini bukanlah milik saya, saya dapatkannya pun daripada pensyarah. Nota ini mungkin boleh membantu serba sedikit untuk pencarian bahan rujukan untuk buat slaid tutorial. 

Semoga bermanfaat!



Thursday, July 22, 2021

PPISMP KURSUS BIDANG PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU

 Assalamualaikum dan hi...

Pada perkongsian kali ini, saya akan senaraikan subjek/kursus yang dipelajari sepanjang 2 semester di PPISMP. Perkongsian ini sekadar memberi gambaran awal kepada rakan-rakan junior yang lain untuk lebih bersedia pada semester-semester berikutnya. Kursus-kursus yang akan saya kongsikan ini adalah berkaitan PPISMP Ambilan Jun 2016, dengan mod sepenuh masa selama 1tahun pengajian dan berbaki 4 tahun untuk PISMP.

Kursus-kursus yang disenaraikan ini juga adalah untuk mereka yang mengambil bidang pengkhususan Bahasa Melayu. Jadi jemputlah teliti, sekadar berkongsi.


Ini merupakan kursus-kursus yang di ambil semasa semester pertama:
Bagi kod kursus BMMB merujuk kepada kursus bidang pengkhususan kita. Selebihnya tu kursus umum yang di ambil oleh semua pelajar PPISMP.
Gambar di bawah menunjukkan contoh kursus yang kami ambil semasa PPISMP Jun 2016 dulu. (Semester 1)



Ini pula jadual kuliah kami, jadual PPISMP Semester 1 ni agak padat juga. Kelas pagi hingga petang ya.


Ini pula senarai kursus dan jadual kuliah bagi semester kedua, PPISMP:



_________________________________________________________

Jom singgah:

Monday, July 6, 2020

Penulisan APA 7th Edition 2020


APA (American Psychological Association) Referencing Style adalah gaya penulisan rujukan yang sering digunakan oleh pelajar IPG bila nak buat esaimen dan penulisan disertasi. 

Sebenarnya… ada banyak lagi gaya rujukan seperti  Harvard Style, MLA Style dan Chicago style. 

Namun, APA style adalah pilihan yang digunakan oleh pelajar IPG sebab semua syarat dalam penulisan tugasan suruh tulis rujukan gaya APA. Sebelum ini, pasti pelajar IPG akan ikut gaya APA 6th edition. 

Tapi, bermula semester lepas tahun 2020 ni…. IPG kami dah mula suruh tulis APA ikut 7th edition. Ha…. Ada beberapa perubahan sebenarnya kalua ikutkan penulisan APA 7th edition. 

Kali ini, saya kongsikan terlebih dahulu format APA 6th edition… kemudian saya tunjukkan pula apa perubahan dalam APA 7th edition. Sumber pengetahuan yang saya dapatkan ini adalah daripada buku panduan Penyelidikan Tinjauan yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Akademik IPGM tahun 2018. Tapi ni yg versi APA 6th edition. Yang 7th edition saya tonton di Youtube Channel Scribbr https://youtu.be/zeSIXD6y3WQ.

Contoh APA 6th Edition












Contoh APA 7th Edition



















Friday, January 20, 2017

Kesihatan dan Kecergasan Diri: Bleep Test


Baiklah, sekarang nak kongsikan penilaian yang dinilai dalam subjek Kesihatan dan Kecergasan Diri (KDC) yang merupakan subjek dalam PPISMP Semester 1. 

Subjek ini memang tiada peperiksaan bertulis yang akan diambil. Pemarkahannya lebih kepada aktiviti fizikal.         

Cuma, ada 20% diberi untuk penyediaan refleksi selepas menjalankan keseluruhan ujian fizikal tersebut.

10% pula dinilai daripada pengurusan dalam kumpulan semasa mengendalikan ujian SEGAK. 

30% diperoleh daripada ujian SEGAK yang dijalankan sama seperti di sekolah menengah dahulu…. 

Kemudian lagi 40% dinilai daripada ujian bleep test…. 

Haaaaa patutla semasa syarat kelayakan untk masuk ke IPG mereka jalankan bleep test dalam UKCG. 

Rupa-rupanya ia sangat penting dalam pemarkahan untuk subjek KDC ini. Ada beberapa peringkat yang perlu dilepasi dan saya mampu sehingga ke level 6.2 .      


Penilaian ini dijalankan oleh kami sekelas. Kami yang mengumpul barang, mengukur, mencatat markah kawan dan dipantau oleh pensyarah kesayangan iaitu cik Kalaivalli. Semasa mengendalikan penilaian bleep test kami saling bekerjasama daripada mula sehingga di akhir penilaian dijalankan. 

Nak kongsikan bagaimana saya sangat kagum dengan kerjasama rakan sekelas saya. Ketika itu semua penilaian sudahpun tamat dan ramai bergegas nak pulang ke asrama dek kepenatan berlari kehulu hilir. Pada masa yang sama cik Kalai menyuruh beberapa pelajar kelas C2 untuk menyusun kembali pita pengukur yang panjang itu setelah terbuka dan bergelut semua talinya. Namun, semangat kerjasama yang ditunjukkan apabila hampir semua pelajar  kelas C2 ini tidak pulang sebaliknya berhenti dan membantu kawan untuk membetulkan tali pengukur itu. Memang hilang juga kesabaran memebetulkan tali pengukur yang penjangnya bermeter-meter. 

Akhirnya kami berjaya betulkan dan susunkan semua simpulan tali itu dan digulung seperti biasa. Kesepakatan diantara kami sekelas pasti akan terus menyelesaikan setiap masalah. Saya bangga dengan sahabat C2.

Terima Kasih.
Muka penat setelah aktiviti Bleep Test hehe

BENGKEL MODUL RAKAR TAHUN 3

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 BAHAN BENGKEL MODUL RAKAR  ENERGIZER: https://www.youtube.com/watch?v=JCS-znxl7dU&list=RDJCS-znx...