Semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman sahaja, apapun pastikan kalian rujuk pensyarah dan ikut kehendak mereka.
Jangan ambil dan percaya 100% apa yang senior katakan. Kami sekadar berkongsi pengalaman, lain orang lain pengalamannya.
Jadi, jadikan platform perkongsian ini sebagai sumber rujukan sahaja. Kalian olah mengikut kesesuaian ya. Semoga berjaya!
Jangan stres ye hehe, praktikum tu la paling relaks, enjoy sangat-sangat sebab dapat kepuasan mengajar, boleh dikatakan praktikum ni la sem yang paling membahagiakan. Selamat berpraktikum.
Pelaksanaan PdPR bagi subjek Pendidikan Jasmani ni, kenalah pilih sk.sp yang sesuai untuk dijalankan di rumah. Manipulasikan alatan yang ada di rumah murid-murid supaya objektif tu masih tercapai. Contoh nak ajar melontar peluru, voleh minta mereka gumpalkan kertas jadi bulat dan cuma melontar bola kertas itu menggunakan teknik melontar peluru yang betul. Yang penting, kita kena kreatif supaya dapat sesuaikan aktiviti yang boleh di buat semasa PdPR.
PdPR PJ ni boleh berlangsung secara segerak dan tidak segerak.
Jika segerakk di Google Meet, dalam tempoh 30 minit tu cubalah rancang PdP yang sesuai untuk dilakukan depan komputer.
Kita sediakan slaid tayangan powerpoint dan juga video bersenam ka kemudian minta murid amalikan depan laptop, kita pantau.
Kemudian sebagai pentaksiran, kalian boleh jalankan kuiz secara live untuk wujudkan persaingan dalam kalangan murid kelas tersebut.
PENULISAN RPH PdPR PJ
Untuk RPH Versi PdPR PJ di Google Meet boleh lihat contoh yang saya buat, di sini:
Sekiranya murid tak dapat sertai PdPR bersemuka di Google Meet, kita janganlah lupakan mereka. Pengalaman saya, saya sediakan juga video khas dan bagi link kuiz untuk mereka jawab supaya kita dapat menilai mereka juga. Sebab bukan semua murid dapat sertai Google Meet, jadi bagi mengelakkan ada murid ketinggalan, kita sediakan juga versi tidak segerak seperti:
1. Video (Penerangan secara teori, tunjuk contoh gambar aktiviti) Cara buat video penerangan ni, kalian boleh guna powerpoint aja. Boleh tengok contoh saya buat video PdP guna Powerpoint di sini:
2. Video Amali, (Kita sebagai guru tunjukkan demo macam mana nak bersenam ka, ni buat waktu observe ja la haha kalau rajin buat je la selalu)
3. Beri tugasan kepada murid secara amali (minta murid rakamkan aktiviti yang mereka lakukan, kemudian kita compile kan aktiviti mereka dalam satu video sebagai motivasi.
Boleh tengok contoh yang saya buat di sini:
GOOGLE CLASSROOM PJ
Google Classroom saya gunakan juga sebagai platform untuk upload bahan tugasan dan perkara ini penting sebagai bukti dan rekod PdP yang kita jalankan. Kalau PdPR ni selalu maklum di wasap jd rekod bukti simpanan kita jadi merata-rata. Kalian kemaskinilah semua bahan itu dalam GC. Jangan lupa invite murid anda untuk sertai GC yang anda bangunkan. Dapatkan emel murid daripada guru pembimbing.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.
Kali ini saya kongsikan penulisan refleksi RPH versi praktikum Online. Baiklah, perkongsian kali ini sekadar pengalaman saya. Kalian sesuaikanlah mengikut permintaan pensyarah penyelia masing-masing. Jadi, ini adalah refleksi yang saya buat pada akhir setiap PdPR. Kemudian pastikan refleksi ni ditulis siap-siap sebelum kalian upload RPH tersebut di ruangan My POROMS.
Tapi ikut juga pensyarah... ada pensyarah minta upload RPH terlebih dahulu di My POROMS sebelum kelas berlangsung. Jadi.. saya akan upload terlebih dahulu RPH ke My POROMS (RPH sahaja tanpa refleksi) Kemudian, setelah tamat mengajar... saya upload semula RPH lengkap sekali refleksi.
ada yang tanya " ish kenapa nak buat kerja dua kali! lebih baik upload je RPH lepas siap tulis refleksi."
Okay.. berdasarkan pengalaman bersama pensyarah penyelia saya, beliau meminta kami untuk upload RPH sebelum mengajar sebab beliau mahu semak apa yang akan kami ajar secara maya. Jadi, itulah sebabnya saya akan upload dua kali. Apabila upload kali kedua... bermakna RPH yang pertama tu akan lupus dan digantikan dengan yang kita baru upload (versi lengkap refleksi)
Okay harap kalian faham apa saya nak terangkan tu haha
Di sini merupakan refleksi yang saya buat semasa kelas PdPR BM.
Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, saya janji akan kongsikan contoh RPH versi BDR sempena pelaksanaan praktikum online kan... Mesti ada yang tertanya apa itu BDR? BDR merupakan singkatan yang merujuk kepada Bekerja Dari Rumah. Sekiranya pelaksanaan praktikum secara atas talian, kita akan buat RPH BDR ni mengikut kesesuaian bahan yang kita gunakan semasa mengajar online tu. Apa-apapun kena ikut format IPG juga seperti yang asal, cuma ubah suai sedikit mengikut kesesuaian PdPR. Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah:
Ini sekadar contoh perkongsian daripada saya, setiap pensyarah lain-lain permintaannya. Jadi pastikan anda jadikan RPH ni sebagai panduan sekiranya praktikum anda dijalankan secara atas talian dan jangan lupa tanya juga pensyarah anda yang dia mahukan format bagaimana kay...
Ini contoh RPH PdPR yang dijalankan secara tidak segerak (bukan melalui Google Meet). Punca tak dapat buat Google Meet sebab kekangan peranti dan internet dalam kalangan murid saya. Jadi, terpaksa jalankan secara tidak segerak di Google Classroom sahaja.
Haa, untuk RPH ini saya gunakan video yang saya buat sendiri menerusi powerpoint, kalau nak tengok tutorial macam mana saya buat video pdp ni boleh tengok di sini: https://youtu.be/72FdMWeYH4c
Ini pula, contoh RPH PdPR yang dijalankan secara segerak di Google Meet. Yang ni saya sempat buat masa nak dekat akhir-akhir praktikum. Itu pun selepas pensyarah penyelia wajibkan juga jalankan PdP di Google Meet. Maka, kami mintalah izin sekolah untuk jalankan PdP di Google Meet n berjaya juga berjalan lancar. Ini contoh RPH sekiranya PdP dijalankan di Google Meet.
Sekadar Contoh, LAIN PENSYARAH, LAIN PERMINTAAN,
Rujuklah pensyarah masing-masing kay:
Itu sahaja perkongsian kali ini. Apapun format RPH bergantung pensyarah penyelia masing-masing. Yang saya buat ni adalah hasil persetujuan bersama pensyarah penyelia praktikum saya. Jadi tidaklah mewajibkan anda semua ikut format ini. Jadikan RPH ini sebagai ilmu tambahan sahaja.
Terima kasih, jemput follow blog dan youtube channel saya.