Assalamualaikum dan Hi...
Hari ini saya kongsikan serba sedikit pengalaman sepanjang menjalani Internship IPG di sekolah pada semester 8. Jadi, kepada yang masih belum tahu apa itu Internship... meh sini nak cerita.
Apa itu Internship?
Internship ni kita perlu ke lapangan untuk jalani program latihan. Tujuan Internship ni nak kita kaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Internship ni lebih kurang macam praktikum tu, cuma penilaiannya akan lihat projek yang kita jalankan dan bukan menilai cara kita mengajar.
Jadi... bila nak Internship ni, kalian perlu merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Waktu kami Internship haritu... semua kena hasilkan inovasi PdP (tak kisah inovasi untuk subjek major atau minor) atau inovasi untuk memudahkan pengurusan sekolah.
Penempatan Internship?
Tempoh dan bilangan waktu mengajar semasa Internship?
Apa kita perlu buat semasa Internship IPG?
- Projek atau aktiviti hendaklah praktikal, boleh disempurnakan dalam masa empat minggu, tidak mengganggu pentadbiran sekolah dan proses PdP serta tidak melibatkan kos yang tinggi. Kos buat projek ni bergantung juga... ada sekolah yang memang bagi duit. Tapi... sepatutnya memang projek Internship ni tanggungan persendirian oleh pelatih. So... jalankanlah aktiviti program yang menggunakan kos rendah.
- Waktu kami haritu... Internship punya projek tu mesti ada unsur inovasi. Boleh sahaja buat secara berkumpulan tapiiii outcome tu penulisan laporan tu secara individu yaa.
- Pastikan kertas kerja kalian tu mendapatkan tandatangan G.B, P.K, guru mentor. Pastikan juga urusan pengesahan projek tu selesai pada minggu pertama Internship.
- Waktu kami haritu... di samping siapkan laporan, kami kena hasilkan juga satu video montaj pelaksanaan sepanjang Internship. Tempoh durasi video selama 10-20 minit. Kalian boleh lihat contoh video Internship yang saya jalankan semasa internship di SK Desa Setapak tempoh hari.
Contoh-Contoh Projek Internship IPG?
Antara contoh-contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan: Menghasilkan inovasi PdP atau Pengurusan.
Menganjurkan Bengkel Sajak/Pengacaraan
Merancang dan mengurus program motivasi peringkat sekolah
Merancang dan mengelola projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah
Merancang dan mengurus pertandingan sukan
Merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform
Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah
Tapi.... ingattt mesti ada elemen inovasi dalam setiap projek yang kita anjurkan.
TIPS INTERNSHIP IPG
1. Tonjolkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Mentor tu selalunya guru pembimbing kita semasa praktikum fasa 2. Apapun mentor tu terdiri daripada guru kat sekolah tu yang akan bimbing n bagi idea untuk kita selesaikan projek internship.
2. Bekerjasama dalam pasukan. Pastikan kalian saling membantu rakan-rakan Internship menyiapkan projek. Guru besar dan mentor akan sentiasa memerhatikan kesungguhan kita dalam menyelesaikan projek dan pergaulan kita dengan komuniti sekolah.
3. Melengkapkan laporan dokumentasi yang terperinci dan memberi impak positif kepada pembangunan pelajar dan sekolah. Guru besar, mentor (guru pembimbing) dan pensyarah penilai akan melihat laporan dokumentasi projek Internship kita sebagai kayu ukur untuk memberi markah. So, siapkan la awal-awal. Selalunya, dah tamat Internship baru kalut nak buat laporan. Sekolah pun tak dapat nak sahkan laporan dokumentasi kita tu. Jadi atur masa anda sebaiknya untuk siapkan semua perancangan projek anda dalam tempoh 4 minggu di sekolah tu.
Selamat menjalani Internship. Sedikit peringatan... selalunya Internship ni... kita akan sibuk juga dengan persediaan untuk Viva Kajian Penyelidikan. Jadi, kalian akan sedikit sibuk. So... siapkan awal-awal kertas cadangan projek inovasi untuk Internship ni. Pi sekolah nanti dah boleh jalankan.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat ya.
Jom singgah:
- Praktikum Online IPG
- Bahan Praktikum
- Persediaan Praktikum IPG
- Praktikum Fasa 1: Pengalaman Saya
- Tips Praktikum
- Praktikum Fasa Kedua
- Pengalaman PBS di Sekolah
- Subjek PISMP Sem 6
- RPT BM & PJ 2020
- Rujukan Guru Pelatih BM
- Cara dapatkan Hak Cipta My IPO Inovasi
- Cara Menghilangkan Watermark Video
- Festival I-FEST IPG
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melay
No comments:
Post a Comment