Followers

Tuesday, June 2, 2020

PISMP SEMESTER 6

Assalamualaikum dan hi...

Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yang telah saya lalui sepanjang semester 6 dalam opsyen Bahasa Melayu (PISMP). 

Saya merupakan siswa guru ambilan Jun 2017. 

Kini, baru sahaja selesai peperiksaan akhir semester dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk meneruskan semester berikutnya. 

Cepatnya masa berlalu, selepas ini hanya berbaki dua semester sahaja. Sememangnya pasti lebih mencabar. 

Baiklah, perkongsian kali ini saya tujukan kepada rakan-rakan junior lain yang bakal menempuh semester 6 untuk mendapatkan gambaran awal tentang perjalanan pada semester ini. 

Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan.... 

     Untuk pengetahuan kalian, sepanjang lima semester yang telah saya tempuhi tidaklah sesukar semester 6. Semester ini sedikit sibuk dan memerlukan pembacaan yang banyak.

 Nak tahu sebab apa? 

haa saya kongsikan dahulu senarai kursus/subjek yang akan kalian pelajari.



Senarai Kursus Semester 6: Opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Semantik Bahasa Melayu (BMMB 3123), 

Subjek ni, agak sukar untuk mendapat kefahaman mendalam. Secara umumnya, subjek ni banyak fokus berkaitan makna-makna ayat, analisis maksud peribahasa dan segala perkara yang mengkaji tentang makna ayat. Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu 

60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

    Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami menerangkan fitur makna, makna leksikal dan makna ayat dalam bahasa Melayu.

    Analisis Peribahasa (25%) -1000 patah perkataan-
Pada bahagian ini, pensyarah menyuruh kami analisis peribahasa yang bertemakan alam Melayu dan perlu ceritakan perubahan makna yang berlaku dalam 10 peribahasa yang dipilih untuk dianalisis.

    Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan kumpulan pula kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Hubungan Etnik. Tajuk masa tu suruh kami hasilkan teks (fiksyen atau fakta) yang menerapkan Teori Semantik beserta kepentingannya.

Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran kursus ini. 

Baiklah, untuk kursus Semantik bahasa Melayu (BMMB 3123), 

kalian akan pelajari 14 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di bawah. 

 
(p/s: setiap tahun berkemungkinan ada kemas kini dan penambahan maklumat, saya hanya kongsikan RMK pada zaman kami belajar hehe)



Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan bahasa Melayu

Subjek ni pula.... membosankan haha... sebab banyak sangat pasal sejarah huhu. Satu lagi, subjek ni ada perkaitan juga dengan semantik. Bila belajar subjek ni kita asyik kena terjemahkan teks je. 

Kita juga akan belajar macam mana nak pilih istilah dalam bahasa Melayu yang tepat bagi mendukung maksud terjemahan inggeris tadi. 

Baiklah, pentaksiran pula akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

     Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami membincangkan tentang sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula abad ke-20 sehingga kini serta peranan Kamus Dewan dalam perkembangan pendidikan bahasa Melayu di negara ini.

     Terjemahan Teks (25%) -1000 patah perkataan-
Pada bahagian ini, pensyarah menyuruh kami memilih jurnal akademik bahasa Inggeris dan terjemahkan teks mengikut kaedah terjemahan yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.

    Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan kumpulan pula susahhh sangat sebab kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Asas Penyelidikan dan Inovasi Digital. Jadi, kami buat ja la setakat yang mana kami faham. Tajuk masa tu suruh kami bincangkan isu-isu berkaitan perkamusan dan peristilahan yang dihadapi guru-guru BM dalam mengaplikasikan alat digital untuk PdP BM.

Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Sekarang, saya nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi kursus ini.

 
 (p/s: setiap tahun berkemungkinan ada kemas kini dan penambahan maklumat, saya hanya kongsikan RMK pada zaman kami belajar hehe)


Baiklah, untuk kursus Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan bahasa Melayu (BMMB 2113), kalian akan pelajari 15 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di atas.



 Penulisan Sastera Kreatif Kanak-Kanak 

Kursus ini mempunyai 3 jam kredit dan sememangnya memberi kesan yang besar dalam menentukan pointer keputusan nanti. 

Jadi, kursus ini perlu diberikan perhatian lebih supaya dapat membantu kita skor dengan baik. 

Kursus ni lebih kurang macam subjek Kesusasteraan Melayu yang pernah kita belajar pada semester 2 tu...

 Cuma kali ini berfokus kepada kanak-kanak. 

Subjek ni sedikit relaks dan mudah sebab hanya perlu cipta-cipta cerpen, puisi yang berkaitan kanak-kanak. 

Haa.. ni saya kongsikan contoh soalan Kerja Kursus zaman kami:
Soalan Tugasan Subjek Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak
RMK tak dapat nak kongsikan sebab cari tak jumpa haha... maaf ya.



Asas Penyelidikan dalam Pendidikan 
(BMMB 3143) 

Kursus ni adalah palinggggggg pentingggg untuk diberi perhatian. Inilah pemula kepada penghasilan bukram/tesis kalian nanti. Jadi hadam dan kuasailah betul2 subjek ni. Bagi saya, kursus ini adalah satu perkara yang baharu. Kita tak pernah belajar dalam semester-semester sebelumnya. Maka, setiap istilah yang diguna pakai dalam kuliah tu agak rumit untuk difahami. 

Jad, tipsnya adalah dengan banyakkan membaca jurnal kajian penyelidikan berkaitan PdP. Dalam kajian-kajian yang dibuat selalunya ada banyak perkataan/istilah yang pelik tak biasa kita dengar.

Okay, seterusnya kalau nak cerita pasal pentaksiran... ia akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

     Kertas Cadangan Penyelidikan (60%) 
     –minimum 2500 patah perkataan-
Pada tugasan ini anda akan alami pelbagai dugaan dan cabaran haha. Perkara baharu yang dipelajari dalam tempoh yang singkat tapi perlu hasilkan proposal penyelidikan daripada bab 1 hingga bab 3. Tajuk kajian semestinya dah mula fikir dari awal. Tapi kalau fikir awal2 pun sampai ke akhir ada ja rasa nak tukar tajuk kajian tu lagi. Tugasan ini, kalian kena hasilkan proposal penyelidikan yang mengkaji isu /masalah dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Semestinya, kalian perlu fikir dari sekarang nak kaji pasal apa. Sebab kalau lambat fikir haih susah nak cari bahan-bahan saat akhir. Ini merupakan pembahagian bab dalam proposal penyelidikan:

BAB 1: PENGENALAN ( Latar belakang kajian, Penyataan Masalah, Objektif Kajian, Soalan Kajian, Kepentingan Kajian, dll)

BAB 2: KAJIAN LITERATUR ( Konsep fokus kajian, kajian lepas, teori kajian, kekuatan/kelemahan teori kajian, kerangka kajian, dll)

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN ( Reka bentuk kajian, Populasi dan Persampelan Kajian, Instrumen Kajian, Prosedur Pengumpulan Data, Prosedur Analisis Data, dll)

Setiap bab ada kandungan berbeza mengikut reka bentuk kajian anda. Sama ada kajian kualitatif atau kuantitatif.

    Pembentangan kumpulan (10%):
Tajuk masa tu suruh kami cari lima artikel yang mengkaji tentang inovasi dalam pendidikan bahasa Melayu. Kemudian, analisis metodologi kajian serta apa kepentingan metofdologi kajian itu.

Tapi..... zaman kami, last minute exam dibatalkan sebab PKP tu. Maka 100% tu memang bergantung sepenuhnya pada proposal (kertas cadangan penyelidikan tu).

Demikianlah, gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Apapun, mulai sekarang kalian dah mula membaca jurnal-jurnal kajian pdpc bahasa Melayu. FAHAMI setiap elemen yang perlu ada dalam membuat sesuatu kajian.





Pendidikan Inklusif (BMMB 3132)

Subjek ni pula lebih mendalam tentang Pendidikan Khas. Kita akan belajar tentang jenis-jenis Murid Berkeperluan Khas, cara atau strategi mengajar MBK, Cara menyediakan RPH versi Inklusif yang kita panggil RPI: Rancangan Pengajaran Individu dan banyak lagi.

Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

Penulisan Akademik (20%) -600 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.

Penulisan Rancangan Pendidikan Individu (20%)
Pada bahagian ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus perdana.

Pembinaan bahan bantu mengajar (20%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan bersama murid biasa dalam kelas perdana.



Inovasi Digital dalam PdP (BMMB 3152) 

Inovasi ni macam biasa, kalian perlu ada idea untuk hasilkan sebuah inovasi. Tapiiiii mestilah menggunakan teknologi digital. Maka, mulai sekarang cubalah explore berkaitan aplikasi-aplikasi yang boleh anda guna dan bangunkan untuk masukkan elemen inovasi anda.

Subjek ni juga kalian akan belajar banyak sangat model dan teori inovasi ni. Benda yang paling serabut masa kami belajar tu adalah 


"MODEL TRIALOGIKAL" 

Ha.... khatam betul-betul la pasal benda ni. Nanti banyak benda aktiviti yang perlu kalian gunakan model ni.

Seterusnya, pentaksiran akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 4 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:

Projek Inovasi (70%)  
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.

Laporan Projek (10%)
Pada bahagian ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus perdana.

Pembentangan (10%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan bersama murid biasa dalam kelas perdana.

Kuiz (10%)
Sekarang, saya nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi kursus ini. 


Kalau kalian nak tengok cara-cara kendalikan Inovasi ni boleh lihat entri saya pada pautan ini:



Hubungan Etnik (MPU 3122) 

Kursus ini paling.... mudah. Dia banyak ulang kaji balik pasal sejarah yang kita belajar masa Form 1-Form 5 tu lepastu ada kaitan sikit dengan sivik dan pendidikan moral. 

Pentaksiran subjek ni akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:

Penulisan Ilmiah (60%)  
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami bincangkan tentang unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Pembentangan (20%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan slaid powerpoint dan bentangkan tajuk yang ditetapkan.

Kuiz (20%)
Kuiz hanya perlu menjawab soalan struktur.


BUKU-BUKU SEMESTER 6 

Di sini, saya ingin kongsikan juga buku yang sangat berguna dan membantu untuk dijadikan nota pembacaan: tapi tak semua buku yang saya sempat tangkap gambar.... ni sekadar beberapa buku yang berguna dan saya guna sepanjang sem 6



        

    

     


           



Okay, itu sahaja perkongsian saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya. 

Semoga berjaya menempuhi semester 6 nanti.

Jangan lupa baca entri di bawah:









2 comments:

  1. Hi kak Lyana. Info-info diatas sgt berguna kepada saya sebab yg baru tergamam apabila mengetahui bahawa sem 5 ditukarkam dgn sem 6. Terima kasih kak. Semoga kakak sentiasa baik dan all the best utk praktikum!

    ReplyDelete

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...