Followers

Tuesday, November 12, 2019

Trip Ke Ipoh, Perak


KISAH TEROKA C5 DI IPOH PERAK- EKSPEDISI 5.0

Salam dan hai!
Setiap tahun, kami sekelas pasti akan merancang untuk pergi trip ke mana-mana. Kiranya ekspedisi setiap semester tu dah jadi rutin wajib kelas kami untuk merakam memori indah dengan kawan-kawan sekelas.

Ceritanya sem 5 ni kami jarang duduk sekelas bersama. Maklumlah, semua sibuk berpraktkum dan masing-masing dah masuk kelas elektif terbuka yang berbeza.

Bila difikirkan nak buat trip 5.0 ni, macam-macam halangan juga la… tarikh semua penuh aktiviti kampus. Nasib la 9-10 November ni kami semua berkelapangan. Jadi, bermulalah perancangan rapi untuk  trip ke Ipoh ni.

    Bajet daripada hasil kutipan duit kelas, RM117.00 seorang dah cukup  untuk tampung duit tiket, duit minyak tol (RM150 satu kereta) dan duit sewa rumah (RM300 utk 2 rumah). Cuma makan tu sendiri-sendiri punya duit.

Kami siap rancang tentatif program lagi hehe

HARI PERTAMA 9/11
06.30-07.00         Berkumpul
07.30-10.30         Bertolak ke Ipoh
10.30-11.00         Makan sampai kenyang di Restoran Kak Limah 
11.00-05.00         Aktiviti di Lost World Tambun
05.00-06.00         Makan Ringan di MCDonald
06.00-08.00         Checkin homestay/solat/rehat
08.00-11.00         Makan Malam di Miker Food Ipoh
11.00-12.00         Gerbang Malam
12.00-12.30         Bulatan Aman Jaya
Balik Tidur



LOST WORLD TAMBUN (RM64 HARGA TIKET)



Masuk-masuk je Lost World Tambun ni kami terus terjah ke air ombak buatan di kolam utama tu. Kami mandi-mandi kat situ sampailah ombak tu habis. Mulalah pening-pening sikit sebab dahla baru lepas makan nasi sampai kenyang pastu pi masuk air ombak bergelora tu. Masa di sini, kami dok tangkap-tangkap gambar dalam air, lepastu berenang sana-sini sebab lama tak berenang. Seronok tu sebab semua layan je ombak tu sambil teruja. Tapi sekejap je teruja lepastu rasa bosan dah haha.

Kami terus pi naik gelongsor air tu kat atas. Kami masih bersama-sama 16 orang satu team pergi ke gelongsor air tu. Mula la beratur berderet budak-budak C5.

Sementara menunggu giliran nak ambil pelampung tu, kami pilih lah pasangan masing-masing untuk naik pelampung tu. Bila dah naik atas tu, ada pilihan gelongsor ‘closed tunnel’ dan ‘semi closed tunnel’. Kami pi la pilih yang mana nak pastu layankan je la gelongsor air tu. Biasa ja sebenarnya. Tapi, sebab bila ramai-ramai dengan classmate aktiviti ni jadi seronok bila dengar jeritan kawan-kawan, telatah hakiim yang kalut macam tak pernah naik gelongsor, telatah Paklan dengan Arfan yang naik pelampung dengan berat melebihi 140kg akhirnya…. Mereka terkeluar dari pekampung bila sampai bawah tu hahahaa. 2 kali juga kami pi naik gelongsor tu sebab nak merasai kedua-dua jenis gelongsor tu. Bagi kami, yang best tu gelongsor ‘closed tunnel’ gelap gelita tak nampak apa pastu laju. Aku pula asyik terjerit.

Haa.. bila dah setel bahagian gelongsor ni dah pukul 1petang macam tu. Kami pun pi gelongsor satu lagi tu yang turun naik-turun naik taktau nak explain macam mana. Tapi aktiviti kat sini dihiburkan dengan telatah jeritan kawan-kawan haha.
          
      Lepastu kami bergerak lagi dalam satu team pergi ke tempat buaian terbang-terbang yang memeningkan tu. Kat sini biasa ja, tak mencabar sangat. Tapi lepas main benda ni semua mabuk pening-pening. Mulalah semua blur … tambah dengan dahaga dan perut yang lapar… walaupun dah makan nasi siap-siap sebelum masuk… bila dah main air tu memang lapar juga la.

Okay kat sini ada berlaku masalah sikit haha. Selepas main buaian terbang-terbang tu, semua macam hmm.. nak pi mana lagi ea lepasni. Semua macam dah penat. Jadi ada yang gerak ke tandas jap, ada yang gerak ke kolam air panas, dan ada yang terdampar kat tepi tu dok pening tak sudah.

Team Kolam Air Panas

  •        Aku, Tini, Arfan,  Paklan, Pikah, Araf, pergi mandi air panas dulu dengan harapan segala kepenatan dan pening-pening tu hilang.

Team pelampung air
  • ·         Farah, Acap, Ivy, Ting, Moy,Jemey, Dirah pi main plampung di laluan air.
Kisah Pudin dan Akiim Hilang
Kami pun dah berpecah kepada 3 kumpulan.

Geng kolam air panas asyik duduk ja dalam air panas tu pastu masuk sauna kat dalam gua tu.

Geng Farah semua dah mula gerak ke tempat aktiviti pelampung yang lalu ke sekeliling lost tambun. Mereka amik pelampung yang jumpa kat tepi-tepi yang kononnya tidak bertuan lalu diambillah untuk pergi main di tempat tu.

Kami semua berseronok dengan aktiviti masing-masing. Dalam fikiran takpa kejap lagi jumpa la tu yang lain. Lepastu satu ketika, lepas dah lega berendam air panas, kami pun pi aktiviti gelongsor kat tempat air panas lalu nampaklah farah n the geng dok naik pelampung lalu kat bawah air tu.

Dari puncak kami dok jerit mana pudin dan hakiim. Masing-masing tak dapat kesan mereka…

Tapi kami abaikan ja seketika sambil main-main lagi aktiviti kat Tambun tu. 

 Tiba-tiba ada announcement kuat dari DJ di lost world tambun tu

“ Perhatian kepada Afiqah Hadirah dari IPG Kampus Bahasa Melayu, sila datang ke kaunter utama sekarang” 

Kami yang dengar ni terkejut beruk juga la. Aik kenapa ada announcement camtu smpai nama IPGKBM pun femes kat satu tambun tu ahahha.

 Kami yang team kolam air panas ni pun pergi la berjalan dalam keadaan basah-basah tu ke kaunter utama. DJ tu umum 3 kali kot.

Sesampainya kami ke kaunter utama… kami nampak 2 orang kawan kami pudin dan hakiim. Rupanya depa yang suruh DJ tu buat pengumuman sebab cari kami dari tadi tak jumpa. Kami tergelak jap kat situ. Tapi…. Pudin tak relaks dia mati kutu stres sebab cari kamii tak jumpa hampir 1 jam juga la.

Haha pudin teremosi seketika… nasib baik ada hakiim yang hilang bersama pudin. Hakiim la dok jalan dgn pudin cari kami ni. So, berlaku la konflik kecil disitu,….

Terasa hati tambah hati membara sebab mencari team yang hilang tanpa dapat main aktiviti kat situ sedangkan kami dok happy main aktiviti dari tadi kahkah kahkah… Lepastu kami pun pujuklah pudin bawa pi petting zoo.


Kisah di Petting Zoo, Lost Tambun

Okay situasi nk pi petting zoo waktu tu pukul 4.00 petang dah dan waktu tu hujan selebat-lebatnya. Semua orang berlindung dan berendam kat kolam air panas. 

Yang kami pulak pi adventure ke zoo dengan berjalan kaki dalam hujan. Sumpah seronok, memori takkan lupa. 

Jalan tengok semua binatang dari haiwan reptilia, habitat burung dalam sangkar kami masuk dalam waktu hujan-hujan tu, pi tengok haiwan ikan, bagi makan unta, zebra, zirafah, tengok harimau, badak sumbu, catopia, dan paling comelll sekali flamingo. 

Setiap stesen kami berhenti utk tengok haiwan tu kami kesejukan terketar-ketar sebab berjalan dalam hujan yang lebat. Tapi seronok sebab tak ramai orang… macam kami ja yang ada kat dalam zoo tu dengan binatang-binatang haha. Apapun kami puas hati la dok pusing satu tambun tu. 

Bila teringat balik haha macam-macam ragam ada dengan arfan n pudin yang rabun tak pakai cermin mata meredah hujan melihat haiwan dalam zoo haih… hakiim dari awal sampai habis sejuk tak sudah-sudah. Akhirnya, kami pun bersiap-siap utk pulang ke homestay dan makan mcd dalam pukul 6.00.. 

Pengalaman kat Lost World Tambun dengan rakan C5 menjadikan tempat biasa itu sungguh menarik dengan memori suka duka kita bersama. 

Tq C5.

Makan Malam di Miker Food

Okay next kami dah siap-siap pergi la makan dekat MCDonald untuk lapik perut sebelum makan malam nanti. Lepastu checkin homestay untuk bersihkan diri, solat dan rehat seketika. Malam tu, kami singgah Miker Food untuk makan malam. Miker Food ni servis dia tiptop.

Pekerja kat situ baik sangat-sangat. Kami datang masa kedai tu penuh, tanpa booking depa sediakan juga meja kerusi utk kami secepat mungkin. Maka  dapatlah kami makan bersama-saama. Makanan kat miker food ni terkenal dengan mkanan Western. Harga pun berpatutan dalam range rm15-20 juga la.

Makan malam di miker food ipoh
 Lepas selesai tu perut dah kenyang mata pun dah mengantuk, tapi kami singgah dulu kat gerbang malam untuk tengok kedai gajet yang murah-murah lepastu sebelum pulang kami singgah bulatan amanjaya sembang-sembang sekejap. Sampai rumah semua tidur kepenatan…

Selesai ekspedisi hari pertama.

HARI KEDUA 10/11
9.00pagi-10.30 pagi Makan Pagi di Restoran New Hollywood
10.30-12.00 Gunung Lang
12.00-1.00 Hokaido Icecream Puff
1.00- 2.30 Street Ipoh/ Market Lane Ipoh/Plan b Ipoh
2.30-4.00 Laksa Sarang Telur
4.00-6.00 Kellies Castle
6.00-8.00 Solat/rehat
8.00-10.30 Bertolak Pulang
10.30-10.45 Bungkus MakanRingan di MCDonald Bangsar
10.45-10.55 Sampai IPG KBM terchentaaaaa tadaa tadaaa alhamdulillah selamat sampai.


Okay untuk hari kedua, kami target nak pergi tempat-tempat untuk enjoy sambil bergambar. Mulalah semua siap bergaya. Pagi tu makan di New Hollywood. Tempat ni terkenal dengan masakan cina yang halal. Sedap-sedap makanannya, tapi harga standard tidaklah terlalu murah. Lama juga kami tunggu nak dapatkan 17 tempat duduk… kedai ni memang ramai orang.

GUNUNG LANG

           Lepas makan, kami pi Gunung Lang untuk sesi bergambar. Farah dah beli tiket boat, rm3 seorang. Tapi…. Kami tak sempat nak naik boat tu sebab kena beratur panjang dan masa suntuk. Maka kami batalkanlah niat untuk naik boat tu… burn la duit RM51 utk tiket 17 orang huhu.
Bergambar di Gunung Lang

HOKAIDO ICECREAM PUFF

         Sebab cuaca dah panas sangat kami pun pi makan aiskrim di Hokaido icecream puff.  Harganya murah ja rm4.30 satu. Puff tu rasanya macam kuih bahulu yang keras tu. Aiskrim dia memang sedap, dan pembungkusan dia sangat menarik. Berbaloi la dengan harga tu.



Perut masih kenyang sebab makan pagi tadi. Jadi, kami pergila berjalan kaki dalam 500meter dari kedai hokaido tu ke street art dan market lane.

Bergambar di Market Lane

          Lepastu kami pi plab b untuk makan laksa sarang telur… tapi tutup pula…. So kami bergambar ja dulu kat plan b.



LAKSA TELUR GORENG BERSARANG IPOH

Kemudian, kami pergi ke laksa sarang telur di kedai Kafe Setinggan/ Laksa Telur Goreng Bersarang Ipoh. Laksa sarang telur ni harganya rm4.40 sahaja.

Rasa dia sedapppppp tapi takdalah pure macam laksa Pineng. Kiranya laksa sarang telur ni just nice sedap berbaloi dengan harga.

Kat kedai ni kena layan diri. Maka kami yg seramai 17 orang ni mulalah buka meja sendiri dan ambik kerusi kat stor kedai tu dan setup sendiri.

Macam biasa… arfan n acap ajk peralatan akan sediakan untuk kami haha.

Satu lagi, kat kedai makan ni juga ada jual pau yang comel dan sedap ada pelbagai bentuk unik tapi harga standard tak murah.

Makan di Laksa Telur Goreng Sarang

KELLIES CASTLE

Setelah selesai makan… kami pun pergi Kellie Castle.

Kat sini kami seronok sangat, pemandangan sangat cantik, cuaca pun berangin sebab nak hujan.

Kami pun teroka la keunikan seni bina dan sejarah istana tu sambil2 tangkap gambar. haaa nak masuk kellie castle ni kena bayar rm5 seorang, parking kereta pula rm2 satu kereta.

 


 Lepas selesai tu, kami cari masjid untuk solat dan bersiap untuk bertolak ke KL semula. Bajet duit makan-makan pun dalam RM 40 seorang. Overall semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Dalam setiap perjalanan kami  ke sesuatu tempat adalah dengan konvoi 4 kereta. Seronok bila dapat outing di ipoh. Walaupun tempat kami pergi ni biasa sahaja, tapi bila pergi dalam team dia jadi meriah dengan telatah sahabat yang pelbagai ragam. Semoga ukhuwah kita C5 terus utuh.

 Okay itu sahaja perkongsian ekspedisi pismp c5 ke ipoh.
Cerita ni sekadar coretan untuk kenangan masa akan datang ehek!
Geng satu kereta


Jangan lupa baca entri di bawah:


No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...