Followers

Monday, April 11, 2016

Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?

Assalamualaikum..

Rasanya lama sangat tak update blog ni.
Haa hari ini, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa mnghadiri UKCG iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru 2016. Ujian ini akan diduduki oleh semua calon yang terpilih berdasarkan permohonan yang dibuat di laman Permohonan PISMP (IPGM)

                                

Bermulalah kisah yg sangat dramatik haha
Saya dengan kawan memang minat sangat nak jadi cikgu.... Jadi, bila keputusan SPM keluar je alhamdulillah keputusan melayakkan kami utk memohon IPG dibawah program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) .

Program ni mmg menjadi pilihan hati dari dulu lagi. Tetapi nak masuk IPG ni bukannya mudah ye. Mungkin ramai kata hah kau mohon maktab? Hello, sekarang dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, dah  memartabatkan profesion perguruan dari maktab yang dikenali dulu kini dinaiktaraf kepada gelaran institusi. Haa itulah berdasarkan pembacaan saya.

Ok nak sambung cerita balik...

Permohonan dibuka bermula 10Mac-27Mac 2016. Saya awal² dah mohon. Dengan pilihan syarat  pengkhususan BM dan Matematik. Setiap hari saya berdoa supaya layak dipilih. Sebelum tu, untuk masuk IPG ni bukannya isi borang terus dapat tau. Kita akan menjalani 2 tahap pemilihan iaitu UKCG ujian bertulis/ ujian kecergasan fizikal (pada hari sama) dan yang kedua ialah Temuduga. 

Hari yang dinantikan selama ni dahh tibaa... iaitu semakan calon yg layak ke uUKCG!!! Dalam hati mmg harapp sgt dpt ke UKCG tu.
Dalam paparan laman rasmi KPM mengatakan 12pm dah bole semak. Saya pon semak la dengan perasaan yang berdebarr. Selepas disemakkk..... Ohhhhhh Tidak!

 " dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya"

Masa tu, mata saya terpukau je depan laptop tu. Hati memang sedeyyyy sebab tak percaya. Lepastu, saya suruh la kawan² semak juga... Selepas mereka semak pon sama tak layak jugaaa... Kami mulalahh rasa sedey tapi cuba tunjukkan mcm tiada aoa-apa berlaku. Muka mcm happy je padahall dlm hati ni... Huhuhuahuahauhuahuaaaaa.

Yang kami tau, ini takda rezeki mungkin rezeki di tempat lain.
Haaaaaaa sekarangg ni, part suspennnn dengarrr ni jangan tutup blog ni tungguu dengarr dulu hahahaha.

Malam tu, saya buka sekali lagi laman tu dan semak huhu benda yg sama juga tak layak. Hmmm. Sebab dah redha saya pi la tonton TV. Tengah layan TV, tiba² kawan saya Azzahra tergerak hati malam tu dlm pukul 10pm utk buka laman KPM dan buat semakan skali lagi... Subhanaallah.... Alhamdulillah..... kwn saya dpt kemudian terus dia hubungi saya... Saya turut gembira ada juga seorang sahabat saya yg dpt sekurangnya terubatlah hati ni. Zara berkata pada saya bahawa laman yang kami semak tu salah. Itu merupakan calon UE/SMA rupanya kami silap laman ya rabbi.

Dalam telefonn tu jugak saya bagi No.Kp saya dan katalaluan kepada Azzahra utk semak. Alangkah gembiraannnyaaaa, SAYA LAYAK!!!

" Tahniah anda layak utk menduduki UKCG pada 11/4 di IPG Kampus Bahasa Melayu" 

Syukurrrr... happyyy sangat.  Haih pengakhiran yg gembira. Lepastu, saya terus hubungi kawan saya Annisha...  Dia pon semak dan dpt jugak.
Kami dapat tarikh dan tempat UKCG yg berbeza .
Selepas dapat tahuu je, esok pagi jugak terus pi joging dan senaman di Taman Botani Kepong. Semangat kannn. Ni smua persediaan sebelum ke UKCG.
Kaki semua trasa sakitt sangat almaklumlah lama tak bersenam...
Itulahh cerita permulaannnya, utk Pengalaman UKCG tunggu posting berikutnya ya. Hihi ok

"Selagi kita masih punya tekad yg tersemai tiada kata terlambat utk mmulakan sesuatu yg baru

3 comments:

  1. hahaha .suspen . semoga dapat menjadi cikgu. sng je kn ukcg ,ahhaa

    ReplyDelete

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...