Assalamualaikum...
Setelah keputusan
matrikulasi disemak, alhmdulillah... saya ditempatkan di Matrikulasi Negeri
Sembilan di Kuala Pilah. Saya dapat aliran Sains M001. Makluman tu mengatakan
yang saya perlu lapor diri pada 7 jun... Perasaan saya memang rasa seronok
& gembira sangat.
Saya juga dapat tawaran
ke Asasi Sains Pertanian di UPM. Makluman kata kena lapor diri pada 23 Mei
2016.
Saya agak keliru nak
pilih mana satu " MATRIKS atau ASASI?"
Pelbagai carian yang
saya buat. Saya tanya orang ramai juga. Banyak yang suruh saya pilih ASASI di
UPM. Tetapi, sekarang saya masih menantikan keputusan IPG. IPG tu macam susah nak dapat sebab
dengar kata tahun ini pengambilannya sedikit sahaja. Kalau ada rezeki alhamdulillah.
Jadi, saya mungkin akan
memilihhhh untuk masuk ke matriks dulu.....?????. Sebab cita-cita saya nak jadi
cikgu. Jadi lebih baik saya pilih laluan Matriks dahulu sementara menunggu
keputusan IPG
Apapun, kita berserah
segalannya kpd allah kerana laluan kita semua sudah ditetapkan cuma tgu je
saatnya. Sekarang perlu persiapkan diri untuk belajar rajin-rajin dan berusaha
untuk sambung belajar...tak boleh malas malas dah......niat nk jadi seorang
guru masih tersemai dlm genggaman azam saya. Insyaallah ada rezeki tak kemana.
No comments:
Post a Comment