Assalamualaikum …..
Setelah sekian lama menanti
keputusan ini, akhirnya tanggal 6 jun 2016 pada jam 4.00 petang sistem aplikasi
semakan tawaran PISMP dibuka. Dengan lafaz bismillah saya membuka laman itu dan
syukur alhmdulillah saya layak mengikuti PPISMP selama 12 bulan di IPG KAMPUS
BAHASA MELAYU Lembah Pantai KL. Pada mulanya, memang saya rasakan amat sukar
untuk saya mendapat tawaran ini namun saya telah berusaha sehabis baik semasa
menghadiri UKCG dan Temuduga setelah itu saya hanya mampu bertawakal 100%
kepada Allah.
Doa ibu ayah, sahabat dan guru juga turut membantu saya layak ke
IPG ni. Mengikut kepada jadual asalnya pada 7 jun 2016 saya akn melapor diri di
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Segala persediaan barang, bayaran dan pendaftaran
online telah dilaksanakan. Namun, setelah mendapat tahu saya layak ke IPG ini, saya
akan terus mengejar cita cita murni saya untuk menjadi seorang pendidik. Lalu
saya memilih satu keputusan yang pasti iaitu memilih untuk ke IPG dan menolak
tawaran matrikulasi…
Saya mendapat tawaran kursus Guru
Bahasa Melayu (SK) dimana memang subjek pilihan pertama saya semasa mendaftar
haritu. Perkara yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur apabila saya ditempatkan
di IPG idaman saya dan berhampiran dengan rumah …
Jadi, segala persiapan perlulah
dibuat kerana 13 Jun 2016 ini saya akan melapor diri jam 8.30-10.30 pagi.
Saya harap ini adalah
pilihan terbaik demi masa depan saya dan keluarga.
No comments:
Post a Comment