Harini,
saya nak kongsikan cara kira PMG / PMGT.
Bila keputusan dah keluar di ITEMS, semua pasti berlumba-lumba nak semak keputusan masing-masing kan...
tapi jangan lupa semak juga pengiraannya secara manual.
Sekadar mahukan kepastian. Cara pengiraan ini, saya belajar dengan senior juga. Jadi, saya kongsikan pula kepada anda.
Pengiraannya begini:
Secara mudahnya, kira pointer terkumpul begini:
Jumlah
Mata Gred Terkumpul bahgikan dengan Jumlah Kredit Terkumpul
420.30/110
= 3.82 (PMGT)
untuk kira pointer peperiksaan ini (PMG) pun sama juga
Jumlah
Mata Gred Peperiksaan Ini dibahagikan dengan Jumlah Kredit Peperiksaan Ini
69.10/18
= 3.839
= 3.84 (PMG)
Itu cara pengiraan keseluruhan. Kalau nak kira satu-satu kursus dengan jam kredit begini:
Contohnya:
Kursus
BMMB3103
(Kredit 3) 3.839 x 3 = 11.517
BMMB3113
(Kredit 3) 3.839 x 3 = 11.517
BMMB3123
(Kredit 3) 3.839 x 3 = 11.517
BMMMB3132
(Kredit 2) 3.839 x 2 = 7.678
BMMB3143
(Kredit 3) 3.839 x 3 = 11.517
BMMB3152
(Kredit 2) 3.839 x 2 = 7.678
MPU3122
(Kredit 2) 3.839 x 2 = 7.678
JUMLAH MATA GRED: 69.102
Lepastu
betul lah secara keseluruhannya:
69.10/18
= 3.839
= 3.84 (PMG)
= 3.84 (PMG)
Kalau nak buat anggaran atau target untuk semester akan datang pun boleh. Boleh rujuk gred pada gambar ini.
Contohnya:
Kursus
BMMB3103 (Kredit 3) kita target dapat A (3.84-rujuk jadual) x 3 = 11.517
tambahkan dengan subjek-subjek lain kemudian nanti jumlah keseluruhan itu bahagikan dengan jumlah jam kredit.
Itu sahaja perkongsian kali ini
Jangan lupa baca entri di bawah:
- Tips Praktikum
- Trip PISMP C5 ke Ipoh Perak
- Pengalaman PBS di Sekolah
- Subjek PISMP Sem 6
- RPT BM & PJ 2020
- Rujukan Guru Pelatih BM
- Cara dapatkan Hak Cipta My IPO Inovasi
- Cara Menghilangkan Watermark Video
- Festival I-FEST IPG
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment