Followers

Tuesday, November 27, 2018

INOVASI: Cara dapatkan Hak Cipta Inovasi (MY IPO)

BAGAIMANA MENDAPATKAN HAK CIPTA INOVASI?

Kali ini saya ingin kongsikan cara mendapatkan hak cipta untuk idea inovasi yang kita hasilkan. Baiklah, untuk menyertai pertandingan inovasi, selalunya hak cipta menjadi salah satu perkara penting untuk mereka dapatkan. Ini salah satu markah pada bahagian Noveliti. Melalui pengalaman saya, saya dapatkan hak cipta terhadap kaedah dan idea inovasi saya daripada NGO My IPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia). Anda perlu lakukan beberapa langkah untuk mendapatkan hak cipta tersebut.

Pertama: Pastikan anda hasilkan idea yang benar-benar asli atau idea yang telah diolah sebaiknya.

Kedua: Anda perlu hasilkan satu laporan inovasi atau kertas kerja inovasi. 

Ketiga: Muat turun borang-borang di laman web My IPO atau boleh dapatkan di pejabat My IPO
Klik ini: Laman Web My IPO
                                     

Keempat: Lengkapkan borang CR-1 Dan borang  COPYRIGHT ACT 1987 yang Perlu ditaip dan masukkan nama anda bersama pasukan inovasi anda. Ikut keterangan yang ditetapkan. Borang ni ambil daripada laman web yang diakses tadi.

Kelima: Borang COPYRIGHT ACT 1987 perlu dapatkan cop daripada pesuruhjaya sumpah. Untuk dapatkan cop ni kena bayar tau tapi murah je bawah RM10 Kalian boleh dapatkan cop pesuruhjaya sumpah di bangunan No.10-1 jalan bangsar utama 1, Bangsar Utama yang terletak berhadapan daripada pejabat My IPO. Ingat tau masa jumpa pesuruhjaya sumpah tu kena bawa sekali kertas kerja inovasi kita tu... 

Keenam: Bila dah siap semuanya, anda pergilah buat satu salinan untuk simpanan anda sebelum menyerahkan kepada My IPO. Masuk je pejabat My IPO tu terus ambil angka giliran untuk bahagian Hak Cipta. Nanti, tunggu nombor giliran anda dipanggil lepastu serahkan semua borang yang dah dicop tu. Nanti anda perlu bayar sikit duit dalam RM25-35 macamtu.

Ketujuh: Lepas bayar tu, anda akan dapat resit pembayaran dan nombor pendaftaran hak cipta untuk inovasi anda tu. Nombor tu penting sebab nanti bila nak tuntut sijil hak cipta, anda boleh call my IPO dan tanya apa status hak cipta anda tu. Selalunya selepas 4-5 bulan tu dah boleh call n tanya. Kalau tak call pun takpa. My IPO akan pos surat pengesahan hak cipta tu di alamat yang anda berikan tu. Tapi nak tunggu pos tu dalam tempoh 6-8 bulan juga la. Lepas dah dapat surat pengesahan, anda perlu ke  My IPO semula untuk dapatkan sijil asal pengesahan hak cipta tu. Bayaran untuk satu sijil hak cipta adalah RM50. Haa… begitulah langkah/ cara nak dapatkan hak cipta tu.

Haaa kalau nak tgk contoh notis pemberitahuan hak cipta kumpulan inovasi saya, boleh tengok di video inovasi ni ada kat bahagian belakang2 video tu (noveliti):


Kalau masih kurang faham… boleh komen kat blog ni ya. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan info ini.

1 comment:

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...