SAYEMBARA PUISI ASEAN 2018
Julung kalinya, IPG KBM telah menghantar
seramai lima wakil untuk mewakili IPGKBM sekaligus IPGM ke peringkat antarabangsa
dalam pertandingan deklamasi puisi rantau ASEAN pada 28-29 April 2018 di bawah
pensyarah pengiring En.Maniyamin.
Penyertaan kali ini telah melibatkan dua
peserta dari PISMP semester dua dan tiga peserta dari PPISMP semester dua.
Latihan telah dijalankan secara berkala dalam pasukan Madah Puisi IPBM yang
dibimbing sepenuhnya oleh Dr Azman bin Rahmat. Penyertaan di peringkat rantau
ASEAN ini telah melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada universiti
tempatan, swasta dan tiga peserta dari universiti Indonesia. Pertandingan ini
dianjurkan oleh UPSI yang berlangsung selama dua hari iaitu bengkel puisi oleh
Encik Alizan pada hari pertama dan sayembara di peringkat saringan dan akhir
pada hari kedua.
Antara 25 peserta yang disaring, hanya 10 peserta terpilih ke
pentas akhir. Alhamdulillah saya terpilih
dalam kalangan sepuluh terbaik ke pentas akhir.Turut hadir dalam majlis
tersebut, Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya Asean, Sekretariat Kebangsaan
Asean-Malaysia. Pemenang bagi tiga terbaik berjaya dirangkul oleh UIA, UPM dan USIM. Apapun, pasukan IPBM telah berusaha
dengan terbaik dan mendapat pujian daripada pihak juri.
Antara 10 finalis yang layak ke peringkat akhir.
Inilah haadiah yang saya terima. Alhamdulillah meskipun saguhati.
Kami brgambar bersama sahabat dari Indonesia Universitas Islam Negeri Sarif Hidayatullah Jakarta
Gambar bersama semua peserta Sayembara Puisi ASEAN
3 pemenang utama. Tahniah!
Saya hehe
Rakan seperjuangan... Pudin
Shafna, sahabat dari Indonesia
Junior saya... Jie
Firmanku sahabat dari Indonesia
Hana, sahabat dari Indonesia
Yang ni gambar sebelum pertandingan... Sempatlah kami berswafoto
Entri kali ini saya hanya tuliskan sedikit laporan dan gambaran pertandingan yang telah saya sertai. Jika pembaca hendak ketahui lebih lanjut boleh komen di bawah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment