Followers

Friday, November 30, 2018

Cara Daftar Warranty Printer Canon E410

Hai , Saya baru sahaja balik dari kedai printer. Beli printer baru...... Sebenarnya, printer asal canon E400 tu dah rosak... huhu.... dah 2 tahun guna.... last2 rosak. Bila hantar ke kedai, dia cakap kos nak baiki tu RM150 camtu. Kerosakannya  dikesan lepas printer tu langsung tak boleh nak print apa2. Lepastu lampu oren tu kelip2 7 kali (7flash). Rasa menyesal tak daftar warranty masa awal2 dulu. Haih sebenarnya saya tak tahu kena daftar online. Kalau tak daftar online... 1 tahun je warranty di kedai tu. Kalaun nak full 3 tahun kena daftar online di laman rasmi canon sendiri. Jadi, saya malas nak baiki sebab kosnya mahal.... Jadi, saya belilah printer baru. Canon E410 harga RM230 haa mahal la juga. Kalau tengok online lagi murah. Tapi saya lebih yakin pi beli kat kedai tu, sebab dia boleh tolong install kan siap2 dalam laptop saya. Maklumlah.... saya ni tak pandai nak install benda2 melibatkan IT ni. Lepas balik je... terus saya daftar online. Nak tahu macam mana? senang je....


 1. Klik atau copy pautan berikut dan paste di google : https://ylwc.canon.com.my/users/register
2. Daftarkan diri anda di bahagian 'register'

3. Bolehlah isi maklumat diri anda pada ruangan berikut.Pastikan kalian daftarkan segera sebelum 14 hari dari tarikh pembelian printer tu. Serial Number tu kalian boleh ambil dekat kotak printer tu. Lepastu, snap gambar resit pembuktian belian tu lepastu upload. Ingat gambar tu kena convert siap2 kepada JPEG. Lepas dah daftar semua tu, dia akan verify melalui emel kita. Buka emel, tekan link yang dia bagi tu. Lepastu, Confirm. 



Mudah sahaja. Lepastu dapatlah 3 tahun warranty. Ok tu je nak share.


Jangan lupa baca entri di bawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...