Perkongsian semasa
PBS (1)
PBS (Pengalaman Berasaskan
Sekolah) merupakan Program yang akan beri peluang kepada pelajar PISMP Semester
2 melihat dan mengenali suasana sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah. PBS ini akan dijalankan selama seminggu (5
hari persekolahan) dan dijalankan sebanyak tiga kali.
PBS 1 semasa di semester 2.
PBS 2 semasa di semester 3.
PBS 3 semasa di semester 4.
Al-maklumlah, semester 5 nanti kena jalankan Praktikum.
Jadi, PBS ini adalah landasan awal untuk kita melihat suasana sekolah sebagai guru pelatih.

Semester 2 adalah
pertama kali PBS dijalankan. Bila tahu kena jalankan PBS je, semua pakat cari
geng kawan2 sekelas untuk jalankan bersama. Ada yang jalankan PBS di sekolah
lama. Ada juga yang jalankan PBS di sekolah yang berdekatan dengan rumah.
Apapun, untuk PBS yang pertama, lebih baik kalian pilih sekolah lama korang.
Kalau nak cuba sekolah baru, saya sarankan cari kawan untuk buat sekali. Jangan
buat sorang-sorang, nanti rasa macam ‘awkward’ sebab takda kawan nak
sembang. Lepastu rasa malu-malu pun ada. Tapi ok ja kalau rasa nak sahut
cabaran, cubalah.
Macam saya, PBS 1 saya buat sorang2 je di sekolah lama saya. Jadi takdalah rasa segan sangat sebab kita kenal cikgu2 lama kita tu. Boleh la nak bersembang2 kan. PBS Ke-2 barulah saya buat PBS bersama rakan-rakan. Bila buat dengan kawan2 ni seronok dia sebab boleh bersembang, dapat buat assignment sama2 dapat pergi rehat sama2, Jadi fikir-fikirkan lah…

Kalau nak pengalaman
yang lebih luas, jalankanlah PBS di sekolah harian biasa, sekolah berprestasi
tinggi, dan sekolah kluster supaya kita dapat bandingkan budaya sekolah dan
cara pengurusan sekolah yang berbeza. Saya jalankan PBS 1 di sekolah biasa
(sekolah lama…), PBS 2 di sekolah berprestasi tinggi (SK Sri Petaling) dekat je
dari IPGKBM. PBS 3 ni masih memikirkan…. hehe…
Baiklah,
semasa PBS satu je nak pesan, ambillah pengalaman sebanyak mungkin. Jalankan
pemerhatian dengan baik. (ayat budak skema sebab org kata PBS ni la masa nak enjoy
daripada segala keserabutan assignment dkt IPG tu). Memang betul PBS ni memang
seronok. Apabila ada budak yang panggil kita ‘Cikgu’ Huish rasa seronok gitu….
Sekarang nak
kongsikan apa yang saya buat semasa PBS 1:
- Pertama
sekali, bila sampai je sekolah tu pergilah ke pejabat. Pukul 7pagi tu sebelum
perhimpunan pagi dijalankan, kalian pergilah jumpa kerani.
Cakaplah, saya guru pelatih dari IPG… Nak jalankan PBS a.k.a ROS(panggilan org dulu2). Tunjuk surat akuan yang kita nak jalankan PBS tu.
Selalunya, pihak sekolah dah dapat maklum awal daripada pihak IPG. Tetapi melalui pengalaman saya, sekolah yang saya nak pergi tu, tak dapat makluman apa-apa pun mengenai saya nak datang PBS kat sekolah tu… Sedih kan… Macam tetamu tak diundang haha… Tapi takpa, kita pergilah jumpa dan terangkanlah kepada Penolong kanan sekolah tu atau Guru Besar tu, tunjuk surat PBS tu, mereka akan faham.

-
Lepas dah
jumpa tu, korang kenalah isi kehadiran dalam buku yg pihak sekolah tu bagi.
Tulis nama tu hanyalah sebagai bukti yang kalian ni hadir bila ke sekolah,
pukul berapa, macam tu la. Jadi, nanti bila esok-esok hari tu, pagi2 datang
sekolah, pergilah ke pejabat. Tulis nama & masa korang lapor diri dan bila nak balik pun kena tulis juga waktu
pulang jam berapa.( Bergantung ikut cara sekolah masing2).
Bila dah lapor
diri tu, pergilah ke tapak perhimpunan. Jalankan pemerhatian: Macam mana cikgu2
uruskan murid. Macam mana cikgu2 bertugas kawal murid, macam mana mereka
uruskan perhimpunan pagi.
Perhatikan sebaik mungkin. Sebab nanti kita boleh catatkan dalam Amalan Refleksi PBS utk folio tu.
Perhatikan sebaik mungkin. Sebab nanti kita boleh catatkan dalam Amalan Refleksi PBS utk folio tu.
I Ini adalah contoh Amalan Refleksi saya sepanjang seminggu di SK Taman Ehsan:
Berdasarkan pengalaman saya
kan, bila datang je ke tapak perhimpunan tu, semua murid akan pandang kat kita.
(Arghh… segannya). Pastu dengarlah murid2 tu berbisik
“Weyh, ada Cikgu
barulah”.
Haha manalah tak segan. Bila sampai perhimpunan tu juga, kita akan
rasa awkward dengan cikgu2 sekolah tu.
Tips
dari saya:
1. Murahkanlah senyuman anda, beri salam kpd cikgu2. Insyaallah mereka akan mesra n mula berbual dengan kita. Kalau korang jalankan PBS dengan kawan….
2. Pastikan jangan terlalu berkepit je sampai tak bergaul dengan masyarakat guru disitu. Tak pasal-pasal digelar guru pelatih yg sombong. Ingat! niat kita nak pi sekolah tu untuk dapatkan pengalaman, kurangkan berbual kosong dengan kawan kita tu.
3. Banyakkan berbual dengan guru2 sekolah supaya kita dapat banyak tips hasil dari kolaborasi dengan mereka.

Ok… lupa nak
cerita, Semasa perhimpunan tu, selalunya…. Kita sebagai guru pelatih selama
seminggu ni, kenalah perkenalkan diri (Arghhh… maluuunyaaa). Haha memang
malu la kalau kita je sorang yang buat PBS kat sekolah tu. Tapi ok je, korang
prepare la siap2 nak perkenalkan diri kat tapak perhimpunan tu nak cakap apa:
“
Assalamualaikum. Nama saya…… Penuntut IPG….. Saya dtg ke sini utk jlnkan PBS
(Ckp full) selama seminggu. Semoga saya dpt timba pengalaman bermakna drpd
warga SK…..”
Haaa itu ayat2 ringkas. Kalau nak cakap korang ambil bidang major/minor apa semua tu pun boleh… Tapi takut nanti murid2 tu macam blurr je tengok korang kan…
- Baiklah…
selesai perhimpunan tu, korang pergilah jumpa Guru Besar(GB). Sembang2 dengan
GB.
4. Dapatkan maklumat umum berkenaan sekolah tu. Lepastu korang Cuba-cubalah tanya, sepanjang PBS ni korang nak duduk dekat mana? – bilik guru ke, -perpustakaan ke… Macam saya, semasa
4. Dapatkan maklumat umum berkenaan sekolah tu. Lepastu korang Cuba-cubalah tanya, sepanjang PBS ni korang nak duduk dekat mana? – bilik guru ke, -perpustakaan ke… Macam saya, semasa
PBS
1:
saya dpt duduk di bilik guru (Best sangat sebab dapat berbual dengan cikgu2
sekolah tu).
PBS 2: Saya kan pergi jalankan PBS dgn kawan2…. So mmg kami duduk di perpustakaan la.(Best juga duduk perpustakaan sebab rasa bebas sikit, boleh buat assingment n tak diperhatikan selalu mcm di bilik guru. haha…)
borang maklumat umum sekolah
- Satu
lagi, bila jumpa GB tu, serahkan terus borang2 yang sepatutnya diserahkan.
(Borang Kehadiran PBS-Lampiran1/7 dan Borang Laporan Perkembangan
Pelajar-Lampiran 1/8). Jangan risau borang ni nanti akan diberikan oleh pihak
IPG.
Di borang ini, GB atau mentor di sekolah tu yang akan isikan berapa tahap pencapaian yang mereka hendak berikan sama ada baik atau cemerlang. Selalunya… mereka akan tulis yang baik-baik je.
Di borang ini, GB atau mentor di sekolah tu yang akan isikan berapa tahap pencapaian yang mereka hendak berikan sama ada baik atau cemerlang. Selalunya… mereka akan tulis yang baik-baik je.
Inilah cth borangnya. Korang boleh dapatkan drpd pihak IPG. Mereka akn bagi.
- Selalunya
semasa PBS… Kita tak digalakkan untuk relief kelas. Tapi ada je sehari
dua mereka beri kita peluang utk ganti kelas. Haaaaaa…. Masa ni memang kecut
perut kalau korang PBS sorang2. Saya dah kena. Kalut bila kena relief murid
tahun 2,3,4. Pening dok fikir nak mengajar apa. Tapi best, sebab dpt rasa mcm
guru berwibawa gitu….
Semasa kena ganti kelas, saya banyak jalankan aktvt lukis2, kuiz & jalankan kajian rintis inovasi terus haha… sambil menyelam minum air gitu… Kalau yg ada inovasi tu, boleh la jalankan semasa PBS.
Macam saya, saya sendiri minta kebenaran GB untuk dapatkan satu kelas yg sesuai utk saya jalankan inovasi tu. Saya minta kelas relief utk bahasa Melayu. Mereka memang beri peluang tu untuk kita. Jadi manfaatkanlah.

- Apabila
ada aktiviti kokurikulum, kita kena sertai juga. Ingat! apa sahaja aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah termasuklah program kecil-kecilan,
rajinkanlah diri kita untuk turut serta membantu.
Tanya dgn cikgu2 situ apa yang boleh kita bantu. Insyaallah, kita akan rasa lebih seronok sertai cikgu2 tu buat kerja sekali.
Tanya dgn cikgu2 situ apa yang boleh kita bantu. Insyaallah, kita akan rasa lebih seronok sertai cikgu2 tu buat kerja sekali.
- Bila
ada waktu lapang… bolehlah buka laptop tu buat assignment sikit2. Pada masa
yang sama jangan lupa siapkan aktiviti PBS yang disuruh dan lengkapkan folio
PBS.
Ini adalah senarai aktiviti pemerhatian yg perlu kita jalankan semasa PBS 1/2/3
Contoh pelan bilik darjah
Ini adalah indeks/isi kandungan yang perlu kita lengkapkan dalam folio nanti
- Untuk
semester 2, akan ada kerja kursus yang memerlukan kita jalankan pemerhatian
semasa PBS. Salah satunya adalah subjek EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran.
Semasa zaman saya, kami disuruh jalankan pemerhatian dan tembual terhadap murid untuk mengenal pasti perbezaan individu dari aspek JERIS, kecerdasan, gaya kognitif dan gaya pembelajaran.
Selain itu, kursus ini turut mengarahkan huraian tentang strategi-strategi yang boleh dilakukan oleh seseorang guru dalam menangani perbezaan individu. Masa inilah perlunya pemerhatian dan pembacaan yang mendalam dijalankan. Hasil pemerhatian tu perlulah ada gambar, bukti temubual lpastu buatlah graf 1,2 sebagai bukti kita buat kerja. Kemudian barulah kita buat esei tugasan tu.

Itulah serba sedikit pengalaman PBS yang dapat saya
kongsikan. Smg bermanfaat. Kalau rasa2 tak faham tu, boleh tanya di ruangan
komen. Terima kasih.
sangat membantu.. terima kasih penuslis ... tp lebih baik klu penulis sertakan sekali rekod kolaboratif / interaksi / perbincangan dengan ( pengurus sekolah / guru2 / warga sekolah dan murid ...
ReplyDeleteouh rekod kolaboratif tu cuba tengok dalam entri berikutnya saya ada share
Deletehttps://ezadayana.blogspot.com/2018/12/pbs-pengalaman-berasaskan-sekolah-2.html?m=1
Info yang sangat berguna. Terima kasih sudi berkongsi maklumat dan pengalaman.
ReplyDeletesama-sama. tq juga sudi kunjungi blog kami.
Deleteterima kasih.. sedikit sebnayak membantu
ReplyDeleteBOLEH SAYA TENGOK PORTFOLIO DENGAN LAPORAN AWAK
ReplyDeletehttps://youtu.be/YKLNa37QtPk
Delete(Boleh tengok portfolio di sini, ya)
huhu x jumpa la akak,, boleh tak akak bgi tajuk youtube?
Deletecuba dm akak dekat ig lyana_ezani
Deletedah try copy lin youtube tu tak boleh juga ya? sbb akak buat unlisted, bukan public untuk youtube berkaitan "contoh file pbs" tu.
nanti try dm dkt ig akak beri link youtube tu
terima kasih sebab share pengalaman. kecut perut ni sebab tak tahu nak buat ape masa pbs nanti
ReplyDeleteGoodluck awak, insyaallah dipermudahkan. Seminggu aja, kumpul pengalaman sebanyak yg boleh kay.
DeleteThank you sharing. Esok saya mula PBS. Good luck yg buat PBS jugak.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu. Semoga kita semua berjaya menjadi guru yang berwibawa.
ReplyDeleteTerima kasih banyak Kak Lyana atas perkongsian pengalaman PBS akak! Memang sangat membantu lagi memberi pencerahan kepada kami yang nak ber PBS buat pertama kali ni!
ReplyDeletehai nak tanya, yang folio ni kan akan diminta ka? apa tujuan student kena buat folio ni ye kalau berdasarkan pengalaman awak.
ReplyDeletesetahu saya portfolio ni kita kene hantar dekat unit praktikum ipg masing-masing.
DeleteFolio ni sebagai pengalaman sebelum menjalani praktikum nanti. Kalian akan tahu cara nak uruskan folio yang berguna semasa praktikum. Wkt prktikum nnt lg byk folio kena buat. Sepatutnya, unit praktikum akan minta folio PBS ni selepas selesai 1 mgu PBS... tapi berdasarkan pengalaman akak... depa tak minta pun. Jadi, buatlah setakat ada, kalau nak buat folio cantik2 pun masa kita suntuk kan dengan tugasan2 lain. Jadi pandai-pandailah mengurus tugasan dengan baik:)
DeleteHi nak tanya, setiap sekolah ada kuota ke untuk pelajar ipg lakukan pbs? Maksudnya, sekolah A hanya benarkan 8 orang pelajar IPG sahaja lakukan pbs
ReplyDeleteTiada had pun, pernah sahaja satu sekolah yg PBS di situ 12 org. Praktikum selalunya ada had, tapi PBS berdasarkan pengalaman kami dulu... tiada had. Cuma... dari satu IPG yang sama ke satu sekolah yg samaaa... maybe Unit Praktikum tidak benarkan kalau sampai 10 org satu sekolah. Apapun boleh rujuk kembali dengan unit praktikum masing-masing naa..
Delete