Hai, Assalamualaikum...
Baiklah, sekarang saya nak kongsikan
pengalaman semasa (PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah). Jadi, sebelum nak
kongsikan tu.... Kenalah tau apa tu PBS kan.... Ok,PBS ni merupakan satu program khas bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Program ini memberi peluang kepada pelajar atau siswa guru ni melihat dan
mengenali suasana sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru
di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan komuniti sekolah. Semasa PBS inilah kalian kena manfaatkan
untuk lihat bagaimana guru tu mengajar, jalankan la temubual untuk kita cungkil
pengalaman dan tips daripada guru-guru sekolah tu.
Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
dijalankan, taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Johari selaku pensyarah
penyelaras PBS daripada Unit Praktikum IPGKBM telah disampaikan kepada semua guru
pelatih yang bakal terlibat dalam PBS. Taklimat PBS dijalankan di Dewan Zaaba, IPG KBM. Sebagai pengalaman buat kali kedua kepada semester 3
melibatkan diri dalam PBS, maka taklimat sebegini amat membantu untuk memberi
kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan yang sebenar dan
membentuk pemikiran perspektif seorang guru.
Tugasan PBS kali pertama ini dijalankan di
sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini
dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah
diberikan oleh pihak institut di samping membiasakan guru pelatih dengan
suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus
yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu
diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam
penyediaan penilaian dan laporan akhir. Setelah meneliti tugasan yang
diberikan, fokus utama yang dikenal pasti adalah ;
1. Tugasan
yang diberikan oleh IPGM:
Aktiviti
refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan
disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis
Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Dalam tugasan inilah kita perlu sediakan folio. Jangan lupa lengkapkan!. Bila tangguh jenuh nanti nak pulun siapkan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ni sedikit contoh bila nak jalankan rekod kolaboratif dengan guru, murid atau staf sekolah:
2. Tugasan Major/ Minor
Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk
:
a)
Memahami
budaya sekolah
b)
Menyesuaikan
diri di sekolah dan di bilik darjah.
c)
Mendapat
pendedahan awal pembelajaran murid.
d)
Memahami
pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.
e)
Membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
DAN
LAIN-LAIN...
Hehe malas nak
taip banyak2.
Jadi begitulah
ceritanya. Baiklah untuk sem 3 ni bagi major BM dan Minor PJ akan ada tugasan
yang perlu dijalankan semasa PBS. Susah??? Senang sangat2. Hanya jalankan pemerhatian
je, tangkap gambar buat laporan pastu siaplah tugasan tu. Pastikan PBS seminggu
tu siapkan assignmnt tu terus jangan ditangguh sebab nanti ada kem pulak
selepas PBS haih penat nanti.
Ni
nak kongsi beberapa gambar.
Yang ni gambar semasa kami ditugaskan untuk menguruskan SEGAK di sekolah ni.
Haha... Sesi temubual dengan murid-murid tahun 1. Petah bicara...
Inilah suasana setiap kali murid berkumpul. Budaya membaca sentiasa diamalkan di SK Sri petaling
Ini pulaa salah satu tugasan major BM subjek kaedah pengajaran. Kami kena kaji apa kaedah n teknik yang cikgu ni guna. Alhamdulillah kami dapat pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat baik dari guru-guru SK sri Petaling.
Ok itu sahaja. Tq sudi baca.
Salam kak yana, harap boleh kongsikan post untuk sem 2 pismp pula :) tq
ReplyDeleteOrite, insyaallah nnt akak updatekan
DeleteTerima Ksih cikgu buat panduan ini
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas perkongsian, moga urusan sis sentiasa dipermudahkan semuanya.. Aaamiinn..
ReplyDeletesaya mohon untuk gunakan idea kolaboratif yg disediakan saudari. terima kasih ya. semoga allah permudahkan urusan saudari
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu ya,, harap dipermudahkan segala urusan akak... ^^
ReplyDelete