Followers

Monday, April 13, 2020

PRAKTIKUM: Koleksi RPT & Dokumen Penjajaran Kurikulum BM dan PJ Tahun 2020

Assalamualaikum...
Posting kali ini, saya nak senaraikan koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pasca COVID bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. RPT ini sememangnya penting kepada setiap guru kerana RPT dijadikan panduan guru untuk mengikut sukatan pada minggu-minggu dalam tahun tersebut. 

Bagi guru pelatih bahasa Melayu khususnya, apabila menjalani praktikum di sekolah pastikan anda mendapatkan RPT daripada guru pembimbing masing-masing. Setiap sekolah ada RPT atau sukatan tersendiri mengikut DSKP. 

Ingat, jangan lupa untuk bertanya pada bahagian/topik mana yang patut anda sambung dalam PdP nanti mengikut RPT yang diberikan. Namun begitu, kadang-kadang cikgu sekolah suruh kita ambil RPT tersebut di laman web sahaja dan cetak sendiri.

Jadi, saya sediakan senarai pautan RPT bagi setiap tahun agar mudah untuk saya dan anda rujuk pada masa akan datang. Maklumlah, praktikum akan berlangsung pada bulan September nanti. RPT ini mungkin boleh dijadikan rujukan awal untuk mengetahui tema atau tajuk yang bakal diajar kelak. 

Satu lagi, nak kongsikan juga Dokumen Penjajaran Kurikulum. 

APA ITU DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM?

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). 

Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. 

Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap. Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. 

Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi kegunaan tahun 2020. 

(Rujukan: Kata Pengantar, DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM)


Bahasa Melayu Tahun 1 


Bahasa Melayu Tahun 2

Bahasa Melayu Tahun 3

Bahasa Melayu Tahun 4

Bahasa Melayu Tahun 5

Bahasa Melayu Tahun 6



Pendidikan Jasmani Tahun 1

Pendidikan Jasmani Tahun 2

Pendidikan Jasmani Tahun 3

Pendidikan Jasmani Tahun 4


Pendidikan Jasmani Tahun 5

Pendidikan Jasmani Tahun 6

2 comments:

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...