Followers

Saturday, January 9, 2021

PRAKTIKUM IPG ONLINE

Assalamualaikum dan Hai…

Entri kali ini, saya kongsikan pula pengalaman dan persediaan menjalani praktikum online. Penularan Wabak COVID-19 ni sukar dijangka... Disebabkan kes COVID meningkat tempoh hari... Menyebabkan kami kena menjalani praktikum secara online selama 2 bulan. Sebelum itu, sempat kami mengajar bersemuka dengan murid selama sebulan.

Sememangnya, banyak pengalaman baharu yang kami terima. Meskipun ada banyak lagi dunia digital yang belum sempat diteroka sepenuhnya, tapi 2 bulan praktikum tu dapatlah juga kami aplikasikan apa yang dipelajari semasa kursus teknologi dalam pendidikan tu. 

Haa.. Praktikum online ni telah menjadikan saya Youtuber heheheh. Youtuber bermusim je la😅 sebab praktikum masa tu banyak hasilkan video PdP. Kebetulan pula, saya menggunakan plaform youtube untuk share link kepada murid-murid. Haa untuk yang nak tengok contoh video PdP yang saya buat boleh tengok di playlist ini🤗.

 Video PdP PJ

Video PdP BM

Jemput-jemputlah like & subscribe sekali😆


Disebabkan ramai adik junior yang bertanya:

"Kak Yana... Kalau praktikum online macam mana? Boleh dak share pengalaman kat kami?"

"Murid join ke kelas kita? Guna platform apa?"

"Observe praktikum pun online ka?"

"RPH format masih sama ka? Fail portfolio?"


Haa... banyak persoalan yang timbul.. Jadi, saya cubalah untuk wujudkan perkongsian pada entri kali ini. Sememangnya, masa awal praktikum online haritu... Kami semua gelabah. Sebab tiada pengalaman nak mengajar online ni, huhu. Tapi, setelah berguru dengan encik google/youtube dan bertanya dengan guru pembimbing, pensyarah dan rakan batch... Ternyata menjadi juga PdP Online kami tu.

Satu ja nak ingatkan, kalau kalian kena praktikum online... Jangan lupa untuk sentiasa bertanya n update dengan guru pembimbing apa yang nak diajar dan tanyakan pandangan guru pembimbing tentang rancangan PdP kita tu. Bukannya apa... Bila online ni, kalau kita kurang tegur guru pembimbing... Takut guru pembimbing pun lupa dengan kita😅.

Baiklah, sekarang saya kongsikan pengalaman/gambaran praktikum online dan perkara yang perlu kalian take noted.


1.JADUAL PDP

✔ Penetapan jadual PdP ni berbeza mengikut sekolah. Ada sekolah yang buat jadual hanya satu subjek sehari. Ada juga yang buat dua subjek. Ada juga yang proceed seperti jadual asal. Apapun kena tengok arahan sekolah tetapkan macam mana. 

Cuma ada sekolah yang tak masukkan subjek elektif seperti PJ, Seni, Sejarah dll dalam jadual kerana fokuskan kepada subjek teras tu. Kes macam ni.. Korang kena bincang dengan unit praktikum n guru pembimbing supaya boleh bincang untuk adakan juga kelas elektif tu bagi tujuan observe oleh pensyarah nanti. Apapun ini hanyalah berdasarkan pengalaman kami semasa praktikum online pada 14/10/2020- 4/12/2020.

2. PLATFORM PDP

A) WHATSAPP

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan praktikum, kami mohon keizinan GB/PK untuk dapatkan keizinan untuk join grup wasap ibu bapa murid bagi kelas yang kami mengajar. Bila GB dah benarkan....kami pun wasap la guru kelas untuk invite kami dalam grup itu. Perkara ni penting bagi memudahkan kita update tugasan kepada murid-murid.

Platform Wasap juga merupakan salah satu platform menjalankan PdP secara tak segerak. Cara nak release kerja kepada murid, kita hanya maklumkan begini:

CONTOH MAKLUMAN TUGASAN BAGI KELAS PJ

CONTOH MAKLUMAN TUGASAN BAGI KELAS BM

Sekolah yang muridnya kurang akses kepada internet akan menggunakan wasap sebagai platform PdP. Bagi sekolah yang majoriti muridnya ada capaian internet  maka akan melaksanakan PdP secara segerak di platform google meet. 

Kalau saya, kami mengajar menggunakan platform Google Classroom sebab lebih tersusun dan mudah murid akses pada bila-bila masa. Cuma, meskipun menggunakan GC, kami akan sentiasa update di wasap sebagai peringatan untuk murid siapkan kerja sekolah yang diberi. Bukannya apa, kalau takda murid yang buat kerja sekolah ni... macam mana kita nak beri markah pentaksiran bilik darjah kepada mereka kan... Jadi, begitulah gambaran sekiranya PdP dijalankan menerusi Wasap.

Satu lagi, untuk praktikum ni... macam mana kita nak ajar murid kita kalau melalui wasap? takkan hanya beri kuiz suruh mereka jawab? macam mana mereka nak faham konten pdp kalau cikgu tak ajar?

So... korang boleh sediakan nota mengajar melalui bahan powerpoint atau buat video mengajar ringkas guna tiktok ke guna powerpoint ke pastu share video itu terlebih dahulu bagi murid faham. Kemudian, barulah beri kuiz sebagai kerja sekolah untuk rekod pentaksiran murid. Ingat, kita praktikum, jadi cubalah berusaha untuk hasilkan video PdP atau bahan PdP sendiri supaya ada bukti PdP kita dijalankan dan bukan sekadar sediakan soalan kuiz semata-mata.


B) GOOGLE CLASSROOM

Platform GC ni sangat penting, sebab kebanyakan sekolah menggunakan platform ini sebagai platform PdP. Kalau diikutkan memang murid yang kita mengajar itu sudah ada kelas GC bersama guru asal mereka. Kita ni yang baru praktikum agak sukar kalau nak guna platform guru asal sebab nanti perkara-perkara yang nak diajar kepada murid tu perlu dipantau pensyarah juga. Jadi, saya minta izin guru asal kelas untuk benarkan saya create new class dan invite semua murid saya menggunakan e-mail moe rasmi murid. E-mel rasmi murid saya dapatkan daripada guru yang menguruskan data di sekolah. Kemudian setelah invite murid-murid, kita invite juga la guru pembimbing dan pensyarah penyelia, contohnya macam dalam gambar d bawah:

invite murid, pensyarah dan guru pembimbing

Kemudian, setiap kali nak masukkan kerja dan tugasan kepada murid... pastikan kalian susun secara sistematik supaya mudah untuk pensyarah dan guru pembimbing memantau kelak. Saya susu mengikut tarikh mengajar macam dalam gambar di bawah:





C) GOOGLE MEET

Bagi kelas yang dijalankan secara segerak iaitu menerusi platform Google Meet, saya akan generate link daripada google classroom yang saya bina kepada murid. Jadi, lebih mudah murid nak akses Google Meet tu. Pengalaman saya menggunakan platform Google Meet ni pun hanya sekejap sahaja iaitu pada tiga minggu terakhir sebelum tamat praktikum. Puncanya sebab pensyarah nak ada bukti video kita mengajar dan sebaiknya google meet. Cuma, kalau sekolah yang memang tak jalankan PdP menggunakan Google Meet disebabkan murid-murid sukar mengakses... takpaaa... jangan risau... ada alternatif lain seperti beri tugasan di wasap dan buat video mengajar di youtube dll.  

Haa... Kalau nak record kelas Google Meet ni, kita sebagai guru kena guna emel moe yang diberikan oleh kampus tu tau. Gmail biasa tu memang tak support untuk recording meeting. Satu lagi ada yang tanya 

" Macam mana nak maklumkan ada kelas google meet kepada murid?"

Haa... saya beri makluman awal sehari sebelum kelas bermula. Dan pada hari kelas berlangsung tu saya tinggal share link google meet kepada murid untuk akses.

Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah:

Makluman Awal

Makluman pada hari kelas akan berlangsung


D) PLATFORM TAMBAHAN 

- PADLET, EDMODO, CLASSDOJO

(boleh search dekat google cara nak gunakan platform ini.)

(ini tambahan sahaja, sekiranya sekolah kalian tak guna platform Google Classroom)


3. BBM

A) VIDEO PDP 

Video PdP saya gunakan Powerpoint dan record pun guna powerpoint. Contoh video PdP yang saya buat macam dalam playlist ini: 

 Video PdP PJ

Video PdP BM

Kalau ada yang tanya, " Macam mana nak buat video guna powerpoint?"

Boleh tengok di sini TUTORIAL- VIDEO PDP MENGGUNAKAN POWERPOINT


B) KUIZ

Ada banyak aplikasi online untuk buat kuiz ni. Saya sekadar senaraikan aplikasi yang saya pernah guna semasa PdP Online haritu:

C) PROJEK/TUGASAN MURID

Untuk tugasan atau projek kita boleh minta murid rakamkan video ke, buat projek folio atau kraftangan ke, terpulang. Ini memerlukan kekreativiti kita untuk merancang supaya PdP berjalan lancar.

4. PENTAKSIRAN MURID 

 Pelaksanaan pentaksiran kepada murid pastikan buat ye, jangan lupa. Ni contoh yang saya buat semasa praktikum online haritu:


Demikianlah beberapa perkara yang sempat saya kongsikan. 

  • "Observe praktikum pun online ka?"

Ya, Online juga. Ni saya taknak share sebab complicated haha dan maybe akan datang berubah-ubah caranya.

  • "RPH format masih sama ka? 

Jika ikut pihak sekolah, RPH BDR berbeza sedikit. Cuma IPG kami haritu.. katanya suruh proceed seperti RPH yang asal dan sesuaikan konten PdP dengan versi Online tu. Kalau nak tengok contoh... saya kongsikan pada entri akan datang ya...https://ezadayana.blogspot.com/2021/01/penulisan-rph-ipg-versi-bdr.html

  • Fail portfolio macam mana?"

Ni pun complicated haha. Sebab ada pensyarah suruh print siapkan fail macam biasa. Tapi, saya buat online ja fail portfolio ni. Saya buat di padlet sahaja macam contoh dalam gambar ni:

 Kalau la praktikum kalian proceed secara online... baru saya update entri lebih detail ya haha.


Apapun ini sekadar perkongsian dari saya, kalian boleh jalankan PdP Online yang lebih hebat lagi, insyaallah. 

Semoga entri ini bermanfaat. 

Sebarang pertanyaan boleh comment atau chat aja di ig/fb saya. Tq


Jangan lupa baca entri di bawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...