Followers

Friday, February 5, 2021

PRAKTIKUM- PdPR PENDIDIKAN JASMANI

Assalamualaikum dan Hi,

 Pelaksanaan PdPR bagi subjek Pendidikan Jasmani ni, kenalah pilih sk.sp yang sesuai untuk dijalankan di rumah. Manipulasikan alatan yang ada di rumah murid-murid supaya objektif tu masih tercapai. Contoh nak ajar melontar peluru, voleh minta mereka gumpalkan kertas jadi bulat dan cuma melontar bola kertas itu menggunakan teknik melontar peluru yang betul. Yang penting, kita kena kreatif supaya dapat sesuaikan aktiviti yang boleh di buat semasa PdPR.

PdPR PJ ni boleh berlangsung secara segerak dan tidak segerak. 

Jika segerakk di Google Meet, dalam tempoh 30 minit tu cubalah rancang PdP yang sesuai untuk dilakukan depan komputer. 

Kita sediakan slaid tayangan powerpoint dan juga video bersenam ka kemudian minta murid amalikan depan laptop, kita pantau. 

Kemudian sebagai pentaksiran, kalian boleh jalankan kuiz secara live untuk wujudkan persaingan dalam kalangan murid kelas tersebut.


PENULISAN RPH PdPR PJ

Untuk RPH Versi PdPR PJ di Google Meet boleh lihat contoh yang saya buat, di sini: 




Sekiranya murid tak dapat sertai PdPR bersemuka di Google Meet, kita janganlah lupakan mereka. Pengalaman saya, saya sediakan juga video khas dan bagi link kuiz untuk mereka jawab supaya kita dapat menilai mereka juga. Sebab bukan semua murid dapat sertai Google Meet, jadi bagi mengelakkan ada murid ketinggalan, kita sediakan juga versi tidak segerak seperti:

1. Video (Penerangan secara teori, tunjuk contoh gambar aktiviti) Cara buat video penerangan ni, kalian boleh guna powerpoint aja. Boleh tengok contoh saya buat video PdP guna Powerpoint di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=ZKKO1l0vgEw&list=PLriCW2ABe9w6cr-cdC4Pi0zoLmwB8WhJU

Tutorial menghasilkan video PdP menggunakan Powerpoint: https://youtu.be/72FdMWeYH4c


2. Video Amali, (Kita sebagai guru tunjukkan demo macam mana nak bersenam ka, ni buat waktu observe ja la haha kalau rajin buat je la selalu)


3. Beri tugasan kepada murid secara amali (minta murid rakamkan aktiviti yang mereka lakukan, kemudian kita compile kan aktiviti mereka dalam satu video sebagai motivasi. 

Boleh tengok contoh yang saya buat di sini:


 

GOOGLE CLASSROOM PJ

Google Classroom saya gunakan juga sebagai platform untuk upload bahan tugasan dan perkara ini penting sebagai bukti dan rekod PdP yang kita jalankan. Kalau PdPR ni selalu maklum di wasap jd rekod bukti simpanan kita jadi merata-rata. Kalian kemaskinilah semua bahan itu dalam GC. Jangan lupa invite murid anda untuk sertai GC yang anda bangunkan. Dapatkan emel murid daripada guru pembimbing.



Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...