Assalamualaikum dan hai warga maya sekalian...
Hari ini, saya ingin berkongsi satu artikel penulisan kawan saya.
Jom kita berfikir sejenak dan menghayati penulisan artikel ini.
Selamat membacađ
Tajuk: Sembahyang? Sembah Yang Apa
Nukilan: Sinar Zaidi
Pernahkah kita terfikir satu persoalan apabila kita mendengar atau menyebut istilah:
âsembahyangâ
Alkisah bermula apabila Sinar Zaidi, anak jati Kampung Batu Talam berada di bangku sekolah menengah. Usia remaja baru menjengah. Sel-sel otak pun baru nak berkembang.
Dalam persekitaran yang cenderung kepada keagamaan, Sinar Zaidi mula menyedari bahawa kata âsembahyangâ sering digunakan oleh masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu (sebab majoriti penduduk di situ kaum Melayu) sejak sekian lama secara turun-temurun (sejak Sinar Zaidi masih kecil). Oleh sebab dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam, dapat difahami bahawa âsembahyangâ bermaksud âsolatâ, iaitu menyembah Tuhan Yang Esa dengan ritual yang ditetapkan dalam agama.
Namun, mengapa terdapat dua istilah yang berbeza merujuk kepada satu perkara yang sama?
Skema yang dibina dalam dirinya ialah âsembahyangâ merupakan bahasa Melayu iaitu terjemahan langsung daripada âsolatâ yang dipinjam daripada bahasa Arab. Tapi tidak berhenti di situ, Sinar Zaidi terfikir bahawa jika âsembahyangâ merupakan bahasa Melayu, maka frasa itu seolah-olah tidak lengkap.
Pada asalnya, Sinar Zaidi berpendapat istilah sembahyang ialah âSembah yangâ. Maka, masalah lain muncul apabila memikirkan bahawa frasa itu seperti tergantung. âSembah yangâ apa? Sel-sel otak yang berhubung pun mula merangka jawapan sendiri dengan mengatakan bahawa istilah sembahyang ialah singkatan daripada âSembah Yang Esaâ.
Mengikut hasil pembelajaran bahawa orang Arab yang sifatnya suka meringkaskan sesuatu supaya senang disebut seperti Hadis 40 Imam Nawawi yang digenapkan supaya dipermudahkan sedangkan hadis yang terkandung ialah sebanyak 42 hadis.
Bahasa Arab juga mempunyai hukum yang memudahkan
sebutan seperti idgham mutamasilain, mutaqaribain dan mutajanisain yang memasukkan huruf sebelum kepada huruf selepasnya.
Rajah 1: Antara hukum idgham dalam kitab al-Quran
Disebabkan pengaruh Islam yang kuat, Sinar Zaidi berteori bahawa orang Melayu juga menerima budaya Arab yang ingin menjadikan sesuatu sebutan kepada lebih mudah dengan menyingkatkan frasa tersebut, seperti âengkauâ kepada âkauâ, âtidakâ kepada âtakâ dan tidak mustahil âSembah Yang Esaâ kepada âsembahyangâ. Kata âEsaâ mungkin dibuang untuk kegunaan umum yang boleh dipakai oleh penganut lain kerana mereka tidak menyembah âYang Esaâ.
Sinar Zaidi menyimpulkan segala teori dengan mengambil informasi daripada persekitarannya (seperti teori perkembangan kognitif Piaget)(Wong Kiet Wah et. al, 2016), maklumlah baru di bangku sekolah, belum mempunyai asas dalam melakukan penelitian secara ilmiah.
Malah,
orang di sekeliling juga tidak dapat menjawab soalan yang diajukan tersebut. Setelah
lebih kurang 20 tahun hidup dengan teori sendiri, sedikit demi sedikit tugasan
sebagai pelajar terjerumus kepada kajian ilmiah, secara tidak sengaja Sinar
Zaidi telah membaca jurnal-jurnal yang membahaskan budaya Melayu sejak
turun-temurun.
âSembahyangâ Diguna Pakai Masyarakat Melayu Sejak Zaman Lampau.
Tahukah anda bahawa istilah sembahyang sudah menjadi pegangan masyarakat Melayu sejak sebelum kedatangan Hindu lagi?
Sebelum abad keempat, masyarakat Melayu sekian lama menganut kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa setiap sesuatu mempunyai semangat ghaib dan melakukan ritual seperti menyembah pokok, matahari dan lain-lain, termasuk roh nenek moyang. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin iaitu âAnimaâ (sesungguhnya tiada kaitan dengan Anime Jepun) yang bermaksud âjiwaâ.
Secara lazimnya, upacara pemujaan seperti menyembah pantai atau memberi makan hantu diamalkan oleh masyarakat primitif ini. Maka, tidak hairan apabila budaya seni seperti tarian Ulek Mayang yang berlatarbelakangkan tarian memuja pantai dan drama atau filem yang memberi darah kepada khadam jin masih segar di layar televisyen kerana mungkin amalan tersebut adalah budaya paling tua dalam kalangan masyarakat Melayu. Animisme merupakan tradisi yang sudah menjadi budaya mereka.
Nurdeng Deuraseh (2010) menulis dalam jurnalnya bahawa ketika ini
istilah âsembahyangâ sudah digunakan oleh orang Melayu. Kata asal âsembahyangâ ialah
âsembah hyangâ. âHyangâ membawa erti sinonim dengan âpoyangâ atau âmoyangâ yang
menunjukkan bahawa orang Melayu percaya akan semangat nenek moyang mereka
berada dalam kalangan masyarakat dan boleh ditenangkan dengan upacara penyajian
serta penyembahan. Hal ini dilakukan kerana roh-roh ini akan memberi kesan yang
besar terhadap kehidupan yang masih hidup. Maka, istilah âsembahyangâ ini
sebenarnya ialah âsembah hyangâ iaitu menyembah nenek moyang. Frasa ini terus
digunakan dalam fasa penyebaran Hindu-Buddha pada abad keempat di Tanah Melayu.
Tuhan Seerti Dengan Dewa?
Selain istilah âsembahyangâ, mari kita lihat pula istilah âtuhanâ dan âdewaâ. Seperti yang diketahui umum, istilah âdewaâ kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada lebih dari satu kuasa ghaib yang hidup bersama. Contohnya dewa Nordic iaitu Thor, Loki dan Hela merupakan anak kepada dewa Odin, dewa Yunani seperti Poseidon, Athena dan Hercules yang diketuai oleh Zeus serta dewa Mesir seperti dewa Horus anak kepada dewa Osiris, merangkap anak saudara dewa Set.
Manakala, istilah âtuhanâ hadir daripada orang Melayu yang menggabungkan dua frasa iaitu âtuhaâ dan âanâ. Menurut Noresah Baharom et. al (2015), âtuhaâ bermaksud âtuaâ. âAnâ pula merupakan rujukan kepada angka seperti yang sering dituturkan dalam kalangan masyarakat seperti 20-an dan 1970-an.
Dalam konteks âtuhanâ ini, âtuhaâ
bermakna âtuaâ yang tiada permulaan baginya, paling awal daripada setiap
sesuatu, sehingga membentuk konsep âSang Hyang Tunggalâ atau âTuhan Yang Maha
Esaâ. Istilah ini masih tersisa ciri-ciri budaya animisme dalam kalangan orang
Melayu.
Disebabkan konsep
tauhid ini digunakan, dapat kita fahami bahawa konsep ini diperoleh daripada
ajaran Islam yang dibawa masuk pada abad ke-13 meskipun pernah disebut bahawa
Islam hadir lebih awal iaitu pada abad kesembilan (Namri Sidek, 2019). Tuhan
Yang Maha Esa itu merujuk kepada Tuhan sekalian alam yang dikenali seluruh
dunia tanpa mengira bangsa sebagai Allah SWT.
Kemunculan Solat dan Ruqyah
Fungsi Tanah Melayu sebagai pusat penyebaran Islam pada kurun ke-15, banyak istilah dipinjam daripada bahasa Arab. Maka, bermulalah proses penggantian istilah menjadi lebih keagamaan seperti âsembahyangâ ditukarkan kepada âsolatâ dan âjampiâ ditukarkan kepada âruqyahâ.
Jangan terkejut jika dikatakan bahawa âruqyahâ ialah âjampiâ. Apa yang difahami
oleh masyarakat Melayu, âjampiâ merupakan ritual spiritual yang akan memanggil
semangat ghaib. Namun begitu, konsep âjampiâ boleh dibahagikan kepada dua (Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, 2018) iaitu:
Hadis di atas jelas
menterjemahkan kata âar-ruqaaâ (ruqyah) dengan âjampiâ. Bukan âruqyahâ sahaja
yang disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu, begitu juga istilah âulamaââ
yang bermaksud âcerdik pandaiâ dalam bahasa Arab tetapi disempitkan dalam bahasa
Melayu dengan merujuk kepada orang yang tinggi ilmu agama sahaja. Seterusnya,
istilah âimamâ pula hanya merujuk kepada pengendali solat jemaah sedangkan âimamâ
bermaksud âketuaâ.
Adakah Salah Jika Kita Gunakan Istilah Sembahyang?
Dalam bahagian ini merupakan pandangan Sinar Zaidi sendiri, seperti biasa, setiap pandangan pasti akan ade yang menerima dan ada yang menolak. Maka, Sinar Zaidi bersikap terbuka untuk menerima kritikan sekiranya pendapat yang dikemukakan ini tidak benar. Sinar Zaidi berpendapat bahawa istilah âsembahyangâ tidak salah digunakan bagi merujuk solat. Malah sembahyang juga merupakan istilah asli orang Melayu yang merujuk kepada menundukkan diri kepada kekuasaan yang berada di atau segala kuasa.
Sembahyang juga digunakan secara umum, bukan hanya merujuk solat, tetapi
juga merujuk kepada ritual orang bukan Islam. Disebabkan sifat bahasa yang
dinamik, istilah ini sudah menjadi kebiasaan dalam penutur bahasa Melayu. Maka,
masih boleh digunakan. Ini kerana âsembahyangâ merujuk kepada upacara spiritual
secara umum termasuk solat iaitu proses mendekatkan diri dengan Pencipta, bukan
merujuk hanya kepada menyembah roh nenek moyang. Hal yang membenarkan lagi
penggunaan istilah ini apabila masih tiada konflik atau fatwa daripada alim
ulamaâ daripada menggunakan istilah ini secara meluas. Walllahu aâlam.
Kesimpulan
Begitulah serba sedikit, sejarah perubahan budaya Melayu sejak dahulukala sehingga kemasukan pengaruh Hindu-Buddha dan kedatangan Islam yang merubah konsep kepercayaan masyarakat Melayu. Semua informasi di atas hanya bermula dengan secebis persoalan iaitu, mengapa orang Melayu menggunakan frasa âsembahyangâ untuk merujuk perbuatan solat.
Daripada secebis persoalan di minda, informasi yang diterima berkembang berikutan persoalan-persoalan lain yang terbit apabila persoalan awal diselidiki. Begitulah kehidupan manusia di muka Bumi Allah yang penuh misteri ini. Jangan sangka orang yang bijak pandai sudah boleh meninggi diri, sedangkan ilmu Allah itu bagaikan seluas lautan. Ibnu Katsir dalam kitab Tafsir-nya menukil perkataan ar-Rabiâ ibnu Anas yang berkata: âAyat 109 dalam surah al-Kahfi menggambarkan perumpamaan ilmu seluruh manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah bagaikan setitis air dibanding seluruh samuderaâ. Apatah lagi jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada individu yang hina ini.
Di sini juga Sinar Zaidi menegaskan bahawa tidak salah berteori (pendapat yang tak semestinya benar), tetapi bergurulah untuk mendapat jawapan yang tepat hingga ke akhir usia kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dapat dijawab sekadar dengan lisan walaupun persoalan tersebut berkaitan dengan asal usul sendiri. Selain itu, cadangan Sinar Zaidi bahawa keluarlah sedikit dari kotak bidang bagi menjelajah alam pengetahuan am meskipun ramai orang yang mengatakan perkara itu kecil dan tidak penting. Sebenarnya, perkara yang tidak pernah terfikir oleh orang lain itu ialah sebuah percikan kreatif luar kotak minda manusia dan perkara yang dianggap kecil itulah sebenarnya satu misteri yang tak terjawab oleh orang ramai.
Nukilan: Sinar Zaidi
Saluran Youtube Cadangan Untuk Informasi Luar Kotak:- Saluran
Ajar
Rujukan
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018). Irsyad al-Fatwa siri ke-219: Hukum mengamalkan jampi nenek moyang. Dipetik pada 8 Februari 2021, daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2360-irsyad-al-fatwa-siri-ke-219-hukum-mengamalkan-jampi-nenek-moyang
- Namri Sidek. (2019). Sejarah bagaimana masyarakat Melayu terdahulu memeluk Islam.Dipetik pada 8 Februari 2021, daripada https://iluminasi.com/bm/sejarah-ringkas-masyarakat-melayu-terdahulu-memeluk-islam.html.
- Noresah Baharom et. al. (2015). Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Nurdeng Deuraseh. (2010). Transformasi amalan perubatan tradisional Melayu perspektif rukyah. Jurnal Peradaban (3). 83-98.
- Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Aziz & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak (edisi kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jangan lupa baca entri di bawah:
No comments:
Post a Comment