Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kini saya sudah berusia 18 tahun. Tunggu beberapa hari je
lagi nak masuk tahun baru 2017 dan saya akan bertambah usia kepada 19 tahun.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan fizikal, mental dan rohani untuk teruskan
hidup di bumi tuhan ini.
Baiklah, blog ini saya buat sejak 2014 sehingga kini.
Matlamat saya lebih kepada menceritakan setiap pengalaman yang saya alami
semasa di sekolah, pertandingan yang saya sertai, pengalaman sebagai ketua dan
bagaimana nak menguruskannya. Tapi, itu cerita saya masa 2014-2015. Selepas
menamatkan sekolah menengah saya diberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPG dengan matlamat menjadi seorang guru bahasa Melayu. Inilah cita-cita yang saya
perjuangkan sejak kecil lagi. Allah makbulkan doa ibu ayah, cikgu dan kawan
saya. Jadi misi seterusnya saya lebih selesa berkongsi aktiviti yang saya
sertai sepanjang saya menuntut di IPG. Kisah di sem 1 akan saya kumpulkan dan
muat naik di blog ini sebelum menjelma tahun baru 2017.
Nanti 2/1/2017 dah mula lapor diri ke asrama. 3/1 mulanya
kuliah PPISMP Semester2 . Yang pasti, saya masih berada di Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Matlamat 2017 nanti, kena lebih tinggi untuk
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akhirnya menjadi seorang guru yang
mampu mendidik minda generasi muda. Insyaallah.
Jangan lupa baca entri di bawah:
Jangan lupa baca entri di bawah:
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- UKCG IPG: Pengalaman Saya
- Temu bual IPG: Pengalaman Saya
- Tawaran Sambung Belajar: ASPER? atau MATRIKULASI?
- Tawaran Pengajian PPISMP di IPG
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melayu
- Kuliah Pertama di IPG: PPISMP
No comments:
Post a Comment