Followers

Friday, June 11, 2021

PISMP IPG SUBJEK SEM 1 HINGGA SEM 8

 Assalamualaikum dan Hi...

Pada perkongsian kali ini, saya akan senaraikan subjek/kursus yang dipelajari sepanjang 8 semester di PISMP. Perkongsian ini sekadar memberi gambaran awal kepada rakan-rakan junior yang lain untuk lebih bersedia pada semester-semester berikutnya. 

Ya laa.... mana tahu boleh rancang beli buku siap-siap kan hehe. Apapun, kursus-kursus yang akan saya kongsikan ini adalah berkaitan PISMP Ambilan Jun 2017, dengan mod sepenuh masa selama 5 tahun pengajian. 

Kursus-kursus yang disenaraikan ini juga adalah untuk mereka yang mengambil Major Bahasa Melayu dan Minor Pendidikan Jasmani. Jadi jemputlah teliti, sekadar berkongsi.


PISMP SEM 1:


PISMP Sem 1 ni bagi minor PJ agak mencabar sebab ada banyak sukan yang kita kena kuasai. Bagi mereka yang sememangnya aktif dengan sukan-sukan ni, memang inilah semester kebahagian anda untuk mengumpul skor pointer hehe. Jadi, pada zaman saya dulu.... kami ada amali untuk subjek-subjek sukan tu dan semestinya tiada peperiksaan untuk subjek sukan minor tu. Pada ketika itu, saya masih ingat... kami kena rajin buat fail untuk simpan nota-nota berkaitan teknik-teknik sukan badminton, olahraga dan sofbol. Selalu juga tonton video-video amali berkaitan sukan-sukan tu. 

Bagi subjek EDUP pula, ada dua subjek. Pastikan skor betuul-betul masa exam. Kerja kursus juga, kena buat betul-betul. Banyakkan rujukan dan bacaan yang luas kay. Kalau boleh... beli la buku siri pendidikan guru tu. Sangatlah membantu bila nk exam dan bagi draf awal untuk kita buat esaimen nanti.


Subjek major BM pun seronok di sem 1 ni. Subjek Linguistik BM tu dia lanjutan aja daripada subjek Morfologi dan Sintaksis yang kita belajar masa PPISMP dulu. Subjek Fonetik tu pula... kena rajin rujuk prpm ler untuk ketahui ejaan yang betul, sistem tulisan fonetik macam mana... haa apapun mudah aja. Insyaallah kalian boleh ja skor nanti hehe. 

Boleh baca juga entri ni:

PISMP SEM 2:


PISMP Sem 2 bagi minor PJ masih kekal dengan aktiviti sukan yang banyak haha. Kali ini lebih kepada sukan permainan. Ada amali juga seperti biasa. Fail juga perlu dibuat untuk simpanan nota-nota berkaitan teknik-teknik amali dalam sukan tersebut. 

Bagi subjek EDUP pula, ada dua subjek. Pastikan skor betul-betul masa exam. Kerja kursus juga, kena buat betul-betul. Banyakkan rujukan dan bacaan yang luas kay. Kalau boleh... beli buku siri pendidikan guru tu. Sangatlah membantu.


Subjek major BM di sem 2 ni sangat menarik sebab kita akan enjoy dengan kelas Seni dalam Pendidikan tu (Seni Lukisan, Pergerakan, Muzik). 3 perkara tu akan ditekankan dalam subjek SDP tu. Subjek kajian kurikulum BM ni pula akan mendedahkan kepada sukatan pelajaran BM di sekolah-sekolah. Masa ni juga kita akan tahu elemen-elemen dalam BM yang perlu diajar dalam kelas BM. haa apapun mudah aja. Insyaallah kalian boleh ja skor nanti hehe. 

Subjek MPU tu ada 2 juga. Kali ini berfokus kepada kokurikulum. Skornya tidaklah terlalu besar, tapi perlulah diberikan perhatian juga kan. Yang penting subjek MPU ni nilai tambah untuk diri kita bila pi sekolah nanti. Apapun lek-lek je subjek MPU ni hehe. 

Semester ni juga ada PBS tau.

Boleh baca juga entri ni: 


PISMP SEM 3:


PISMP Sem 3 ni agak mencabar bagi saya untuk minor PJ ni. Sebab.... saya kena kuasai amali berenang. Hakikatnya saya langsung tak pandai berenang pada awalnya. Tapi tamat ja kelas renang ni... saya memang auto pandai berenang. hehe so... inilah nilai tambah kalau join kelas PJ ni. Seronok tau.

Kelas gimnastik pula memang kena rajin buat latihan kelenturan supaya badan lembut gitew. Macam-macam juga amali yang dinilai masa gimnastik ni. Boleh tahan susah juga. 

Paling best..... pergerakan asas hehe sangatlah mudah hehe.

Bagi subjek EDUP pula, ada dua subjek. Pastikan skor betul-betul masa exam. Kerja kursus juga, kena buat betul-betul. Banyakkan rujukan dan bacaan yang luas kay. Kalau boleh... beli buku siri pendidikan guru tu. Sangatlah membantu.

Semester ni juga ada PBS tau.
Boleh baca juga entri ni: Portfolio PBS

Boleh baca juga entri ni untuk Kokurikulum-Unit Beruniform Puteri Islam:



PISMP SEM 4:


PISMP Sem 4, subjek untuk minor PJ dah takda kelas amali. Bagi minor PJ, kita akan fokus untuk menghasilkan RPH PJ, Strategi pengajaran PJ dan kena jalankan pertandingan permainan kecil. Masa saya dulu kena jalankan pertandingan permainan tradisional. Ada juga kena anjurkan bola sepak, pertandingan badminton dan lain-lain. Ini semua sebagai persediaan untuk kita sebelum ke sekolah menjalani praktikum pada sem 5 dan 7 nanti.

Bagi subjek EDUP, subjek pentaksiran dalam pendidikan tu macam susah sikit. Jadi, kena faham betul2 buat esaimen elok2 n jawab exm faham soalan betul2 kay.

 Subjek BM pun mudah dan seronok. Lagi-lagi subjek drama dalam pendidikan tu hehe.

Semester ni juga ada PBS tau. PBS terakhir sebelum berpraktikum pada sem hadapan hehe.

Boleh baca juga entri ni: Portfolio PBS


PISMP SEM 5:


Okay.... dah masuk sem 5, sumpah best haha. Tak payah nak struggle buat esaimen  n pi library 24 jam hehe. Tapi... sem 5 ni kita akan harungi praktikum. Agak penat untuk siapkan RPH dan BBM. Tapi, kalau pandai rancang masa insyaallah inilah semester yang seronok dan mudah skor tinggi. Jadi, jalani praktikum sebaiknya dan timba pengalaman sebanyak mampu.

Boleh rujuk entri ini untuk mengetahui tentang perjalanan praktikum:

Semester 5 ni juga ada subjek elektif terbuka. Terpulanglah ikut IPG masing-masing. Macam IPG saya ada tawarkan elektif pengucapan awam. Jadi ambil la kursus ni. Elektif ni ada amali dan kerja kursus ja. So, sem 5 ni takda exam yayy. Sebab tu la sem 5 ni paling seronok haha. 


PISMP SEM 6:


Sem 6 pula kita akan kembali dengan esaimen dan peperiksaan. Sem 6 agak mencabar sebab subjek-subjek tu agak sukar sebab benda baharu. Sem 6 juga banyak berfokus kepada subjek major. Tiada subjek EDUP.

Salah satu cabaran  sem ni ialah subjek asas penyelidikan yang memerlukan kita buat proposal penyelidikan bab 1-3. Masa ni, kita kena pilih tajuk kajian yang betul-betul kita kuasai dan minat untuk mengkaji lebih lanjut. 

Semester ni juga ada subjek inovasi hehe, boleh rujuk entri ni untuk rujukan lanjut kay  

Subjek semantik pula kena pandai memahami makna sesuatu kata/ayat. Semantik ni juga kurang buku rujukan yang betul-betul tepat dengan RMK. Jadi, perlu banyak baca jurnal dan buku-buku keluaran DBP tu.

Boleh baca lebih lanjut perkongsian tentang semester 6 di sini:


PISMP SEM 7:

Semester 7 pula akan menjalani praktikum fasa kedua dan ada subjek elektif terbuka juga. Pemilihan elektif terbuka tu bergantung kepada senarai pilihan yang dibuka di IPG masing-masing pada ketika itu.


PISMP SEM 8:


Okayyy semester akhir, sem 8 ni kena pandai atur sebaiknya. Kita perlu selesaikan kajian. Sekejap aja struggle, awal-awal rasa macam tak mampu nak siapkan kajian penyelidikan tu. Tapi, percayalah... semua akan berjaya juga siapkan. Sem 8 ni juga akan ada subjek elektif terbuka. Jadi keseluruhannya, kita akan ada 3 kelas elektif terbuka la sejak sem 5. 

Subjek EDUP semasa sem 8 ni sangatlah best sebab akan banyak cerita tentang perancangan kita apabila bergelar guru kelak. Subjek ni ada esaimen dan exam juga. Begitu juga subjek kebudayaan kebangsaan, ada juga esaimen dan exam. 


Itu sahaja perkongsian kali ini. Saya akan update post ini untuk masukkan nota dan setiap semester pada masa akan datang. Terima kasih

https://ezadayana.blogspot.com/2020/07/ipg-cara-kira-pointer-pmgtpmg-secara.html

Boleh rujuk pautan di atas untuk ketahui cara pengiraan pointer.


_________________________________________________________

Jom singgah:

Tuesday, June 1, 2021

BAHAN PRAKTIKUM IPG

RUJUKAN PRAKTIKUM IPG

Semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman sahaja, apapun pastikan kalian rujuk pensyarah dan ikut kehendak mereka. 

Jangan ambil dan percaya 100% apa yang senior katakan. Kami sekadar berkongsi pengalaman, lain orang lain pengalamannya. 

Jadi, jadikan platform perkongsian ini sebagai sumber rujukan sahaja. Kalian olah mengikut kesesuaian ya. Semoga berjaya! 

 Jangan stres ye hehe, praktikum tu la paling relaks, enjoy sangat-sangat sebab dapat kepuasan mengajar, boleh dikatakan praktikum ni la sem yang paling membahagiakan. Selamat berpraktikum.

KLIK SINI:TUTORIAL TEMPLAT RPH MENGGUNAKAN WS WORD DEVELOPER

KLIK SINI: E-PORTFOLIO PRAKTIKUM

KLIK SINI: TUTORIAL VIDEO PDP MENGGUNAKAN MS POWERPOINT

KLIK SINI: KOLEKSI KUIZ SK

KLIK SINI: SENARAI SEMAK FAIL PRAKTIKUM

KLIK SINI: KOLEKSI DSKP KSSR

KLIK SINI: KOLEKSI RPT 2021

KLIK SINI: RPH, LAPORAN, PENTAKSIRAN KOKURIKULUM

KLIK SINI: CONTOH RPH ONLINE (Sekadar contoh, sila rujuk pensyarah anda)

KLIK SINI: CONTOH REFLEKSI RPH ONLINE

KLIK SINI: PdPR PJ (RPH)

KLIK SINI: CONTOH REKOD PENTAKSIRAN MURID

KLIK SINI: CONTOH CATATAN TINDAKAN KEMAJUAN

KLIK SINI:

TIPS PRAKTIKUM ,

PRAKTIKUM ONLINE ,

PERSEDIAAN PRAKTIKUM IPG

FAIL PRAKTIKUM

KLIK SINI: KOLEKSI BUKU PANDUAN EMK




PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...