Followers

Monday, December 21, 2020

PRAKTIKUM FASA KEDUA

Assalamualaikum dan hi...

Lama juga tak menulis di blog ni. Huh semester 7 kami ni memang padat dan sentiasa mengejutkan😂. Jadi, kuranglah masa nak kemas kini blog. Untuk pengetahuan kalian, saya baru sahaja tamat praktikum fasa kedua yang berlangsung selama 3 bulan bermula 14/9/2020-4/12/2020. Sememangnya, praktikum pada musim pandemik COVID-19 ini memberi banyak pengalaman baharu buat saya.

   Disebabkan kami berpraktikum di kawasan Kuala Lumpur... Maka hanya sebulan sahaja kami sempat berpraktikum bersemuka dengan murid di sekolah. Berbaki dua bulan berikutnya, kami hanya mengajar secara atas talian. Nasib baik, di IPG kami ada belajar kursus TPP(Teknologi dlm Pendidikan) dan Inovasi Digital. Hehe berguna juga ilmu yang dipelajari secara teori tu sebab kami dapat aplikasikan semasa praktikum fasa kedua ni. Haa disebabkan COVID-19, banyak perkara telah diterhadkan sebab semua perlu mematuhi SOP yang digariskan. Saya pula mengajar Pendidikan Jasmani😅. Bertambah-tambahlah perkara yang perlu difikir supaya PdP PJ itu dapat dijalankan seiring pematuhan kepada SOP. 

    Entri kali ini, saya hanya ingin bercerita pengalaman yang dilalui sepanjang praktikum fasa kedua. Untuk penerangan mengenai tips mengendalikan praktikum fasa kedua pada musim COVID-19 ni akan saya ceritakan pada entri akan datang hehe. 

   Haaa praktikum fasa kedua ni agak mengejutkan bagi kami haha. Sebab semasa praktikum fasa pertama, kami boleh memilih rakan praktikum sesama sendiri. Tapi, kali ini  semua ditetapkan oleh Unit Praktikum. Pada permulaannya, memang hampir semua tak boleh terima hakikat😂😂😂. Macam-macam lagi yang jadi. Asalnya, kami kena berpraktikum di kawasan Rawang, Selangor. Agak jauh perjalanan jika bergerak dari kampus. Maka, kami mulalah memikirkan cara nak cari rumah sewa sahaja nanti. Kemudian, punya kami syok berbincang dengan rakan praktikummate sendiri-sendiri... Kemudian, perubahan lagi berlaku disebabkan kami membuat permohonan untuk Unit Praktikum mempertimbangkan nasib kami sekiranya berpraktikum jauh dari kampus. Oleh itu, setelah berbincang dan kata putus dibuat adalah untuk kami berpraktikum di sekitar KL. Tapi....... Syaratnya...... Praktikummate dan Sekolah Praktikum kami akan ditetapkan oleh Unit Praktikum. Inilah kejutan yang saya maksudkan tu😅. Macam-macam perancangan yang kami rancang dengan praktikummate lama yg fasa satu tu.... Sekali... semua kena rombak. Awal-awal ja semua melenting hehe tapi itu biasa la kan... Tapi inilah memori kenangan hahahah. 

   Setelah ditetapkan, saya dapat berpraktikum di SK Desa Setapak. Sekolahnya 22km jika bergerak dari kampus. Rakan praktikum pula, saya digandingkan dengan seorang rakan sekelas dan tiga lagi rakan dari kelas minor Pendidikan Moral. Kami ada lima orang keseluruhannya. Alhamdulillah, perancangan yang diatur baik semuanya. Saya dapat mengenal lebih rapat dengan rakan praktikum yang baharu ni hehe. Maka, bermulalah merancang perjalanan untuk berpraktikum selama 3 bulan ini. 

Inilah sekolah praktikum fasa kedua kami


    Semasa semua pulang ke kampus pada 3 hari sebelum praktikum bermula... dapatlah kami pergi melawat sekolah seketika untuk melihat laluan perjalanan ke sekolah. 

Ini gambar kami pi melawat sekolah sehari sebelum praktikum bermula


    Maka, bermulalah episod kami di sekolah. Praktikum fasa kedua, saya ditugaskan untuk mengajar BM Tahun 3, PJ Tahun 1 dan 5. Ini merupakan cabaran baharu untuk saya tempuhi. Sebab semasa fasa satu, saya hanya mengajar murid tahap 2. Kali ini, kena lebih mesra dan bahasa pun perlu direndahkan sedikit hehe supaya murid tahap 1 mudah didekati. Saya seronok sangat mengajar tahap satu. Kepuasan apabila murid yang lemah dapat menunjukkan peningkatan. 

    Bercerita tentang SOP di sekolah memang kami perlu jaga sepenuhnya. Murid makan pun di kelas. Bukan lagi di kantin. Jadual yang diatur rapi pihak sekolah semuanya dipatuhi bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid dan guru terjaga. Aktiviti di dalam kelas juga sentiasa dijaga terutamanya perkara yang melibatkan pergerakan murid. Setiap sekolah ada perbezaan dari segi pengendalian. Macam sekolah saya, aktiviti PJ dan Kokurikulum masih boleh dilaksanakan. Ini mungkin sebab sekolah kami tidak ramai murid. Jadi, penggunaan ruang masih luas untuk mengamalkan penjarakan fizikal. 

    Pelaksanaan PJ di padang sambil menekankan SOP ni.... Memanglah mencabar😅. Terjerit-jerit sepanjang masa
 "Hey SOP! Hey mana SOP kamu! 
Jangan sentuh kawan! 
Jarak! Jarak! Jarak! 
Basuh Tangan!" 
hahah itulah perkataan yang dah jadi satu kebiasaan baharu😂. Sebelum ni kami jerit suruh murid senyap, sekarang jerit suruh jaga SOP. Tapi, semuanya mudah. Murid patuh SOP, mereka tahu bahaya COVID-19 ni. Cuma kadangkala mereka terlupa. Itulah yang perlu diingatkan kembali. Haaa, semasa PJ di padang, saya sentiasa memastikan murid bergerak dan menjalankan aktiviti mengikut SOP. 

    Dapat juga mengajar di padang dalam 3-4 kali. Selebihnya, memang belajar PJ di dalam kelas sebab... Kalau kes Covid naik ja pada hari semalam.... Maka, cikgu-cikgu memang tak galakkan PdP PJ di luar sebab risaukan keadaan semasa. Begitu juga Kokurikulum yang bertangguh juga dalam 2 perjumpaan sebab kes COVID yang meningkat naik. Ini semua untuk menjaga keselamatan warga sekolah. 

   Kemudian, kerajaan pun mengumumkan bahawa kawasan KL perlu menjalani PKP. Pada mulanya, kami sangkakan hanya 2 minggu. Sekali... 2 bulan terusssss sebab kes COVID 19 yang kembali meningkat. Di sinilah kami mula menjalani praktikum secara atas talian. Perkara baharu yang perlu disesuaikan sememangnya mengambil masa. 

    Saya terus belajar cara mengendalikan kelas secara atas talian. Sememangnya, guru pembimbing banyak membantu. Saya pun mula bangunkan Google Classroom untuk setiap subjek yang saya ajar. Ini sebagai platform pembelajaran murid dan sebagai bukti pelaksanaan PdP saya pada musim PKP ini. 

Inilah kelas yang saya bangunkan di Google Classroom bagi memudahkan rekod PdP saya sepanjang praktikum atas talian


Bagi saya, praktikum atas talian juga menarik. Tidak menjadi halangan selagi kita berusaha untuk sentiasa menambahkan diei dengan ilmu tentang ICT. Berkaitan isu murid tak dapat sertai kelas bukanlah alasan untuk terhadkan kreativiti PdP kita. 

    Saya tetap teruskan PdP seperti sebelum ini. Penulisan RPH masih sama mengikut cara penulisan yang ditetapkan IPG, cuma saya sesuaikan dengan medium pengajaran yang berbeza. Pada mulanya, memang stres sebab kami macam layang-layang terputus tali😅. Namun, setelah perkongsian pendapat daripada rakan-rakan, guru pembimbing dan pensyarah, maka kami dapat jalankan PdP secara atas talian selama dua bulan dengan lancar.

   Kemudian tamatlah praktikum kami dengan jayanya. Alhamdulillah.....

Sedikit imbasan memori sepanjang berpraktikum fasa kedua di SK Desa Setapak


 Entri berikutnya nanti saya kongsikan amalan PdP yang saya gunakan secara atas talian😀. Itu sahaja untuk hari ini. 

Terima kasih setia mendengar celoteh saya hehe😂🌸. Jumpa pada entri akan datang.



Friday, November 6, 2020

TIPS JADUAL BELAJAR DI IPG

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan

Ada rakan IPG yang tanya soalan, bagaimana nak buat jadual belajar di IPG? Bagi saya, belajar di IPG ni perlu pengurusan masa yang sistematik. Bukannya apa, IPG ni banyak program dan aktiviti yang perlu kita ikuti. Semuanya untuk melahirkan guru yang holistik. Sebenarnya, anda tak perlu buat jadual profesional dan pasti memang anda tak kan ikut. Oleh itu, buatlah jadual belajar yang berkesan sebagai panduan untuk anda rasa selesa dan mudah untuk ikuti.

Berikut dikongsikan adalah Jadual Semester, Bulanan, Mingguan dan Harian yang saya gunakan sepanjang di IPG:

Apapun:

1. Lihat kemampuan anda sekarang, maksud saya pencapaian yang anda target untuk capai pada akhir bulan atau semester.

2. Semangat untuk baca atau sertai mana-mana bengkel input pengetahuan baharu pada setiap bulan.

3. Kursus yang ada kredit besar perlu diberi fokus lebih.

4. Pastikan ada juga masa rehat untuk menenangkan diri kita daripada segala tugasan.



Dapatkan  template jadual menerusi pautan berikut: TEMPLATE JADUAL IPG

JADUAL SEMESTER

JADUAL BULANAN 


JADUAL MINGGUAN DAN HARIAN




Wednesday, October 14, 2020

INOVASI: KERTAS CADANGAN & LAPORAN INOVASI (DRAF)


KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI


Untuk yang bertanya berkaitan Plan Projek Inovasi kami:
Kami buat berpandukan proses model generik pembelajaran Trialogikal.

Setiap proses pembelajaran trialogikal telah menggunakan alat atau bahan sokongan bagi mewujudkan budaya kerja secara kolaboratif sesama ahli kumpulan. Penggunaan teknologi digital telah digunakan dengan rangkaian internet bagi membolehkan proses perbincangan seperti dalam enam fasa proses pembelajaran trialogikal berjalan lancar.

 Kami telah mencipta dan membangunkan kolaboratif artifak seperti bahan penulisan cadangan projek inovasi, rajah kerangka inovasi dan perbincangan idea inovasi menggunakan platform atas talian. Hal ini demikian kerana, untuk bekerjasama menjalankan proses penyuntingan penulisan kertas cadangan, kami menggunakan platform google doc dan google drive bagi memudahkan pengurusan kerja masing-masing. Bagi proses perbincangan pula, kami berbual tentang perkembangan gerak kerja melalui e-mel, Whatsapp dan Google Hangout

Jelaslah, pendekatan trialogikal menggalakkan pembelajaran khusus tentang inovasi digital secara berkumpulan yang setiap individu perlu bekerjasama berkongsi ilmu untuk mendapatkan sebuah idea kolektif dan transformasi amalan ilmu pengetahuan.


Untuk yang bertanya berkaitan Kerangka Inovasi kami:



LAPORAN PROJEK INOVASI.



INOVASI DIGITAL : PENDOKUMENTASIAN DAN PEMBUNGKUSAN.

 PENDOKUMENTASIAN

Berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan pada peringkat awal, penjelasan mengenai plan projek pelaksanaan inovasi digital ini telah menggunakan proses pembelajaran trialogikal. Saya telah berkolaborasi bersama ahli kumpulan untuk merangka dan mencorak penjanaan idea, pemilihan idea, pembangunan inovasi sehinggalah peringkat pelaksanaan keberkesanan inovasi yang dicipta. Oleh itu, apabila bekerja secara berkumpulan, saya perlu mendokumentasikan setiap maklumat yang diperoleh melalui hasil perbincangan kumpulan agar proses pelaksanaan inovasi dapat dibuktikan dan dirujuk pada masa akan datang. Saya telah berbincang proses merangka dan mencorak idea inovasi ini menggunakan beberapa alat pembelajaran trialogikal seperti dalam rajah 1.


Pendokumentasian yang disusun adalah mengikut fasa pembangunan inovasi. Bermula daripada fasa pertama iaitu mengenal pasti masalah, segala borang soal selidik dan data responden direkodkan dan didokumentasikan pada platform seperti di dalam rajah 2. Bagi fasa penjanaan idea inovasi pula, saya telah merekodkan perbincangan kumpulan yang menggunakan alat trialogikal di dalam platform rajah 2. Seterusnya, fasa ketiga iaitu penciptaan inovasi juga didokemntasikan menggunakan google drive dan pembuktian bahan inovasi dibangunkan melalui bukti bergambar. Setiap proses penghasilan inovasi memerlukan pembuktian yang jelas bagi menjamin keberkesanan proses pelaksanaan sesebuah inovasi. Justeru itu, saya telah membangunkan sebuah ruang maya menggunakan padlet bagi mengumpulkan segala bahan artifak dan sumber berkaitan inovasi digital ini. Anda boleh mengakses pendokumentasian inovasi ini pada pautan https://padlet.com/pju17_c211/4pfeupw6hk0i atau imbas kod dibawah:


 PEMBUNGKUSAN

Kandungan grafik pada pembungkusan produk digital terutamanya imej produk, logo dan imej jenama dan grafik hiasan memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pembeli. Saya telah mengaplikasikan teknik CASPER dalam penghasilan poster grafik, video promosi dan logo untuk persembahan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi ini. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud Contrast (Kontra), Alignment (Susunan lurus), Simplicity (Mudah), Proximity (Berhampiran), Emphasis (Penekanan) dan Repetition (Pengulangan). Menurut  Noriati et al. (2012), teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Bagi pembungkusan produk, saya telah mencipta logo utama seperti dalam rajah 4, dengan menggunakan aplikasi piktochart.

Seterusnya, saya menyediakan poster khas untuk tujuan pembungkusan produk. Sila klik pautan berikut https://create.piktochart.com/output/45393751-poster-kuiz  atau imbas kod dalam rajah 5 untuk melihat hasil poster inovasi yang digunakan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi saya. Contoh gambar poster boleh dilihat dalam rajah 6. Pada poster yang dihasilkan, telah dimuatkan maklumat tentang kelebihan-kelebihan produk inovasi, kandungan pembungkusan produk inovasi dan manual penggunaan produk inovasi. Tiga perkara ini menjadi elemen utama dalam proses pembungkusan inovasi sebelum dipasarkan kepada masyarakat.

Saya telah membangunkan dua laman media sosial yang boleh diakses pada imbasan kod dalam rajah 7, bagi tujuan memperluaskan inovasi digital ini agar dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat. Promosi yang dijalankan di Instagram dan Facebook akan mengkomersialkan produk inovasi ini secara umum menggunakan pautan dan poster inovasi yang menarik seperti dalam contoh rajah 8. 




INOVASI DIGITAL: PENGHASILAN INOVASI DAN MANUAL PENGGUNAAN INOVASI SIBAPE

 PENGHASILAN INOVASI  

Penciptaan inovasi ini adalah di bawah kategori pembelajaran dalam talian dengan membangunkan sebuah aplikasi portal pendidikan berkaitan simpulan bahasa dan peribahasa Melayu. Penciptaan inovasi ini juga mewujudkan aktiviti pembelajaran melalui kuiz penilaian yang pelbagai. Dalam projek inovasi kali ini, pembangun inovasi menggunakan beberapa perisian komputer yang sedia ada secara atas talian untuk membantu pembangun inovasi membuat reka bentuk isi kandungan dan aktiviti mata pelajaran bahasa Melayu mengikut kesesuaian sasaran pengguna. Jadual 1 memaparkan perisian yang digunakan dalam penciptaan inovasi digital pendidikan. 

Jadual 1:

Laman Sumber Pendidikan yang digunakan dalam Penciptaan Inovasi.


Antara elemen inovasi yang terkandung dalam aplikasi inovasi SiBaPe adalah kuiz penilaian. Terdapat empat jenis kuiz penilaian diperkenalkan dalam penciptaan inovasi digital ini. Setiap jenis kuiz menggunakan teknik dan rangsangan yang pelbagai bagi mencapai matlamat inovasi. Jadual 2 menunjukkan kandungan elemen kuiz penilaian, inovasi SiBaPe.




MANUAL PENGGUNAAN

Inovasi SiBaPe telah membangunkan sebuah aplikasi tersendiri yang memuatkan enjin carian peribahasa, simpulan bahasa, contoh karangan dan kuiz penilaian. Penghasilan aplikasi ini dibentuk daripada gabungan tiga projek utama daripada setiap ahli kumpulan.

Ahli 1:

Enjin Carian Peribahasa

Ahli 2:

Enjin Carian Simpulan Bahasa

Ahli 3 (Nurlyana Binti Ezani) :

Aplikasi Kuiz Penilaian dan Karangan Periabahasa

 

Dalam Manual pengguna ini, saya akan menjelaskan cara memuat turun aplikasi utama SiBaPe dan cara mengakses ke portal kuiz penilaian dan karangan peribahasa.

1.1   HALAMAN APLIKASI UTAMA

Bagi pengguna yang pertama kali ingin mengakses aplikasi inovasi SiBaPe, anda boleh mengakses aplikasi ini menggunakan dua platform. Bagi mendapatkan platform yang sempurna, anda perlu menggunakan telefon pintar android. Terdapat dua cara mengakses Aplikasi Inovasi SiBaPe:

CARA PERTAMA:

Imbas kod dalam gambar 1 dan muat turun aplikasi ‘inovasi SiBaPe’ ke dalam telefon pintar android anda. Sekiranya anda keliru, anda boleh menonton video manual penggunaan aplikasi SiBaPe dengan mengimbas pada kod dalam gambar 2.

                               

Gambar 1: Kod Aplikasi Inovasi SiBaPe        Gambar 2:  Kod Video Manual Penggunaan

Sekiranya anda tidak mahu menonton manual penggunaan melalui video seperti dalam gambar 2, saya akan tunjukkan cara memuat turun aplikasi tersebut secara visual pada bahagian ini.

LANGKAH 1: Imbas kod pada gambar 1.

LANGKAH 2: Klik butang ‘INSTALL’ seperti dalam gambar 3.


Gambar 3: Aplikasi di Playstore.

 

LANGKAH 3: Klik butang ‘ADD TO HOME SCREEN’ seperti dalam gambar 4.

 

Gambar 4: Add To Home Screen

LANGKAH 4: Klik butang ‘ADD AUTOMATICALLY’ seperti dalam gambar 5   

Gambar 5: Add Automatically

LANGKAH 5: Apabila terpapar gambar 6, anda perlu tunggu dalam tempoh 10 saat untuk paparan utama muncul.

Gambar 6: Splash Screen

  

LANGKAH 6: Paparan Utama. Sila klik simbol tab di bahagian atas sebelah kiri untuk melihat perincian produk dalam aplikasi.

    

Gambar 7: Paparan Utama

Sekiranya anda tidak mahu memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon bimbit, anda juga boleh menggunakan komputer untuk mengakses aplikasi inovasi digital ini seperti dalam gambar 8.

ALTERNATIF KEDUA: MENGGUNAKAN WEB/ KOMPUTER

Klik pautan: http://m.appbuild.io/ta76b




Gambar 8: Paparan Utama di Web


1.2   AKSES KE PRODUK INOVASI INDIVIDU

 

Setelah anda memuat turun aplikasi utama, anda perlu melihat ruangan ‘Kuiz Penilaian’ dan ‘Karangan Peribahasa’. Berikut adalah manual penggunaan akses ke portal inovasi yang dibangunkan secara individu.

PRODUK INOVASI SAYA: KUIZ PENILAIAN & KARANGAN PERIBAHASA

LANGKAH 1: Setelah memasuki halaman utama aplikasi, anda perlu klik ‘KUIZ PENILAIAN’


LANGKAH 2: Setelah klik ‘KUIZ PENILAIAN’ akan terdapat 4 Jenis Penilaian dan rekod pentaksiran.

LANGKAH 3: Anda boleh klik pada ruangan yang ingin diakses.Terdapat 4 Jenis Penilaian dan Rekod Pentaksiran.

LANGKAH 4: Seterusnya, bagi mengakses contoh karangan peribahasa bertemakan nilai murni, sila klik ‘KARANGAN PERIBAHASA’


 

        

 Setelah selesai, kembali ke ‘LAMAN UTAMA’ dan keluar daripada aplikasi. Demikianlah cara penggunaan aplikasi digital produk inovasi SiBaPe. Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...