PENDOKUMENTASIAN
Berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan pada
peringkat awal, penjelasan mengenai plan projek pelaksanaan inovasi digital ini
telah menggunakan proses pembelajaran trialogikal. Saya telah berkolaborasi
bersama ahli kumpulan untuk merangka dan mencorak penjanaan idea, pemilihan
idea, pembangunan inovasi sehinggalah peringkat pelaksanaan keberkesanan
inovasi yang dicipta. Oleh
itu, apabila bekerja secara berkumpulan, saya perlu mendokumentasikan setiap
maklumat yang diperoleh melalui hasil perbincangan kumpulan agar proses
pelaksanaan inovasi dapat dibuktikan dan dirujuk pada masa akan datang. Saya
telah berbincang proses merangka dan mencorak idea inovasi ini menggunakan
beberapa alat pembelajaran trialogikal seperti dalam rajah 1.
Pendokumentasian yang disusun adalah mengikut fasa pembangunan inovasi. Bermula
daripada fasa pertama iaitu mengenal pasti masalah, segala borang soal selidik
dan data responden direkodkan dan didokumentasikan pada platform seperti di
dalam rajah 2. Bagi fasa penjanaan idea inovasi pula, saya telah merekodkan
perbincangan kumpulan yang menggunakan alat trialogikal di dalam platform rajah
2. Seterusnya, fasa ketiga iaitu penciptaan inovasi juga didokemntasikan
menggunakan google drive dan
pembuktian bahan inovasi dibangunkan melalui bukti bergambar. Setiap proses
penghasilan inovasi memerlukan pembuktian yang jelas bagi menjamin keberkesanan
proses pelaksanaan sesebuah inovasi. Justeru itu, saya telah membangunkan
sebuah ruang maya menggunakan padlet
bagi mengumpulkan segala bahan artifak dan sumber berkaitan inovasi digital ini.
Anda boleh mengakses pendokumentasian inovasi ini pada pautan https://padlet.com/pju17_c211/4pfeupw6hk0i atau imbas kod
dibawah:
PEMBUNGKUSAN
Kandungan grafik pada pembungkusan
produk digital terutamanya imej produk, logo dan imej jenama dan grafik hiasan
memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pembeli. Saya telah
mengaplikasikan teknik CASPER dalam
penghasilan poster grafik, video promosi dan logo untuk persembahan bagi tujuan
mempromosikan produk inovasi ini. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud Contrast
(Kontra), Alignment (Susunan
lurus), Simplicity (Mudah), Proximity (Berhampiran), Emphasis (Penekanan) dan Repetition (Pengulangan). Menurut Noriati et al. (2012), teknik ini penting
untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang
perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Bagi
pembungkusan produk, saya telah mencipta logo utama seperti dalam rajah 4, dengan
menggunakan aplikasi piktochart.
Seterusnya, saya menyediakan poster khas untuk tujuan pembungkusan produk. Sila klik pautan berikut https://create.piktochart.com/output/45393751-poster-kuiz atau imbas kod dalam rajah 5 untuk melihat hasil poster inovasi yang digunakan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi saya. Contoh gambar poster boleh dilihat dalam rajah 6. Pada poster yang dihasilkan, telah dimuatkan maklumat tentang kelebihan-kelebihan produk inovasi, kandungan pembungkusan produk inovasi dan manual penggunaan produk inovasi. Tiga perkara ini menjadi elemen utama dalam proses pembungkusan inovasi sebelum dipasarkan kepada masyarakat.
Saya telah membangunkan dua laman media sosial yang boleh diakses pada imbasan kod dalam rajah 7, bagi tujuan memperluaskan inovasi digital ini agar dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat. Promosi yang dijalankan di Instagram dan Facebook akan mengkomersialkan produk inovasi ini secara umum menggunakan pautan dan poster inovasi yang menarik seperti dalam contoh rajah 8.
Terima kasih ☺️
ReplyDelete