Assalamualaikum dan hi!
Hari ini saya ingin kongsikan bahan yang boleh dijadikan latih tubi menarik untuk membantu murid-murid kita mahir membina ayat dan menghasilkan karangan yang mantap.
Kemahiran menulis bukan datang secara tiba-tiba tetapi lahir daripada latihan yang konsisten dan panduan yang tersusun. Ramai murid tahu dan idea ada dalam kepala, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menulisnya dengan baik di atas kertas. Di sinilah pentingnya teknik SBAK — Siapa, Buat Apa, Keterangan (di mana, pada waktu bila, dengan menggunakan apa).
Melalui teknik ini, murid akan lebih mudah membentuk ayat lengkap dan bermakna. Dari satu gambar, mereka boleh menghasilkan pelbagai ayat yang menarik. Lama-kelamaan, mereka akan lebih yakin menulis karangan dengan gaya sendiri.
Jadi, jom kita sama-sama latih murid kita dengan bahan bergambar yang boleh dijadikan aktiviti penulisan kreatif dan menyeronokkan!
boleh muat turun daripada pautan google drive ini:
https://drive.google.com/file/d/1NULqX9FAhJpNl8RS9wCG8Ts-Njhtawa4/view?usp=sharing
Jom singgah:
- TEKNIK MENGARANG PPDAKU
- Internship IPG
- Elektif Terbuka: Pengurusan PSS
- Praktikum Online IPG
- Bahan Praktikum
- Persediaan Praktikum IPG
- Praktikum Fasa 1: Pengalaman Saya
- Tips Praktikum
- Praktikum Fasa Kedua
- Pengalaman PBS di Sekolah
- Subjek PISMP Sem 6
- RPT BM & PJ 2020
- Rujukan Guru Pelatih BM
- Cara dapatkan Hak Cipta My IPO Inovasi
- Cara Menghilangkan Watermark Video
- Festival I-FEST IPG
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melay