Followers

Sunday, July 13, 2025

TEKS TUAN YANG DIPERTUA/ SPEAKER DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN

 

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

 

Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah mengambil  tempat masing-masing.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sidang dewan yang dihormati. Selamat bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.

 

PIHAK KERAJAAN

Dari

 …………………………………………………………………………………………………………

 

Diwakili oleh

·       YAB Perdana Menteri : ………………………………………………………………………

·       YB ………………………………………………………………………….. (Menteri Kedua)

·       YB …………………………………………………………………………….(Menteri Ketiga)

 

PIHAK PEMBANGKANG

Dari ………………………………………………………………………………………………………….

 

Diwakili oleh

·       YB …………………………………………………………………. (Ketua pembangkang)

·       YB ………………………………………………………………….    (Pembangkang Kedua)

·       YB …………………………………………………………………. (Pembangkang Ketiga)

 

PANEL HAKIM

Dengan penuh takzimnya diperkenalkan

·        Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….

Selaku Ketua Hakim

 

·        Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….

 

·        Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….

 

·        Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….

 

·        Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati

Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang.

 

1.        Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

 

2.        Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit untuk berucap. Masa bagi ucapan penggulungan pula ialah lima minit. Masa akan diambil kira daripada permulaan pembahas berucap.

 

3.        Loceng akan dibunyikan sekali pada minit kedua menandakan ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan. Manakala pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat izin laluan.

 

4.        Loceng  akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh menandakan masa untuk pembahas berucap sudah tamat.

 

5.        Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa lima minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.

 

6.        Semasa sesi penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat. Manakala, loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelima menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.

 

7.        Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan dalam bentuk:

7.1  Persoalan

7.2  Kenyataan

7.3  Fakta/penjelasan/pembetulan

 

8.        Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

 

9.        Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.

 

 

10.     Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim.

 

11.     Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sidang dewan yang dihormati

Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah

 

..............................................................................................................................................

 

Dewan mengharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menumpukan hujah dan bidasan kepada usul tersebut

 

Sidang dewan yang dihormati,

Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan YAB Perdana Menteri ………………………………………………………………………. Tampil untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan definisi dan membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB

 

 

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)

 

Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan.

 

Seterusnya dipersilakan pula YB…………………………………………………………… selaku

Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan

 

 

 

 (YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)

 

Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan tadi.

 

Sidang dewan yang dihormati,

Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB …………………………………………………………………………Menteri Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau.

Dipersilakan YB.

 

 

 

(YB  Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)

 

Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………

 

Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB ………………………………………………… Pembangkang kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan YB.

 

 

               

(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)

 

Terima kasih YB

 

Sidang dewan yang dihormati,

Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada kedua-dua belah pihak. Dengan ini, saya mempersilakan Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN.

Dipersilakan YB.

 

 

(YB  Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)

 

Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………

  

Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG.

Dipersilakan YB………………………………………………………………….

 

 

 (YB  Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)

 

Sidang dewan yang dihormati

Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

 

(PERBINCANGAN SELAMA LIMA MINIT)

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama lima minit. Bunyikan loceng sekali setelah limaa minit tamat.

 

Sidang dewan yang dihormati,

Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG  tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Dipersilakan YB ……………………………………………………………………………………….

 

 

(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan)

 

Terima kasih YB.

 

Ahli-ahli Yang Berhormat

Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Dipersilakan YB………………………………………………………………..

 

 

(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)

 

Terima kasih YB

 

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,

Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini.

 

Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.

 

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.






Jom singgah:



 

TEKS TUAN YANG DIPERTUA/ SPEAKER DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN

  TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN   Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah ...