Baru-baru Ini saya ada sertai Kem Pemacu Negara anjuran Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia.
Kem ini banyak memberi pendedahan mendalam mengenai aspirasi nasional: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Jadi, setelah mengikuti kem tersebut selama 2 hari
bermula 18 hingga 19 Ogos 2020 di Premiera Hotel, Menara MARA Kuala Lumpur, saya
ingin berkongsi sedikit pemahaman dan ilmu yang telah saya terina sepanjang kem
itu berlangsung.
Sepanjang kem berlangsung, kami telah mendalami 6
modul mengenai WKB 2030 dan melengkapkan beberapa aktiviti ‘brain storming’
bersama belia yang terlibat.
Antara 6 modul yang dipelajari adalah:
MODUL
1: PENGENALAN WKB2030
MODUL
2: PRINSIP PANDUAN KEMAKMURAN BERSAMA
• Kami menyelami Prinsip Panduan WKB2030 dengan
mendalam
MODUL
3: ANALISIS SITUASI WKB2030
• Kami menganalisis keadaan ekonomi Malaysia
berdasarkan konteks makro dan mikro yang membawa kepada WKB2030.
MODUL
4: TERAS STRATEGIK DAN PEMBOLEH UBAH
• Kami memahami mengenai teras & penggerak WKB2030
dan Mencadangkan strategi untuk masalah yang dikenal pasti
MODUL
5: KEBERHASILAN BUMIPUTERA WKB 2030
• Pemahaman yang lebih baik mengenai keberhasilan
Bumiputera WKB2030
MODUL
6: SOSIAL DAN NEGARA BANGSA
• Selami prinsip asas Negara Bangsa.
·
Pertama
sekali, saya terangkan dahulu LATAR
BELAKANG WKB 2030.
WKB 2030 adalah singkatan bagi Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030. WKB 2030 ini adalah kelangsungan kepada Wawasan 2020, yang mengambil
kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun
akan datang. Perkara ini menjadi sebuah aspirasi nasional yang telah
dilancarkan secara rasminya pada 5 Oktober 2019 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kemudian, setelah berlaku peralihan kerajaan, Perdana Menteri Malaysia Ke-8
iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan untuk meneruskan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dirangka bagi melonjakkan ekonomi negara dan
merapatkan jurang pendapatan rakyat.
Haaa, seterusnya, saya nak kongsikan pula APA ITU WKB2030?
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) adalah sebuah
aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun secara mampan
seiring pengagihan ekonomi yang adil., saksama, inklusif pada semua peringkat
kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalanWKB2030 akan dilaksana
sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 kelak kearah mengukuhkan
kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat
bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya
sebagai asas penyatuan bangsa.
Matlamat utama WKB 2030 ini adalah untuk sediakan
taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030.
Jom dengarkan maksud WKB 2030 kepada saya:
WKB 2030 amatlah penting sebab kita perlu letakkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara supaya kita dapat mencapai matlamat yang kita mahukan mengikut struktur atau pelan perancangan yang telah dirangka. Hal ini akan memastikan aspirasi nasional tercapai.
Baiklah,
sekarang saya akan kongsikan pula Kerangka Kerja WKB 2030 yang merangkumi
1) OBJEKTIF (Ada 3 objektif)
2) PRINSIP PANDUAN (Ada 15 Prinsip)
3) TERAS STRATEGIK (Ada 7 Teras)
4) PEMBOLEH DAYA (Ada 8 pemboleh daya)
1) OBJEKTIF:
1. Pembangunan untuk semua bagi mewujudkan ekonomi yang
distruktur semula, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan
penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.
2. Menangani jurang kekayaan dan pendapatan supaya
rakyat yang ketinggalan dapat dibawa bersama dalam arus kemajuan negara, nasib
mereka terbela dan keupayaan ekonomi mereka diperkasakan.
3. Negara bersatu, makmur dan bermaruah untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya
muncul sebagai paksi ekonomi Asia.
2) PRINSIP PANDUAN
Ada 15 prinsip seperti dalam gambar dibawah:
Haa nampak dak gambar diatas tu. Ada 15 prinsip dalam WKB 2030. Penggubalan 15 prinsip ni telah mengambil kira pelbagai kerangka pemikiran, falsafah, pandangan yg terangkum dlm konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia yg unik sebagai panduan kepada penyediaan 7 teras strategik dan 8 pemboleh daya serta pencapaian sasaran.
Baiklah sekarang kita lihat pula:
3) TERAS STRATEGIK
Ada 7 teras strategik iaitu:
1. EKOSISTEM PERNIAGAAN DAN INDUSTRI
2. AKTIVITI PERTUMBUHAN EKONOMI UTAMA
3. MODAL INSAN
4. PASARAN BURUH DAN PAMPASAN PEKERJA
5. KESEJAHTERAAN SOSIAL
6. KETERANGKUMAN WILAYAH
7. MODAL SOSIAL
Seterusnya, kita lihat pula:
4) PEMBOLEH DAYA
Ada 8 Pemboleh Daya yg menjadi keupayaan atau sumber dan pemangkin yg menyumbang kepada kejayaan WKB 2030:
1. PENDIDIKAN & TVET
2. DATA RAYA
3. KELESTARIAN
4. MASYARAKAT BERPENCERAHAN
5. TADBIR URUS DAN INTEGRITI
6. MODAL KEWANGAN
7. KEBERKESANAN PENYAMPAIAN INSTITUSI
8. KEMAMPANAN FIZIKAL
Jadi, itulah beberapa perkara penting yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia fahami dan bersama meningkatkan keupayaan masing2 utk meningkatkan kebolehan diri untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik dan seterusnya membangunkan ekonomi negara yang mampan.
Itu sahaja perkongsian kali ini.
Terima kasih.
Jangan lupa baca entri di bawah: