Followers

Monday, August 3, 2020

NOTA SEMANTIK: TEORI SEMANTIK

 DEFINISI SEMANTIK

  • Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik.

  • Semantik ialah komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.
  • Akmajian (1955) menyatakan bahawa semantik berkaitan dengan kajian berkaitan unit linguistik dan prinsip gabungannya.
  • Stalnaker (1972) menyatakan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan.

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

  • Tiada teori berkaitan makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoratif serta menyeluruh yang dapat diketengahkan secara mantap.
  • Pengkaji bahasa mengemukakan pendekatan berbeza untuk menghuraikan teori ini.

  1. TEORI IMEJAN

  • Juga dikenali sebagai Teori Imej Makna.
  • Menekankan makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut.
  • Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar atau disebut akan diintepretasikan dalam bentuk imej yang tidak berbentuk visual kerana tidak menepati gambaran sebenar secara tepat.
  • Individu akan membuat gambaran mental untuk mewakili sesuatu perkataan.

        KELEMAHAN

  • Tidak dapat mengetahui dan menentukan bentuk imej yang ada dalam gambaran pemikiran seseorang kerana otak manusia tidak dapat diteroka. Contohnya apabila disebut ‘segitiga’ pelbagai bentuk segi tiga akan digambarkan oleh individu yang berbeza.
  •  beberapa perkataan digambarkan oleh satu imej sahaja. Contohnya bayi menangis apabila lapar, marah, sakit atau resah. Jadi sukar untuk mentafsir kehendak bayi yang menangis.
  • imej yang tergambar dalam fikiran seseorang berbeza antara satu sama lain. Individu mungkin mempunyai beberapa imej tertentu bagi satu-satu ungkapan dalam situasi tertentu. Contohnya, individu yang mempunyai pengalaman pahit dengan gurunya akan memberi gambaran buruk apabila mendengar perkataan ‘guru’.

2. TEORI BEHAVIOURISME

  • Teori yang diperkenalkan oleh Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini menekankan pembelajaran yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku. (hubungan antara rangsangan dan gerak balas)
  • Bloomfield menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan
  • Individu akan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.
  • Makna perkataan merupakan bentuk tindakbalas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur atau pendengar dalam komunikasi.
  • Osgood (1980) menjalankan kajian semantik yang menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindakbalas pendengar untuk memahami ujaran tersebut.
  • Wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan. Contohnya, seseorang akan marah jika dikatakan ‘lambat seperti siput’ kerana dia mampu mengaitkan makna dengan ciri haiwan siput yang dimaksudkan. Kita tidak menggunakan ujaran ‘lambat seperti kumbang’ kerana tiada perkaitan dengan ciri atau sifat serangga tersebut.

3. TEORI ANALISIS KOMPONEN

  • Digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan sesuatu perkataan atau ujaran.
  • Turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Contohnya teruna-dara, suami-isteri. 
  • Perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna ialah kemungkinan adanya hubungan antara sesuatu kata dengan kata yang lain.
  • 2 cara mengkaji elemen semantik dalam ayat:-

  1. Menganalisis komponen kata yang diberikan. Contohnya ‘bunga’ yang boleh dikategorikan kepada berduri dan tidak berduri.
  2. Mengenal pasti kewujudan elemen semantik dengan melakukan analisis ciri semantik (fitur) iaitu hubungan makna bagi sejumlah katayang masing-masing mempunyai ciri tersendiri. Contohnya simbol (+) bermakna ciri tertentu hadir pada perkataan yang hendak dianalisis manakala simbol (-) tiada ciri tertentu pada perkataan itu. 
  • Analisa ini memberikan faedah kerana dapat memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.
  • Membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam sesuatu ujaran
  • Memahami pelbagai kemungkinan makna sesuatu perkataan

    KEKURANGAN :

  • Memerlukan proses yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna.
  • Sukar untuk menentukan komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan terikat dengan hiponim.

4. TEORI LOGIK SIMBOLIK

  • Juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik.
  • Lebih lengkap berbanding 3 teori sebelum ini.
  • Teori ini mengkaji makna dari peringkat perkataan, peringkat ayat dan perlakuan manusia yang memberi reaksi kepada tanggapan terhadap sesuatu perkataan
  • Teori ini mendefinisikan bahasa sebagai sejenis sistem lambang.
  • Ciri-ciri situasi dan tingkah-laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu.
  • Teori ini menyatakan bahawa sesuatu perkataan memperoleh makna melalui apa yang disebut dan berkait dengan situasi semasa perkataan itu digunakan.
  • Bagi teori ini, bahasa bukan sahaja petunjuk apa yang ada dalam fikiran seseorang semata-mata tetapi berkaitan dengan situasi dan tingkah laku.

Tiga sub bahagian dalam kajian ini:

  1. Semantik

  • kajian tentang hubungan antara perkataan dengan benda.
Lambang mewakili sekumpulan benda yang mempunyai persamaan.

    2Sintaktik

  • bidang kajian yang mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Susunan perkataan dalam ayat membawa maksud yang berbeza. Contohnya ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang bersaiz badan kecil atau orang yang berpangkat rendah.

    3. Pragmatik -

  • bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkahlaku. Dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut penerimaan makna oleh penerimanya.
  • Bergantung kepada bagaimana perkataan diujarkan dan mengakibatkan tindak balas melalui tingkah laku. Contohnya panggilan perempuan, wanita dan betina.

KESIMPULAN

Setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun, sukar untuk menentukan teori yang lebih jitu dalam menerangkan konsep semantik ini.



Jangan lupa baca entri di bawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...