TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah
mengambil tempat masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sidang dewan yang dihormati. Selamat
bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan
dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan
Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada
persidangan kali ini.
PIHAK KERAJAAN
Dari
…………………………………………………………………………………………………………
Diwakili oleh
· YAB Perdana Menteri : ………………………………………………………………………
· YB ………………………………………………………………………….. (Menteri Kedua)
· YB …………………………………………………………………………….(Menteri Ketiga)
PIHAK PEMBANGKANG
Dari ………………………………………………………………………………………………………….
Diwakili oleh
· YB …………………………………………………………………. (Ketua pembangkang)
· YB …………………………………………………………………. (Pembangkang
Kedua)
· YB …………………………………………………………………. (Pembangkang Ketiga)
PANEL HAKIM
Dengan penuh takzimnya diperkenalkan
·
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….
Selaku Ketua Hakim
·
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….
·
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….
·
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….
·
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………………………………………….
Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati
Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan
tatacara semasa Dewan kita bersidang.
1.
Isu sensitif yang berkaitan dengan agama,
perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan
ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama
sekali.
2.
Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit
untuk berucap. Masa bagi ucapan penggulungan pula ialah lima minit. Masa akan
diambil kira daripada permulaan pembahas berucap.
3.
Loceng akan dibunyikan sekali pada minit kedua
menandakan ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan.
Manakala pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
telah tamat untuk pihak lawan membuat izin laluan.
4.
Loceng
akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh menandakan masa untuk
pembahas berucap sudah tamat.
5.
Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan
diberi masa lima minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan
penggulungan masing-masing.
6.
Semasa sesi penggulungan, loceng akan dibunyikan
sekali pada minit keempat. Manakala, loceng akan dibunyikan dua kali pada minit
kelima menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.
7.
Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan
lawan boleh memohon Izin laluan dalam bentuk:
7.1 Persoalan
7.2 Kenyataan
7.3 Fakta/penjelasan/pembetulan
8.
Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi
setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.
9.
Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.
10.
Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang
mendapat undi majoriti daripada panel hakim.
11.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
Sidang dewan yang dihormati
Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini
ialah
..............................................................................................................................................
Dewan mengharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menumpukan hujah dan
bidasan kepada usul tersebut
Sidang dewan yang dihormati,
Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan
YAB Perdana Menteri ………………………………………………………………………. Tampil untuk mengemukakan usul
perbahasan, menyampaikan definisi dan membahaskan isu tersebut bagi pihak
KERAJAAN. Dipersilakan YAB
(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)
Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri
atas hujah yang dikemukan.
Seterusnya dipersilakan pula YB…………………………………………………………… selaku
Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi bagi
pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan
(YAB Ketua Pembangkang selesai
menyampaikan hujah)
Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan tadi.
Sidang dewan yang dihormati,
Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini
saya mempersilakan YB …………………………………………………………………………Menteri Kedua KERAJAAN untuk
mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau.
Dipersilakan YB.
(YB Menteri Kedua selesai
menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………
Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan
ini saya mempersilakan YB ………………………………………………… Pembangkang kedua bagi pihak
PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan YB.
(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih YB
Sidang dewan yang dihormati,
Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada
kedua-dua belah pihak. Dengan ini, saya mempersilakan Menteri Ketiga KERAJAAN
untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa
oleh pihak KERAJAAN.
Dipersilakan YB.
(YB Menteri Ketiga selesai
menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………
Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga bagi
pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya
memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG.
Dipersilakan YB………………………………………………………………….
(YB
Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Sidang dewan yang dihormati
Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta
bidasan-bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak
PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat
persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan selama tiga minit.
(PERBINCANGAN SELAMA LIMA MINIT)
Pastikan penjaga masa mengambil masa
persediaan selama lima minit. Bunyikan loceng sekali setelah limaa minit tamat.
Sidang dewan yang dihormati,
Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya
mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.
Dipersilakan YB ……………………………………………………………………………………….
(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB.
Ahli-ahli Yang Berhormat
Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak
KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB………………………………………………………………..
(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB
Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,
Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah
persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan
yang akan datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama
menjaga keharmonian Dewan ini.
Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan
Persidangan Dewan pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.
Jom singgah:
- TEKNIK MENGARANG PPDAKU
- Internship IPG
- Elektif Terbuka: Pengurusan PSS
- Praktikum Online IPG
- Bahan Praktikum
- Persediaan Praktikum IPG
- Praktikum Fasa 1: Pengalaman Saya
- Tips Praktikum
- Praktikum Fasa Kedua
- Pengalaman PBS di Sekolah
- Subjek PISMP Sem 6
- RPT BM & PJ 2020
- Rujukan Guru Pelatih BM
- Cara dapatkan Hak Cipta My IPO Inovasi
- Cara Menghilangkan Watermark Video
- Festival I-FEST IPG
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melay