AKTIVITI ZINE MINI
Aktiviti zine mini boleh kita gunakan sebagai aktiviti projek mudah di samping menerapkan kemahiran belajar cara belajar dengan membuat buku nota kecil. Aktiviti ini amat sesuai digunakan kepada murid sebagai aktiviti pengayaan.
Contohnya, saya mengajar aspek tatabahasa kata sendi nama. Selepas murid membaca petikan buku teks dan menyenaraikan beberapa contoh kata sendi nama, guru membimbing murid menghasilkan buku zine mini kata sendi nama.
Pastikan murid membawa sehelai kertas warna dari rumah mereka, ya. Lebih cantik jika kertas yang digunakan ialah kad kertas warna supaya buku nota yang dihasilkan lebih tahan lama.
Setelah murid menghasilkan zine mini ini, murid boleh mencatat nota dan menampal latihan-latihan kata sendi nama yang diberikan guru.
Ini adalah contoh aktiviti yang dilakukan dalam zine mini semasa sesi PdPc:
- murid menyenaraikan contoh kata sendi nama
- murid menyatakan tujuan penggunaan kata sendi nama mengikut konteks
- murid juga boleh membina ayat menggunakan kata sendi nama yang disenaraikan.
- murid menjawab latihan isi tempat kosong
Semua aktiviti tatabahasa yang dijalankan pada hari tersebut dicatatkan dalam zine mini yang dihasilkan.
Produk akhir nanti, murid dapat menghasilkan sebuah buku nota/zine kata sendi nama.
Guru pula boleh menyemak binaan ayat dan latihan yang dijawab murid di dalam buku zine tersebut.
Ringkasan aktiviti ini adalah seperti berikut:
1. Pastikan murid bawa sehelai kertas warna A4
2. Guru membimbing murid menghasilkan zine 16/8 muka surat
Contoh Buku Zine 8 muka surat
Contoh Buku Zine 16 muka surat
3. Murid menyenaraikan contoh kata sendi nama.
4. Murid membina ayat bagi setiap kata sendi nama yang disenaraikan.
5. Murid menampal kertas latih tubi kata sendi nama di dalam zine buku nota.
6. Murid menjawab soalan secara kendiri.
7. Murid berbincang jawapan bersama guru.
Jom singgah:
- Internship IPG
- Elektif Terbuka: Pengurusan PSS
- Praktikum Online IPG
- Bahan Praktikum
- Persediaan Praktikum IPG
- Praktikum Fasa 1: Pengalaman Saya
- Tips Praktikum
- Praktikum Fasa Kedua
- Pengalaman PBS di Sekolah
- Subjek PISMP Sem 6
- RPT BM & PJ 2020
- Rujukan Guru Pelatih BM
- Cara dapatkan Hak Cipta My IPO Inovasi
- Cara Menghilangkan Watermark Video
- Festival I-FEST IPG
- Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?
- Orientasi IPG: IPG Kampus Bahasa Melay