Followers

Thursday, September 22, 2022

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU

 Assalamualaikum di sini saya kongsikan contoh kertas kerja BIG semasa batch kami jalankan pada tahun yg lalu. Saya kongsikan di sini kerana ada ramai junior yang bertanya dan boleh rujuk di sini ya untuk rujukan kalian.


CONTOH KERTAS KERJA BINA INSAN GURU










LAMPIRAN : CONTOH AKTIVITI DAN PERINCIAN TUGAS
















Jom singgah:








Tuesday, July 26, 2022

PERMAINAN BAHASA- KATA PERINTAH TAHUN 1

 Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini saya kongsikan satu template untuk aktiviti permainan bahasa kata perintah. Aktiviti ini saya sudah jalankan semasa sesi PdPc di kelas tahun 1. Alhamdulillah, murid seronok dan berulang kali mencuba permainan ini sehingga mereka ingat dan kenal contoh-contoh kata perintah. Murid yang tidak dapat kuasai membaca juga turut dibimbing rakan-rakan semasa aktiviti ini. Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat ya.

Aktiviti di kelas:



DOWNLOAD Template di sini:

https://drive.google.com/file/d/1HARtj1zIKY4dazQHlKRL4o9SDF_MsdBp/view?usp=sharing


Cara Lipat




Jom singgah:





Thursday, January 20, 2022

AKTIVITI PDP: BUKU ZINE MINI

Assalamualaikum dan Hi, 

 AKTIVITI ZINE MINI 

 Aktiviti zine mini boleh kita gunakan sebagai aktiviti projek mudah di samping menerapkan kemahiran belajar cara belajar dengan membuat buku nota kecil. Aktiviti ini amat sesuai digunakan kepada murid sebagai aktiviti pengayaan.

   Contohnya, saya mengajar aspek tatabahasa kata sendi nama. Selepas murid membaca petikan buku teks dan menyenaraikan beberapa contoh kata sendi nama, guru membimbing murid menghasilkan buku zine mini kata sendi nama. 

Pastikan murid membawa sehelai kertas warna dari rumah mereka, ya. Lebih cantik jika kertas yang digunakan ialah kad kertas warna supaya buku nota yang dihasilkan lebih tahan lama. Setelah murid menghasilkan zine mini ini, murid boleh mencatat nota dan menampal latihan-latihan kata sendi nama yang diberikan guru. 

 Ini adalah contoh aktiviti yang dilakukan dalam zine mini semasa sesi PdPc: 

 - murid menyenaraikan contoh kata sendi nama

 - murid menyatakan tujuan penggunaan kata sendi nama mengikut konteks 

 - murid juga boleh membina ayat menggunakan kata sendi nama yang disenaraikan. 

 - murid menjawab latihan isi tempat kosong 


Semua aktiviti tatabahasa yang dijalankan pada hari tersebut dicatatkan dalam zine mini yang dihasilkan. 

 Produk akhir nanti, murid dapat menghasilkan sebuah buku nota/zine kata sendi nama. Guru pula boleh menyemak binaan ayat dan latihan yang dijawab murid di dalam buku zine tersebut. 


Ringkasan aktiviti ini adalah seperti berikut: 


 1. Pastikan murid bawa sehelai kertas warna A4 

 2. Guru membimbing murid menghasilkan zine 16/8 muka surat
Contoh Buku Zine 8 muka surat
                             Contoh Buku Zine 16 muka surat 
                         contoh video cara hasilkan zine 16ms

 3. Murid menyenaraikan contoh kata sendi nama. 

 4. Murid membina ayat bagi setiap kata sendi nama yang disenaraikan. 

 5. Murid menampal kertas latih tubi kata sendi nama di dalam zine buku nota. 

 6. Murid menjawab soalan secara kendiri.

 7. Murid berbincang jawapan bersama guru. 


 Ini contoh hasil kerja murid-murid saya:
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.


PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...