Followers

Monday, November 29, 2021

RPI - RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

 Assalamualaikum dan hi...

Hari ini saya kongsikan berkaitan penulisan RPI- Rancangan Pengajaran Individu bagi PdP Bahasa Melayu di dalam kelas aliran perdana bagi murid inklusif.


Rumusan daripada RPI yang dihasilkan, perancangan aktiviti telah mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh murid yang mengalami masalah pembelajaran iaitu . Dalam rancangan aktiviti pdp tersebut, guru mengenal pasti bahawa murid tersebut mudah terganggu, tidak peka dan cepat lupa. Atas sebab itu, aktiviti pertama iaitu paparan video tayangan kartun ‘Upin Ipin’ telah dicadangkan supaya murid tertarik dengan video kartun. Bagi mengelakkan murid bosan, guru menyuruh murid melakonkan semula gaya berkebun menggunakan bahan autentik iaitu tanam pokok ke dalam pasu. Setelah itu, guru menyediakan BBM kad perkataan dan gambar supaya murid dapat menyusun dengan urutan yang betul. Bahan visual merupakan kekuatan dan minat murid tersebut. Hal ini dapat membantu murid menguasai objektif PdP untuk terus peka dan menulis abjad dalam dengan betul sehingga di akhir pembelajaran. Penggunaan bahan autentik, bahan maujud dan pelbagai aktiviti akan membantu murid bermasalah pembelajaran terus peka sehingga di akhir proses PdP.







Ini sekadar contoh tugasan yang pernah saya buat semasa kursus Pendidikan Inklusif. Kalian boleh rujuk sebagai panduan dan selebihnya rujuklah panduan yang telah diberikan pensyarah . Semoga membantu dan bermanfaat.



Jom singgah:


PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...