Followers

Wednesday, January 13, 2021

PENULISAN RPH IPG VERSI BDR

 Assalamualaikum dan Hi, 

Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, saya janji akan kongsikan contoh RPH versi BDR sempena pelaksanaan praktikum online kan... Mesti ada yang tertanya apa itu BDR? BDR merupakan singkatan yang merujuk kepada Bekerja Dari Rumah. Sekiranya pelaksanaan praktikum secara atas talian, kita akan buat RPH BDR ni mengikut kesesuaian bahan yang kita gunakan semasa mengajar online tu. Apa-apapun kena ikut format IPG juga seperti yang asal, cuma ubah suai sedikit mengikut kesesuaian PdPR. Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah:

Ini sekadar contoh perkongsian daripada saya, setiap pensyarah lain-lain permintaannya. Jadi pastikan anda jadikan RPH ni sebagai panduan sekiranya praktikum anda dijalankan secara atas talian dan jangan lupa tanya juga pensyarah anda yang dia mahukan format bagaimana kay...


Ini contoh RPH PdPR yang dijalankan secara tidak segerak (bukan melalui Google Meet). Punca tak dapat buat Google Meet sebab kekangan peranti dan internet dalam kalangan murid saya. Jadi, terpaksa jalankan secara tidak segerak di Google Classroom sahaja. 












Haa, untuk RPH ini saya gunakan video yang saya buat sendiri menerusi powerpoint, kalau nak tengok tutorial macam mana saya buat video pdp ni  boleh tengok di sini: https://youtu.be/72FdMWeYH4c


Ini pula, contoh RPH PdPR yang dijalankan secara segerak di Google Meet. Yang ni saya sempat buat masa nak dekat akhir-akhir praktikum. Itu pun selepas pensyarah penyelia wajibkan juga jalankan PdP di Google Meet. Maka, kami mintalah izin sekolah untuk jalankan PdP di Google Meet n berjaya juga berjalan lancar. Ini contoh RPH sekiranya PdP dijalankan di Google Meet. 

Sekadar Contoh, LAIN PENSYARAH, LAIN PERMINTAAN, 

Rujuklah pensyarah masing-masing kay:







Itu sahaja perkongsian kali ini. Apapun format RPH  bergantung pensyarah penyelia masing-masing. Yang saya buat ni adalah hasil persetujuan bersama pensyarah penyelia praktikum saya. Jadi tidaklah mewajibkan anda semua ikut format ini. Jadikan RPH ini sebagai ilmu tambahan sahaja. 

Saturday, January 9, 2021

PRAKTIKUM IPG ONLINE

Assalamualaikum dan Hai…

Entri kali ini, saya kongsikan pula pengalaman dan persediaan menjalani praktikum online. Penularan Wabak COVID-19 ni sukar dijangka... Disebabkan kes COVID meningkat tempoh hari... Menyebabkan kami kena menjalani praktikum secara online selama 2 bulan. Sebelum itu, sempat kami mengajar bersemuka dengan murid selama sebulan.

Sememangnya, banyak pengalaman baharu yang kami terima. Meskipun ada banyak lagi dunia digital yang belum sempat diteroka sepenuhnya, tapi 2 bulan praktikum tu dapatlah juga kami aplikasikan apa yang dipelajari semasa kursus teknologi dalam pendidikan tu. 

Haa.. Praktikum online ni telah menjadikan saya Youtuber heheheh. Youtuber bermusim je la😅 sebab praktikum masa tu banyak hasilkan video PdP. Kebetulan pula, saya menggunakan plaform youtube untuk share link kepada murid-murid. Haa untuk yang nak tengok contoh video PdP yang saya buat boleh tengok di playlist ini🤗.

 Video PdP PJ

Video PdP BM

Jemput-jemputlah like & subscribe sekali😆


Disebabkan ramai adik junior yang bertanya:

"Kak Yana... Kalau praktikum online macam mana? Boleh dak share pengalaman kat kami?"

"Murid join ke kelas kita? Guna platform apa?"

"Observe praktikum pun online ka?"

"RPH format masih sama ka? Fail portfolio?"


Haa... banyak persoalan yang timbul.. Jadi, saya cubalah untuk wujudkan perkongsian pada entri kali ini. Sememangnya, masa awal praktikum online haritu... Kami semua gelabah. Sebab tiada pengalaman nak mengajar online ni, huhu. Tapi, setelah berguru dengan encik google/youtube dan bertanya dengan guru pembimbing, pensyarah dan rakan batch... Ternyata menjadi juga PdP Online kami tu.

Satu ja nak ingatkan, kalau kalian kena praktikum online... Jangan lupa untuk sentiasa bertanya n update dengan guru pembimbing apa yang nak diajar dan tanyakan pandangan guru pembimbing tentang rancangan PdP kita tu. Bukannya apa... Bila online ni, kalau kita kurang tegur guru pembimbing... Takut guru pembimbing pun lupa dengan kita😅.

Baiklah, sekarang saya kongsikan pengalaman/gambaran praktikum online dan perkara yang perlu kalian take noted.


1.JADUAL PDP

✔ Penetapan jadual PdP ni berbeza mengikut sekolah. Ada sekolah yang buat jadual hanya satu subjek sehari. Ada juga yang buat dua subjek. Ada juga yang proceed seperti jadual asal. Apapun kena tengok arahan sekolah tetapkan macam mana. 

Cuma ada sekolah yang tak masukkan subjek elektif seperti PJ, Seni, Sejarah dll dalam jadual kerana fokuskan kepada subjek teras tu. Kes macam ni.. Korang kena bincang dengan unit praktikum n guru pembimbing supaya boleh bincang untuk adakan juga kelas elektif tu bagi tujuan observe oleh pensyarah nanti. Apapun ini hanyalah berdasarkan pengalaman kami semasa praktikum online pada 14/10/2020- 4/12/2020.

2. PLATFORM PDP

A) WHATSAPP

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan praktikum, kami mohon keizinan GB/PK untuk dapatkan keizinan untuk join grup wasap ibu bapa murid bagi kelas yang kami mengajar. Bila GB dah benarkan....kami pun wasap la guru kelas untuk invite kami dalam grup itu. Perkara ni penting bagi memudahkan kita update tugasan kepada murid-murid.

Platform Wasap juga merupakan salah satu platform menjalankan PdP secara tak segerak. Cara nak release kerja kepada murid, kita hanya maklumkan begini:

CONTOH MAKLUMAN TUGASAN BAGI KELAS PJ

CONTOH MAKLUMAN TUGASAN BAGI KELAS BM

Sekolah yang muridnya kurang akses kepada internet akan menggunakan wasap sebagai platform PdP. Bagi sekolah yang majoriti muridnya ada capaian internet  maka akan melaksanakan PdP secara segerak di platform google meet. 

Kalau saya, kami mengajar menggunakan platform Google Classroom sebab lebih tersusun dan mudah murid akses pada bila-bila masa. Cuma, meskipun menggunakan GC, kami akan sentiasa update di wasap sebagai peringatan untuk murid siapkan kerja sekolah yang diberi. Bukannya apa, kalau takda murid yang buat kerja sekolah ni... macam mana kita nak beri markah pentaksiran bilik darjah kepada mereka kan... Jadi, begitulah gambaran sekiranya PdP dijalankan menerusi Wasap.

Satu lagi, untuk praktikum ni... macam mana kita nak ajar murid kita kalau melalui wasap? takkan hanya beri kuiz suruh mereka jawab? macam mana mereka nak faham konten pdp kalau cikgu tak ajar?

So... korang boleh sediakan nota mengajar melalui bahan powerpoint atau buat video mengajar ringkas guna tiktok ke guna powerpoint ke pastu share video itu terlebih dahulu bagi murid faham. Kemudian, barulah beri kuiz sebagai kerja sekolah untuk rekod pentaksiran murid. Ingat, kita praktikum, jadi cubalah berusaha untuk hasilkan video PdP atau bahan PdP sendiri supaya ada bukti PdP kita dijalankan dan bukan sekadar sediakan soalan kuiz semata-mata.


B) GOOGLE CLASSROOM

Platform GC ni sangat penting, sebab kebanyakan sekolah menggunakan platform ini sebagai platform PdP. Kalau diikutkan memang murid yang kita mengajar itu sudah ada kelas GC bersama guru asal mereka. Kita ni yang baru praktikum agak sukar kalau nak guna platform guru asal sebab nanti perkara-perkara yang nak diajar kepada murid tu perlu dipantau pensyarah juga. Jadi, saya minta izin guru asal kelas untuk benarkan saya create new class dan invite semua murid saya menggunakan e-mail moe rasmi murid. E-mel rasmi murid saya dapatkan daripada guru yang menguruskan data di sekolah. Kemudian setelah invite murid-murid, kita invite juga la guru pembimbing dan pensyarah penyelia, contohnya macam dalam gambar d bawah:

invite murid, pensyarah dan guru pembimbing

Kemudian, setiap kali nak masukkan kerja dan tugasan kepada murid... pastikan kalian susun secara sistematik supaya mudah untuk pensyarah dan guru pembimbing memantau kelak. Saya susu mengikut tarikh mengajar macam dalam gambar di bawah:





C) GOOGLE MEET

Bagi kelas yang dijalankan secara segerak iaitu menerusi platform Google Meet, saya akan generate link daripada google classroom yang saya bina kepada murid. Jadi, lebih mudah murid nak akses Google Meet tu. Pengalaman saya menggunakan platform Google Meet ni pun hanya sekejap sahaja iaitu pada tiga minggu terakhir sebelum tamat praktikum. Puncanya sebab pensyarah nak ada bukti video kita mengajar dan sebaiknya google meet. Cuma, kalau sekolah yang memang tak jalankan PdP menggunakan Google Meet disebabkan murid-murid sukar mengakses... takpaaa... jangan risau... ada alternatif lain seperti beri tugasan di wasap dan buat video mengajar di youtube dll.  

Haa... Kalau nak record kelas Google Meet ni, kita sebagai guru kena guna emel moe yang diberikan oleh kampus tu tau. Gmail biasa tu memang tak support untuk recording meeting. Satu lagi ada yang tanya 

" Macam mana nak maklumkan ada kelas google meet kepada murid?"

Haa... saya beri makluman awal sehari sebelum kelas bermula. Dan pada hari kelas berlangsung tu saya tinggal share link google meet kepada murid untuk akses.

Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah:

Makluman Awal

Makluman pada hari kelas akan berlangsung


D) PLATFORM TAMBAHAN 

- PADLET, EDMODO, CLASSDOJO

(boleh search dekat google cara nak gunakan platform ini.)

(ini tambahan sahaja, sekiranya sekolah kalian tak guna platform Google Classroom)


3. BBM

A) VIDEO PDP 

Video PdP saya gunakan Powerpoint dan record pun guna powerpoint. Contoh video PdP yang saya buat macam dalam playlist ini: 

 Video PdP PJ

Video PdP BM

Kalau ada yang tanya, " Macam mana nak buat video guna powerpoint?"

Boleh tengok di sini TUTORIAL- VIDEO PDP MENGGUNAKAN POWERPOINT


B) KUIZ

Ada banyak aplikasi online untuk buat kuiz ni. Saya sekadar senaraikan aplikasi yang saya pernah guna semasa PdP Online haritu:

C) PROJEK/TUGASAN MURID

Untuk tugasan atau projek kita boleh minta murid rakamkan video ke, buat projek folio atau kraftangan ke, terpulang. Ini memerlukan kekreativiti kita untuk merancang supaya PdP berjalan lancar.

4. PENTAKSIRAN MURID 

 Pelaksanaan pentaksiran kepada murid pastikan buat ye, jangan lupa. Ni contoh yang saya buat semasa praktikum online haritu:


Demikianlah beberapa perkara yang sempat saya kongsikan. 

  • "Observe praktikum pun online ka?"

Ya, Online juga. Ni saya taknak share sebab complicated haha dan maybe akan datang berubah-ubah caranya.

  • "RPH format masih sama ka? 

Jika ikut pihak sekolah, RPH BDR berbeza sedikit. Cuma IPG kami haritu.. katanya suruh proceed seperti RPH yang asal dan sesuaikan konten PdP dengan versi Online tu. Kalau nak tengok contoh... saya kongsikan pada entri akan datang ya...https://ezadayana.blogspot.com/2021/01/penulisan-rph-ipg-versi-bdr.html

  • Fail portfolio macam mana?"

Ni pun complicated haha. Sebab ada pensyarah suruh print siapkan fail macam biasa. Tapi, saya buat online ja fail portfolio ni. Saya buat di padlet sahaja macam contoh dalam gambar ni:

 Kalau la praktikum kalian proceed secara online... baru saya update entri lebih detail ya haha.


Apapun ini sekadar perkongsian dari saya, kalian boleh jalankan PdP Online yang lebih hebat lagi, insyaallah. 

Semoga entri ini bermanfaat. 

Sebarang pertanyaan boleh comment atau chat aja di ig/fb saya. Tq


Jangan lupa baca entri di bawah:

Sunday, January 3, 2021

PERSEDIAAN PRAKTIKUM IPG

Assalamualaikum dan Hai…

Entri kali ini saya kongsikan pula beberapa barang keperluan yang perlu ada semasa praktikum. Diharapkan, perkongsian ini dapat dijadikan gambaran awal kepada adik-adik junior yang bakal menempuh praktikum.

 

Sebenarnya, saya ada kongsikan beberapa perkara untuk praktikum IPG ni. Boleh baca entri saya tentang kandungan yang perlu ada dalam fail praktikum di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2020/07/kandungan-fail-portfolio-praktikum.html

Korang juga boleh baca tips praktikum fasa satu di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2019/11/praktikum-tips-praktikum-ipg.html

Satu lagi… hehe ada juga saya kongsikan pengalaman berpraktikum fasa 1 di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2019/11/pengalaman-praktikum-fasa-1.html

Dan pengalaman berpraktikum fasa kedua di sini: https://ezadayana.blogspot.com/2020/12/praktikum-fasa-kedua.html

 

Okay jom kita mulakan;

Perkara pertama yang perlu kalian tahu, praktikum ni perlukan perancangan dan pembahagian masa yang sangat sistematik. Kalau takda perancangan…. Itulah punca kita mudah stress. Pengalaman saya sendiri sepanjang praktikum fasa satu dan dua, memang tak lari dari stress ni… sebab banyak perkara-perkara adhock yang berlaku. Jadi, kerja-kerja yang bertangguh sebelum ni ditambah pula kerja-kerja baharu hmm… jadilah stress tu. Untuk yang bertanya:

------------------------------------------------------------------------------------ 

“ Apa je yang kena buat untuk praktikum ni? Kita mengajar je kan?”

------------------------------------------------------------------------------------ 

Meh dengar sini, inilah benda-benda yang kena ada dalam senarai perancangan kita sebelum bermulanya praktikum

1.    Bajet kewangan untuk praktikum perlu ada. Tapi ingat, jangan terlalu berkira, kalau kita banyak memberi insyaallah banyak juga rezeki yang datang. Memberi tu tak semestinya wang ringgit, mungkin juga dalam bentuk kudrat dan lain-lain.

2.    Barang keperluan praktikum 

Kat sini, saya cuba senaraikan barang-barang yang diperlukan semasa praktikum, tapi bukanlah semua perlu kita miliki. Mungkin kita boleh cari jalan lain sama ada pinjam dan kongsi duit dengan kawan untuk beli barang-barang yang diperlukan tu. Kalau memang ada duit lebih, belilah siap-siap barang keperluan ni sebab berguna untuk digunakan semasa praktikum fasa satu dan dua. Kemudian, barang-barang tu juga boleh guna masa jadi cikgu nanti. Kalau tak pun... maybe boleh jual semula kepada junior yang nak berpraktikum akan datang. Pelaburan untuk awal praktikum ni tak rugi pun, sebab bila ada barang mencukupi tu kita pun rasa mudah, selesa. Tapi saya, praktikum fasa dua baru beli barang-barang ni. Fasa satu takdak duit hahaha...

 

WAJIB ADA

·         File saiz 50mm/ Cover File/ Tagging File/ Plastik file (100-150pcs)

·         Borang-borang praktikum

·         Name tag

·         Set baju kurung yang mencukupi haha/ Baju Sukan yang mencukupi hehe sbb saya PJ


KEPERLUAN PRAKTIKUM

·         Laminate/ Kertas Laminate ( Beli dekat kedai popular sebab masa tu ada promo jadi RM100, laminate saya beli masa prakt fasa satu terus.)

·         Printer/ Ink ( Saya guna Canon E410 masa prak. Fasa 1 huhu memang menangis ink printer mahal... habis duit gitu ja. Pastu sebab printer dh rosak, fasa dua pi la beli printer yang guna ink tank. Saya beli canon G2010 dalam RM500 tp berbaloi sebab ink printer amatlah murah. Kalau print sehelai kertas hitam putih tu.. bajet kita dalam 4 sen ja.)

·         Speaker (speaker pun penting untuk digunakan semasa pdp dalam kelas. Kalau budak PJ macam saya... speaker kena beli yang besar sikit supaya bunyinya pun kuat sesuai guna di padang. Saya beli di Shopee aja)

·         Mikrofon (Mikrofon ni penting untuk guna dalam kelas masa aktiviti lakonan ka, nyanyian ka, wawancara ka, jadi murid rasa happy. Satu lagi, suara murid ni perlahann yakmat.... jadi mikrofon ni boleh bantu kuatkan suara mereka yang segan silu tu hehe)

·         LCD (LCD ni boleh kalau nak beli, jika ada duit lebih la. Kalau x... takpa, di sekolah pun ada LCD untuk dipinjam)

·         Stiker bintang/ Cop Disemak/ Token untuk murid (Penting okayy untuk tarik perhatian murid. Ni beli ja kat mr diy, eco ada banyak. Kalu cop disemak oleh tu boleh cari dkt shopee ada jual.)

·         Manila kad/ kerta sebak/ Mounting Board

·         Kertas A4 Putih/ Kertas Warna

·         Alat Tulis (pen Merah/ Marker White Board/ Magnet)

·         Gunting / pensel/ permanent marker/ colour magic/ gam/  seletep/ kertas lukisan ( yang ni saya beli banyak sebab nanti senang untuk aktiviti kumpulan. Selalunya saya akan beli 6-8 set senang untuk aktiviti kumpulan)

·         Mini White Board

 (ini juga penting untuk digunakan bila aplikasikan teknik think-pair-share) ada sekolah memang sudah sediakan mini whiteboard untuk setiap muridnya.

Tapi, macam sekolah saya haritu takda. Kemudian, disebabkan COVID, barang tak boleh berkongsi. Jadi saya laminate kertas A4 buat 30 pcs untuk setiap murid saya.

Marker whiteboard untuk murid tulis tu suruh ja murid bawa sendiri dari rumah. Kalau bajet kita ada lebih, beli ja kat kedai eco tu. Ada juga cara lebih jimat, kita bagi ja kertas A4 kononnya sebagai pengganti  mini whiteboard dan mereka tulis guna pensel. Cuma, kelemahan ni... tulisan kurang jelas dan susah nak share bahan/tunjuk bahan kepada rakan kelas lain.

Tapi okay ja, saya pernah cuba cara ni. Bahan murid tulis tu juga boleh simpan nanti berbanding kita guna mini whiteboard. Kot mana pun ada kelebihan dan kekurangan. Jadi gunalah yang mana memudahkan.

·         Bekas/ Belon/ Kotak/ Bola Ping Pong/ dll ( ni preparation untuk BBM)


3.    Jadual mengajar, Jadual Observe

Jadual mengajar ni kena hafal siap-siap lepas dapat tu. Supaya takda kes cikgu lupa masuk kelas, cikgu lambat masuk kelas. Jadual mengajar ni juga penting supaya kita dapat atur masa sebaiknya. Pernah pengalaman saya, kelas berderet dari padang kelas PJ berlari masuk kelas BM. Sebab aturan waktunya sebelah-sebelah. Jadi, ni memang sakit juga la sekiranya ada observe masa tu. Walau bagaimanapun kena hadap okay, pandai-pandailah bahagikan masa sebaiknya.

Jadual Observe ni juga penting. Observe oleh pensyarah penyelia ada masanya. Unit praktikum ada beri jadual yang menetapkan minggu-minggu tertentu untuk pensyarah datang menyelia. Jadinya, kita kena bersedia pada minggu yang akan diselia oleh pensyarah.

------------------------------------------------------------------------------------ 

 Ada orang kata begini “ Pensyarah aku main terjah je ke sekolah tanpa beritahu apa-apa info. Sebab tula... aku susah nak buat PdP yang gempak-gempak. Kau untunglah sebab pensyarah beritahu bila nak datang.”

 ------------------------------------------------------------------------------------ 

Sebenarnya, jadual yang ditetapkan unit praktikum untuk pensyarah datang pantau kita sudah ada. Cuma ada pensyarah yang tak beritahu hari apa dia nak datang. Tidak menjadi masalah. Kita kena pastikan dulu minggu mana pensyarah sepatutnya datang observe. Kemudian, kita target siap-siap RPH mana nak guna untuk observe pada minggu itu. Simpan ja dulu RPH observe tu. Ready siap-siap satu RPH dan BBM gempak untuk minggu observe tu. Sekiranya tiba-tiba pensyarah datang mana-mana hari kita boleh guna. Tapi kalau minggu tu pensyarah tak datang juga... maka ajar sahajalah murid dengan RPH n BBM tu. Sebab RPH/BBM yang dirancang untuk minggu tu kita tak boleh bawa ke minggu berikutnya. Sebab... kita kan kena ikut RPT yang ditetapkan. Haa gitula...

Sebab tu, saya kata... kita kena hafal siap-siap bila kita mengajar, bila minggu observe supaya kita lebih bersedia dengan PdP yang paling baik.

Okay, itu sahaja perkongsian hari ini. Nanti saya sambung cerita lagi.




PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...