Followers

Friday, December 6, 2019

NOTA SASTERA: SAJAK MODEN

 Sastera Bertulis Berbentuk Bukan Cerita

Sajak (Puisi Moden)

  • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baharu yang bebas daripada peraturan- peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. 
  • Sajak bersifat demikian kerana puisi moden lebih bebas dan terbuka bagi menggambarkan pengucapan atau fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

Sifat-Sifat Sajak

 Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap

 Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.

 Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.

 Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.

 Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.


 Cara Menikmati Sesebuah Sajak

 Mengenali sifat luar sesebuah sajak

 Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak

 Mengetahui latar belakang penyair atau penulis

 Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak


  Cara Mendeklamasi Sajak

 Pemahaman

 Mimik

 Peresapan

 Gerak geri

 Pengucapan

 Daya hafal

 Daya ucapan dan irama

 Batas kalimat


Jangan lupa baca entri di bawah:

Saturday, November 30, 2019

PRAKTIKUM FASA 1: Pengalaman di SK Desa Aman Puri


PRAKTIKUM FASA 1

SK Desa Aman menjadi pilihan kami menjadi guru praktikal buat pertama kali di sekolah. Di IPG Kampus BM, kami diberi peluang untuk memilih sekolah yang menjadi pilihan masing-masing. Tapi, semestinya perlu cepat untuk mendaftarkan nama di unit praktikum. Jika lambat, sekolah yang terkenal dan pernah dikunjungi senior tu pasti menjadi rebutan ramai. 

Saya dan rakan praktikum dah buat senarai 5-8 buah sekolah yang kami tinjau dan sememangnya bagus. 

Tapi, semasa hendak mendaftarkan nama sekolah di unit praktikum, semua senarai sekolah yang kami senaraikan tu dah diambil orang. 


      Dalam kelam kabut itu juga, kami mulalah menghubungi senior2 untuk mencari sekolah yang baik… Bila dah buntu sangat tu, saya pun cadang kepada kawan praktikum untuk pilih sahaja SK Desa Aman Puri yang berdekatan dengan rumah saya. 


Tetapi, sekolah ini jauh dari IPGKBM iaitu lebih kurang 20km. Disebabkan malas memikirkan sekolah lain, mereka pun bersetuju. Maka jadilah SK Desa Aman Puri sebagai pilihan sekolah kami. 

Sememangnya, pilihan sekolah ini tidaklah menjadi kegusaran saya kerana sekolah ini juga merupakan sekolah yang berdekatan kawasan rumah saya dan komunitinya tidaklah terlalu kaya dan sederhana sahaja. Jadi sasaran murid dan golongan ibu bapanya lebih mudah untuk diuruskan. 

Cuma kesukaran kami adalah jarak yang sedikit jauh berbanding sekolah-sekolah pilihan kawan lain yang hanya 6-10km dari IPGKBM. Disebabkan jarak yang sedikit jauh, kami perlu bergerak awal pagi dan perlu berkorban sedikit wang untuk tambang minyak dan tol pergi dan pulang dari sekolah itu. 

Walaubagaimanapun, sepanjang 3 bulan di sekolah ini memberikan kepuasan berganda buat kami kerana komuniti guru di sekolah tersebut amatlah baik dan sentiasa menyokong kami pada setiap kali penilaian praktikum dijalankan.

 Pilihan sekolah sememangnya paling penting untuk kita buat persediaan sebaiknya.

Praktikum mate saya...
(Chai, Angeline, Ting, Lyana)
           
       Setibanya hari melaporkan diri sebagai guru praktikal, kami disambut baik oleh penolong kanan 1 yang sangat mesra, Pn Norhanida yang juga merupakan Alumni IPGKBM. Jadi selok-belok cara IPGKBM ini sudah difahami beliau. 

Guru Besar SKDA ini pula, sangatlah baik dan santai. Kami tak pernah diberikan tugasan tambahan oleh pihak sekolah. Mereka sangat memahami. Nasihat yang diberi 

"fokuslah untuk penilaian praktikum kamu tu dan timba sebanyak pengalaman yang boleh.

Warga guru di SKDA pula, tidaklah ramai hanya 20 -25 orang sahaja. Jadi, semuanya memang rapat dan mesra dengan kami. Budaya mesra itu membuatkan kami rasa seronok dan selesa apabila berada di SKDA.

      Bilangan murid SKDA ini pula dalam lingkungan 400 pelajar dan semuanya di bawah satu sesi persekolahan. Bagi setiap tahun ada 2 kelas sahaja. Muridnya juga sangat menghormati guru dan mudah mendengar tunjuk ajar guru. Jadi, untuk guru pelatih di sekitar zon tengah bolehlah pilih SK Desa Aman Puri ini sebagai sekolah pilihan berpraktikum, dijamin takkan menyesal. 

Guru pembimbing kami juga sangat membantu dan hebat-hebat belaka. Setiap kali sebelum penilaian oleh pensyarah, kami akan brainstorm dulu aktiviti yang nak dibuat tu dengan PK 1 dan guru pembimbing. Pelbagai idea kami dapat untuk menghasilkan PdP yang baik. Apapun, sepanjang di sekolah pergilah menuntut ilmu dengan guru lama di situ. Banyak ilmu yang boleh kita timba daripada mereka.
            
    Pemilihan rakan praktikum pula dipilih atas dasar berpasangan daripada kelas minor masing-masing. Ting mengajak saya untuk berpraktikum sekali dengannya. Jadi, saya pun terima. Syarat bilangan guru pelatih untuk berada di setiap sekolah hanyalah 4 orang. Maka, Ting dan saya bergabung dengan Angeline dan Chai yang merupakan minor seni. Jadi kumpulan praktikum kami ada 3 perempuan dan seorang lelaki. Jadi memang Chai yang dibuli menjadi pemandu kereta kami untuk ke sekolah hehe. Chai sabar je dengan karenah kami yang perempuan ni kan. 

Apapun, kami sangat mesra dan banyak ilmu yang kami kongsikan bersama juga. Saya kagum sangat dengan usaha dan semangat rakan praktikum saya. 3 bulan berpraktikum ini ada pelbagai kisah yang tak dapat dicatat kisahnya satu persatu. 

Sehinggakan di akhir praktikum tu kami berempat semua sedih dan menangis nak tinggalkan sekolah. 

Praktikum selama 3 bulan ni mengajar 1001 perkara yang tidak kami pelajari secara teori pada semester sebelumnya. 

Benarlah, belajar melalui pengalaman itu adalah guru sebenar.

Tuesday, November 12, 2019

Trip Ke Ipoh, Perak


KISAH TEROKA C5 DI IPOH PERAK- EKSPEDISI 5.0

Salam dan hai!
Setiap tahun, kami sekelas pasti akan merancang untuk pergi trip ke mana-mana. Kiranya ekspedisi setiap semester tu dah jadi rutin wajib kelas kami untuk merakam memori indah dengan kawan-kawan sekelas.

Ceritanya sem 5 ni kami jarang duduk sekelas bersama. Maklumlah, semua sibuk berpraktkum dan masing-masing dah masuk kelas elektif terbuka yang berbeza.

Bila difikirkan nak buat trip 5.0 ni, macam-macam halangan juga la… tarikh semua penuh aktiviti kampus. Nasib la 9-10 November ni kami semua berkelapangan. Jadi, bermulalah perancangan rapi untuk  trip ke Ipoh ni.

    Bajet daripada hasil kutipan duit kelas, RM117.00 seorang dah cukup  untuk tampung duit tiket, duit minyak tol (RM150 satu kereta) dan duit sewa rumah (RM300 utk 2 rumah). Cuma makan tu sendiri-sendiri punya duit.

Kami siap rancang tentatif program lagi hehe

HARI PERTAMA 9/11
06.30-07.00         Berkumpul
07.30-10.30         Bertolak ke Ipoh
10.30-11.00         Makan sampai kenyang di Restoran Kak Limah 
11.00-05.00         Aktiviti di Lost World Tambun
05.00-06.00         Makan Ringan di MCDonald
06.00-08.00         Checkin homestay/solat/rehat
08.00-11.00         Makan Malam di Miker Food Ipoh
11.00-12.00         Gerbang Malam
12.00-12.30         Bulatan Aman Jaya
Balik Tidur



LOST WORLD TAMBUN (RM64 HARGA TIKET)



Masuk-masuk je Lost World Tambun ni kami terus terjah ke air ombak buatan di kolam utama tu. Kami mandi-mandi kat situ sampailah ombak tu habis. Mulalah pening-pening sikit sebab dahla baru lepas makan nasi sampai kenyang pastu pi masuk air ombak bergelora tu. Masa di sini, kami dok tangkap-tangkap gambar dalam air, lepastu berenang sana-sini sebab lama tak berenang. Seronok tu sebab semua layan je ombak tu sambil teruja. Tapi sekejap je teruja lepastu rasa bosan dah haha.

Kami terus pi naik gelongsor air tu kat atas. Kami masih bersama-sama 16 orang satu team pergi ke gelongsor air tu. Mula la beratur berderet budak-budak C5.

Sementara menunggu giliran nak ambil pelampung tu, kami pilih lah pasangan masing-masing untuk naik pelampung tu. Bila dah naik atas tu, ada pilihan gelongsor ‘closed tunnel’ dan ‘semi closed tunnel’. Kami pi la pilih yang mana nak pastu layankan je la gelongsor air tu. Biasa ja sebenarnya. Tapi, sebab bila ramai-ramai dengan classmate aktiviti ni jadi seronok bila dengar jeritan kawan-kawan, telatah hakiim yang kalut macam tak pernah naik gelongsor, telatah Paklan dengan Arfan yang naik pelampung dengan berat melebihi 140kg akhirnya…. Mereka terkeluar dari pekampung bila sampai bawah tu hahahaa. 2 kali juga kami pi naik gelongsor tu sebab nak merasai kedua-dua jenis gelongsor tu. Bagi kami, yang best tu gelongsor ‘closed tunnel’ gelap gelita tak nampak apa pastu laju. Aku pula asyik terjerit.

Haa.. bila dah setel bahagian gelongsor ni dah pukul 1petang macam tu. Kami pun pi gelongsor satu lagi tu yang turun naik-turun naik taktau nak explain macam mana. Tapi aktiviti kat sini dihiburkan dengan telatah jeritan kawan-kawan haha.
          
      Lepastu kami bergerak lagi dalam satu team pergi ke tempat buaian terbang-terbang yang memeningkan tu. Kat sini biasa ja, tak mencabar sangat. Tapi lepas main benda ni semua mabuk pening-pening. Mulalah semua blur … tambah dengan dahaga dan perut yang lapar… walaupun dah makan nasi siap-siap sebelum masuk… bila dah main air tu memang lapar juga la.

Okay kat sini ada berlaku masalah sikit haha. Selepas main buaian terbang-terbang tu, semua macam hmm.. nak pi mana lagi ea lepasni. Semua macam dah penat. Jadi ada yang gerak ke tandas jap, ada yang gerak ke kolam air panas, dan ada yang terdampar kat tepi tu dok pening tak sudah.

Team Kolam Air Panas

  •        Aku, Tini, Arfan,  Paklan, Pikah, Araf, pergi mandi air panas dulu dengan harapan segala kepenatan dan pening-pening tu hilang.

Team pelampung air
  • ·         Farah, Acap, Ivy, Ting, Moy,Jemey, Dirah pi main plampung di laluan air.
Kisah Pudin dan Akiim Hilang
Kami pun dah berpecah kepada 3 kumpulan.

Geng kolam air panas asyik duduk ja dalam air panas tu pastu masuk sauna kat dalam gua tu.

Geng Farah semua dah mula gerak ke tempat aktiviti pelampung yang lalu ke sekeliling lost tambun. Mereka amik pelampung yang jumpa kat tepi-tepi yang kononnya tidak bertuan lalu diambillah untuk pergi main di tempat tu.

Kami semua berseronok dengan aktiviti masing-masing. Dalam fikiran takpa kejap lagi jumpa la tu yang lain. Lepastu satu ketika, lepas dah lega berendam air panas, kami pun pi aktiviti gelongsor kat tempat air panas lalu nampaklah farah n the geng dok naik pelampung lalu kat bawah air tu.

Dari puncak kami dok jerit mana pudin dan hakiim. Masing-masing tak dapat kesan mereka…

Tapi kami abaikan ja seketika sambil main-main lagi aktiviti kat Tambun tu. 

 Tiba-tiba ada announcement kuat dari DJ di lost world tambun tu

“ Perhatian kepada Afiqah Hadirah dari IPG Kampus Bahasa Melayu, sila datang ke kaunter utama sekarang” 

Kami yang dengar ni terkejut beruk juga la. Aik kenapa ada announcement camtu smpai nama IPGKBM pun femes kat satu tambun tu ahahha.

 Kami yang team kolam air panas ni pun pergi la berjalan dalam keadaan basah-basah tu ke kaunter utama. DJ tu umum 3 kali kot.

Sesampainya kami ke kaunter utama… kami nampak 2 orang kawan kami pudin dan hakiim. Rupanya depa yang suruh DJ tu buat pengumuman sebab cari kami dari tadi tak jumpa. Kami tergelak jap kat situ. Tapi…. Pudin tak relaks dia mati kutu stres sebab cari kamii tak jumpa hampir 1 jam juga la.

Haha pudin teremosi seketika… nasib baik ada hakiim yang hilang bersama pudin. Hakiim la dok jalan dgn pudin cari kami ni. So, berlaku la konflik kecil disitu,….

Terasa hati tambah hati membara sebab mencari team yang hilang tanpa dapat main aktiviti kat situ sedangkan kami dok happy main aktiviti dari tadi kahkah kahkah… Lepastu kami pun pujuklah pudin bawa pi petting zoo.


Kisah di Petting Zoo, Lost Tambun

Okay situasi nk pi petting zoo waktu tu pukul 4.00 petang dah dan waktu tu hujan selebat-lebatnya. Semua orang berlindung dan berendam kat kolam air panas. 

Yang kami pulak pi adventure ke zoo dengan berjalan kaki dalam hujan. Sumpah seronok, memori takkan lupa. 

Jalan tengok semua binatang dari haiwan reptilia, habitat burung dalam sangkar kami masuk dalam waktu hujan-hujan tu, pi tengok haiwan ikan, bagi makan unta, zebra, zirafah, tengok harimau, badak sumbu, catopia, dan paling comelll sekali flamingo. 

Setiap stesen kami berhenti utk tengok haiwan tu kami kesejukan terketar-ketar sebab berjalan dalam hujan yang lebat. Tapi seronok sebab tak ramai orang… macam kami ja yang ada kat dalam zoo tu dengan binatang-binatang haha. Apapun kami puas hati la dok pusing satu tambun tu. 

Bila teringat balik haha macam-macam ragam ada dengan arfan n pudin yang rabun tak pakai cermin mata meredah hujan melihat haiwan dalam zoo haih… hakiim dari awal sampai habis sejuk tak sudah-sudah. Akhirnya, kami pun bersiap-siap utk pulang ke homestay dan makan mcd dalam pukul 6.00.. 

Pengalaman kat Lost World Tambun dengan rakan C5 menjadikan tempat biasa itu sungguh menarik dengan memori suka duka kita bersama. 

Tq C5.

Makan Malam di Miker Food

Okay next kami dah siap-siap pergi la makan dekat MCDonald untuk lapik perut sebelum makan malam nanti. Lepastu checkin homestay untuk bersihkan diri, solat dan rehat seketika. Malam tu, kami singgah Miker Food untuk makan malam. Miker Food ni servis dia tiptop.

Pekerja kat situ baik sangat-sangat. Kami datang masa kedai tu penuh, tanpa booking depa sediakan juga meja kerusi utk kami secepat mungkin. Maka  dapatlah kami makan bersama-saama. Makanan kat miker food ni terkenal dengan mkanan Western. Harga pun berpatutan dalam range rm15-20 juga la.

Makan malam di miker food ipoh
 Lepas selesai tu perut dah kenyang mata pun dah mengantuk, tapi kami singgah dulu kat gerbang malam untuk tengok kedai gajet yang murah-murah lepastu sebelum pulang kami singgah bulatan amanjaya sembang-sembang sekejap. Sampai rumah semua tidur kepenatan…

Selesai ekspedisi hari pertama.

HARI KEDUA 10/11
9.00pagi-10.30 pagi Makan Pagi di Restoran New Hollywood
10.30-12.00 Gunung Lang
12.00-1.00 Hokaido Icecream Puff
1.00- 2.30 Street Ipoh/ Market Lane Ipoh/Plan b Ipoh
2.30-4.00 Laksa Sarang Telur
4.00-6.00 Kellies Castle
6.00-8.00 Solat/rehat
8.00-10.30 Bertolak Pulang
10.30-10.45 Bungkus MakanRingan di MCDonald Bangsar
10.45-10.55 Sampai IPG KBM terchentaaaaa tadaa tadaaa alhamdulillah selamat sampai.


Okay untuk hari kedua, kami target nak pergi tempat-tempat untuk enjoy sambil bergambar. Mulalah semua siap bergaya. Pagi tu makan di New Hollywood. Tempat ni terkenal dengan masakan cina yang halal. Sedap-sedap makanannya, tapi harga standard tidaklah terlalu murah. Lama juga kami tunggu nak dapatkan 17 tempat duduk… kedai ni memang ramai orang.

GUNUNG LANG

           Lepas makan, kami pi Gunung Lang untuk sesi bergambar. Farah dah beli tiket boat, rm3 seorang. Tapi…. Kami tak sempat nak naik boat tu sebab kena beratur panjang dan masa suntuk. Maka kami batalkanlah niat untuk naik boat tu… burn la duit RM51 utk tiket 17 orang huhu.
Bergambar di Gunung Lang

HOKAIDO ICECREAM PUFF

         Sebab cuaca dah panas sangat kami pun pi makan aiskrim di Hokaido icecream puff.  Harganya murah ja rm4.30 satu. Puff tu rasanya macam kuih bahulu yang keras tu. Aiskrim dia memang sedap, dan pembungkusan dia sangat menarik. Berbaloi la dengan harga tu.



Perut masih kenyang sebab makan pagi tadi. Jadi, kami pergila berjalan kaki dalam 500meter dari kedai hokaido tu ke street art dan market lane.

Bergambar di Market Lane

          Lepastu kami pi plab b untuk makan laksa sarang telur… tapi tutup pula…. So kami bergambar ja dulu kat plan b.



LAKSA TELUR GORENG BERSARANG IPOH

Kemudian, kami pergi ke laksa sarang telur di kedai Kafe Setinggan/ Laksa Telur Goreng Bersarang Ipoh. Laksa sarang telur ni harganya rm4.40 sahaja.

Rasa dia sedapppppp tapi takdalah pure macam laksa Pineng. Kiranya laksa sarang telur ni just nice sedap berbaloi dengan harga.

Kat kedai ni kena layan diri. Maka kami yg seramai 17 orang ni mulalah buka meja sendiri dan ambik kerusi kat stor kedai tu dan setup sendiri.

Macam biasa… arfan n acap ajk peralatan akan sediakan untuk kami haha.

Satu lagi, kat kedai makan ni juga ada jual pau yang comel dan sedap ada pelbagai bentuk unik tapi harga standard tak murah.

Makan di Laksa Telur Goreng Sarang

KELLIES CASTLE

Setelah selesai makan… kami pun pergi Kellie Castle.

Kat sini kami seronok sangat, pemandangan sangat cantik, cuaca pun berangin sebab nak hujan.

Kami pun teroka la keunikan seni bina dan sejarah istana tu sambil2 tangkap gambar. haaa nak masuk kellie castle ni kena bayar rm5 seorang, parking kereta pula rm2 satu kereta.

 


 Lepas selesai tu, kami cari masjid untuk solat dan bersiap untuk bertolak ke KL semula. Bajet duit makan-makan pun dalam RM 40 seorang. Overall semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Dalam setiap perjalanan kami  ke sesuatu tempat adalah dengan konvoi 4 kereta. Seronok bila dapat outing di ipoh. Walaupun tempat kami pergi ni biasa sahaja, tapi bila pergi dalam team dia jadi meriah dengan telatah sahabat yang pelbagai ragam. Semoga ukhuwah kita C5 terus utuh.

 Okay itu sahaja perkongsian ekspedisi pismp c5 ke ipoh.
Cerita ni sekadar coretan untuk kenangan masa akan datang ehek!
Geng satu kereta


Wednesday, October 2, 2019

Trip ke Muzium Negara Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Harini saya nak kongsikan sedikit lawatan cuti sekolah ke Muzium Negara. Alang-alang nak membeli-belah baju di KL, kita pi la singgah sebentar ke muzium untuk imbas semula ilmu-ilmu sejarah yang kita pelajari dulu. Herodotus kan pernah berkata

"Bangsa yang melupai sejarah akan mengulangi sejarah".

 Jadi, jom kita ambil pengajaran daripada kisah silam bak kata pepatah yang baik jadikan teladan yang tidak, kita jadikan sempadan.

 Saya datang ke muzium ni naik Grab Car ja sebab lebih murah dari rumah berbanding naik MRT. Jadi, perjalanan kami bertiga (saya, adik dan ibu) dari rumah naik Grab dalam RM15.

Haaa sampai je dekat Muzium ni kita akan lalu muzium orang asli, muzium etnologi melayu yang bayarannya asing daripada muzium negara. Tapi, saya tak masuk pun muzium orang asli dan etnologi melayu tu sebab dah pernah masuk sebelum ni. Kalau nak masuk 2 muzium ni kena bayar RM5 untuk org dewasa...

Okay jalan2 sikit masuklah pintu gerbang utama ke muzium negara. Sampai sini ada papan info untuk peta lokasi sekitar muzium ni.





 Sebelum masuk ke dalam muzium negara, kami masuk ruangan galeri  muzik. Masuk ni percuma je. Di sini ada dipamerkan semua alat muzik setiap negeri di Malaysia.

Dah selesai pusing satu galeri ni kami pun masuk ke muzium negara. Bayaran tiket untuk dewasa RM2, warga emas RM1 n pelajar sekolah/ kanak2 percuma je.



Masuk je Muzium Negara tu sejuk je dan penuh pelancong asing yang beratur dengar taklimat daripada pemandu pelancong. Di muzium ni ada 4 Galeri Utama.

Galeri A : Sejarah Awal ,

Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu,

 Galeri C : Era Kolonial

Galeri D : Malaysia Kini.


Saya pun pergilah masuk ke setiap satu galeri. Setiap galeri ini menceritakan secara terperinci tentang perjalanan masa bagi sesuatu peradaban manusia.

Bermula daripada Galeri A banyak menceritakan tentang terbentuknya muka bumi dan kehidupan manusia pada zaman2 pra sejarah daripada zaman paleolitik sehinggalah zaman logam. Segala ilmu sejarah tingkatan 1 yang kita belajar dulu tu ada diceritakan di Galeri A ni.

Persembahan maklumat sejarah juga menarik dengan cara diorama dan audio penerangan yang jelas.

Galeri B pula banyak menjelaskan saat kebangkitan kerajaan2 melayu khususnya kerajaan melayu melaka.
Dinding besar berukiran Hang Tuah dengan kata hikmat "Takkan Melayu Hilang Di dunia"

Galeri C pula diikuti sejarah negara dijajah oleh kolonial.

Akhirnya penjelmaan kemerdekaan diceritakan sepenuhnya pada Galeri D yang menunjukkan bhw Malaysia sedang membina negara bangsa ke arah negara maju.

Selesai je masuk kesemua galeri tu dapatlah tambah ingatan semula berkaitan sejarah negara kan. Sebenarnya kalau pelajar sekolah menengah yang pergi ni mesti seronok sangat sebab semua yang terkandung dlm buku sejarah tu diulas dalam bentuk menarik di muzium negara ni.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat muziun negara ni. Apapun memang berbaloi dengan tiket RM2.

Itu sahaja perkongsian harini.

Wednesday, July 3, 2019

Peranan Guru dalam Pembelajaran Berasaskan Projek


Persediaan Dan Peranan Guru

Guru BM hendaklah faham akan peranannya sebagai pemacu dan pembimbing pelaksanaan projek ini. Antara yang penting termasuklah:

i. Guru bertindak sebagai pemudah cara. Oleh sebab pelajar diberi peluang belajar secara berautonomi, maka guru tidak perlu mengajar. Guru perlu bertindak sebagai memudah cara pembelajaran dengan merangka kandungan projek serta menyediakan infrastruktur projek.

 ii. Mengenal pasti alat-alat pemikiran yang relevan untuk memungkinkan pelajar membentuk dan mengemukakan soalan untuk memungut data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) dalam proses pelaksanaan projek.

iii. Menstrukturkan projek yang bermakna: sesuai dengan kandungan kurikulum, merentasi pelbagai jenis ilmu bahasa, dalam lingkar piawai yang dinilai dalam peperiksaan awam.

iv. Bekerjasama dengan para pelajar untuk menjana soalan yang berupaya membantu pelajar memperoleh dan mengumpul DMI.

v. Membimbing pelajar menyiapkan laporan projek secara berstruktur. 

Guru hendaklah sentiasa ingat, pengujan dan peperiksaan yang dilalui oleh pelajar mereka sama ada UPSR, PT3 dan SPM tidak bermakna bahawa sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan. Yang ghairah mengorientasikan pelajar untuk tujuan peperiksaan sehingga tampak ketara seolah- olah keseluruhan pendidikan itu adalah tentang peperiksaan ialah guru sendiri.

Semua guru hendaklah maklum bahawa pengujian dan peperiksaan ialah satu mekanisme pengukuran tahap pemerolehan ilmu pelajar yang Sudah melalui proses pembelajaran. pengujian dan peperiksaan bukan orientasi pendidikan negara. Pengujian dan peperiksaan cuma mengukur tahap dan upaya fikir pelajar setelah memperoleh ilmu yang diajarkan oleh guru dan dipelajari oleh pelajar.

Guru juga hendaklah peka tentang penguasaan ilmu murid yang semestinya:

i. Diperoleh: data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) diperoleh melalui deria pandang, dengar dan sentuh (dengan emosi), hidu dan rasa (lidah) namun untuk iimu pengetahuan di dalam bilik darjah, kebanyakannya diperoleh melalui deria visual dan dengar.

ii. Dihantar ke sistem kognitif: DMI yang diperoleh oleh deria yang 'menangkap'nya itu akan menghantarnya ke sistem kognitif untuk difahami. Penghantaran DMI ini adalah dalam bentuk isyarat kimia atau isyarat elektrik melalui neuron dalam sistem tubuh badan kita.

iii. Difahami: DMI yang diterima tadi hendaklah difahami untuk dikuasai. Sistem kognitif akan mengetengahkan mana-mana DMI yang tidak difahaminya, sama seperti komputer yang auto delete maklumat yang tidak disimpan.

iv. Digunakan dan diamalkan: DMI yang diperoleh dan difahami itu hendaklah digunakan (dan penggunaan inilah yang dimanifestasikan dalam projek yang dilaksanakan dan disiapkan oleh pelajar)

v. Dikongsi: perkongsian DMl dalam konteks ini hendaklah difahami sebagai menjawab soclan ketika berkomunikasi, menyatakan pendapat dalam kaedah kolaboratif dan koperatif ketika menyiapkan projek, mencari DMI yang berkaitan dengan DMI yang dikuasai.

RUJUKAN:
Jais Sahok. (2015). Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek. Pelita Bahasa, 9. 36-39.

Friday, June 7, 2019

PRAKTIKUM FASA 1: Persediaan Sebelum Praktikum

Assalamualaikum... 

Semakin berdebar rasanya nak mulakan praktikum. Bagi pelajar IPG, pada semester 5 dan 7 akan menjalani fasa praktikum iaitu mula praktikal mengajar di sekolah selama 3 bulan. 

Saya guru pelatih yang berada di semester 5.... sememangnya rasa berdebar sangat sebab pengalaman pertama nak mula mengajar kan.... sebelum ni pergi ke sekolah hanya menjalani pengalaman bersasaskan sekolah (PBS) selama seminggu. Itupun hanya menjadi guru relief dan pantau persekitaran sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Jadi, untuk pertama kali sebelum melangkah mengajar di sekolah ni.... saya kena atur perancangan sebaik mungkin supaya fasa praktikum di sekolah nanti berjalan lancar.

Sepanjang 4 semester di IPG, kami dah belajar pelbagai subjek pendidikan (EDUP) dan sememangnya semua teori berkaitan murid, urus bilik darjah dan dasar2 dalam pendidikan ni memang kami dah khatam. Tapi, biasalah bukannya semua diingat kan. Kami belajar teori sahaja sebelum ni. Kini tibalah masa untuk aplikasikannya dalam situasi sebenar huhu. 

Jadi, apa persediaan yang saya buat?

1. Sebelum tamat semester 4 tempoh hari, saya mula bertanya kepada  rakan senior berkaitan persediaan dan pengalaman mereka semasa praktikum. Banyak juga pengalaman yang mereka kongsikan untuk saya aplikasikan nanti.

2. Di Youtube pula, saya banyak search cara guru menguruskan PdP dalam bilik darjah, terutamanya bagi subjek yang bakal saya mengajar iaitu BM dan PJ. Selain itu, di laman web http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/ juga banyak saya belajar cara PdP dijalankan oleh guru-guru hebat yang berlandaskan SKPMg2 2016. Di laman ini banyak menyediakan contoh video aktiviti yang menarik PdP abad ke-21 yang boleh diguna pakai semasa praktikum nanti. Di samping itu, saya juga banyak baca laman blog tentang pengalaman dan idea PdP untuk mengajar murid-murid sekolah rendah. 

3. Buku
Saya mula membeli buku-buku yang bersesuaian dengan guru pelatih semasa penganjuran PBAKL 2019 tempoh hari. Banyak juga buku-buku yang diterbitkan ITBM membuat promosi sehingga 80%. Saya pun beli je semua edisi berkaitan guru... sebab harganya murah-murah. 



Salah satu buku yang memberi gambaran awal tentang perjalanan di sekolah nanti ialah:





Gambar-gambar di atas menunjukkan beberapa isi kandungan dalam buku tersebut. Ada banyak lagi isi-isi penting yang boleh dapat daripada buku ini.

4. Penyediaan Fail Praktikum
Untuk praktikum kali ini, buku rekod pengajaran tidak lagi digunakan~. Jadi, saya menyediakan 3 buah fail. satu fail portfolio praktikum (Saiz 50mm) dan dua lagi fail rekod pengajaran harian bagi subjek BM dan PJ. 

Sebagai langkah permulaan, saya telah menyiapkan beberapa senarai kandungan, pembahagian fail, muka hadapan fail, dan beberapa maklumat yang boleh disediakan pada peringkat awal sebelum ke sekolah.... Maklumlah, nanti bila dah mula mengajar, pasti sibuk untuk menyiapkan bahan bantu mengajar dan RPH kan... jadi siapkanlah mana yang boleh tu. 

Apa-apapun, ini sekadar persediaan awal yang saya buat. Sekadar membaca dan menonton video tidak semestinya sama untuk kita aplikasikan dalam situasi sebenar nanti. Apapun memerlukan belajar daripada pengalaman. 

Banyakkan bertanya dengan guru-guru berpengalaman di sekolah nanti dan sentiasa rendah diri serta menghormati setiap kritikan/ teguran yang diberikan. Semoga diri ini lebih bersedia untuk memulakan praktikum pada hari Selasa 11/6/2019 nanti huhu.

Wasalam.

Thursday, June 6, 2019

Tuesday, June 4, 2019

PUTERI ISLAM (UB): Bahan Folio Pengenalan PPIM

Assalamualaikum...

Inilah maklumat yang saya masukkan ke dalam folio puteri islam. 

Kalian boleh lah buat dalam bentuk yang lebih menarik. Kalau nak dapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan puteri islam, kalian boleh kunjungi laman web rasmi puteri islam di pautan :


Gambar-gambar di bawah ini merupakan salah satu kandungan dalam folio saya. Saya buat template ini untuk seragamkan folio saya. 

Jemput lihat dan semoga dapat melihat contoh ini sebagai rujukan melengkapkan folio anda. 












PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...