PENGHASILAN INOVASI
Penciptaan
inovasi ini adalah di bawah kategori pembelajaran dalam talian dengan
membangunkan sebuah aplikasi portal pendidikan berkaitan simpulan bahasa dan
peribahasa Melayu. Penciptaan inovasi ini juga mewujudkan aktiviti pembelajaran
melalui kuiz penilaian yang pelbagai. Dalam projek inovasi kali ini, pembangun
inovasi menggunakan beberapa perisian komputer yang sedia ada secara atas
talian untuk membantu pembangun inovasi membuat reka bentuk isi kandungan dan
aktiviti mata pelajaran bahasa Melayu mengikut kesesuaian sasaran pengguna.
Jadual 1 memaparkan perisian yang digunakan dalam penciptaan inovasi digital
pendidikan.
Jadual 1:
Laman Sumber Pendidikan yang digunakan dalam
Penciptaan Inovasi.
Antara elemen
inovasi yang terkandung dalam aplikasi inovasi SiBaPe adalah kuiz penilaian.
Terdapat empat jenis kuiz penilaian diperkenalkan dalam penciptaan inovasi
digital ini. Setiap jenis kuiz menggunakan teknik dan rangsangan yang pelbagai
bagi mencapai matlamat inovasi. Jadual 2 menunjukkan kandungan elemen kuiz
penilaian, inovasi SiBaPe.
MANUAL PENGGUNAAN
Inovasi SiBaPe
telah membangunkan sebuah aplikasi tersendiri yang memuatkan enjin carian
peribahasa, simpulan bahasa, contoh karangan dan kuiz penilaian. Penghasilan
aplikasi ini dibentuk daripada gabungan tiga projek utama daripada setiap ahli
kumpulan.
|
Ahli 1:
|
Enjin Carian Peribahasa
|
|
Ahli 2:
|
Enjin Carian Simpulan Bahasa
|
|
Ahli 3
(Nurlyana Binti Ezani) :
|
Aplikasi Kuiz
Penilaian dan Karangan Periabahasa
|
Dalam Manual pengguna ini, saya akan menjelaskan cara
memuat turun aplikasi utama SiBaPe dan cara mengakses ke portal kuiz penilaian
dan karangan peribahasa.
Bagi pengguna
yang pertama kali ingin mengakses aplikasi inovasi SiBaPe, anda boleh mengakses
aplikasi ini menggunakan dua platform. Bagi mendapatkan platform yang sempurna,
anda perlu menggunakan telefon pintar android. Terdapat dua cara mengakses
Aplikasi Inovasi SiBaPe:
CARA PERTAMA:
Imbas kod dalam
gambar 1 dan muat turun aplikasi ‘inovasi SiBaPe’ ke dalam telefon pintar android
anda. Sekiranya anda keliru, anda boleh menonton video manual penggunaan aplikasi
SiBaPe dengan mengimbas pada kod dalam gambar 2.
Gambar
1: Kod
Aplikasi Inovasi SiBaPe Gambar
2: Kod Video Manual Penggunaan
Sekiranya anda
tidak mahu menonton manual penggunaan melalui video seperti dalam gambar 2,
saya akan tunjukkan cara memuat turun aplikasi tersebut secara visual pada
bahagian ini.
LANGKAH 1: Imbas kod pada gambar 1.
LANGKAH 2: Klik butang ‘INSTALL’ seperti dalam gambar 3.
Gambar 3: Aplikasi di Playstore.
LANGKAH 3: Klik butang ‘ADD TO HOME SCREEN’ seperti dalam gambar
4.
Gambar 4: Add To Home Screen
LANGKAH 4: Klik butang ‘ADD AUTOMATICALLY’ seperti dalam gambar 5
Gambar 5: Add Automatically
LANGKAH 5: Apabila terpapar gambar 6, anda perlu tunggu dalam
tempoh 10 saat untuk paparan utama muncul.
Gambar 6: Splash
Screen
LANGKAH 6: Paparan Utama. Sila klik simbol tab di bahagian atas
sebelah kiri untuk melihat perincian produk dalam aplikasi.
Gambar 7: Paparan Utama
Sekiranya anda
tidak mahu memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon bimbit, anda juga boleh
menggunakan komputer untuk mengakses aplikasi inovasi digital ini seperti dalam
gambar 8.
ALTERNATIF KEDUA: MENGGUNAKAN WEB/ KOMPUTER
Klik pautan: http://m.appbuild.io/ta76b
Gambar 8: Paparan Utama di Web
Setelah anda
memuat turun aplikasi utama, anda perlu melihat ruangan ‘Kuiz Penilaian’ dan ‘Karangan
Peribahasa’. Berikut adalah manual penggunaan akses ke portal inovasi yang
dibangunkan secara individu.
PRODUK INOVASI SAYA: KUIZ PENILAIAN
& KARANGAN PERIBAHASA
LANGKAH 1: Setelah memasuki halaman utama aplikasi, anda perlu
klik ‘KUIZ PENILAIAN’
LANGKAH 2: Setelah klik
‘KUIZ PENILAIAN’ akan terdapat 4 Jenis Penilaian dan rekod pentaksiran.
LANGKAH 3: Anda boleh klik
pada ruangan yang ingin diakses.Terdapat 4 Jenis Penilaian dan Rekod Pentaksiran.
LANGKAH 4: Seterusnya, bagi mengakses contoh karangan peribahasa
bertemakan nilai murni, sila klik ‘KARANGAN PERIBAHASA’
Setelah selesai,
kembali ke ‘LAMAN UTAMA’ dan keluar daripada aplikasi. Demikianlah cara
penggunaan aplikasi digital produk inovasi SiBaPe. Selamat mencuba.