Followers

Tuesday, June 2, 2020

PISMP SEMESTER 6

Assalamualaikum dan hi...

Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yang telah saya lalui sepanjang semester 6 dalam opsyen Bahasa Melayu (PISMP). 

Saya merupakan siswa guru ambilan Jun 2017. 

Kini, baru sahaja selesai peperiksaan akhir semester dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk meneruskan semester berikutnya. 

Cepatnya masa berlalu, selepas ini hanya berbaki dua semester sahaja. Sememangnya pasti lebih mencabar. 

Baiklah, perkongsian kali ini saya tujukan kepada rakan-rakan junior lain yang bakal menempuh semester 6 untuk mendapatkan gambaran awal tentang perjalanan pada semester ini. 

Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan.... 

     Untuk pengetahuan kalian, sepanjang lima semester yang telah saya tempuhi tidaklah sesukar semester 6. Semester ini sedikit sibuk dan memerlukan pembacaan yang banyak.

 Nak tahu sebab apa? 

haa saya kongsikan dahulu senarai kursus/subjek yang akan kalian pelajari.



Senarai Kursus Semester 6: Opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Semantik Bahasa Melayu (BMMB 3123), 

Subjek ni, agak sukar untuk mendapat kefahaman mendalam. Secara umumnya, subjek ni banyak fokus berkaitan makna-makna ayat, analisis maksud peribahasa dan segala perkara yang mengkaji tentang makna ayat. Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu 

60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

    Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami menerangkan fitur makna, makna leksikal dan makna ayat dalam bahasa Melayu.

    Analisis Peribahasa (25%) -1000 patah perkataan-
Pada bahagian ini, pensyarah menyuruh kami analisis peribahasa yang bertemakan alam Melayu dan perlu ceritakan perubahan makna yang berlaku dalam 10 peribahasa yang dipilih untuk dianalisis.

    Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan kumpulan pula kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Hubungan Etnik. Tajuk masa tu suruh kami hasilkan teks (fiksyen atau fakta) yang menerapkan Teori Semantik beserta kepentingannya.

Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran kursus ini. 

Baiklah, untuk kursus Semantik bahasa Melayu (BMMB 3123), 

kalian akan pelajari 14 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di bawah. 

 
(p/s: setiap tahun berkemungkinan ada kemas kini dan penambahan maklumat, saya hanya kongsikan RMK pada zaman kami belajar hehe)



Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan bahasa Melayu

Subjek ni pula.... membosankan haha... sebab banyak sangat pasal sejarah huhu. Satu lagi, subjek ni ada perkaitan juga dengan semantik. Bila belajar subjek ni kita asyik kena terjemahkan teks je. 

Kita juga akan belajar macam mana nak pilih istilah dalam bahasa Melayu yang tepat bagi mendukung maksud terjemahan inggeris tadi. 

Baiklah, pentaksiran pula akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

     Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami membincangkan tentang sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula abad ke-20 sehingga kini serta peranan Kamus Dewan dalam perkembangan pendidikan bahasa Melayu di negara ini.

     Terjemahan Teks (25%) -1000 patah perkataan-
Pada bahagian ini, pensyarah menyuruh kami memilih jurnal akademik bahasa Inggeris dan terjemahkan teks mengikut kaedah terjemahan yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.

    Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan kumpulan pula susahhh sangat sebab kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Asas Penyelidikan dan Inovasi Digital. Jadi, kami buat ja la setakat yang mana kami faham. Tajuk masa tu suruh kami bincangkan isu-isu berkaitan perkamusan dan peristilahan yang dihadapi guru-guru BM dalam mengaplikasikan alat digital untuk PdP BM.

Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Sekarang, saya nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi kursus ini.

 
 (p/s: setiap tahun berkemungkinan ada kemas kini dan penambahan maklumat, saya hanya kongsikan RMK pada zaman kami belajar hehe)


Baiklah, untuk kursus Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan bahasa Melayu (BMMB 2113), kalian akan pelajari 15 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di atas.



 Penulisan Sastera Kreatif Kanak-Kanak 

Kursus ini mempunyai 3 jam kredit dan sememangnya memberi kesan yang besar dalam menentukan pointer keputusan nanti. 

Jadi, kursus ini perlu diberikan perhatian lebih supaya dapat membantu kita skor dengan baik. 

Kursus ni lebih kurang macam subjek Kesusasteraan Melayu yang pernah kita belajar pada semester 2 tu...

 Cuma kali ini berfokus kepada kanak-kanak. 

Subjek ni sedikit relaks dan mudah sebab hanya perlu cipta-cipta cerpen, puisi yang berkaitan kanak-kanak. 

Haa.. ni saya kongsikan contoh soalan Kerja Kursus zaman kami:
Soalan Tugasan Subjek Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak
RMK tak dapat nak kongsikan sebab cari tak jumpa haha... maaf ya.



Asas Penyelidikan dalam Pendidikan 
(BMMB 3143) 

Kursus ni adalah palinggggggg pentingggg untuk diberi perhatian. Inilah pemula kepada penghasilan bukram/tesis kalian nanti. Jadi hadam dan kuasailah betul2 subjek ni. Bagi saya, kursus ini adalah satu perkara yang baharu. Kita tak pernah belajar dalam semester-semester sebelumnya. Maka, setiap istilah yang diguna pakai dalam kuliah tu agak rumit untuk difahami. 

Jad, tipsnya adalah dengan banyakkan membaca jurnal kajian penyelidikan berkaitan PdP. Dalam kajian-kajian yang dibuat selalunya ada banyak perkataan/istilah yang pelik tak biasa kita dengar.

Okay, seterusnya kalau nak cerita pasal pentaksiran... ia akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

     Kertas Cadangan Penyelidikan (60%) 
     –minimum 2500 patah perkataan-
Pada tugasan ini anda akan alami pelbagai dugaan dan cabaran haha. Perkara baharu yang dipelajari dalam tempoh yang singkat tapi perlu hasilkan proposal penyelidikan daripada bab 1 hingga bab 3. Tajuk kajian semestinya dah mula fikir dari awal. Tapi kalau fikir awal2 pun sampai ke akhir ada ja rasa nak tukar tajuk kajian tu lagi. Tugasan ini, kalian kena hasilkan proposal penyelidikan yang mengkaji isu /masalah dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Semestinya, kalian perlu fikir dari sekarang nak kaji pasal apa. Sebab kalau lambat fikir haih susah nak cari bahan-bahan saat akhir. Ini merupakan pembahagian bab dalam proposal penyelidikan:

BAB 1: PENGENALAN ( Latar belakang kajian, Penyataan Masalah, Objektif Kajian, Soalan Kajian, Kepentingan Kajian, dll)

BAB 2: KAJIAN LITERATUR ( Konsep fokus kajian, kajian lepas, teori kajian, kekuatan/kelemahan teori kajian, kerangka kajian, dll)

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN ( Reka bentuk kajian, Populasi dan Persampelan Kajian, Instrumen Kajian, Prosedur Pengumpulan Data, Prosedur Analisis Data, dll)

Setiap bab ada kandungan berbeza mengikut reka bentuk kajian anda. Sama ada kajian kualitatif atau kuantitatif.

    Pembentangan kumpulan (10%):
Tajuk masa tu suruh kami cari lima artikel yang mengkaji tentang inovasi dalam pendidikan bahasa Melayu. Kemudian, analisis metodologi kajian serta apa kepentingan metofdologi kajian itu.

Tapi..... zaman kami, last minute exam dibatalkan sebab PKP tu. Maka 100% tu memang bergantung sepenuhnya pada proposal (kertas cadangan penyelidikan tu).

Demikianlah, gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Apapun, mulai sekarang kalian dah mula membaca jurnal-jurnal kajian pdpc bahasa Melayu. FAHAMI setiap elemen yang perlu ada dalam membuat sesuatu kajian.





Pendidikan Inklusif (BMMB 3132)

Subjek ni pula lebih mendalam tentang Pendidikan Khas. Kita akan belajar tentang jenis-jenis Murid Berkeperluan Khas, cara atau strategi mengajar MBK, Cara menyediakan RPH versi Inklusif yang kita panggil RPI: Rancangan Pengajaran Individu dan banyak lagi.

Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:

Penulisan Akademik (20%) -600 patah perkataan-
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.

Penulisan Rancangan Pendidikan Individu (20%)
Pada bahagian ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus perdana.

Pembinaan bahan bantu mengajar (20%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan bersama murid biasa dalam kelas perdana.



Inovasi Digital dalam PdP (BMMB 3152) 

Inovasi ni macam biasa, kalian perlu ada idea untuk hasilkan sebuah inovasi. Tapiiiii mestilah menggunakan teknologi digital. Maka, mulai sekarang cubalah explore berkaitan aplikasi-aplikasi yang boleh anda guna dan bangunkan untuk masukkan elemen inovasi anda.

Subjek ni juga kalian akan belajar banyak sangat model dan teori inovasi ni. Benda yang paling serabut masa kami belajar tu adalah 


"MODEL TRIALOGIKAL" 

Ha.... khatam betul-betul la pasal benda ni. Nanti banyak benda aktiviti yang perlu kalian gunakan model ni.

Seterusnya, pentaksiran akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 4 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:

Projek Inovasi (70%)  
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.

Laporan Projek (10%)
Pada bahagian ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus perdana.

Pembentangan (10%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan bersama murid biasa dalam kelas perdana.

Kuiz (10%)
Sekarang, saya nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi kursus ini. 


Kalau kalian nak tengok cara-cara kendalikan Inovasi ni boleh lihat entri saya pada pautan ini:



Hubungan Etnik (MPU 3122) 

Kursus ini paling.... mudah. Dia banyak ulang kaji balik pasal sejarah yang kita belajar masa Form 1-Form 5 tu lepastu ada kaitan sikit dengan sivik dan pendidikan moral. 

Pentaksiran subjek ni akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja. 

Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:

Penulisan Ilmiah (60%)  
Pada zaman kami, soalan esei suruh kami bincangkan tentang unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Pembentangan (20%)
Untuk bahagian ni, kita kena hasilkan slaid powerpoint dan bentangkan tajuk yang ditetapkan.

Kuiz (20%)
Kuiz hanya perlu menjawab soalan struktur.


BUKU-BUKU SEMESTER 6 

Di sini, saya ingin kongsikan juga buku yang sangat berguna dan membantu untuk dijadikan nota pembacaan: tapi tak semua buku yang saya sempat tangkap gambar.... ni sekadar beberapa buku yang berguna dan saya guna sepanjang sem 6



        

    

     


           



Okay, itu sahaja perkongsian saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya. 

Semoga berjaya menempuhi semester 6 nanti.

Saturday, May 30, 2020

INOVASI: Laman Web Inovasi Google Sites

Hari ini saya kongsikan kepada anda beberapa pautan laman web inovasi yang dibangunkan oleh saya dan kumpulan saya. Untuk pengetahuan kalian, inovasi perlu dikomersialkan supaya mendapat manfaat ramai pihak. Namun jangan lupa untuk mendapatkan hak cipta karya supaya inovasi kita tidak boleh diciplak. Kalau nak tahu cara dapatkan hak cipta, boleh kunjungi blog saya pada entri berikut: hak cipta INOVASI

Untuk bangunkan laman web, paling mudah adalah menggunakan Google Sites. Saya menggunakan Google Sites untuk hasilkan laman web yang interaktif. Dengan menggunakan Google Sites, kita boleh muat naik segala video intervensi, gambar-gambar produk inovasi kita di situ. Borang maklum balas juga kita boleh selitkan di pautan blog Google Sites kita.

Bagi subjek Inovasi Digital, laman web ni semestinya diperlukan untuk bahagian pengkomersialan. Jadi jangan lupa untuk buat laman web bagi setiap inovasi yang telah kalian cipta. Di sini, saya tunjukkan laman web pasukan inovasi kami:








Semoga kalian mendapat idea. Selamat mencuba. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan info terkini tq.

Friday, April 24, 2020

Tercekik Tulang Ikan: Cara Menyelesaikannya


Salam... Haa, harini nak kongsikan sedikit pengalaman ayah saya tercekik tulang ikan. Ibu masak sedap sangat, ayah makan penuh selera. Tup..Tup.. ayah terdiam sekejap.  

"Habislah"

Semalam ibu masak asam pedas kepala ikan. Dari awal mula nak makan, ayah berkali-kali kata

 " Hati-hati makan tu, kuah tu ada tulang. Rasa dulu, baru telan"

Tapi, selepas beberapa minit, ayah pula yang tercekik tulang. Besarnya tulang tu bukan kepalang.


Tercekik Tulang Ikan Ketika Makan? Ini 6 Makanan Yang Boleh ...


 Macam-macam petua kami guna

Pertama sekali, ibu cepat-cepat kepal Nasi menjadi bebola kecil dan telan perlahan-lahan supaya tulang yang terlekat dapat ditolak bersama nasi.  Sudah 5-6 gumpalan nasi ditelan, tapi tulangnya masih juga tidak mahu pergi. Masih terasa tercucuk di bahagian kerongkong. Selera makan ayah juga sudah tiada. Ayah terus bangun pergi ke sinki. Berkali-kali cuba memaksa diri mengeluarkan tulang. Tapi semakin sakit.

Kemudian, ibu bagi pula Pisang. Ayah ikhtiarkan juga untuk telan pisang itu perlahan-lahan mengikut saiz yang berpadanan. Tapi, tulang masih tersekat. Haih.... susah betul tulang tu nak keluar. Barangkali, besar tulang tu. Disebabkan tulang tu tak nak keluar juga, ayah terus minum Air suam dan selawat sebelum meminumnya. Hanya mampu berdoa tulang itu keluar dari kerongkong. 

Tulang yang tersekat itu menyebabkan ayah tidak selesa. Seharian juga ayah mengeluh rasa sakit. Bila nak baring/tidur juga tidak selesa sebab sakit. Hampir 3 hari tulang tu terlekat, dan ayah taknak pergi klinik. Haih takut betul nak pergi klinik. Sepanjang 3 hari itu, ayah masih boleh makan nasi tapi kena makan yang lembik sebab tekak jadi sakit. Katanya, macam kena hiris dengan pisau sebab tulang tu tajam... Sepanjang 3 hari tu, macam-macam benda kami cuba, aku tak habis-habis jadi tukang 'torch' mulut ayah nak tengok bahagian kerongkong tu... Tapi tulang tu tak nampak. Yang nampak.... tekak ayah tu merah2 macam ulser tu yang ayah pedih nak telan makanan..

Setiap hari, ayah telan benda-benda yang bergumpalan supaya tulang tu hilang. Boleh dikira, setiap masa ayah telan pisang la, Roti la supaya tulang tu hilang. Ada juga orang suruh cuba minum Air Garam, Madu, Minyak Zaitun. Semua cara sudah diusahakan. Pada waktu malam hari kedua terlekat tulang tu.... ayah sampai keluar darah sikit di air liur sebabkan kerongkong yang sakit tercucuk tulang. Masa tu... kami memang marah sangat sebab ayah taknak pergi hospital.

Malam hari ketiga tu, masa ayah pergi kerja dan makan sahur... bila telan nasi ..... akhirnyaaaaaa tulang tuuuu pun ikut sama masuk ke perut. Tidak lagi tercucuk kerongkong ayah. Balik kerja tu ayah gembiraaa dan bersyukurrr sangat. Apapun, kalau kalian pernah tercekik tulang, ikhtiarkan dulu dengan pelbagai cara/petua. Kalau tak hilang juga dan mendatangkan bahaya..... kena la pi klinik check dengan Dr. 

Monday, April 13, 2020

PRAKTIKUM: Koleksi RPT & Dokumen Penjajaran Kurikulum BM dan PJ Tahun 2020

Assalamualaikum...
Posting kali ini, saya nak senaraikan koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pasca COVID bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. RPT ini sememangnya penting kepada setiap guru kerana RPT dijadikan panduan guru untuk mengikut sukatan pada minggu-minggu dalam tahun tersebut. 

Bagi guru pelatih bahasa Melayu khususnya, apabila menjalani praktikum di sekolah pastikan anda mendapatkan RPT daripada guru pembimbing masing-masing. Setiap sekolah ada RPT atau sukatan tersendiri mengikut DSKP. 

Ingat, jangan lupa untuk bertanya pada bahagian/topik mana yang patut anda sambung dalam PdP nanti mengikut RPT yang diberikan. Namun begitu, kadang-kadang cikgu sekolah suruh kita ambil RPT tersebut di laman web sahaja dan cetak sendiri.

Jadi, saya sediakan senarai pautan RPT bagi setiap tahun agar mudah untuk saya dan anda rujuk pada masa akan datang. Maklumlah, praktikum akan berlangsung pada bulan September nanti. RPT ini mungkin boleh dijadikan rujukan awal untuk mengetahui tema atau tajuk yang bakal diajar kelak. 

Satu lagi, nak kongsikan juga Dokumen Penjajaran Kurikulum. 

APA ITU DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM?

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). 

Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. 

Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap. Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. 

Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi kegunaan tahun 2020. 

(Rujukan: Kata Pengantar, DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM)


Bahasa Melayu Tahun 1 


Bahasa Melayu Tahun 2

Bahasa Melayu Tahun 3

Bahasa Melayu Tahun 4

Bahasa Melayu Tahun 5

Bahasa Melayu Tahun 6



Pendidikan Jasmani Tahun 1

Pendidikan Jasmani Tahun 2

Pendidikan Jasmani Tahun 3

Pendidikan Jasmani Tahun 4


Pendidikan Jasmani Tahun 5

Pendidikan Jasmani Tahun 6

Baiklah, itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Moga bermanfaat.

Friday, February 7, 2020

RUJUKAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU (SK)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Harini saya nak kongsikan pautan-pautan yang boleh dijadikan panduan untuk kita gunakan sebagai persediaan menghadapi praktikum di sekolah nanti. Pautan ini saya selitkan disini sebagai rujukan sendiri dan mudah untuk diakses pada masa akan datang. iyalah kadang-kadang kita pun lupa apa platform yang kita pernah gunakan untuk membuat pencarian kan...

1. PORTAL e-guru Kementerian Pendidikan Malaysia
http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/

2. PADU Unit Pelaksanaan Prestasi Pendidikan
https://www.padu.edu.my/my/

3. Educator Centre
https://education.microsoft.com/en-us


  • EDUWEB TV

http://eduwebtv.moe.edu.my/v1/


  • EDUWEBTV YOUTUBE



4. Laman Web Rasmi KPM
https://www.moe.gov.my/

5. Koleksi Surat Pekeliling
https://www.moe.gov.my/pekeliling?search=&category%5B%5D=65

6. Portal Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat
https://www.moe.gov.my/psh

7. Portal berkaitan segala urusan IPGKBM
My ITEMS: https://items.moe.edu.my/umum/
SMP(Sistem Maklumat Pelajar): https://pismp.moe.gov.my/e-pelajar/
e-Perpustakaan Lokman Musa: http://elib.ipg.edu.my/index.php/webopacipg
My POROMS (Praktikum): https://myporoms.malaysiacintaku.com/login_pelajar.php


8.  KOLEKSI DSKP BM (SK)

TAHUN 1
BM: https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucMTdsQVVoSHVER1U/view
PJPK: https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucYXN6bFhhdURKeFU/view

TAHUN 2
BM: https://drive.google.com/file/d/1o0U9d4u033WLwAOqc8FPYXoumcSyo2Fa/view
PJPK: https://drive.google.com/file/d/1cWnOXl1KJO2UivdDQkG1w6eP7km_OcrR/view

TAHUN 3
BM: https://drive.google.com/file/d/19RGPq8AwbgAKhSnyKefA4BEW0IqrMp5G/view
PJPK: https://drive.google.com/file/d/1WUEdSZzsUZK6mFFg1SXKihKEbYXs7ALy/view

TAHUN 4 (April 2018)
BM: https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/02/DSKP-KSSR-SEMAKAN-2017-BAHASA-MELAYU-TAHUN-4.pdf
PJPK: https://drive.google.com/openid=1ACa4E4W7lkoQ6HWbQPTEmnVpJqRfltsa


TAHUN 5 (Draf 2014)
BM: https://drive.google.com/open?id=1fdVJfK5315YnPqe6SmY-DnI1E65V-dl2
PJ: https://drive.google.com/openid=1PDa99BMXD_0vifNAEfD2UIlwLGZPHvad

TAHUN 6
BM: https://drive.google.com/file/d/0B-uZCc1niYRJbk15MmI0d0NqdFU/view
PJ: https://drive.google.com/file/d/0B-uZCc1niYRJUERveUxqY1h1NU0/view


Wednesday, January 1, 2020

TIPS PRAKTIKUM IPG

Pengalaman selama 3 bulan di sekolah semasa praktikum fasa satu, ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki untuk memastikan kualiti PdP saya lebih baik untuk praktikum akan datang. 

Jadi, hari ini saya nak kongsikan beberapa tip atau keperluan semasa Praktikum berlangsung:


1. PENGURUSAN FAIL PRAKTIKUM
Fail untuk praktikum ni bergntung kepada pensyarah pembimbing masing-masing. Macam saya, ada 4 fail praktikum.





* FAIL PORTFOLIO
Fail ni sebaiknya siapkan awal-awal sebelum praktikum sebab kalau dah mula praktikum memang x sempat nak sentuh pun, nanti last2 sebelum tamat praktikum barulah sempat nak buat pulun bagi siap


* FAIL RPH MAJOR
Fail ni perlu buatkan pembahagian siap2 bagi setiap minggu iaitu minggu 1-12. 

Pentaksiran juga saya letakkan di dalam fail ni supaya mudah untuk membuat rujukan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Pentaksiran juga saya buatkan pembahagian mengikut mingguan, supaya mudah untuk tally dengan RPH yang dihasilkan tu.


* FAIL RPH MINOR
Fail ni pun sama konsep macam fail RPH Major.

Pada asalnya, Fail ni x da pun, sebab saya gabungkan dengan fail RPH Major. 

Tapi, bila masuk minggu ke-6 mengajar tu, RPH dah mula banyak. Jadi sebab tu diasingkan bagi memudahkan.


* FAIL BBM MAJOR/MINOR
Okay, fail ni adalah fail yang paling serabut dan x cntik haha. Sebab semua BBM kertas saya akan letak dlm ni sebagai rujukan dan simpanan utk rekod apa2.

BBM tu ofkos la bkn yang maujud, kalau maujud mcm mana nk masuk fail kan.  Jadi, kalau bbm maujud tu saya akan tangkap gmbr dan tampal dlm fail ni. 

Jadi, akan dtg bila dah jadi guru kita boleh lihat semula BBM yang boleh kita buat untuk mengajar tu.

Kesimpulannya, nak buat fail ni, amatlah rumit. Tapi, kepayahan tu memberi kemudahan pada masa akan datang. Pensyarah pembimbing sentiasa beri motivasi suruh lengkapkan fail ni, kadang2 sampai tak tidur malam siapkan fail. Duit pun habis banyak asyik beli plastik jernih fail ni ahhahaha. Tapi, bila dah siap tu rasalah kepuasan tu.


     2.  PENYEDIAAN RPH 

Haih... benda ni lah paling sukarrrr sekali. 

Meskipun RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) dah ada perancangan untuk kita rangka apa nak ajar setiap minggu. Tapi itulah, bila praktikum ni benda yang dirancang awal tu selalu x menjadi. 

Yang last minute tu la yang menjadi kan. 

Tapi itu hanyalah mind set kita je. 

Kalau perancangan awal tu dibuat dengan rapi, takda masalah untuk benda tu dijalankan dengan lancar semasa PdP. 

Masalah masa saya x cukup sebab setiap hari saya kena buat 2-3 RPH. 
(1 RPH BM, 2 RPH PJ untuk tahun 5 dan tahun 3) 

Jadi, seminggu tu ada 9 RPH kena buat. Kalau nak rancang 9 RPH untuk sabtu dan ahad memang tak mampu nak siapkan pun. Sebab, sabtu ahad tu kita sibuk nak urus fail, siapkan BBM, dan nak rehat setelah seminggu mengajar kan.

Maka, saya rasa cara terbaik adalah kita siapkan template rph untuk seminggu tu. Siapkan terus dengan objektif pdp dan rancangan aktiviti yg mudah dulu. Mungkin tak perlu tulis secara perinci lagi sebab takut tak sempat kan. 

Apabila dah siap 9 RPH asas tu pada hari sabtu dan ahad, kemudian setiap hari sehari sebelum mengajar tu barulah kita buka rph tu dan edit semula dengan ayat penerangan penuh dan lampirkan lembaran kerja dan bbm semua tu. Mungkin cara ni lebih efisien untuk siapkan dan idea aktiviti tu tak hilang.


      3. PENGHASILAN BBM
Bagi penghasilan bbm ni ada pelbagai jenis. Kita pun dah belajar dalam subjek sebelum-sebelum ni. Jadi berikut adalah senarai jenis BBM yang sering digunakan semasa praktikum:

*BAHAN MAUJUD
Penyediaan bahan maujud ni kena rancang awal sebab bahan tu perlu dicari nak buat bahan tu guna apa. Nak membina bahan tu pun makan masa nak siapkan. 

Penghasilan BBM maujud ni juga perlu difikirkan nak buat besar mana ikut kesesuaian jumlah murid. 

Selalunya saya buat ikut jumlah kumpulan murid. Contohnya, bbm bumi alam sekitar, saya hasilkan 6 bumi untuk 5 kumpulan murid saya dan 1 sebagai contoh di hadapan. Apabila BBM ni dekat dengan murid, mereka lebih tertarik dengan pembelajaran tu. Sebelum ni bila saya buat 1 je paparkan dekat depan murid macam blur nak faham. 

Jadi, bila buat BBM untuk setiap kumpulan pdp lebih aktif. Tapi kita penat sikit la nak siapkan bbm yg banyak tu. Sepanjang 3 bulan ni saya buat BBM maujud ni dalam 6 kali la.


*BAHAN AUTENTIK
Okay, bahan autentik ni macam bahan sebenar yang ada di persekitaran. Bahan autentik ni selalunya guna untuk perancangan PdP yang dah takda idea nak buat BBM. 

Selalunya saya jadi pelakon watak apa2 ataupun murid yang saya pilih untuk menjadi watak ataupun saya bawa bahan semulajadi seperti pokok untuk dijadikan sebagai bahan autentik.


*BAHAN MULTIMEDIA
Bahan multimedia ni adalah bahan visual dan audio seperti tayangan video atau audio Mp3 yang hampir setiap kali PdP saya gunakannya untuk menarik perhatian murid abad 21 ni. 

Bahan ni pun mudah sahaja untuk disediakan. Cuma perlukan pembesar suara untuk pasang audio Mp3 tu. 

Kalau tayangan video tu, perlukan LCD. Saya yang takda LCD ni, memang saya pinjam makmal komputer sekolah sahaja. Selalunya untuk observe je saya pinjam untuk dibawa keluar dari makmal. Sebab kalau pinjam setiap hari takut menganggu penggunaan guru RBT pula kan. 

Jadi mana sempat tu saya pinjam la. Kalau taknak serabut kepala, belilah satu LCD bagi memudahkan. Saya takdak bajet pula nk beli LCD masa ni sebab duit dah banyak habis untuk benda-benda lain.


*BAHAN INTERAKTIF
Haaa.... bahan interaktif ni saya buat  dua kali sahaja sepanjang praktikum. Hal ini disebabkan kekangan komputer di sekolah. Sekolah ni menyediakan Chrome Book sahaja, takda komputer. 

Jadi, bahan interaktif untuk murid yang menggunakan Microsoft Powerpoint tak boleh guna dalam Chrome Book murid. Jadi, saya buat Google Slide, Pear deck, Kahoot, Edmodo, Google Docs yang digunakan selama seminggu PdP. 

Kesannya, PdP tak menjadi sangat ahahaha. 

Sebbab kekangan internet untuk murid akses. Jadi, masa banyak dihabiskan untuk loading web tu ja. Haih.... sedih betul.

Sebab kekangan tu lah, saya jarang gunakan bahan ini. Tapi, sebab dalam PdP memerlukan juga TMK tu pada setiap kali PdP, maka saya gunakan Plickers sebab Plickers tak memerlukan akses komputer setiap murid. Hanya menggunakan kad plickers yang dicetak setiap serang dan sebuah peranti pintar untuk guru megimbas kod jawapan murid.


*BAHAN BERCETAK
Bagi bahan bercetak ni ,ceritanya semua orang akan guna.

 Ni pilihan wajib pada setiap pdp.

 Lembaran kerja murid selalunya guna bahan bercetak. 

Di sini juga, duit habis banyak untuk fotostat kepada setiap murid. Namun, sekolah saya praktikum tempoh hari memang ada menyediakan perkhidmatan fotostat percuma kepada guru. Tapi.... mesti hantar sehari awal supaya tak berebut. Maklumlah.... kita ni last minute baru nak buat lembaran kerja. Akhirnya.... print sendiri di printer canon tu. Memang Ink Catridge habislah kalau difotostat untuk budak satu kelas. 

So, buatlah lembaran kerja awal2 supaya boleh fotostat utk seminggu terus. Lagipun, kalau kita nak fotostat banyak-banyak di kedai nanti dapat murah.

     4. REKOD PRESTASI MURID DALAM PDP
Bagi setiap PdP yang dijalankan, pasti mahu melihat hasil pencapaian murid sama ada objektif PdP tercapai ataupun tidak. Maka, penilaian perlu dibuat secara berkala. 

Oleh itu, rekod prestasi murid perlu dinilai berpandukan standard prestasi mengikut kemahiran bahasa dalam DSKP. 

Setiap pencapaian murid, saya lampirkan bersama bukti pencapaian murid yang paling cemerlang, sederhana dan lemah. 

Bukti itu adalah sebagai rujukan kepada kesahan markah prestasi yang saya berikan berdasarkan tahap pencapaian murid.


     5. WAKTU GANTI KELAS
Haa.... guru praktikal dengan kelas ganti ni memang biasa lah kan.

Jadi, dalam kepala ni perlu rancang pelbagai aktiviti untuk kelas ganti tu. 

Cikgu yang tidak hadir jarang sediakan aktivti untuk murid mereka buat, jadi kita perlu ada perancangan aktiviti menarik bila relief kelas tu.

Sebab, kalau setakat seminggu je relief takda masalah nak main-main. Ni, hampir 3 bulan kita di sekolah dan perlu relief. Kadang-kala, murid pun dah mula bosan dengan aktiviti yang sama. 

Pastikan kelas yang kita relief tu setiasa terkawal dan konten PdP tu mereka dapat. Pendek kata, sediakanlah aktiviti berkumpulan atau permainan bahasa, teka-teki atau kuiz yang sesuai dengan mata pelajaran yang kita relief tu.

     6. REFLEKSI RPH
Refleksi RPH ni sentiasa menjadi kelemahan saya nak siapkan on time. Jadi, cara terbaik untuk pastikan maklumat kita tulis refleksi tu tak menggoreng atau 'copy' je ayatnya… maka, setiap kali PdP bawalah RPH kita tu sekali kemudian catatkan siap2 dengan pensel berapa jumlah murid yang hadir. Siapa tak hadir tu catat namanya di bahagian RPH tu utk rujukan kita. 

Kemudian, murid yang kita rasa lemah tu catatkan juga namanya dan juga murid paling cemerlang kita catatkan namanya. Ini sebagai rujukan untuk tulis rekod prestasi murid nanti. 

Kelemahan sepanjang PdP dan kekuatan PdP yang dijalankan itu perlu diperhatikan secara keseluruhan supaya penulisan refleksi lebih pelbagai dan wujud cadangan penambahbaikan. 

Ingat! Refleksi ni memang wajib ditulis pada ruangan muka surat akhir RPH tu. Disinilah pensyarah akan semak dengan teliti.

     7. KAWALAN KELAS
Untuk kawalan kelas ni, semua boleh tengok balik subjek Pengurusan Bilik Darjah yang kita belajar dulu. 

Satu lagi, di Youtube juga ada banyak yang ajar tentang cara grab attention student in classroom

Banyakkan ambil idea daripada cara guru luar negara mengajar kemudian kita asimilasikan ikut kesesuaian PdP BM supaya PdP kita lebih menarik.

    8. PENGURUSAN BUKU/LATIHAN MURID
Bagi melancarkan pengurusan latihan murid, 

Saya sediakan fail kepada setiap murid dengan label nama mereka pada hari pertama saya mengajar.

Tapi, bila dah lama-lama guna fail ni saya lihat ianya menyukarkan proses rujukan dibuat sebab tiada susunan yang betul mengikut kemahiran bahasa (tatabahasa/ karangan/ ulasan) ataupun mengikut tarikh PdP tersebut. 

Jadi, pada bulan ketiga mengajar, saya mula mengumpul semua buku murid dan menyediakan tag nama pada setiap buku mereka dan sediakan indeks bagi setiap buku tersebut. 

Indeks itu saya seragamkan untuk memastikan mereka semua telah menghadapi PdP sepanjang saya mengajar. 

Bagi murid yang tidak hadir, mereka juga perlu memastikan lembaran kerja itu dibuat. Apabila setiap lembaran kerja ditampal dalam buku dan tally dengan indeks, maka sistem kerja murid lebih efisien. 

Apabila menjelang peperiksaan, murid juga lebih mudah merujuk buku untuk belajar karangan, tatabahasa ataupun ulasan. Jadi, tak perlu lagi sediakan fail. Cukuplah sekadar buku yang guru sebelum ini sediakan. Kita hanya sambung tugas tu dan pastikan mereka lengkapkan tugasan dan tampal dalam buku tu. 

Kita kena rajin tanda buku murid supaya mereka tak mengelat untuk siapkan tugasan yang kita beri tu.



Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat.



Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R https://youtu.be/1KdFovrKysU?si=ZVSJuXhSxeUK3Guo Be...