Lama juga tak menulis di blog ni. Huh semester 7 kami ni memang padat dan sentiasa mengejutkan😂. Jadi, kuranglah masa nak kemas kini blog. Untuk pengetahuan kalian, saya baru sahaja tamat praktikum fasa kedua yang berlangsung selama 3 bulan bermula 14/9/2020-4/12/2020. Sememangnya, praktikum pada musim pandemik COVID-19 ini memberi banyak pengalaman baharu buat saya.
Disebabkan kami berpraktikum di kawasan Kuala Lumpur... Maka hanya sebulan sahaja kami sempat berpraktikum bersemuka dengan murid di sekolah. Berbaki dua bulan berikutnya, kami hanya mengajar secara atas talian. Nasib baik, di IPG kami ada belajar kursus TPP(Teknologi dlm Pendidikan) dan Inovasi Digital. Hehe berguna juga ilmu yang dipelajari secara teori tu sebab kami dapat aplikasikan semasa praktikum fasa kedua ni. Haa disebabkan COVID-19, banyak perkara telah diterhadkan sebab semua perlu mematuhi SOP yang digariskan. Saya pula mengajar Pendidikan Jasmani😅. Bertambah-tambahlah perkara yang perlu difikir supaya PdP PJ itu dapat dijalankan seiring pematuhan kepada SOP.
Entri kali ini, saya hanya ingin bercerita pengalaman yang dilalui sepanjang praktikum fasa kedua. Untuk penerangan mengenai tips mengendalikan praktikum fasa kedua pada musim COVID-19 ni akan saya ceritakan pada entri akan datang hehe.
Haaa praktikum fasa kedua ni agak mengejutkan bagi kami haha. Sebab semasa praktikum fasa pertama, kami boleh memilih rakan praktikum sesama sendiri. Tapi, kali ini semua ditetapkan oleh Unit Praktikum. Pada permulaannya, memang hampir semua tak boleh terima hakikat😂😂😂. Macam-macam lagi yang jadi. Asalnya, kami kena berpraktikum di kawasan Rawang, Selangor. Agak jauh perjalanan jika bergerak dari kampus. Maka, kami mulalah memikirkan cara nak cari rumah sewa sahaja nanti. Kemudian, punya kami syok berbincang dengan rakan praktikummate sendiri-sendiri... Kemudian, perubahan lagi berlaku disebabkan kami membuat permohonan untuk Unit Praktikum mempertimbangkan nasib kami sekiranya berpraktikum jauh dari kampus. Oleh itu, setelah berbincang dan kata putus dibuat adalah untuk kami berpraktikum di sekitar KL. Tapi....... Syaratnya...... Praktikummate dan Sekolah Praktikum kami akan ditetapkan oleh Unit Praktikum. Inilah kejutan yang saya maksudkan tu😅. Macam-macam perancangan yang kami rancang dengan praktikummate lama yg fasa satu tu.... Sekali... semua kena rombak. Awal-awal ja semua melenting hehe tapi itu biasa la kan... Tapi inilah memori kenangan hahahah.
Setelah ditetapkan, saya dapat berpraktikum di SK Desa Setapak. Sekolahnya 22km jika bergerak dari kampus. Rakan praktikum pula, saya digandingkan dengan seorang rakan sekelas dan tiga lagi rakan dari kelas minor Pendidikan Moral. Kami ada lima orang keseluruhannya. Alhamdulillah, perancangan yang diatur baik semuanya. Saya dapat mengenal lebih rapat dengan rakan praktikum yang baharu ni hehe. Maka, bermulalah merancang perjalanan untuk berpraktikum selama 3 bulan ini.
Inilah sekolah praktikum fasa kedua kami |
Semasa semua pulang ke kampus pada 3 hari sebelum praktikum bermula... dapatlah kami pergi melawat sekolah seketika untuk melihat laluan perjalanan ke sekolah.
Ini gambar kami pi melawat sekolah sehari sebelum praktikum bermula |
Maka, bermulalah episod kami di sekolah. Praktikum fasa kedua, saya ditugaskan untuk mengajar BM Tahun 3, PJ Tahun 1 dan 5. Ini merupakan cabaran baharu untuk saya tempuhi. Sebab semasa fasa satu, saya hanya mengajar murid tahap 2. Kali ini, kena lebih mesra dan bahasa pun perlu direndahkan sedikit hehe supaya murid tahap 1 mudah didekati. Saya seronok sangat mengajar tahap satu. Kepuasan apabila murid yang lemah dapat menunjukkan peningkatan.
Bercerita tentang SOP di sekolah memang kami perlu jaga sepenuhnya. Murid makan pun di kelas. Bukan lagi di kantin. Jadual yang diatur rapi pihak sekolah semuanya dipatuhi bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid dan guru terjaga. Aktiviti di dalam kelas juga sentiasa dijaga terutamanya perkara yang melibatkan pergerakan murid. Setiap sekolah ada perbezaan dari segi pengendalian. Macam sekolah saya, aktiviti PJ dan Kokurikulum masih boleh dilaksanakan. Ini mungkin sebab sekolah kami tidak ramai murid. Jadi, penggunaan ruang masih luas untuk mengamalkan penjarakan fizikal.
Pelaksanaan PJ di padang sambil menekankan SOP ni.... Memanglah mencabar😅. Terjerit-jerit sepanjang masa
"Hey SOP! Hey mana SOP kamu!
Jangan sentuh kawan!
Jarak! Jarak! Jarak!
Basuh Tangan!"
hahah itulah perkataan yang dah jadi satu kebiasaan baharu😂. Sebelum ni kami jerit suruh murid senyap, sekarang jerit suruh jaga SOP. Tapi, semuanya mudah. Murid patuh SOP, mereka tahu bahaya COVID-19 ni. Cuma kadangkala mereka terlupa. Itulah yang perlu diingatkan kembali. Haaa, semasa PJ di padang, saya sentiasa memastikan murid bergerak dan menjalankan aktiviti mengikut SOP.
Dapat juga mengajar di padang dalam 3-4 kali. Selebihnya, memang belajar PJ di dalam kelas sebab... Kalau kes Covid naik ja pada hari semalam.... Maka, cikgu-cikgu memang tak galakkan PdP PJ di luar sebab risaukan keadaan semasa. Begitu juga Kokurikulum yang bertangguh juga dalam 2 perjumpaan sebab kes COVID yang meningkat naik. Ini semua untuk menjaga keselamatan warga sekolah.
Kemudian, kerajaan pun mengumumkan bahawa kawasan KL perlu menjalani PKP. Pada mulanya, kami sangkakan hanya 2 minggu. Sekali... 2 bulan terusssss sebab kes COVID 19 yang kembali meningkat. Di sinilah kami mula menjalani praktikum secara atas talian. Perkara baharu yang perlu disesuaikan sememangnya mengambil masa.
Saya terus belajar cara mengendalikan kelas secara atas talian. Sememangnya, guru pembimbing banyak membantu. Saya pun mula bangunkan Google Classroom untuk setiap subjek yang saya ajar. Ini sebagai platform pembelajaran murid dan sebagai bukti pelaksanaan PdP saya pada musim PKP ini.
Inilah kelas yang saya bangunkan di Google Classroom bagi memudahkan rekod PdP saya sepanjang praktikum atas talian |
Bagi saya, praktikum atas talian juga menarik. Tidak menjadi halangan selagi kita berusaha untuk sentiasa menambahkan diei dengan ilmu tentang ICT. Berkaitan isu murid tak dapat sertai kelas bukanlah alasan untuk terhadkan kreativiti PdP kita.
Saya tetap teruskan PdP seperti sebelum ini. Penulisan RPH masih sama mengikut cara penulisan yang ditetapkan IPG, cuma saya sesuaikan dengan medium pengajaran yang berbeza. Pada mulanya, memang stres sebab kami macam layang-layang terputus tali😅. Namun, setelah perkongsian pendapat daripada rakan-rakan, guru pembimbing dan pensyarah, maka kami dapat jalankan PdP secara atas talian selama dua bulan dengan lancar.
Kemudian tamatlah praktikum kami dengan jayanya. Alhamdulillah.....
Entri berikutnya nanti saya kongsikan amalan PdP yang saya gunakan secara atas talian😀. Itu sahaja untuk hari ini.
Terima kasih setia mendengar celoteh saya hehe😂🌸. Jumpa pada entri akan datang.
Jangan lupa baca entri di bawah: