Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan
Ada rakan IPG yang tanya soalan, bagaimana nak buat jadual
belajar di IPG? Bagi saya, belajar di IPG ni perlu pengurusan masa yang
sistematik. Bukannya apa, IPG ni banyak program dan aktiviti yang perlu kita
ikuti. Semuanya untuk melahirkan guru yang holistik. Sebenarnya, anda tak perlu
buat jadual profesional dan pasti memang anda tak kan ikut. Oleh itu, buatlah
jadual belajar yang berkesan sebagai panduan untuk anda rasa selesa dan mudah
untuk ikuti.
Berikut dikongsikan adalah Jadual Semester, Bulanan,
Mingguan dan Harian yang saya gunakan sepanjang di IPG:
Apapun:
1. Lihat kemampuan anda sekarang, maksud saya pencapaian
yang anda target untuk capai pada akhir bulan atau semester.
2. Semangat untuk baca atau sertai mana-mana bengkel input
pengetahuan baharu pada setiap bulan.
3. Kursus yang ada kredit besar perlu diberi fokus lebih.
4. Pastikan ada juga masa rehat untuk menenangkan diri kita
daripada segala tugasan.
JADUAL SEMESTER |
JADUAL MINGGUAN DAN HARIAN |
Jangan lupa baca entri di bawah: