Followers

Friday, November 30, 2018

IPG PISMP: Sem 1-English Language Proficiency

Sekarang... saya nak kongsikan beberapa kerja kursus semasa PISMP semester 1 untuk subjek ELP. Untuk subjek ini, tiada peperiksaan akhir tahun yang akan dikenakan. 

Jadi... kalian kena pulun habis-habisan untuk tugasan dan kuiz. Pengalaman saya, subjek ni mudah. 

Susahnya sikit ja pada bahagian speaking tu. Kalau yang dah pandai BI tu takda hal la... Ok... bila kena buat graphic organiser pastikan kalian buat peta minda yang isinya padat,ringkas dan sesuai dengan tajuk tugasan. 

Insyaallah mudah.


TASK 2: GRAPHIC ORGANISER

TASK 3: GRAPHIC ORGANISER

TASK 4: ESSAY (20%)
How to be an effective teacher based on your experiences as a second language learner.

Learning new things can be challenging especially when it comes to a second language learning. To learn another language efficiently, we have to practice the language in our daily life such as try to expose ourselves in English conversations. Most people face trouble in learning another language because they have a first impression that this matter is difficult. There are too many grammar rules in writings and in communications that makes English seems hard to learn. Based on my experiences as a second language learner, worrying about our ability to speak fluently and use the proper words always be the causes that make English very hard for us to cope and adapt. We are always afraid of making mistakes which leads to failure. From these thoughts, we can be an effective teacher by having a greater motivation in learning the language to understand English better.

As a teacher, we need to remember that learning English is a process that takes time to understand and requires lots of efforts to get better at it. Nevertheless, we should be able to find an effective way by taking things progressively by helping the students in improving their knowledge step by step. When I was in primary school, my English teacher would assist us in studying and revising English regularly to help us understand and get used to it. This can be seen through vocabulary activities. The students will update new words and respective meanings every day in their album cards. Then, they will review the words that they have learnt after the lesson. This will improve their English level to a wider range of vocabularies. To be an effective teacher, we can make learning process more creative and interesting. For instance, listening to good songs and asking the students about the vocabularies in those songs. Through this way, we shall grab the chance to implement our innovation skills by teaching language with simple method continuously.

Moreover, teachers who were a second language learner must realize how important communication skills are in the learning process. Whether a teacher is successful in being an effective teacher, it is determined by what have been contributed. Despite, good in writing, reading and listening, speaking skills is the most challenging part for teachers. However, successful teacher comes from good communicators. I remember the way my school taught students the basic methods of communication skills. My confidence level increased through public speaking, drama and poem recitations. It also helps me in improving my pronunciations in English. Students will enjoy and actively participate activities in classrooms which encourage students to speak in informal and formal situations during class. Teachers should always give positive feedbacks and motivational supports in order to improve students’ speaking skills. In reality, speaking skills is one of the criteria that should be concerned and make students to have the courage to speak in their daily lives.

Having to learn a new language necessarily involves developing writing skills. An effective teacher can help students to understand the grammar rules in writing. There are too many grammatical competence which required language user to master the vocabularies, grammars, spellings and sentences formation. Thus, by writing a diary can encourage students to describe their daily activities and make them excited when writing it. According to my experience, a ‘Writing Camp’ shall improve their writing skills directly. In this case, to achieve the objectives in learning writing skills, teachers should help students to overcome a writer’s mental block by trying to make them calm and encourage them to write freely without bounds. Whenever teachers carry out these sort of activities, be sure to give students feedbacks on how to correct their writing and appraise their efforts. Group discussions with classmates and teachers will improve their writing skills greatly as this would help them to organize their ideas to form essays.

As a conclusion, learning English can be fun if it is being taught effectively. It starts with curiosity, enthusiasm and eagerness to learn English as a second language. An effective teacher may foster a good learning process by conducting absorbing activities, exercises and practices as well as apply pedagogy techniques correctly. If we beIieve and have optimistic thoughts that we can do well, then we can do it definitely. To be an effective teacher, a positive self-image will give more confidence in improving language skills for students and teachers.

Ok... itu sahaja... Terima kasih sudi membaca.

Cara Daftar Warranty Printer Canon E410

Hai , Saya baru sahaja balik dari kedai printer. Beli printer baru...... Sebenarnya, printer asal canon E400 tu dah rosak... huhu.... dah 2 tahun guna.... last2 rosak. Bila hantar ke kedai, dia cakap kos nak baiki tu RM150 camtu. Kerosakannya  dikesan lepas printer tu langsung tak boleh nak print apa2. Lepastu lampu oren tu kelip2 7 kali (7flash). Rasa menyesal tak daftar warranty masa awal2 dulu. Haih sebenarnya saya tak tahu kena daftar online. Kalau tak daftar online... 1 tahun je warranty di kedai tu. Kalaun nak full 3 tahun kena daftar online di laman rasmi canon sendiri. Jadi, saya malas nak baiki sebab kosnya mahal.... Jadi, saya belilah printer baru. Canon E410 harga RM230 haa mahal la juga. Kalau tengok online lagi murah. Tapi saya lebih yakin pi beli kat kedai tu, sebab dia boleh tolong install kan siap2 dalam laptop saya. Maklumlah.... saya ni tak pandai nak install benda2 melibatkan IT ni. Lepas balik je... terus saya daftar online. Nak tahu macam mana? senang je....


 1. Klik atau copy pautan berikut dan paste di google : https://ylwc.canon.com.my/users/register
2. Daftarkan diri anda di bahagian 'register'

3. Bolehlah isi maklumat diri anda pada ruangan berikut.Pastikan kalian daftarkan segera sebelum 14 hari dari tarikh pembelian printer tu. Serial Number tu kalian boleh ambil dekat kotak printer tu. Lepastu, snap gambar resit pembuktian belian tu lepastu upload. Ingat gambar tu kena convert siap2 kepada JPEG. Lepas dah daftar semua tu, dia akan verify melalui emel kita. Buka emel, tekan link yang dia bagi tu. Lepastu, Confirm. 



Mudah sahaja. Lepastu dapatlah 3 tahun warranty. Ok tu je nak share.


Wednesday, November 28, 2018

IPG PISMP: Apa Subjek PISMP Minor PJ?



Tahun pertama di IPG dinamakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang mirip dengan program Asasi di Universiti Awam. Setelah itu, siswa IPG yang layak akan melanjutkan pengajian 4 tahun ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bila dah mula masuk ijazah, jangan sesekali bazirkan masa. Masa itu suntuk sangat. Nak skor pun agak mencabar. Semuanya kerana, pensyarah amat mementingkan kualiti kerja kursus yang akan kita hasilkan. 

Bila dah masuk PISMP ni, setiap pelajar perlu ambil kursus elektif sebagai minor anda. Kalian boleh pilih nak bidang mana. Macam saya, saya ambil elektif Pendidikan Jasmani.


Mesti ramai yang tak tahu nak ambil minor apa kan bila disuruh buat pilihan.... Pada asalnya, saya langsung tak terfikir nak ambil minor PJ. Sebab berdasarkan pemerhatian saya, ramai senior yang kata ambil minor PJ ni mencabar. Banyak amali yang perlu dilakukan untuk mendapatkan skor markah. Jelaslah, nak ambil PJ ni memang kena kuat mental & fizikal. Bila disuruh untuk buat pemilihan minor apa yang kita mahukan, saya telah pilih minor Matematik. Saya memang minat Matematik. Pada hemat saya, ambil minor Matematik ni untung. Bila jadi cikgu nanti boleh mengajar murid utk UPSR mereka nanti, boleh buat tuisyen n macam² lagi. Kalau ambil PJ mesti ramai orang pandang lekeh n tak penting. Itu hanyalah tanggapan awal saya. Setelah saya maklum kepada ayah untuk saya ambil minor Math... Ayah pula melarang. Kata ayah, major BM sudahlah susah. Asyik menghadap laptop je nak siapkan tugasan. Ambillah PJ sekurangnya kita dapat seimbangkan semua aspek JERIS gituuu.... 


Saya cuba mempertahankan minat saya. Tapi, bila ayah cuba memberi sebab² yang munasabah, saya pun pilihlah minor PJ. Saya takut nak ambil PJ sebab saya terlalu memikirkan Pointer. Kalau nak skor tinggi, tapi amali /praktikal sukan tak dapat kuasai.... Habislah saya. Untuk pengetahuan kalian, bila ambil PJ kita akan dinilai amali.


Antara sukan yang dinilai secara amali:

Semester 1: Badminton, Olahraga, Sofbol
  
-Gambar-gambar masa kelas sofbol, olahraga & badminton - hehe

Semester 2: Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling

Semester 3: Gimnastik, Renang, Pergerakan Asas

Itulah sukan² yang sebenarnya amat mencabar utk saya kuasai terutamanya semester 3. Tapi setelah menjalani ketiga² semester ni... Saya rasa bersyukur ambil minor PJ sebab saya dapat belajar banyak ilmu baharu. Kelebihan PJ, subjek yang ada amali tu takkan ada peperiksaan akhir. Jadi, dapatlah fokus lebih pada subjek lain. Bila nak dinilai amali... Pastikan kalian buat latihan dan persediaan yang mencukupi. Nak skor susah x? Skor akan mudah kalau kita ikut setiap teknik yang diajar & dapat lakukan dengan baik. Ok, selesai cerita pasal pilihan minor... Saya nak kongsikan subjek yang akan dipelajari untuk semester 1 major BM, minor PJ.

Kursus yang akan diambil oleh PISMP Sem 1 Major BM, Minor PJ

Semester 1 ni, subjek agak kurang. Tak seperti PPISMP yang memerlukan 8 subjek. Baiklah, terdapat 7 mata pelajaran pada semester pertama. Namun, hanya terdapat 5 ujian akhir untuk mereka yang ambil minor PJ. Lima subjek akan dinilai secara berterusan (peperiksaan + tugasan) sehinggalah ujian akhir. Dua mata pelajaran yang lain iaitu PJMS3023 akan dinilai secara praktikal dan MPU3022 akan dinilai melalui tugasan dan kuiz tanpa ujian akhir.

Jadi, pastikan kalian dapat urus masa sebaiknya. Untuk yang minor PJ rajin²kanlah diri anda buat latihan dengan kawan2 bila nak dekat amali tu. Insyaallah boleh skor. Semoga berjaya.

SAJAK: Apa itu Sajak?


Mesti ramai yang dah tahu sajak tu apa kan.... Meskipun sajak dilihat sebagai satu puisi moden yang amat fleksibel. Namun, sajak dapat mengucapkan sesuatu fikiran dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.  Sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan irama. Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginasi dan disusun dengan menumpukan semua aspek.


  








Baiklah, itu sahaja yang dapat saya kongsikan.Terima kasih sudi membaca.

Sayembara Puisi ASEAN 2018


 SAYEMBARA PUISI ASEAN 2018

Julung kalinya, IPG KBM telah menghantar seramai lima wakil untuk mewakili IPGKBM sekaligus IPGM ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan deklamasi puisi rantau ASEAN pada 28-29 April 2018 di bawah pensyarah pengiring En.Maniyamin. 

Penyertaan kali ini telah melibatkan dua peserta dari PISMP semester dua dan tiga peserta dari PPISMP semester dua. Latihan telah dijalankan secara berkala dalam pasukan Madah Puisi IPBM yang dibimbing sepenuhnya oleh Dr Azman bin Rahmat. Penyertaan di peringkat rantau ASEAN ini telah melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada universiti tempatan, swasta dan tiga peserta dari universiti Indonesia. Pertandingan ini dianjurkan oleh UPSI yang berlangsung selama dua hari iaitu bengkel puisi oleh Encik Alizan pada hari pertama dan sayembara di peringkat saringan dan akhir pada hari kedua. 

Antara 25 peserta yang disaring, hanya 10 peserta terpilih ke pentas akhir. Alhamdulillah saya terpilih dalam kalangan sepuluh terbaik ke pentas akhir.Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya Asean, Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia. Pemenang bagi tiga terbaik berjaya dirangkul oleh UIA, UPM  dan USIM. Apapun, pasukan IPBM telah berusaha dengan terbaik dan mendapat pujian daripada pihak juri.

Antara 10 finalis yang layak ke peringkat akhir.

Inilah haadiah yang saya terima. Alhamdulillah meskipun saguhati.

Kami brgambar bersama sahabat dari Indonesia Universitas  Islam Negeri Sarif Hidayatullah Jakarta 

Gambar bersama semua peserta Sayembara Puisi ASEAN

3 pemenang utama. Tahniah!

 Ini semua gambar peserta semasa berpuisi. Semua menghayati puisi yang dibaca.

Saya hehe



Rakan seperjuangan... Pudin

Shafna, sahabat dari Indonesia

Junior saya... Jie

Firmanku sahabat dari Indonesia

Hana, sahabat dari Indonesia














Yang ni gambar sebelum pertandingan... Sempatlah kami berswafoto

Entri kali ini saya hanya tuliskan sedikit laporan dan gambaran pertandingan yang telah saya sertai. Jika pembaca hendak ketahui lebih lanjut boleh komen di bawah. Terima kasih.


Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-32 Negeri Selangor


SAYEMBARA PUISI KEMERDEKAAN KE-32 SELANGOR

SK Seafield, 15 September 2018— Bertempat di Dewan Utama, SK Seafield telah mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan kali ke-32 peringkat Negeri Selangor. Sayatelah berentap bersama 43 peserta dengan membawa puisi Mengukir Nama Di Bintang Karya Wadi leta S.A. Dalam sayembara kali ini, peserta diadili oleh penulis puisi terkenal iaitu Ahmad Sarju. Banyak tips dan pengalaman baharu yang telah saya pelajari. Untuk ketahuinya insyaallah akan saya kongsikan pada entri akan datang. Apapun, peserta negeri Selangor sememangnya mereka yang hebat-hebat belaka. Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini menyertai SDPK 31 di WP.KL saingannya tidaklah seramai dan sehebat negeri Selangor. Nak lihat siapa finalis negeri Selangor 2018? Anda boleh tontong di Youtube pada pautan yang akan saya kongsikan ini.

                           

Ini adalah Puisi yang saya sampaikan semasa pertandingan di Selangor.

Alhamdulillah, saya layak ke pentas akhir dan mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Namun, ini menjadi sebuah pengalaman untuk terus mencuba dan belajar memperbaiki cara mendeklamasi agar menjadi lebih baik pada penyertaan akan datang.

Berikut saya kongsikan puisi yang disampaikan oleh finalis lain.

Naib Johan SDPK 32 Negeri Selangor


Johan SDPK 32 Negeri Selangor


                                 


                                 


                                  


                                  


                                  


                                   


                                   


                                   

Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan. Bolehlah tonton video deklamasi puisi itu. Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 27, 2018

INOVASI: Cara buat Video Inovasi (Virtual Presentation)


Baiklah kali ini saya akan kongsikan satu video pengenalan untuk inovasi pasukan saya iaitu Kit SBAK (Solusi Kata Kerja Bahasa Melayu). Video ini pasukan saya hasilkan menggunakan aplikasi Powtoon. Banyak lagi aplikasi yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan sesebuah video pembentangan. Apapun cuba tonton video pendek kami. Namun ini biasa-biasa sahaja, sebab ini merupakan video paling awal kami hasilkan pada tahun 2017. Masa tu tak pandai nak buat video sangat... tapi sebabkan pertandingan, jadi kita cuba juga buat satu...

Boleh dicapai pada pautan berikut: https://youtu.be/wAvfpThrQsY

                            

Baiklah, video di atas tu hanyalah video asas tentang penerangan rumus/idea inovasi kami. Tapi..... sekarang untuk pertandingan inovasi yang melibatkan pembentangan secara maya  a.k.a Virtual Presentation.... kita kena buat video penuh yang menceritkan proses penghasilan dan keberkesanan inovasi kita. Jadi elemen yang perlu dijelaskan dalam video inovasi adalah:

1. Nama Inovasi : Sebab apa nama inovasi gitu?

2. Senarai Ahli Kumpulan Inovasi

3. Pertandingan apa yang korang sertai? letak la nama pertandingan tu  dan logonya.

4. Jelaskan secara terperinci inovasi korang tu (pengenalan, penyataan masalah,objektif)

5. Apa yang menarik dalam inovasi korang tu? (kelebihan inovasi tu)

6. Noveliti/Hakcipta inovasi : Baca entri ini Cara Dapatkan Hak Cipta kalau anda belum dapatkan hak cipta inovasi korang 

7. Intervensi.(Inovasi korang tu dah jalankan di sekolah? Jadi tunjukkan bukti)

8. Dapatan Kajian (Graf ujian pra dan pasca supaya dapat lihat perbandingan)

9. Pencapaian (pencapaian inovasi kalian dalam pameran atau pertandingan yag pernah disertai)

10. Penutup

Haa... dapatkan gambaran video yang bakal kalian hasilkan tu? Jadi jom tonton contoh video yang telah saya dan kawan kumpulan saya hasilkan:
Jangan lupa like hehe

                              


Demikianlah contoh video inovasi. Diharapkan korang dapat gambaran dan boleh mula buat video tu. 

Ha... untuk mereka yang nak tahu saya edit video guna apa? nanti boleh tengok entri akan datang. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau dm saya di ig atau fb saya.

 Tq

INOVASI: Bengkel Inovasi IPG Kampus BM


Untuk makluman pembaca, setiap tahun IPG KBM akan menganjurkan sebuah bengkel inovasi khusus untuk setiap siswa guru. Bengkel Pemantapan idea Inovasi ini merupakan anjuran Jabatan Rekayasa dan Penemuan IPGKBM. Sebenarnya, inilah landasan pertama sekali untuk saya dan pasukan mendapat ilmu tentang inovasi. Bengkel inilah permulaan asas kepada penghasilan inovasi kami. Alhamdulillah, bengkel ini telah banyak mengajar kami sepasukan dan membimbing kami kepada sebuah penghasilan inovasi yang baik. 

Kami membentang idea inovasi kepada penceramah

Sesi pembentangan idea inovasi kepada pensyarah

Bersama peserta bengkel dan pensyarah JPRP 


Proses Penghasilan Bahan Inovasi dalam pasukan masing-masing



 Sesi perbincangan mencari idea

Sesi Komentar oleh Pensyarah


Ini merupakan proses pembentangan idea pada peringkat awal iaitu KAEDAH SBAK semasa tahun 2017. Kami mendapat tambahan idea penambahbaikan untuk menjadikan inovasi ini lebih baik pada masa akan datang.

INOVASI: Persediaan Sebelum Ke Pertandingan Inovasi


Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman semasa menyertai pertandingan inovasi pula. Pertama, pert. inovasi ini memerlukan yuran yang agak tinggi kosnya. Namun begitu, penyertaannya amat berbaloi. Sebab.... Bila sertai secara satu pasukan, duit tu boleh bahagikan sama rata. Jadi, kosnya takdalah mahal sangat. Baiklah, apabila setiap kali kita sertai, setiap pasukan inovasi akan diberikan satu booth atau reruai untuk mempamerkan bahan-bahan inovasi kalian. Maka, perlulah kalian untuk ada alatan-alatan berikut:

KEPERLUAN SEMASA PERTANDINGAN INOVASI

1.   Abstrak/Sinopsis inovasi
2.   Laporan Inovasi (rujuk entri akan datang)
3.   Poster mengikut saiz yang ditetapkan ( A1-Standard atau A2)
4.   Bunting (Jika perlu)
5.   Bahan inovasi beserta buku manual pengguna
6.   Graf hasil kajian rintis
7.   Brosur dengan penerangan yang mudah difahami
8.   Buku respon pengguna
9.   Video/ Montaj inovasi (rujuk entri akan datang)
10.                Video/ gambar bukti kajian rintis
11.                Qr Code untuk ke laman web atau laman sosial inovasi anda (rujuk entri akan datang)
12.                Dapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Contohnya: Hak Cipta My IPO
13.                Penerangan sebaiknya mengikut aspek kriteria pemarkahan
14.                Semoga Berjaya

Apabila semua kelengkapan dah mencukupi, pastikan kalian lakukan pembentangan sebaiknya. Ingat! penyertaan pert. inovasi ini bukan hanya perlu membentangkan kepada hakim. Tetapi, perlu juga untuk dibentangkan kepada pengunjung yang datang ke booth kita. Jadi, pastikan anda dan pasukan dah rancang apa nak cakap. 

Apa nak cakap? Anda perlu membentangkan segala perkara yang terkandung di dalam laporan inovasi anda tu. Senang bukan? Pendek kata, hafal je supaya nampak berkeyakinan dan pastikan anda sudah bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang dkemukakan oleh hakim. Anda sudah bersedia? Semoga berjaya!

Di sini, saya kongsikan beberapa booth inovasi semasa pertandingan berlangsung:

 

                 
               
            

            

Jadi itulah perkongsian saya... Ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya sertai. Pastikan kalian ada bahan2 ini sebelum sertai mana-mana pertandingan inovasi. Semoga berjaya kalian! 
Nak tengok contoh video inovasi? boleh kunjungi You Tube Channel Saya 


Sebarang pertanyaan boleh komen dibawah.

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...