Followers

Wednesday, October 2, 2019

Trip ke Muzium Negara Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Harini saya nak kongsikan sedikit lawatan cuti sekolah ke Muzium Negara. Alang-alang nak membeli-belah baju di KL, kita pi la singgah sebentar ke muzium untuk imbas semula ilmu-ilmu sejarah yang kita pelajari dulu. Herodotus kan pernah berkata

"Bangsa yang melupai sejarah akan mengulangi sejarah".

 Jadi, jom kita ambil pengajaran daripada kisah silam bak kata pepatah yang baik jadikan teladan yang tidak, kita jadikan sempadan.

 Saya datang ke muzium ni naik Grab Car ja sebab lebih murah dari rumah berbanding naik MRT. Jadi, perjalanan kami bertiga (saya, adik dan ibu) dari rumah naik Grab dalam RM15.

Haaa sampai je dekat Muzium ni kita akan lalu muzium orang asli, muzium etnologi melayu yang bayarannya asing daripada muzium negara. Tapi, saya tak masuk pun muzium orang asli dan etnologi melayu tu sebab dah pernah masuk sebelum ni. Kalau nak masuk 2 muzium ni kena bayar RM5 untuk org dewasa...

Okay jalan2 sikit masuklah pintu gerbang utama ke muzium negara. Sampai sini ada papan info untuk peta lokasi sekitar muzium ni.





 Sebelum masuk ke dalam muzium negara, kami masuk ruangan galeri  muzik. Masuk ni percuma je. Di sini ada dipamerkan semua alat muzik setiap negeri di Malaysia.

Dah selesai pusing satu galeri ni kami pun masuk ke muzium negara. Bayaran tiket untuk dewasa RM2, warga emas RM1 n pelajar sekolah/ kanak2 percuma je.



Masuk je Muzium Negara tu sejuk je dan penuh pelancong asing yang beratur dengar taklimat daripada pemandu pelancong. Di muzium ni ada 4 Galeri Utama.

Galeri A : Sejarah Awal ,

Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu,

 Galeri C : Era Kolonial

Galeri D : Malaysia Kini.


Saya pun pergilah masuk ke setiap satu galeri. Setiap galeri ini menceritakan secara terperinci tentang perjalanan masa bagi sesuatu peradaban manusia.

Bermula daripada Galeri A banyak menceritakan tentang terbentuknya muka bumi dan kehidupan manusia pada zaman2 pra sejarah daripada zaman paleolitik sehinggalah zaman logam. Segala ilmu sejarah tingkatan 1 yang kita belajar dulu tu ada diceritakan di Galeri A ni.

Persembahan maklumat sejarah juga menarik dengan cara diorama dan audio penerangan yang jelas.

Galeri B pula banyak menjelaskan saat kebangkitan kerajaan2 melayu khususnya kerajaan melayu melaka.
Dinding besar berukiran Hang Tuah dengan kata hikmat "Takkan Melayu Hilang Di dunia"

Galeri C pula diikuti sejarah negara dijajah oleh kolonial.

Akhirnya penjelmaan kemerdekaan diceritakan sepenuhnya pada Galeri D yang menunjukkan bhw Malaysia sedang membina negara bangsa ke arah negara maju.

Selesai je masuk kesemua galeri tu dapatlah tambah ingatan semula berkaitan sejarah negara kan. Sebenarnya kalau pelajar sekolah menengah yang pergi ni mesti seronok sangat sebab semua yang terkandung dlm buku sejarah tu diulas dalam bentuk menarik di muzium negara ni.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat muziun negara ni. Apapun memang berbaloi dengan tiket RM2.

Itu sahaja perkongsian harini.

Wednesday, July 3, 2019

Peranan Guru dalam Pembelajaran Berasaskan Projek


Persediaan Dan Peranan Guru

Guru BM hendaklah faham akan peranannya sebagai pemacu dan pembimbing pelaksanaan projek ini. Antara yang penting termasuklah:

i. Guru bertindak sebagai pemudah cara. Oleh sebab pelajar diberi peluang belajar secara berautonomi, maka guru tidak perlu mengajar. Guru perlu bertindak sebagai memudah cara pembelajaran dengan merangka kandungan projek serta menyediakan infrastruktur projek.

 ii. Mengenal pasti alat-alat pemikiran yang relevan untuk memungkinkan pelajar membentuk dan mengemukakan soalan untuk memungut data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) dalam proses pelaksanaan projek.

iii. Menstrukturkan projek yang bermakna: sesuai dengan kandungan kurikulum, merentasi pelbagai jenis ilmu bahasa, dalam lingkar piawai yang dinilai dalam peperiksaan awam.

iv. Bekerjasama dengan para pelajar untuk menjana soalan yang berupaya membantu pelajar memperoleh dan mengumpul DMI.

v. Membimbing pelajar menyiapkan laporan projek secara berstruktur. 

Guru hendaklah sentiasa ingat, pengujan dan peperiksaan yang dilalui oleh pelajar mereka sama ada UPSR, PT3 dan SPM tidak bermakna bahawa sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan. Yang ghairah mengorientasikan pelajar untuk tujuan peperiksaan sehingga tampak ketara seolah- olah keseluruhan pendidikan itu adalah tentang peperiksaan ialah guru sendiri.

Semua guru hendaklah maklum bahawa pengujian dan peperiksaan ialah satu mekanisme pengukuran tahap pemerolehan ilmu pelajar yang Sudah melalui proses pembelajaran. pengujian dan peperiksaan bukan orientasi pendidikan negara. Pengujian dan peperiksaan cuma mengukur tahap dan upaya fikir pelajar setelah memperoleh ilmu yang diajarkan oleh guru dan dipelajari oleh pelajar.

Guru juga hendaklah peka tentang penguasaan ilmu murid yang semestinya:

i. Diperoleh: data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) diperoleh melalui deria pandang, dengar dan sentuh (dengan emosi), hidu dan rasa (lidah) namun untuk iimu pengetahuan di dalam bilik darjah, kebanyakannya diperoleh melalui deria visual dan dengar.

ii. Dihantar ke sistem kognitif: DMI yang diperoleh oleh deria yang 'menangkap'nya itu akan menghantarnya ke sistem kognitif untuk difahami. Penghantaran DMI ini adalah dalam bentuk isyarat kimia atau isyarat elektrik melalui neuron dalam sistem tubuh badan kita.

iii. Difahami: DMI yang diterima tadi hendaklah difahami untuk dikuasai. Sistem kognitif akan mengetengahkan mana-mana DMI yang tidak difahaminya, sama seperti komputer yang auto delete maklumat yang tidak disimpan.

iv. Digunakan dan diamalkan: DMI yang diperoleh dan difahami itu hendaklah digunakan (dan penggunaan inilah yang dimanifestasikan dalam projek yang dilaksanakan dan disiapkan oleh pelajar)

v. Dikongsi: perkongsian DMl dalam konteks ini hendaklah difahami sebagai menjawab soclan ketika berkomunikasi, menyatakan pendapat dalam kaedah kolaboratif dan koperatif ketika menyiapkan projek, mencari DMI yang berkaitan dengan DMI yang dikuasai.

RUJUKAN:
Jais Sahok. (2015). Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek. Pelita Bahasa, 9. 36-39.

Friday, June 7, 2019

PRAKTIKUM FASA 1: Persediaan Sebelum Praktikum

Assalamualaikum... 

Semakin berdebar rasanya nak mulakan praktikum. Bagi pelajar IPG, pada semester 5 dan 7 akan menjalani fasa praktikum iaitu mula praktikal mengajar di sekolah selama 3 bulan. 

Saya guru pelatih yang berada di semester 5.... sememangnya rasa berdebar sangat sebab pengalaman pertama nak mula mengajar kan.... sebelum ni pergi ke sekolah hanya menjalani pengalaman bersasaskan sekolah (PBS) selama seminggu. Itupun hanya menjadi guru relief dan pantau persekitaran sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Jadi, untuk pertama kali sebelum melangkah mengajar di sekolah ni.... saya kena atur perancangan sebaik mungkin supaya fasa praktikum di sekolah nanti berjalan lancar.

Sepanjang 4 semester di IPG, kami dah belajar pelbagai subjek pendidikan (EDUP) dan sememangnya semua teori berkaitan murid, urus bilik darjah dan dasar2 dalam pendidikan ni memang kami dah khatam. Tapi, biasalah bukannya semua diingat kan. Kami belajar teori sahaja sebelum ni. Kini tibalah masa untuk aplikasikannya dalam situasi sebenar huhu. 

Jadi, apa persediaan yang saya buat?

1. Sebelum tamat semester 4 tempoh hari, saya mula bertanya kepada  rakan senior berkaitan persediaan dan pengalaman mereka semasa praktikum. Banyak juga pengalaman yang mereka kongsikan untuk saya aplikasikan nanti.

2. Di Youtube pula, saya banyak search cara guru menguruskan PdP dalam bilik darjah, terutamanya bagi subjek yang bakal saya mengajar iaitu BM dan PJ. Selain itu, di laman web http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/ juga banyak saya belajar cara PdP dijalankan oleh guru-guru hebat yang berlandaskan SKPMg2 2016. Di laman ini banyak menyediakan contoh video aktiviti yang menarik PdP abad ke-21 yang boleh diguna pakai semasa praktikum nanti. Di samping itu, saya juga banyak baca laman blog tentang pengalaman dan idea PdP untuk mengajar murid-murid sekolah rendah. 

3. Buku
Saya mula membeli buku-buku yang bersesuaian dengan guru pelatih semasa penganjuran PBAKL 2019 tempoh hari. Banyak juga buku-buku yang diterbitkan ITBM membuat promosi sehingga 80%. Saya pun beli je semua edisi berkaitan guru... sebab harganya murah-murah. 



Salah satu buku yang memberi gambaran awal tentang perjalanan di sekolah nanti ialah:





Gambar-gambar di atas menunjukkan beberapa isi kandungan dalam buku tersebut. Ada banyak lagi isi-isi penting yang boleh dapat daripada buku ini.

4. Penyediaan Fail Praktikum
Untuk praktikum kali ini, buku rekod pengajaran tidak lagi digunakan~. Jadi, saya menyediakan 3 buah fail. satu fail portfolio praktikum (Saiz 50mm) dan dua lagi fail rekod pengajaran harian bagi subjek BM dan PJ. 

Sebagai langkah permulaan, saya telah menyiapkan beberapa senarai kandungan, pembahagian fail, muka hadapan fail, dan beberapa maklumat yang boleh disediakan pada peringkat awal sebelum ke sekolah.... Maklumlah, nanti bila dah mula mengajar, pasti sibuk untuk menyiapkan bahan bantu mengajar dan RPH kan... jadi siapkanlah mana yang boleh tu. 

Apa-apapun, ini sekadar persediaan awal yang saya buat. Sekadar membaca dan menonton video tidak semestinya sama untuk kita aplikasikan dalam situasi sebenar nanti. Apapun memerlukan belajar daripada pengalaman. 

Banyakkan bertanya dengan guru-guru berpengalaman di sekolah nanti dan sentiasa rendah diri serta menghormati setiap kritikan/ teguran yang diberikan. Semoga diri ini lebih bersedia untuk memulakan praktikum pada hari Selasa 11/6/2019 nanti huhu.

Wasalam.

Thursday, June 6, 2019

Tuesday, June 4, 2019

PUTERI ISLAM (UB): Bahan Folio Pengenalan PPIM

Assalamualaikum...

Inilah maklumat yang saya masukkan ke dalam folio puteri islam. 

Kalian boleh lah buat dalam bentuk yang lebih menarik. Kalau nak dapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan puteri islam, kalian boleh kunjungi laman web rasmi puteri islam di pautan :


Gambar-gambar di bawah ini merupakan salah satu kandungan dalam folio saya. Saya buat template ini untuk seragamkan folio saya. 

Jemput lihat dan semoga dapat melihat contoh ini sebagai rujukan melengkapkan folio anda. 












Isi Kandungan Folio Unit Beruniform Semester 3

Assalamaualaikum...


Lama rasanya tak update blog ni. Harini tiba-tiba rasa ada semangat nak muat naik bahan-bahan semasa unit beruniform semester 3.

 Kebetulan 13-16 Jun ini akan diadakan KAGUM Unit Beruniform di IPG Sultan Mizan, Itulah yang nak geledah semula baca-baca sikit ilmu kem perkhemahan ni.... 

Tapi harini saya nak kongsikan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam folio unit beruniform Puteri Islam.

Ingat tau, folio ni penting akan membawa markah penilaian kalian. Jadi buatlah, siapkanlah folio ni awal-awal. 

Senang je.... ikut sahaja RMK. 

Nak dapatkan maklumat tu banyak di Google...

Berikut adalah senarai kandungan yang perlu ada dalam folio kalian:


1.     Pengenalan, Konsep, Sejarah dan   
Kepentingan Unit Beruniform

•  Perlembagaan Pertubuhan
   -   Prinsip-prinsip asas pertubuhan
   -   Perlembagaan pertubuhan
   -   Lambang dan cogan kata
   -   Bendera dan lagu pertubuhan
   -   Persetiaan/Ikrar dan undang-undang
       Pertubuhan

•  Sejarah Unit Beruniform
   -   Sejarah pengasas
   -   Sejarah penubuhan
   -   Sejarah penubuhan di Malaysia
   -   Tujuan penubuhan
   -   Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

•  Struktur dan Organisasi Pertubuhan
   -   Struktur dan organisasi peringkat  
       antarabangsa (jika ada)
   -   Struktur dan organisasi peringkat
               kebangsaan/negeri/daerah/IPG
   -   Struktur dan organisasi peringkat
       sekolah dan kumpulan
   -   Fungsi majlis tadbir

•   Pengurusan dan Pentadbiran
    -   Pendaftaran ahli dan Kumpulan
           -   Kuasa penganjur
    -  Struktur unit
    -  Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan  
       Aktiviti
    -  Tanggungjawab pemimpin
    -  Pakaian seragam ahli dan pemimpin
           -  Takwim dan rancangan aktiviti



2.     Kemahiran Perkhemahan

         Kraf Perkhemahan
          -    Pengurusan dan penjagaan khemah
          -   Tujuan dan faedah membuat gajet
          -   Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

         Ikhtiar Hidup
          -   Masakan solar/rimba/kelompok
          -   Membuat perangkap

         Kebudayaan
          -   Nyanyian / Lagu perkhemahan
          -   Permainan
          -   Malam Kebudayaan

         Jalan Lasak dan Pandu Arah
          -   Tujuan
          -   Peraturan & persediaan
          -   Prosedur Jalan Lasak dan Pandu 
              Arah
          -   Membaca kompas/GlobalPositioning 
              Satelite (GPS)
          -   Komunikasi Radio Amatur /UHF VHF
          -   Membaca peta topo dan kegunaan
          -   Mengesan tanda dan simbol
            -   Laporan pengembaraan


                   Khidmat Kesukarelawan
      -   Minggu Kerja
            -   Bantuan Bencana
            -   Masyarakat Penyayang
            -   Hari Peringatan
            -   Alam Sekitar

            Simpulan dan Ikatan  
              -   Simpulan
                 o   Tali temali
                 o   Enam jenis simpulan asas
                 o   Simpul Manuk
                 o   Simpul Buku Sila
                 o   Simpul Tindih Kasih
                 o   Simpul Bunga Geti
                 o   Simpul Balak
                 o   Simpul Belit
               -   Ikatan
                   o Tiga jenis ikatan
                   o Seraya
                   o Serong
                   o Lilit Kacang

   Asas Kawad Kaki
       -   Bahasa Hukuman
       -   Kawad statik dan dinamik
              -   Kawad formasi

  •    Asas Pertolongan Cemas
       -   Tujuan dan prinsip
       -   Anduh dan balutan
       -   Merawat luka dan gigitan
       -   Melecur, pitam dan patah
       -   Keracunan dan terseliuh
       -   Pemulihan pernafasan


Monday, December 17, 2018

PISMP- Subjek Semester 2 Major BM, Minor PJ


Assalamualaikum... Hai

Harini saya nak kongsikan subjek-subjek yang akan dipelajari dalam PISMP Semester 2. Dalam banyak2 sem setakat ni, semester 2 adalah paling banyak subjeknya. Susah? saya rasa sem 1 lagi susah. 

Sem 2 ni bila banyak subjek dia jadi, mudah nak skor. 

  


Baiklah, sem 2 ni syok sebab ada aktiviti Kokurikulum Permainan (MPU3041). Korang akan dinilai secara amali untuk dapat markah tu. Apa je permainan yang diajar? 

Macam batch kami, permainan yang akan dinilai amali (50 markah) adalah:

1. Bola Sepak
2. Bola Keranjang
3. Bola Jaring
4. Bola Tampar
5. Hoki

lagi 50 markah tu kena jalankan RPH permainan kecil 
(20 buat assignment RPH tu, lagi 30 dia lihat cara kita conduct aktvt dalam kelas tu)- Ni pun susah nak skor actually.

Untuk mereka yang tidak gemar sukan2 ni, agak gentar sikit la bila nak skor tu. Tapi jangan risau, subjek permainan tu hanyalah 1 jam kredit.... Setiap permainan tu, akan ada amali 10 skor untuk setiap permainan. Maknanya jumlah 50 markah hanyalah didapati daripada amali kita. 

Ini skor2 yang saya dapat masa amali permainan dulu

1. Bola Sepak- 6markah
2. Bola Keranjang- 8 markah
3. Bola Jaring- 8 markah
4. Bola Tampar-10markah
5. Hoki- 0 markah (kosonggggg) waktu ni memang sedih sangat2. Tapi memang patutla, sebab saya memang tak pandai nk main hoki.

Nampak tak macam mana nak skor tu, saya memang hampa la juga dapat 0 masa hoki tu. 

At last, bila result keluar, subjek permainan memang dapat B- je. 

Tapi, alhamdulillah, skor tu tak menjejaskan sangat pointer kerana hanyalah 1 jam kredit. 

Jadi jangan khuatir sangat, yang penting usaha n banyakkan latihan sebelum amali dijalankan.

Bagi subjek MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, markah akan diperoleh melalui penulisan esei tugasan dan kuiz, takda final exam pun. Subjek ni enjoy je tak stres pun. Sangat mudah nak skor. 

Tugasan subjek ni selalunya memerlukan kita untuk pergi lawatan ke mana2 tempat bg  mendapatkan maklumat dan gambar2 bukti bahawa kita dah jalankan kajian tu. 

Batch saya, kami perlu mengkaji budaya/adat masyarakat baba nyonya. Jadi, nak dapatkan maklumat tu, kami pun pergilah ke Melaka bandar bersejarah untuk ke muzium baba nyonya di sana. Masa ni lah kami manfaatkan masa nak jalan2 dengan kawan2 sambil siapkan assignment tu. Apapun subjek ni senang nak skor.

Bagi subjek major (Bahasa Melayu) Seni dlm Pendidikan(SDP) paling relaks berbanding subjek Kajian kurikulum BM ( KKK) dan Kesusasteraan Melayu(KSM). 

Kalau subjek KSM ni, kita kena banyak membaca. Nak beli buku? tak perlu... pi baca buku2 sastera dekat perpustakaan tu... ada banyak. Bila ada assignment selalunya kita kena ulas atau cari pendekatan sastera yang ada dalam satu2 cerpen, novel atau puisi. 

Jadi, pastikan sebelu start assignment tu... korang dah baca at least satu novel sastera A.samad Said ka... Puisi Usman Awang ka... atau Cerpen Keris Mas ka... ni contoh sahaja. 

Bila korang dah ada satu buku yang korang dah betul2 kuasai dan faham maka mudahlah bila nak buat assignment tu. Kalau subjek (KKK) pula, kena banyakkan penguasaan DSKP Tahap 1 dan Tahap 2. 

Nak beli buku? Tak perlu.... korang download je DSKP KSSR Bahasa Melayu Tahap 1, DSKP KSSR BM Tahun 4,5,6 (pdf). 

Kemudian, korang print jadikan buku kecil supaya mudah untuk rujuk nanti. Subjek major ni, semua ada final exam. Jadi, kena banyak membaca la ye.

Kalau subjek EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran, kena belilah buku. Sebab banyak teori2 yang perlu korang fahamkan dan hadam sebaik mungkin. 

Subjek ni pun ada final exam. Yang penting pastikan anda skor betul2 untuk subjek ni. Sebab kredit besar kan...

Untuk subjek minor PJ pula, pastikan subjek Anatomi dan Fisiologi tu.... korang baca baik2. Subjek ni ramai tak dapat skor sebab soalan exam dia mmg fakta 100% haha... jadi kalau x membaca alamatnya memang tak dapat nak goreng. Jadi pastikan anda baca buku biologi form4/5 tu.... sangat2 membantu. soalan pun lebih kurang maacam SPM Biologi. 
Untuk subjek elektif Permainan Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring ianya agak mudah berbanding semester 1. 

Bila dengar bola sepak je..... arggghh untuk perempuan rasa macam susah je kan... saya n kawan2 perempuan kelas, siap beli kasut bola lagi tau RM60 gitu. 

Semangat nak belajar bola sepak hehe.

 Senang ja, tapiiii kena banyak latihan la.

 Rajin2 la turun padang waktu petang untuk berlatih. 

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat.


Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 latihan: https://play.blooket.com/play?id=118886 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R ht...