Followers

Friday, June 7, 2019

PRAKTIKUM FASA 1: Persediaan Sebelum Praktikum

Assalamualaikum... 

Semakin berdebar rasanya nak mulakan praktikum. Bagi pelajar IPG, pada semester 5 dan 7 akan menjalani fasa praktikum iaitu mula praktikal mengajar di sekolah selama 3 bulan. 

Saya guru pelatih yang berada di semester 5.... sememangnya rasa berdebar sangat sebab pengalaman pertama nak mula mengajar kan.... sebelum ni pergi ke sekolah hanya menjalani pengalaman bersasaskan sekolah (PBS) selama seminggu. Itupun hanya menjadi guru relief dan pantau persekitaran sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Jadi, untuk pertama kali sebelum melangkah mengajar di sekolah ni.... saya kena atur perancangan sebaik mungkin supaya fasa praktikum di sekolah nanti berjalan lancar.

Sepanjang 4 semester di IPG, kami dah belajar pelbagai subjek pendidikan (EDUP) dan sememangnya semua teori berkaitan murid, urus bilik darjah dan dasar2 dalam pendidikan ni memang kami dah khatam. Tapi, biasalah bukannya semua diingat kan. Kami belajar teori sahaja sebelum ni. Kini tibalah masa untuk aplikasikannya dalam situasi sebenar huhu. 

Jadi, apa persediaan yang saya buat?

1. Sebelum tamat semester 4 tempoh hari, saya mula bertanya kepada  rakan senior berkaitan persediaan dan pengalaman mereka semasa praktikum. Banyak juga pengalaman yang mereka kongsikan untuk saya aplikasikan nanti.

2. Di Youtube pula, saya banyak search cara guru menguruskan PdP dalam bilik darjah, terutamanya bagi subjek yang bakal saya mengajar iaitu BM dan PJ. Selain itu, di laman web http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/ juga banyak saya belajar cara PdP dijalankan oleh guru-guru hebat yang berlandaskan SKPMg2 2016. Di laman ini banyak menyediakan contoh video aktiviti yang menarik PdP abad ke-21 yang boleh diguna pakai semasa praktikum nanti. Di samping itu, saya juga banyak baca laman blog tentang pengalaman dan idea PdP untuk mengajar murid-murid sekolah rendah. 

3. Buku
Saya mula membeli buku-buku yang bersesuaian dengan guru pelatih semasa penganjuran PBAKL 2019 tempoh hari. Banyak juga buku-buku yang diterbitkan ITBM membuat promosi sehingga 80%. Saya pun beli je semua edisi berkaitan guru... sebab harganya murah-murah. 



Salah satu buku yang memberi gambaran awal tentang perjalanan di sekolah nanti ialah:





Gambar-gambar di atas menunjukkan beberapa isi kandungan dalam buku tersebut. Ada banyak lagi isi-isi penting yang boleh dapat daripada buku ini.

4. Penyediaan Fail Praktikum
Untuk praktikum kali ini, buku rekod pengajaran tidak lagi digunakan~. Jadi, saya menyediakan 3 buah fail. satu fail portfolio praktikum (Saiz 50mm) dan dua lagi fail rekod pengajaran harian bagi subjek BM dan PJ. 

Sebagai langkah permulaan, saya telah menyiapkan beberapa senarai kandungan, pembahagian fail, muka hadapan fail, dan beberapa maklumat yang boleh disediakan pada peringkat awal sebelum ke sekolah.... Maklumlah, nanti bila dah mula mengajar, pasti sibuk untuk menyiapkan bahan bantu mengajar dan RPH kan... jadi siapkanlah mana yang boleh tu. 

Apa-apapun, ini sekadar persediaan awal yang saya buat. Sekadar membaca dan menonton video tidak semestinya sama untuk kita aplikasikan dalam situasi sebenar nanti. Apapun memerlukan belajar daripada pengalaman. 

Banyakkan bertanya dengan guru-guru berpengalaman di sekolah nanti dan sentiasa rendah diri serta menghormati setiap kritikan/ teguran yang diberikan. Semoga diri ini lebih bersedia untuk memulakan praktikum pada hari Selasa 11/6/2019 nanti huhu.

Wasalam.

Thursday, June 6, 2019

PUTERI ISLAM (UB): Carta Organisasi & Kategori Pangkat


 Carta Organisasi Puteri Islam

    
Carta Organisasi Peringkat Sekolah

Carta Organisasi Peringkat Daerah

 Carta Organisasi Peringkat Negeri

Carta Organisasi Peringkat Kebangsaan



Pangkat Puteri Islam Kategori Sekolah Rendah dan Menengah


 Pangkat Jurulatih Puteri Islam 

Jangan lupa baca entri di bawah:


Tuesday, June 4, 2019

PUTERI ISLAM (UB): Bahan Folio Pengenalan PPIM

Assalamualaikum...

Inilah maklumat yang saya masukkan ke dalam folio puteri islam. 

Kalian boleh lah buat dalam bentuk yang lebih menarik. Kalau nak dapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan puteri islam, kalian boleh kunjungi laman web rasmi puteri islam di pautan :


Gambar-gambar di bawah ini merupakan salah satu kandungan dalam folio saya. Saya buat template ini untuk seragamkan folio saya. 

Jemput lihat dan semoga dapat melihat contoh ini sebagai rujukan melengkapkan folio anda. 












Isi Kandungan Folio Unit Beruniform Semester 3

Assalamaualaikum...


Lama rasanya tak update blog ni. Harini tiba-tiba rasa ada semangat nak muat naik bahan-bahan semasa unit beruniform semester 3.

 Kebetulan 13-16 Jun ini akan diadakan KAGUM Unit Beruniform di IPG Sultan Mizan, Itulah yang nak geledah semula baca-baca sikit ilmu kem perkhemahan ni.... 

Tapi harini saya nak kongsikan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam folio unit beruniform Puteri Islam.

Ingat tau, folio ni penting akan membawa markah penilaian kalian. Jadi buatlah, siapkanlah folio ni awal-awal. 

Senang je.... ikut sahaja RMK. 

Nak dapatkan maklumat tu banyak di Google...

Berikut adalah senarai kandungan yang perlu ada dalam folio kalian:


1.     Pengenalan, Konsep, Sejarah dan   
Kepentingan Unit Beruniform

•  Perlembagaan Pertubuhan
   -   Prinsip-prinsip asas pertubuhan
   -   Perlembagaan pertubuhan
   -   Lambang dan cogan kata
   -   Bendera dan lagu pertubuhan
   -   Persetiaan/Ikrar dan undang-undang
       Pertubuhan

•  Sejarah Unit Beruniform
   -   Sejarah pengasas
   -   Sejarah penubuhan
   -   Sejarah penubuhan di Malaysia
   -   Tujuan penubuhan
   -   Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

•  Struktur dan Organisasi Pertubuhan
   -   Struktur dan organisasi peringkat  
       antarabangsa (jika ada)
   -   Struktur dan organisasi peringkat
               kebangsaan/negeri/daerah/IPG
   -   Struktur dan organisasi peringkat
       sekolah dan kumpulan
   -   Fungsi majlis tadbir

•   Pengurusan dan Pentadbiran
    -   Pendaftaran ahli dan Kumpulan
           -   Kuasa penganjur
    -  Struktur unit
    -  Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan  
       Aktiviti
    -  Tanggungjawab pemimpin
    -  Pakaian seragam ahli dan pemimpin
           -  Takwim dan rancangan aktiviti



2.     Kemahiran Perkhemahan

         Kraf Perkhemahan
          -    Pengurusan dan penjagaan khemah
          -   Tujuan dan faedah membuat gajet
          -   Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

         Ikhtiar Hidup
          -   Masakan solar/rimba/kelompok
          -   Membuat perangkap

         Kebudayaan
          -   Nyanyian / Lagu perkhemahan
          -   Permainan
          -   Malam Kebudayaan

         Jalan Lasak dan Pandu Arah
          -   Tujuan
          -   Peraturan & persediaan
          -   Prosedur Jalan Lasak dan Pandu 
              Arah
          -   Membaca kompas/GlobalPositioning 
              Satelite (GPS)
          -   Komunikasi Radio Amatur /UHF VHF
          -   Membaca peta topo dan kegunaan
          -   Mengesan tanda dan simbol
            -   Laporan pengembaraan


                   Khidmat Kesukarelawan
      -   Minggu Kerja
            -   Bantuan Bencana
            -   Masyarakat Penyayang
            -   Hari Peringatan
            -   Alam Sekitar

            Simpulan dan Ikatan  
              -   Simpulan
                 o   Tali temali
                 o   Enam jenis simpulan asas
                 o   Simpul Manuk
                 o   Simpul Buku Sila
                 o   Simpul Tindih Kasih
                 o   Simpul Bunga Geti
                 o   Simpul Balak
                 o   Simpul Belit
               -   Ikatan
                   o Tiga jenis ikatan
                   o Seraya
                   o Serong
                   o Lilit Kacang

   Asas Kawad Kaki
       -   Bahasa Hukuman
       -   Kawad statik dan dinamik
              -   Kawad formasi

  •    Asas Pertolongan Cemas
       -   Tujuan dan prinsip
       -   Anduh dan balutan
       -   Merawat luka dan gigitan
       -   Melecur, pitam dan patah
       -   Keracunan dan terseliuh
       -   Pemulihan pernafasan


PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...