Followers

Friday, January 20, 2017

I-FEST: Festival Siswa Terulung (IPG Kampus Bahasa Melayu)

Setiap tahun IPG KBM akan menganjurkan I-FEST a.k.a Hari Keusahawanan. Matlamatnya untuk memberi galakan kepada siswa guru membudayakan semangat keusahawanan. Dalam festival ini, hampir semua pelajar IPG KBM akan berniaga. Selalunya kami disuruh berniaga mengikut kelas masing-masing. Jadi adalah sesi cabutan undian untuk menentukan barang yang akan dijual. Ada yang kena jual makanan berat, minuman, anjurkan permainan dan lain-lain. Buat pertama kalinya, saya meraikan festival ini ternyata sungguh menyeronokkan. Kita saling membeli di gerai rakan kelas lain.

Tarikh IFEST: 3/11/2016 
Masa: 8 pagi - 4.30 petang.


Pelbagai jualan di gerai-gerai, aktiviti yang menarik seperti badminton, bola tampar, Dart, Football, Rumah hantu. Boleh dikatakan, sambutan ini memang meriah. Ini pengalaman pertamaku menyertai hari keusahawanan di sini. Seperti biasa setiap kelas perlu membuka gerai semasa sambutan itu dijalankan. Saya dari kelas PPISMP C2.  Kami diarahkan untuk membuka gerai dan menjual makanan sahaja. 

Apa lagi, semua perancangan diratur rapi. Macam-macam juga kami jual.  Menu yang paling dinantikan adalah ROTI CANAI!!!! Siapa sangka kami pandai buat roti canai. Wuuuu... Semuanya hasil tunjuk ajar mentor tersayang Dr. Roslina . Dalam kalangan sahabat sekelas kami, Kak Wanie yang paling handal dalam menebar roti canai ni. Hilman pula sangat pakar untuk tepuk roti canai tu selepas siap dimasak. Akmal, Seng fa, Syukri pula rajin betul menguli doh roti canai berkilo-kilo. Dr Fadilah juga tidak jemu membawa kami ke Tesco pergi membeli barang-barang keperluan untuk berniaga. Semua ini kami selesaikan dalam masa sehari sebelum berlangsungnya festival. Pengalaman ini memang sangat gembira. Kami saling bekerjasama antara satu sama lain.


Semasa hari jualan, gerai kami mendapat sambutan ramai! Tak putus-putus pelanggan mengunjungi gerai kami untuk mendapatkan roti canai daripada kami. Roti canai kami sememangnya sedap kerna dibuat dengan penuh kasih sayang. Hihi . Sebenarnya dengan pembikinan roti canai inilah yang merapatkan lagi ukhuwah kami sekelas. Mana tidaknya, inilah sahabat yang akan kami bersama sepanjang 5 tahun di IPGKBM. Selain itu, kami jual makanan kering seperti kerepek KABIRAS daripada Gurun, Kedah (Izzy punya bisnes kukuikui), Blueberi Cheese Tart dari Terengganu pon ada… sedap... Kak Mimi buat. Makanan panas-panas seperti Sosej goreng, Karipap Ikan dan Cheesy Wedges pun ada, sekejap je habis dijual. Semua murah-murah. Kak Yusra orang kuat untuk mengendalikan gorengan sosej. Saya sibuk menguruskan permintaan pelanggan yang mahukan Cheesy Wedges. Amir tukang kumpul duit! Pui pula seharian menyiapkan iklan untuk menarik pelanggan ke gerai kami. Akmal dan Kak Wanie menguruskan roti canai… Dr Roslina pun turut sama menebar roti canai di gerai kami.

Memang meriah! . Satu lagi, Seng fa dan Srigannth juga orang kuat kami, tanpa dia takdalah kerusi meja untuk gerai kami. Dialah yang mengusung semua meja tambahan untuk gerai kami. Ting pula membantu kami menjual buah-buahan jambu batu dan mangga. Semua berjalan lancar. Hari itu semua barangan jualan kami habis semua. Ini satu pengalaman buat kami bahawa bekerjasama pasti akan membuahkan hasil bermakna. 



Alhamdulillah dapatlah juga kami merasa keuntungan RM150.00 walaupun sedikit namun, silaturrahim yang terjalin diantara kami sekelas sangat berharga. Terima kasih sahabat C2. Tanpa kalian kita tak mampu menjayakan perancangan kita. 


Haha masa ni semua belajar nak tebar roti canai

Mereka sedang rajin menguli doh

Dr Roslina ajar kami tebar roti canao hehe

Akmal yang kurus sedang membakar roti canai hehe

Dr Fadilah tengah turunkan ilmu memasak tu dekat Izzy... ehehe

Haaa nii paling hebat haha Hilman si penepuk Roti Canai. hehe



Okay itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. I-FEST ni akan berlangsung lagi pada setiap tahun kiranya ni aktiviti tahunan la yang JPP anjurkan di IPGKBM. 

Thursday, December 29, 2016

Perkongsian Blog Ini Berkaitan Apa?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kini saya sudah berusia 18 tahun. Tunggu beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2017 dan saya akan bertambah usia kepada 19 tahun. Alhamdulillah masih diberi kekuatan fizikal, mental dan rohani untuk teruskan hidup di bumi tuhan ini. 

Baiklah, blog ini saya buat sejak 2014 sehingga kini. Matlamat saya lebih kepada menceritakan setiap pengalaman yang saya alami semasa di sekolah, pertandingan yang saya sertai, pengalaman sebagai ketua dan bagaimana nak menguruskannya. Tapi, itu cerita saya masa 2014-2015. Selepas menamatkan sekolah menengah saya diberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPG dengan matlamat menjadi seorang guru bahasa Melayu. Inilah cita-cita yang saya perjuangkan sejak kecil lagi. Allah makbulkan doa ibu ayah, cikgu dan kawan saya. Jadi misi seterusnya saya lebih selesa berkongsi aktiviti yang saya sertai sepanjang saya menuntut di IPG. Kisah di sem 1 akan saya kumpulkan dan muat naik di blog ini sebelum menjelma tahun baru 2017.

Nanti 2/1/2017 dah mula lapor diri ke asrama. 3/1 mulanya kuliah PPISMP Semester2 . Yang pasti, saya masih berada di Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Matlamat 2017 nanti, kena lebih tinggi untuk cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akhirnya menjadi seorang guru yang mampu mendidik minda generasi muda. Insyaallah.

Tuesday, September 27, 2016

Pembelajaran di IPG: Kuliah Pertama di IPG Kampus Bahasa Melayu

Kuliah minggu pertama! Setelah usai minggu orientasi, kini bermulalah kuliah...

Di PPISMP Sem1 kursus bahasa Melayu (SK) kami akan belajar 8 subjek iaitu Kemahiran Belajar, Kemahiran Bahasa dalam BM, Kesihatan dan Kecergasan Diri, Pengenalan Sejarah dan Perkembangan, Pengenalan Kebudyaan dan Kesusasteraan, English for Effective Communication, Kesantunan Masyarakat Malaysia dan Cabaran Isu Semasa Dunia...

Pada mulanya, bila dengar subjek yg akan kami belajar.... Huh, agak gusar hati ni sebab terlalu banyak subjek yang lebih kepada fakta dan memerlukan daya ingatan yg tinggi untuk menghafal.

Tetapi subjek di IPG ni lebih menekankan fokus pada tugasan 60% dan peperiksaan 40%. Maknanya, kalau kita nak skor, kenalah siapkan setiap tugasan yang diberi secara efektif dan tepat! Baiklah, itu pengenalan kpd subjek yg saya akn pelajari.. Sekarang, nak cerita berkaitan tutorial yg perlu disiapkan. Tutorial ni macam kerja sekolah la, perlu disiapkan dan disampaikan pada masa yg ditetapkan pensyarah.

Pada kuliah pertama Pengenalan Sejarah Perkembangan, kami disuruh mengadakan perbahasan hipotesis tempat asal usul BM. Pembelajaran sebegini sememangnya menyeronokkan berbanding membaca dan mendengar semata-mata. 
Sesi perbahasan di kelas! Usul kami menang yaayyy 
"Asal usul BM dari asia tengah! " 
Teruskan menuntut ilmu!

Persidangan di dalam kelas 
Juri pun kawan2 sendiri haha mereka bagi komen
Sesi perbahasan Menteri Ketiga (Kak Yus)
Pada kuliah subjek lain kami diarahkan mencari video, buat powerpoint dan mengajar dihadapan utk menguji dan melatih diri sebagai seorang guru. Apapun, memang seronok belajar di IPGK ni. Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian tentang pembelajaran di IPG ni.

Saturday, June 25, 2016

Orientasi IPG: Pengalaman saya di IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kini aku telah berjaya memijak bumi IPGKBM atau gelaran mesranya IB (Institut Bahasa)...  Rasa dihati sungguh bersyukur kegembiraan.impian selama ini untuk menuntut di IPG Kampus BM telah menjadi kenyataan.

Kini baru 2 minggu aku menuntut di IPG KBM. Aku sungguh gembira dengan budaya dan suasana disini. Kami disini mengamalkan amalan 5S iaitu Salam, Sapa, Sambut, Senyum dan Sopan. Dengan amalan ini, kehidupan di bumi IB bertambah harmoni.

Baiklah berkisah hidupku semasa orientasi menjadi sebuah kenangan manis yang takkan aku lupakan. Usaha para JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) menguruskan orientasi telah menjadikan kami seorang yang matang dan berdedikasi.  Macam² aktiviti dilaksanakan demi mengeratkan ukhuwah batch kami.

Di sini, saya kongsikan jadual orientasi kami sepanjang seminggu di IPG KBM

JADUAL ORIENTASI

 
Kami berkumpul untuk taklimat 

 

 


 


Aktiviti berkumpulan semasa orientasi


Kemudian, bermulalah kuliah.... Pada mulanya saya agak gusar dengan subjek yang akan dipelajari. Sebelum ini, saya belajar dalam bidang sains tulen dan kini aku telah bertukar kepada bidang BM dengan lebih mendalam. Tetapi, saya tetap usaha menerima perubahan ini. Sememangnya, saya minat dalam bidang Guru BM ni disebabkan itulah bm ni mnjadi pilihan utamaku.

Pada kuliah minggu pertama, saya mula merasai cabaran untuk menjadi seorang guru. Ternyata, begitu hebat cabaran yang dilalui guru-guruku. Seseorang guru itu perlu ada karakter yang menampakkan ciri-ciri guru itu sejak awal. Jadi, saya perlu mencari ciri-ciri itu. Insyaallah, dengan sokongan dan semangat para pensyarah serta senior, saya akan terus belajar bersungguh-sungguh untuk mncapai cita citaku selama ini iaitu mnjadi seorang pendidik. Demi masa depan anak bangsa agama dan negara akanku tempuhi setiap rintangan dan cabaran.

Terima kasih ya allah, aku sungguh bersyukur atas nikmat yang kau beri kepadaku untuk menuntut ilmu di IPG dan menjadi siswa pendidik.

Aku gembira disini. Alhamdulillah

Wednesday, June 8, 2016

Tawaran IPG PPISMP: Dapat bidang apa?

Assalamualaikum …..
Setelah sekian lama menanti keputusan ini, akhirnya tanggal 6 jun 2016 pada jam 4.00 petang sistem aplikasi semakan tawaran PISMP dibuka. Dengan lafaz bismillah saya membuka laman itu dan syukur alhmdulillah saya layak mengikuti PPISMP selama 12 bulan di IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Lembah Pantai KL. Pada mulanya, memang saya rasakan amat sukar untuk saya mendapat tawaran ini namun saya telah berusaha sehabis baik semasa menghadiri UKCG dan Temuduga setelah itu saya hanya mampu bertawakal 100% kepada Allah.

Doa ibu ayah, sahabat dan guru juga turut membantu saya layak ke IPG ni. Mengikut kepada jadual asalnya pada 7 jun 2016 saya akn melapor diri di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Segala persediaan barang, bayaran dan pendaftaran online telah dilaksanakan. Namun, setelah mendapat tahu saya layak ke IPG ini, saya akan terus mengejar cita cita murni saya untuk menjadi seorang pendidik. Lalu saya memilih satu keputusan yang pasti iaitu memilih untuk ke IPG dan menolak tawaran matrikulasi…

Saya mendapat tawaran kursus Guru Bahasa Melayu (SK) dimana memang subjek pilihan pertama saya semasa mendaftar haritu. Perkara yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur apabila saya ditempatkan di IPG idaman saya dan berhampiran dengan rumah …
Jadi, segala persiapan perlulah dibuat kerana 13 Jun 2016 ini saya akan melapor diri jam 8.30-10.30 pagi.
Saya harap ini adalah pilihan terbaik demi masa depan saya dan keluarga.

Wasalam.

Friday, May 20, 2016

Tawaran Sambung Belajar: MATRIKULASI atau ASPER?

Assalamualaikum...
Setelah keputusan matrikulasi disemak, alhmdulillah... saya ditempatkan di Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Saya dapat aliran Sains M001. Makluman tu mengatakan yang saya perlu lapor diri pada 7 jun... Perasaan saya memang rasa seronok & gembira sangat.

Saya juga dapat tawaran ke Asasi Sains Pertanian di UPM. Makluman kata kena lapor diri pada 23 Mei 2016.
Saya agak keliru nak pilih mana satu " MATRIKS atau ASASI?"

Pelbagai carian yang saya buat. Saya tanya orang ramai juga. Banyak yang suruh saya pilih ASASI di UPM. Tetapi, sekarang saya masih menantikan keputusan  IPG. IPG tu macam susah nak dapat sebab dengar kata tahun ini pengambilannya sedikit sahaja.  Kalau ada rezeki alhamdulillah.

Jadi, saya mungkin akan memilihhhh untuk masuk ke matriks dulu.....?????. Sebab cita-cita saya nak jadi cikgu. Jadi lebih baik saya pilih laluan Matriks dahulu sementara menunggu keputusan IPG


Apapun, kita berserah segalannya kpd allah kerana laluan kita semua sudah ditetapkan cuma tgu je saatnya. Sekarang perlu persiapkan diri untuk belajar rajin-rajin dan berusaha untuk sambung belajar...tak boleh malas malas dah......niat nk jadi seorang guru masih tersemai dlm genggaman azam saya. Insyaallah ada rezeki tak kemana.

Interview IPG (PISMP): Pengalaman Saya

Assalamualaikum

Huhhh sekarang baru ada masa nak menulis kat blog ni.

OK… Harini saya nak berkongsikan penglaman saya semasa menghadiri temuduga IPG. Syukur sangat saya diberi peluang selepas berjaya menyelesaikan misi di UKCG hahaha.

Tanggal 3 Mei 2016, saya membuat semakan di laman Aplikasi Permohonan Program Perguruan (APPP) - PISMP 2016 _ Kementerian Pendidikan Malaysia. Katanya, jam 3 petang dah boleh buat semakan tapi, mungkin terlalu ramai yang buat semakan jadi, sistem tu tak boleh buka… Hati saya gundah gulana tak senang duduk memikirkan jawapannya.

Kemudian jam 4.30 petang camtu kawan saya mesej suruh buat semakan. Bila dah buat semakan tuuuu Alhamdulillah… saya dapat bidang Bahasa Melayu(SK) yang merupakan pilihan pertama saya semasa mengisi borang permohonan haritu. Temubual saya jatuh pada hari Selasa iaitu 10 Mei 2016 bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu (tempat yang menjadi idaman selama niii) .

Bila sudah dapat tahu saya layak ke temuduga IPG ni, mulalah membaca :
1]Dasar Pendidikan Negara/Falsafah
2]PPPM 2013-2025
3]Isu PPSMI / Tentang MBMMBI
4]Baca blog-blog orang(sangat membantu)
5]Isu isu semasa
6]dan apa sahaja berkenaan profesion perguruan dan Negara Malaysia yang tercinta nii…

Pemilihan baju perlulah sopan, kemas dan mempamerkan imej seorang guru itu yang penting. Apapun, sebelum kita memulakan apa sahaja pastikan kita lakukan sehabis baik kerana peluang yang datang bukannya mudah jadi kita kenalah manfaatkannya.

Bila dapat panggilan temubual ni nanti kena isi borang hasrat sebab apa nak jadi cikguu!!???
Pada bahagian ni, pastikan tulis berdasarkan hati anda…insyaallah kalau dah ada minat tu boleh punya kalian menulis ayat yang terbaik!!
Kemudian, di rumah mulalah saya berlatih cakap seorang diri dengan soalan soalan target yang bakal disoal……
Jadi, tibalah saat yang dinantikannnnnn, 10 Mei saya mulalah bergerak dari rumah jam 6.30 pagi dan tiba di pusat temuduga jam 7.00 pagi. Bila sampai je, terus pergi pada ruang yang disediakan dan ada tempat duduk untuk mak ayah yang datang sekali. 

Melihat calon calon lain yang bakal ditemuduga sudahpun memenuhi IPGKBM, semua calon disuruh ke Dewan Amnuddin Baki untuk sesi taklimat. Semasa sesi taklimat, pastikan kalian cakna terhadap apa sahaja yang diperkata oleh pensyarah tu. Pastikan dokumen lengkap (borang butir diri bersama gambar ditampal, borang hasrat, sijil lahir, kad pengenalan, sijil pencapaian kokurikulum dan pastikan bawa salinan sijil kalian yang sudah disahkan).

Setelah diarahkan ke pusat sesi temubual, kami disuruh tandatangan pada borang yang ada tercatat nama anda. Saya mendapat sesi empat yang dijangka bermula pada 12.30 pm. Satu sesi temuduga tu ada 6 orang iaitu (saya,Amiera,Hajar,Kak Salmi,Airi dan Amirul).

Sementara menuggu sesi kami bakal bermula, kami berbual tentang latar belakang masing-masing. Sempat juga kami soal-menyoal tentang soalan target yang bakal ditemubual. Apabila bermulanya sesi kami, saya mula melangkah masuk ke bilik temuduga dengan penuh debaran dan cuba menghilangkan debaran dengan perbanyakkan selawat. Penemuduga itu menyuruh kami meletakkan fail sijil dan surat/dokumen yang diperlukan di mejanya. Kemudian, barulah sesi temubual itu bermula. Susunan tempat duduk memang sudah ditetapkan. Saya dapat tempat duduk yang kedua.

Soalan pertama yang disoal adalahhhhh…… 
1. Ceritakan latar belakang /diri/keluarga kamu?
Soalan kedua pula  2. “sebab apa awak nak jadi cikgu????”
Kemudian disoal juga pasal dasar pendidikan yang awak tahu… tapi tak banyak pun. Lepas  tuuuu… kami disuruh membuat pembentangan diatas kertas dan ceritakan kepada penemuduga .Masa persediaan diberi selama 30 minit. Waktu inilah saya teramat bangga dengan kerjasama padu yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan saya.

Kami mendapat tema berkaitan Rukun Negara. Jadi, untuk mengulas perkara itu Amirul, Airi dan Salmi yang menguruskannya. Manakala, saya, Hajar dan Amiera mula mengarang sajak dan lagu untuk dibentangkan… Susah kan? Tapi, insyaallah dengan kerjasama sepasukan itulah yang memudahkan tugasan itu.

Setelah masa tamat, kami mula membentang isi/idea satu persatu. Kami ulas dan akhirnya kami bersajak bersama-sama. Bila sudah selesai, penemuduga itu menyerahkan kembali fail kami. Yang pastinya, penemuduga itu sangatlah baik.

Itulah pengalaman yang cukup berharga. Kawan yang baru sahaja berkenalan tak sampai sehari pun boleh jadi geng/! Kalian memang terbaik lahhh… Disebalik tujuan utama hendak menjadi guru namun temubual ini memupuk semangat bersatu padu diantara kami.


Apapun untuk bakal calon yang akan menghadapi temubual IPG… jangan stres2 semuanya akan okay pastikan kalian buat persediaan sehabis baik ye. Jangan lupa ringankan mulut untuk bertegur sapa dengan kawan kawan baru disana!

Saya hanya mampu berdoa, usaha sudah sekarang hanya bertawakal kalau ada rezeki saya syukur Alhamdulillah kalau tidak, insyaallah ada peluang lain pula…

Wasalam.

Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 latihan: https://play.blooket.com/play?id=118886 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R ht...