Followers

Wednesday, November 28, 2018

SAJAK: Apa itu Sajak?


Mesti ramai yang dah tahu sajak tu apa kan.... Meskipun sajak dilihat sebagai satu puisi moden yang amat fleksibel. Namun, sajak dapat mengucapkan sesuatu fikiran dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.  Sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan irama. Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginasi dan disusun dengan menumpukan semua aspek.


  








Baiklah, itu sahaja yang dapat saya kongsikan.Terima kasih sudi membaca.

Sayembara Puisi ASEAN 2018


 SAYEMBARA PUISI ASEAN 2018

Julung kalinya, IPG KBM telah menghantar seramai lima wakil untuk mewakili IPGKBM sekaligus IPGM ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan deklamasi puisi rantau ASEAN pada 28-29 April 2018 di bawah pensyarah pengiring En.Maniyamin. 

Penyertaan kali ini telah melibatkan dua peserta dari PISMP semester dua dan tiga peserta dari PPISMP semester dua. Latihan telah dijalankan secara berkala dalam pasukan Madah Puisi IPBM yang dibimbing sepenuhnya oleh Dr Azman bin Rahmat. Penyertaan di peringkat rantau ASEAN ini telah melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada universiti tempatan, swasta dan tiga peserta dari universiti Indonesia. Pertandingan ini dianjurkan oleh UPSI yang berlangsung selama dua hari iaitu bengkel puisi oleh Encik Alizan pada hari pertama dan sayembara di peringkat saringan dan akhir pada hari kedua. 

Antara 25 peserta yang disaring, hanya 10 peserta terpilih ke pentas akhir. Alhamdulillah saya terpilih dalam kalangan sepuluh terbaik ke pentas akhir.Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya Asean, Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia. Pemenang bagi tiga terbaik berjaya dirangkul oleh UIA, UPM  dan USIM. Apapun, pasukan IPBM telah berusaha dengan terbaik dan mendapat pujian daripada pihak juri.

Antara 10 finalis yang layak ke peringkat akhir.

Inilah haadiah yang saya terima. Alhamdulillah meskipun saguhati.

Kami brgambar bersama sahabat dari Indonesia Universitas  Islam Negeri Sarif Hidayatullah Jakarta 

Gambar bersama semua peserta Sayembara Puisi ASEAN

3 pemenang utama. Tahniah!

 Ini semua gambar peserta semasa berpuisi. Semua menghayati puisi yang dibaca.

Saya hehe



Rakan seperjuangan... Pudin

Shafna, sahabat dari Indonesia

Junior saya... Jie

Firmanku sahabat dari Indonesia

Hana, sahabat dari Indonesia














Yang ni gambar sebelum pertandingan... Sempatlah kami berswafoto

Entri kali ini saya hanya tuliskan sedikit laporan dan gambaran pertandingan yang telah saya sertai. Jika pembaca hendak ketahui lebih lanjut boleh komen di bawah. Terima kasih.


Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-32 Negeri Selangor


SAYEMBARA PUISI KEMERDEKAAN KE-32 SELANGOR

SK Seafield, 15 September 2018— Bertempat di Dewan Utama, SK Seafield telah mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan kali ke-32 peringkat Negeri Selangor. Sayatelah berentap bersama 43 peserta dengan membawa puisi Mengukir Nama Di Bintang Karya Wadi leta S.A. Dalam sayembara kali ini, peserta diadili oleh penulis puisi terkenal iaitu Ahmad Sarju. Banyak tips dan pengalaman baharu yang telah saya pelajari. Untuk ketahuinya insyaallah akan saya kongsikan pada entri akan datang. Apapun, peserta negeri Selangor sememangnya mereka yang hebat-hebat belaka. Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini menyertai SDPK 31 di WP.KL saingannya tidaklah seramai dan sehebat negeri Selangor. Nak lihat siapa finalis negeri Selangor 2018? Anda boleh tontong di Youtube pada pautan yang akan saya kongsikan ini.

                           

Ini adalah Puisi yang saya sampaikan semasa pertandingan di Selangor.

Alhamdulillah, saya layak ke pentas akhir dan mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Namun, ini menjadi sebuah pengalaman untuk terus mencuba dan belajar memperbaiki cara mendeklamasi agar menjadi lebih baik pada penyertaan akan datang.

Berikut saya kongsikan puisi yang disampaikan oleh finalis lain.

Naib Johan SDPK 32 Negeri Selangor


Johan SDPK 32 Negeri Selangor


                                 


                                 


                                  


                                  


                                  


                                   


                                   


                                   

Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan. Bolehlah tonton video deklamasi puisi itu. Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 27, 2018

INOVASI: Cara buat Video Inovasi (Virtual Presentation)


Baiklah kali ini saya akan kongsikan satu video pengenalan untuk inovasi pasukan saya iaitu Kit SBAK (Solusi Kata Kerja Bahasa Melayu). Video ini pasukan saya hasilkan menggunakan aplikasi Powtoon. Banyak lagi aplikasi yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan sesebuah video pembentangan. Apapun cuba tonton video pendek kami. Namun ini biasa-biasa sahaja, sebab ini merupakan video paling awal kami hasilkan pada tahun 2017. Masa tu tak pandai nak buat video sangat... tapi sebabkan pertandingan, jadi kita cuba juga buat satu...

Boleh dicapai pada pautan berikut: https://youtu.be/wAvfpThrQsY

                            

Baiklah, video di atas tu hanyalah video asas tentang penerangan rumus/idea inovasi kami. Tapi..... sekarang untuk pertandingan inovasi yang melibatkan pembentangan secara maya  a.k.a Virtual Presentation.... kita kena buat video penuh yang menceritkan proses penghasilan dan keberkesanan inovasi kita. Jadi elemen yang perlu dijelaskan dalam video inovasi adalah:

1. Nama Inovasi : Sebab apa nama inovasi gitu?

2. Senarai Ahli Kumpulan Inovasi

3. Pertandingan apa yang korang sertai? letak la nama pertandingan tu  dan logonya.

4. Jelaskan secara terperinci inovasi korang tu (pengenalan, penyataan masalah,objektif)

5. Apa yang menarik dalam inovasi korang tu? (kelebihan inovasi tu)

6. Noveliti/Hakcipta inovasi : Baca entri ini Cara Dapatkan Hak Cipta kalau anda belum dapatkan hak cipta inovasi korang 

7. Intervensi.(Inovasi korang tu dah jalankan di sekolah? Jadi tunjukkan bukti)

8. Dapatan Kajian (Graf ujian pra dan pasca supaya dapat lihat perbandingan)

9. Pencapaian (pencapaian inovasi kalian dalam pameran atau pertandingan yag pernah disertai)

10. Penutup

Haa... dapatkan gambaran video yang bakal kalian hasilkan tu? Jadi jom tonton contoh video yang telah saya dan kawan kumpulan saya hasilkan:
Jangan lupa like hehe

                              


Demikianlah contoh video inovasi. Diharapkan korang dapat gambaran dan boleh mula buat video tu. 

Ha... untuk mereka yang nak tahu saya edit video guna apa? nanti boleh tengok entri akan datang. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau dm saya di ig atau fb saya.

 Tq

INOVASI: Bengkel Inovasi IPG Kampus BM


Untuk makluman pembaca, setiap tahun IPG KBM akan menganjurkan sebuah bengkel inovasi khusus untuk setiap siswa guru. Bengkel Pemantapan idea Inovasi ini merupakan anjuran Jabatan Rekayasa dan Penemuan IPGKBM. Sebenarnya, inilah landasan pertama sekali untuk saya dan pasukan mendapat ilmu tentang inovasi. Bengkel inilah permulaan asas kepada penghasilan inovasi kami. Alhamdulillah, bengkel ini telah banyak mengajar kami sepasukan dan membimbing kami kepada sebuah penghasilan inovasi yang baik. 

Kami membentang idea inovasi kepada penceramah

Sesi pembentangan idea inovasi kepada pensyarah

Bersama peserta bengkel dan pensyarah JPRP 


Proses Penghasilan Bahan Inovasi dalam pasukan masing-masing



 Sesi perbincangan mencari idea

Sesi Komentar oleh Pensyarah


Ini merupakan proses pembentangan idea pada peringkat awal iaitu KAEDAH SBAK semasa tahun 2017. Kami mendapat tambahan idea penambahbaikan untuk menjadikan inovasi ini lebih baik pada masa akan datang.

INOVASI: Persediaan Sebelum Ke Pertandingan Inovasi


Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman semasa menyertai pertandingan inovasi pula. Pertama, pert. inovasi ini memerlukan yuran yang agak tinggi kosnya. Namun begitu, penyertaannya amat berbaloi. Sebab.... Bila sertai secara satu pasukan, duit tu boleh bahagikan sama rata. Jadi, kosnya takdalah mahal sangat. Baiklah, apabila setiap kali kita sertai, setiap pasukan inovasi akan diberikan satu booth atau reruai untuk mempamerkan bahan-bahan inovasi kalian. Maka, perlulah kalian untuk ada alatan-alatan berikut:

KEPERLUAN SEMASA PERTANDINGAN INOVASI

1.   Abstrak/Sinopsis inovasi
2.   Laporan Inovasi (rujuk entri akan datang)
3.   Poster mengikut saiz yang ditetapkan ( A1-Standard atau A2)
4.   Bunting (Jika perlu)
5.   Bahan inovasi beserta buku manual pengguna
6.   Graf hasil kajian rintis
7.   Brosur dengan penerangan yang mudah difahami
8.   Buku respon pengguna
9.   Video/ Montaj inovasi (rujuk entri akan datang)
10.                Video/ gambar bukti kajian rintis
11.                Qr Code untuk ke laman web atau laman sosial inovasi anda (rujuk entri akan datang)
12.                Dapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Contohnya: Hak Cipta My IPO
13.                Penerangan sebaiknya mengikut aspek kriteria pemarkahan
14.                Semoga Berjaya

Apabila semua kelengkapan dah mencukupi, pastikan kalian lakukan pembentangan sebaiknya. Ingat! penyertaan pert. inovasi ini bukan hanya perlu membentangkan kepada hakim. Tetapi, perlu juga untuk dibentangkan kepada pengunjung yang datang ke booth kita. Jadi, pastikan anda dan pasukan dah rancang apa nak cakap. 

Apa nak cakap? Anda perlu membentangkan segala perkara yang terkandung di dalam laporan inovasi anda tu. Senang bukan? Pendek kata, hafal je supaya nampak berkeyakinan dan pastikan anda sudah bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang dkemukakan oleh hakim. Anda sudah bersedia? Semoga berjaya!

Di sini, saya kongsikan beberapa booth inovasi semasa pertandingan berlangsung:

 

                 
               
            

            

Jadi itulah perkongsian saya... Ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya sertai. Pastikan kalian ada bahan2 ini sebelum sertai mana-mana pertandingan inovasi. Semoga berjaya kalian! 
Nak tengok contoh video inovasi? boleh kunjungi You Tube Channel Saya 


Sebarang pertanyaan boleh komen dibawah.

Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 latihan: https://play.blooket.com/play?id=118886 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R ht...