Baiklah, sekarang nak kongsikan penilaian
yang dinilai dalam subjek Kesihatan dan Kecergasan Diri (KDC) yang merupakan subjek
dalam PPISMP Semester 1.
Subjek ini memang tiada peperiksaan bertulis yang akan
diambil. Pemarkahannya lebih kepada aktiviti fizikal.
Cuma, ada 20% diberi untuk
penyediaan refleksi selepas menjalankan keseluruhan ujian fizikal tersebut.
10%
pula dinilai daripada pengurusan dalam kumpulan semasa mengendalikan ujian
SEGAK.
30% diperoleh daripada ujian SEGAK yang dijalankan sama seperti di
sekolah menengah dahulu….
Kemudian lagi 40% dinilai daripada ujian bleep test….
Haaaaa patutla semasa syarat kelayakan untk masuk ke IPG mereka jalankan bleep
test dalam UKCG.
Rupa-rupanya ia sangat
penting dalam pemarkahan untuk subjek KDC ini. Ada beberapa peringkat yang
perlu dilepasi dan saya mampu sehingga ke level 6.2 .
Penilaian ini dijalankan oleh kami sekelas. Kami yang mengumpul barang, mengukur, mencatat markah kawan dan dipantau oleh
pensyarah kesayangan iaitu cik Kalaivalli. Semasa mengendalikan penilaian bleep
test kami saling bekerjasama daripada mula sehingga di akhir penilaian
dijalankan.
Nak kongsikan bagaimana saya sangat kagum dengan kerjasama rakan
sekelas saya. Ketika itu semua penilaian sudahpun tamat dan ramai bergegas nak
pulang ke asrama dek kepenatan berlari kehulu hilir. Pada masa yang sama cik
Kalai menyuruh beberapa pelajar kelas C2 untuk menyusun kembali pita pengukur
yang panjang itu setelah terbuka dan bergelut semua talinya. Namun, semangat
kerjasama yang ditunjukkan apabila hampir semua pelajar kelas C2 ini tidak pulang sebaliknya berhenti
dan membantu kawan untuk membetulkan tali pengukur itu. Memang hilang juga
kesabaran memebetulkan tali pengukur yang penjangnya bermeter-meter.
Akhirnya
kami berjaya betulkan dan susunkan semua simpulan tali itu dan digulung seperti
biasa. Kesepakatan diantara kami sekelas pasti akan terus menyelesaikan setiap
masalah. Saya bangga dengan sahabat C2.
Terima Kasih.
Muka penat setelah aktiviti Bleep Test hehe |